Sunday, October 26, 2008

Sabtu Yang Penuh Rancangan

Sabtu saya tidak ke mana-mana. Tukas di rumah sahaja- mencuci pakaian kotor dan mengemas ruang bilik (yang kian bersemak!). Kira-kira untuk ke gym tapi sakit-sakit di bahagian tangan dan belakang membantutkan rancangan saya. Kesan dari lama tidak bersenam agaknya. Saya turun ke pool sahaja untuk berenang. Sempat juga menelefon Max dan Calvin, dua rakan yang saya kenali di sini.

"Anda senang? Bisa keluar jalan-jalan?".

Lewat senja, kami ke Queensbay Mall untuk makan malam dan menonton wayang. Saya memilih The House Bunny- "lucu, I sudah lihat trailernya," ujar saya bersungguh bila melihat Max dan Calvin seperti terkebil-kebil.

"Okay, I ikut sahaja. Any movie will do." Max yang murah dengan senyuman pandang Calvin.

"Yeahh... kamu pilih aja ya. Aku juga ikut." Calvin akur.

Saya lihat jam, ah masih awal lagi- masih punya waktu untuk sesi makan malam.

"Mahu dinner di mana?".

"Swensen's?", cadang saya.

Kami ke aras dua. Dah lama juga saya tak ke sini. Makanannya boleh tahan. Paling saya suka Charbroiled Salmon-nya, rasa grill yang enak. Namun saya punya satu menu kegemaran lain sejak akhir-akhir ini- Spaghetti Aglio Olio. Sedapp! Pernah cuba?

Hanya beramuankan rempah basil dan olive oil, ringkas namun cukup untuk buat anda bertenang dan tidak perlu fikirkan masalah berat badan yang semakin naik!

Resepi ini hampir terdapat di semua tempat (yang menyediakan masakan barat dan pasta) namun tidak semua restoran mempunyai rasa Spaghetti Aglio Olio yang sama- tips saya, Spaghetti Aglio Olio di Pastamania, aras 7 di Gurney Plaza adalah terbaik. 100% olive oil digunakan sementara di Swensen's resepi ini diganti dengan garlic oil. Sedap namun campuran olive oil lebih mampu menggamit selera saya.

Habis dinner di Swensen's, saya sempat singgah ke salah sebuah kedai muzik berdekatan.

"Tunggu ya! Mahu cari soundtrack Mamma Mia!". Lega sebaik melihatkan cd-nya masih ada di rak. Dah puas dari semalam saya cari namun hampa. Begitu laris ya soundtrack-nya.

"Ada dua- mahu yang mana?". Saya garu-garu kepala sebaik disoal amoi penjual cd.

"Maksud?".

"Satu imported version, satu lagi Malaysia edition. Tak sama."

"Beza?".

"Imported ada lirik, gambar-gambar dari filemnya. Malaysia takde lirik. Cuma lagu-lagunya sahaja."

Saya lihat harga. Wah! Jauh juga bezanya. Imported version agak mahal sedikit- RM44.90 berbanding edisi Malaysia cuma RM23.90.

"Ok, ok- saya ambil yang 'Malaysia'." Fuuh! Saya cuma mahu dengar lagu-lagunya. Kalau tahu saya cari di Pasar Malam Ferenggi sahaja. RM4 sekeping. Haha!

Saya bukanlah peminat kumpulan ABBA- jauh lagi membesar dengan lagu-lagu mereka. Mamma Mia! juga bukanlah antara filem yang mampu buat saya terperangkap-sebaik-habis-durasi-tayangan sebagaimana filem-filem lain yang pernah saya tonton (maaf ya, filemnya bagus namun bukan genre kegemaran saya) namun masih ada dua, tiga babak (dengan lagu) yang begitu saya suka. Mendengar kembali "I Have A Dream", The Winner Takes It All" dan "Voulez-Vous" di corong kereta Max sewaktu perjalanan balik buat saya terimbas kembali babak-babak menarik di dalamnya.

Beza dengan Mamma Mia! yang sarat dengan lagu dan komedi orang dewasa, The House Bunny lebih bersifat komedi ala Scarry Movie namun punya mesej yang tersendiri.

Saya sukakan Anna Faris, sebagai Shelley, bekas bunny di Playboy (yang sedikit bimbo), beliau jujur membantu rakan-rakan sororiti membentuk imej yang lebih menarik (dan seksi) demi meraih undi dan perhatian lelaki. Pelbagai insiden lucu timbul dan bisa membuatkan anda ketawa terbahak-bahak.

Mahukan sebuah filem ringan yang tidak begitu memeningkan, nah inilah filemnya!

"Ya! Ya! pecah perut I tengok babak-babak dalam filem tu tadi- paling best masa diorang dah tukar imej- meletopp!". Haha!

"I paling suka babak parti Aztec kat rumah sororiti tu. So fun. Happening gilerr!".

Dari pintu GSC hinggalah ke Old Town kami masih tak habis berbual tentang filem yang sama.

Di Old Town cuma minum-minum sebelum Max menghantar saya dan Calvin pulang.

"Apa kamu order?". Tanya Max. Dia ralit menanda menu.

"Honey lemon panas satu ya!". Minuman wajib saya jika ke Old Town.

Saya pandang Max dan Calvin. Malam yang menyeronokkan. Saya hirup sisa lemon hingga ke akhir. Sedapp!

Terima kasih buat kalian ya kerana mewarnakan petang Sabtu saya.

Sempat Max mengingatkan saya temujanji kami ke Teluk Tempoyak esoknya.

"Berfoto. Jangan lupa! Jemput kamu jam lima ya!".

Budak Kopi - Sempat sambung tengok "Ratatouille" di rumah sebelum tidur.

Capai saya :

Graphic Designer/Writer/Photographer
Penang+KL

"graf:x anywhere, anytime!"

+artwork : http://kashatwork.fotopages.com
+photoblog : www.photoblog.com/stabuxguy
+e-mail : kashatwork@gmail.com
+h/p : 014.6000.441

4 comments:

stabuxguy said...

oceans,

‘mind-doorkeeper’ - saua suka cadangan anda. sebuah interpretasi yang bernas. will try. thanks a lot.

ajami,

pepatah tak selalunya kena betul. harus sesuai dgn semasa, benar?

Igor ke Cicakman 2- smuanya wk days la bro... tak sure dpt turun ke tak... huhuhu rugi.. rugii...

aidit (ya, saya juga sayang anda!),

kata-kata anda semakin berjiwa kebelakangan ini. terima kasih.

"kita tidak tahu kesudahan kisah kita...".

saya, saya setuju dengan anda.

selamat berhujung minggu semuanya!

K.

@rep said...

ha... thats good.. no more feeling2 lonely k...

cheers..

xoxo

Anonymous said...

:) Jauh berjalan, Luas Pemandangan. Gembira saya.. K menambahkan kenalan. Saya harap2 segala yang LEBIH baik akan terus mendatang dan melimpahi hidup K. Always be a good 'mind-doorkeeper'. :)

Faisal Admar said...

nak kena gi batu feringghi juga. nak cari dvd mamamia. hmm tp kena cari gak dvd apa lagi ada kan selain tu. apa lagi ye? takkan pegi beli 1 dvd je kan.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...