Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Wednesday, November 28, 2007

Cinta Hati Saya!

selasa, 28 november 2007
pagi yang gembira. berkali-kali saya mencium telefon bimbit.

ah, yes! yes! yes!

akhirnya!

jika tak kerana idea untuk menjual dan melelong di e-bay semalam barangkali si 'N-sembilan puluh lima' saya ini masih buat hal lagi. hampir dua minggu paparan lcd-nya menjadi blur dan mencacatkan pengambilan foto. *geram*

sementelah saya juga agak cerewet orangnya. kalau tak kerana sayang, dah lama saya beri sahaja kepada kawan-kawan (?).

*sila abaikan watak-watak di dalamnya!

*beza bukan?

teringat waktu saya bergegas ke KL sentral untuk ke Bali bulan lalu, gara-gara mahu cepat saya keciciran si budak nokia ni sebaik turun dari teksi. saya hanya menyedari budak nokia ni takde hanya setelah mahu membuat panggilan telefon kepada kak wan yang telah sedia menunggu saya di secret recipe. panik. saya berlari cepat-cepat ke secret recipe. capai handset kak wan dan terus membuat panggilan ke syarikat teksi.

"telefon saya tertinggal. sekian.. sekian...". bebel saya tak tentu arah.

"akak tunggu jap. borrow your phone ya. saya ke tempat teksi." kak wan saya masih terpinga-pinga. takpe, later explain. dalam kepala saya cuma si budak nokia tu aje. teringat kembali waktu snappy-snappy sepanjang di German- di kota Berlin, Hamburg, Bremen, Oldenburg, Frankfurt. oh, mana bisa lupa. dialah jantung hati saya. dalam hati, sebak!

turun aje eskalator ke tingkat bawah bangunan KL sentral, OMG- dari jauh! saya berdoa, jangan lah sesiapa nampak. masih dalam cover. cinta hati saya! di situ rupanya dia. please... pleasee jangan lah sesiapa nampak sebelum saya sempat mendapatkannya.

anda bisa faham perasaan saya sebaik tangan saya menyentuhnya. syukurr!

biarpun sedikit calar-calar (itu lebih baik dari hilang terus bukan?), namun saya lega kerana budak nokia ni masih mutlak menjadi milik saya.

"dah jumpa? hah, lain kali ikat kat leher!". pesan kak wan. saya tersengih. wajah saya masih pucat sebenarnya. tak sempat nak makan pumpkin soup kegemaran.

"dah lambat. cari kat Bali aja." huhuhu... kempunan saya.

itu kisah my 'N-sembilan puluh lima' bulan lalu. gadjet yang saya tatang bagai minyak yang penuh. satu yang saya pelik, waktu on the way ke KL sentral, dalam cab, entah kenapa hati saya terasa begitu sayang padanya. siap bersih dan kilatkan lagi (guna kain khas yang memang saya bawa). tup... tupp... jadi macam tu. mungkin kerana 'tak berkat' gaduh dengan pak cik cab agaknya. memang hati saya panas sedikit hari tu. dah la almost terlambat. pa cik cab plak buat hal. dipusingnya saya dari desa petaling ke jalan lain (which is sepatutnya ikut mahameru) ke KL sentral. mau tak meruap saya. bukan soal mahal ke tidak tapi masa. kalau ikut mahameru tu jalan clear sikit compare ngan midvalley. last-last stuck dekat lima belas minit kat brickfields. kena pulak waktu tu musim Deepavali. merasa la.

apa pun tak kisahlah. benda dah lepas. yang pasti, hari ini saya gembira. cukup gembira. perasaan yang sama jika anda berpenyakit, now anda bebas darinya.

lepas ni boleh lah saya snappy-snappy balik macam biasa.

lega!

stabuxguy

Monday, November 26, 2007

Cerita Empat Lelaki

seringkali saya gagal memberi cerita apatah menambah sesuatu untuk anda tatap dan baca. memang saya gemar bersendiri kebelakangan ini.

sibuk?

ah, tidak juga.

sekadar memenuhi ruang kehidupan sendiri (dengan sedikit privasi).

pulang aja dari Germany, saya atur langkah untuk mendiamkan diri. banyak y
ang harus saya sekat dari berkongsi.

saya tahu, ada di kalangan kalian (yang barangkali) berkecil hati (atau mungkin tidak peduli?).

ah, saya selesa begini. melalui hari-hari tanpa mereka yang dahulunya sering saya damping ke sana-sini.

ke Bali, ke utara-selatan, ke pentas-pentas seni, malah ke mana sahaja-

jujurnya, mobil saya jua hampir tidak berdering sepanjang hari.

sering juga dengar ada di kalangan teman-teman merungut, "dude, ada enam your number dalam my list, mana satu you guna?".

"dear, i'm using the new one. so you may delete the rest!".

ah, cara terbaik untuk lari dari masalah!

itulah saya.

sebetulnya, banyak perkara menarik yang berlaku. samada saya terlepas menwar-warkan di sini, atau memikirkan ah, biarlah ia menjadi hak eksklusif saya sendiri. ke mana saya pergi, apa saya buat-

"saya bukan artis." berkali-kali saya ingatkan diri.

anda cukup mengenali saya?

barangkali ada dikalangan anda yang tahu saya, siapa kawan-kawan saya, apa saya buat, malah mana saya tinggal (mungkin?).

cerita empat lelaki

empat tahun lalu, saya mengenali icky. kami pernah ke pangkor bersama. baru-baru ini kami bertemu lagi. kali ini di KLCC.

gaya baru, penampilan baru. sesuai dengan jawatan eksekutif yang disandang.

seperti biasa, icky kelihatan ceria. cuma lima belas minit untuk kami bertukar-tukar cerita.

"aku harus gerak. temanku menunggu."

"baik, jumpa lagi. jangan lupa text ya!". sempat kami bertukar-tukar nombor. melihatkan icky, hati saya terdetik, betapa masa bisa merubah perjalanan hidup seseorang. sungguh saya bangga dengannya.

pertemuan dengan icky hari itu buat saya buang jauh-jauh apa yang pernah terjadi.

life must go on. kena belajar untuk forgive and forget.

seorang lagi teman saya, alif. dari pelajar universiti, kini bergelar salah seorang peserta akhir (finalis) untuk pertandingan bakat baru anjuran sebuah majalah remaja tempatan.

hujung minggu lalu sempat kami ke karaoke dan menonton wayang bersama.

buat saya tertanya, "mengapa kami tidak melalui saat-saat indah ini dari dulu ya?".

saya kagum dengan alif. dari seorang yang naif, alif yang juga bakal peguam muda begitu sukses dalam merancang perjalanan hidupnya.

selain nasib, saya percaya peluang juga membuatkan akan sentiasa menjadi mereka yang bertuah.

alif. alif.

saya doakan yang terbaik buat anda.

"dear, u sibuk ya? bila lagi boleh lepak-lepak? let me know ya."

seorang lagi teman saya yang tak putus baik sms atau menghantar e-mail di myspace.

CJ. jejaka yang saya kenali hampir setahun lalu. kami rapat disebabkan beberapa perkara.

selain dari usia, CJ dan saya juga banyak berkongsi idea dan pemikiran yang sama. susah-senangnya, saya dianggap seperti saudara.

seperti CJ, saya juga senang dengannya. biarpun keputusan saya ke Germany sedikit merenggangkan kami namun CJ masih kekal menghubungi saya.

jarak bukan halangan untuk anda terus berkawan bukan?

buat CJ, selamat hari jadi buat anda (dah sama taraf kita ya!).

maaf kerana tidak dapat turut serta. saya percaya anda punya teman-teman yang hebat untuk meraikannya. moga sukses terus menjadi milik anda!

dan, seorang lagi lelaki hebat yang (juga) antara mereka yang tak pernah putus menghubungi saya (e-mail, friendster dan sebagainya) sepanjang saya di Germany.

Duta!

Duta- who?

cukup sahaja anda kenali beliau dengan nama Duta. ya Duta sahaja. orangnya simple, jarang keluar rumah (Duta kaki kerja) dan baik- cukup baik. juga sama seperti alif dan Cj, saya juga selesa dengannya.

kami pantang berjumpa, ada sahaja persoalan kerja yang dibincangkan.

oh, Duta juga seorang pereka grafik!

but then, there's something come up dan persahabatan kami 'terputus' seketika.

silap saya Duta, maaf ya. dan saya susun sepuluh jari mohon kemaafan dari anda (dan juga teman anda).

saya percaya jodoh itu datang bila-bila masa dan bisa menjadi milik siapa-siapa sahaja.

cerita empat lelaki ini- icky, alif, CJ dan Duta bukanlah saya reka-reka. mereka antara insan yang wujud di sekeliling saya. insan yang hadir dan menjadi (sedikit-sebanyak) sumber inspirasi saya. mereka antara teman saya yang ditinggalkan-

sahabat-sahabat saya.

banyak- terlalu banyak yang saya tinggalkan.

buat saya rindu saat-saat itu.

andai bisa saya putarkan waktu.

stabuxguy

Tuesday, November 13, 2007

Cinta Yang Tiada

selasa
13 november 2007

pulau yang menjauh,
masih tak terlupa dek pandangan.

tika ku terbang
masih kuingat rumput yang bertebaran.

cahaya yang membahang,
dipagar dek dingin yang mencengkam
ya, kadang buat ku terlupa
namun tak bermakna aku alpa
perhatianku tetap itu
dan itu, itu hanya padamu

malam yang mengundang
masih aku kedinginan
sering ku usik khabar
bulan yang menjauh
biarpun masih dipaksi yang sama
aku tidak setegar itu
angin
ah, dia juga tak pernah membawa jauh
hakikatnya,
cinta yang tiada.

dan masih begitu.

stabuxguy

Tiada Noktah Cinta


selasa
13 november 2007

"jangan!".

"kenapa?".

"jangan!".

"tapi...".

"i said.. jangan, jangan!".

"ok." wajah dia menyinga. sumpah belum pernah saya melihat wajahnya sebengis itu.

"i'm sorry." hanya itu yang saya mampu.

nasi dah jadi bubur. terlajak perahu bisa diundur.

maaf bagaikan tak bermakna apa-apa.

"kamu kasar! dan tak perlu nak berleter macam tu, nobody pernah berleter kat i even my own boss!".

sekali lagi saya kedu. sungguh dia bagaikan orang lain. "besar" sungguh salah saya malam ini.

lalu apa sebaiknya yang bisa saya lakukan?

saya sayang dia!

ah, tapi apa gunanya. saya juga tak pernah diherdik dan diperkata sebegitu rupa.

undur diri.

ya, jika itu yang sebaiknya.

teringat lagu Jee yang pernah hangat suatu ketika dulu.

Kesepian memberi waktu
Padaku
Renungi saat-saat indah
Bersamamu
Antara kita tak pernah
Terucap madah
Melafaz janji setia rasa

Perpisahan ini
Memberi sejuta erti
Mengajar kita
Mengenali diri ini
Tak perlu ada ungkapan berbahasa
Kita sedia memakluminya

Tiada kata pembukaan
Tiada berperenggan
Tiada akhiran

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih!

Stabuxguy - ralit praktis dialog drama mingguan

Saturday, November 10, 2007

Queer As Folk : Lima Musim Yang Indah!

Isnin
12 November 2007

"So the "thumpa thumpa" continues. It always will. No matter what happens. No matter who's president. As our lady of Disco, the divine Miss Gloria Gaynor has always sung to us : We will survive."
We will survive!

Semalam genap episod terakhir sepanjang lima musim saya bersama siri tv dari Amerika, "Queer As Folk".

Menjadi kegilaan sejak hampir lima bulan yang lalu, membuatkan saya meniti tiap inci dan peristiwa dalam kehidupan lima karakter utama siri ini : Michael, Brian, Justin, Emmet dan Ted. Sebuah sudut gelap kehidupan di kota kecil Pittsburgh yang pelbagai kerenah dan rencah.

Hampir sama dengan Kuala Lumpur sendiri, dunia mereka adalah saya. Dan saya adalah Michael, Brian, Justin Emmet dan Ted. Gabungan kelima-limanya mewakili minoriti 'warga keliru' seperti saya yang dalam erti kata lain amat payah untuk "survive" di sini. Ada antara kami yang memilih untuk "discreet" - tak bisa. Family tahu. Banyak harus difikirkan. Kerjaya dan lain-lain.

"Saya mahu kahwin. Punya kehidupan- anak, keluarga.".

"It's ok. Kita bisa ambil anak angkat saja. Sama macam Linz dan Mel."

Inspirasi katanya.

Ideologi masing-masing. Tepuk dada ya?

Masyarakat. Ya, masyarakat sebetulnya tak bisa menerima. Minoriti seperti kami hanyalah "penyakit".

Hakikatnya, menjadi minoriti seperti kami tak pernah mengacau sesiapa. Kami juga manusia. Punya kehidupan dan citarasa.

Bezanya, ya kami berbeza. Naluri dan kehendak kami- lebih tepat fitrah, lelaki-lelaki, perempuan-perempuan. Lalu apa yang salah? Bukankah sebagai manusia, anda berhak untuk memilih?

Jika ada yang mengatakan, "dude, you stay kat Malaysia. No such thing-lah!".

Anda mungkin benar.

Namun, Queer As Folk banyak menyedarkan saya. Di sebalik hidup sebagai "lelaki riang-ria" sepanjang masa, banyak pengajaran dan pengalaman yang bisa saya timba darinya. Anda lelaki dewasa, bisa membanding mana baik buruknya. Tak semua yang bersifat seksual itu "jahat" semata-mata. Pernah dengar pepatah nilai buku pada isinya?

Saya sedih. Sedih umpama mereka juga adalah sebahagian dari keluarga saya. Sebaik Lindsay dan Mel melangkah membawa Gus dan JR ke Toronto, hati saya sudah tersiat-siat. Saya tidak gemarkan perpisahan.

Lantaran mereka punya sebab yang kukuh untuk membawa Gus dan JR ke sana- untuk sebuah kehidupan "lesbian" yang lebih aman, dan jika Michael dan Brian bisa merestui, masakan tidak saya. Demi kebaikan.

Melihat satu-persatu kejayaan dan jatuh-bangun setiap karakter, membuat saya terfikir, itulah kehidupan saya. Bermula ari seorang budak kampung yang "celik", saya langkah keluar dari kebiasaan. Biarpun kebiasaan itu telah menjatuhkan saya, namun ada suara yang berkata- "itulah sebenarnya yang mematangkan kita".

Ya, saya akui. Namun perjalanan saya masih panjang. Adakalanya saya rasakan ianya belum pun lagi bermula.

Tak sabar rasanya menunggu kedatangan Januari. Sebuah harapan barangkali bakal merubah kehidupan saya ke arah yang lebih bermakna. Saya tunggu. Semoga (masih) ada sinar yang cerah untuk saya.

Pulau Mutiara, nantikan kehadiran saya!

*Saya tinggalkan anda dengan quote dialog yang yang paling mengesankan saya (dari siri ini)-

Justin: What changed your mind?
Brian: I finally thought of one good reason to do it.
Justin: And what is that one good reason?
Brian: To prove to the person that I love how much I love him. That I would give him anything... I would do anything... I'd be anything... to make him happy. I am selling the loft and the club.
Justin: Without even knowing what my answer will be?
Brian: I am taking my chance on love.
Justin: And you mean it?
Brian: I never meant anything more.
Justin: OK.
Brian: OK?
Justin: Let's do it.
Brian: Say it.
Justin: Yes.
Brian: Yes what?
Justin: Yes. Yes. I will marry you.

Manis bukan?

Trivia QAS :

Episod pertama ke udara - 3 Disember 2000 (Showtime)
Musim kedua bermula ke udara - 6 Januari 2002 (Showtime)
Musim ketiga bermula ke udara - 2 March 2003 (Showtime)
Musim keempat bermula ke udara - 18 April 2004 (Showtime)
Musim kelima (finale) bermula ke udara - 22 May 2005 (Showtime)

Laman pautan :

http://www.sho.com/site/queer/home.do - Laman Rasmi
http://qaf.mskiteonline.com/ - Laman Fans
http://home.cogeco.ca/~matthewwatkins/frames.htm - Laman Fans

Stabuxguy

Wednesday, November 7, 2007

Bali : Cintaku Tertinggal Di Ubud Bhgn. 2

"Akak, jom mandi. I'll wait you kat pool. Nanti can breakfast terus."
Hari ketiga di Bali, pagi di Ubud masih meriangkan saya. Awal-awal lagi bersiap bangun dan menghirup udara tepi sawah yang nyaman. Baru saya sedar kenapa Kak Wan saya begitu sukakan "haruman" di kawasan ini. Ia begitu mengingatkan saya zaman kecil-kecil di kampung. Begitu tradisi.

Saya sukakan suasana di sini. Aman dan tenang. Jika diberi pilihan, mahu saja saya terus menetap di sini. Bebas tanpa masalah.

Kami mandi-manda sebaik Kak Wan saya datang. Sempat juga memberitahu pelayan cafe yang ramah agar menghantar breakfast ke pool. Ah, tak dapat saya bayangkan momen ini. Di sebuah tempat yang eksotik- dan anda bersarapan di tepi sawah padi (Oh, tuan-tuan, percayalah, suasananya lain dari yang lain!).

Tak tergambar!

"Ok, ke mana kita hari ini?".

"Ubud-lah. Kata nak shopping kan. Petang nak check-out dah."

"Ok."

Sebaik menempah shuttle a.k.a. kijang (perkhidmatan percuma yang disediakan pihak hotel) ke Pekan Ubud, kami pulang ke bilik untuk bersiap-siap.

Ubud Lagi.

Hari ini kami terus ke pasar. Jika dulu saya cuma lihat-lihat di luar sahaja, kali ini saya ambil kesempatan untuk meninjau keseluruhan Pasar Ubud. Tak jauh beza dari pasar-pasar basah dan kraftangan yang ada di Malaysia. Bezanya cuma jenis dan rupa barangannya sahaja.

Tak banyak yang saya beli. Bukan termasuk dalam agenda saya untuk membeli-belah- cukup sekadar dua helai seluar pendek untuk dipakai di Kuta nanti.

"Take this. It suits you. I like." Saran saya sambil menghulur sehelai "dress" pantai berwarna hijau kepada Kak Wan. Dia pantas mencuba. Tak fikir panjang, terus beli.

"Good choice!". Dia nampak tersenyum girang.

Jam hampir menunjukkan ke pukul satu tengahari. Kami ke pintu masuk untuk menunggu "kijang" atau shuttle. Hampir setengah jam dan kelihatan Kak Wan saya telah pun resah.

"Sabar. Mereka ada hal agaknya." Tenang saya.

Memang kijang kami agak terlewat hari itu. Ada hal katanya. Kasihan Kak Wan saya, tak habis-habis dia merungut. Panas!

Sampai aje di hotel, kami langsung ke cafe untuk makan tengahari. Lapar pak!

"You dah pack barang kan? Order je apa-apa, biar i balik ke bilik dulu. Later i join."

"Ok!".

"Ya, mas, ini sosnya yang dipesan semalam. Nanti bayarnya di kaunter ya!". Hampir terlupa saya tentang dua botol sos tomato "home-made" yang diminta semalam. Rasanya memang sedap dan tak sama dengan sos-sos tomato yang dijual di pasaraya.

Kak Wan saya muncul sebaik hidangan tiba- dan kami (seperti biasa) makan dengan penuh berselera.

Makan tengahari terakhir di Ubud.

"Awesome kan!".

Ah, jujurnya makan-makan di sini memang the best. Dari nasi padang di hari pertama, breakfast kedua-dua hari (nasi goreng Bali dan american breakfast), makan malam, makan tengahari, sememangnya Taman Harum Cottages memberi saya pandangan baru tentang makanan. Saya lebih-lebih lagi sementelah hampir tiga bulan hanya mengadap cheese dan roti sahaja.

Jika Kak Wan mereng makan nasi hari-hari, saya pula separuh gila di German mengadap makanan ruji Eropah. Percaya atau tidak, itu antara sebab mengapa saya berfikir dua kali untuk kembali ke sana. Benar, tak tipu.

"Ya, mas, buk! Kijangnya udah ready. Bisa tolak sekarang." Selesai makan, kami mengatur langkah ke kijang yang telah sedia menunggu di parkir. Sempat saya dan Kak Wan snappy-snappy seketika.

Berat rasa nak tinggalkan THC ini.

"Kami pasti kembali lagi!", ujar KaK Wan berkali-kali. Dia happy, saya pun happy.

Seterusnya, perjalanan ke Kuta. Dari Ubud, sama seperti kedatangan kami di hari pertama dulu, juga memakan masa selama hampir tiga jam. Kak Wan saya tertidur kepenatan (dan kekenyangan). Sekali lagi saya ambil kesempatan untuk berbual-bual dengan supir kami. Dari sejarah dan kehidupan di Bali, tersasar juga dia bercerita tentang kedaifan masyarakat di sini. Itu hakikat. Ibarat kais pagi, makan pagi sebenarnya. Tiap senyuman di wajah mereka ada nilai dan kepahitan yang tersorok. Pelancong adalah rezeki. Harus ditatang bagai minyak yang penuh.

Kuta.



Kami check in di Melasti. Hotel yang sama di waktu kali pertama saya ke sini dulu bersama AM dan Kak Bai. Terletak hanya kira-kira sepelaung sahaja dari Pusat Beli-Belah Discovery dan Matahari, anda juga bisa akses ke pantai. Hanya berjalan kaki, beberapa minit sahaja (perkara pertama yang saya buat sebaik jejak ke sini). Namun Kuta yang lebih terkenal dengan kawasan tumpuan pelancong dan pusat beli-belah ini tidak begitu menarik minat saya. Saya lebih sukakan Ubud yang aman, tenteram. Jika diberi pilihan, mahu sahaja saya kembali ke THC.

"Takpa, next time kita pi lagi, ok?". Pujuk Kak Wan saya.

Jujurnya, mahu sahaja saya matikan catatan kali ini di sini sahaja. Memang tiada apa yang menarik lagi untuk saya tulis. Tentang Kuta? Biasa-biasa sahaja. Panorama yang bisa anda lihat di Chenang, Langkawi mahupun di PD. Kesesakan di mana-mana. Pada yang enjoy berlibur sambil shopping-shopping, nah Kuta barangkali bisa memberi anda satu pengalaman istimewa.

Namun ada beberapa perkara (atau tempat) yang bisa saya kongsi dengan anda. Sesuatu yang saya saran anda jangan lepaskan.

Pertama-

Jimbaran Bay. Kawasan pantai di mana terdapat beberapa deretan restoran makanan laut terbaik. Untuk ke sini, hanya maklumkan kepada pihak hotel (bergantung kepada di mana anda menginap) atau pun supir anda. Kebiasaannya pihak hotel di Bali mahupun supir di sini mempunya "share" atau perkongsian untuk membawa pelancong ke setiap restoran.

Kami menghabiskan malam pertama di sini, menikmati beberapa jenis hidangan makanan laut kegemaran, sambil menghirup udara malam di pantai Jimbaran. Suasananya indah- bunyi ombak, dari jauh deretan lampu-lampu di panjang pantai. Dan setiap minit juga anda pasti akan ternampak kerlipan pesawat yang baru tiba dari segenap pelusuk dunia. Menarik bukan? Sesuatu yang jarang anda bisa lakukan.

Hampir sebelas malam kami kembali ke Melasti. Saya terbaring kepenatan. Borak-borak di bilik sama Kak Wan.

Masih ada rancangan menarik untuk esok?

Tentu!

Tanah Lot menanti kedatangan saya dan Kak Wan.

Tanah Lot.

Awal-awal lagi Kak Wan dah beritahu supir kami, Pak Kris, "Nanti malam pulang dari Tanah Lot, mahu ke Jimbaran lagi."

Hahaha! Begitulah excitednya Kak Wan.

Takpe, kita tinggalkan dulu cerita Jimbaran. Kita tengok apa yang ada di Tanah Lot.

Dude, tunggu. Kenapa Tanah Lot? Tanah Berlot? Atau tanah se-lot?

Hahaha! Saya lebih suka memilih "tanah se-lot". Benar!

Kata Kak Wan saya, mungkin disebabkan kedudukan "pura" atau candi (kuil) di atas batu yang terletak di pesisir pantai membuatkan orang menggelarkan tempat ini Tanah Lot.

Unik! Sama seperti pura dan kecak di Uluwatu, pemandangan di sini juga amat mengagumkan saya lebih-lebih apabila senja menjelma. Buat saya ralit dan berkali-kali memuji keagungan Tuhan seketika. Betapa saya diberi kesempatan untuk melihat segala keindahan dan kekuasaan ini.

Bagi anda yang merancang ke Bali, sekali lagi- Tanah Lot adalah antara destinasi yang harus dikunjungi. Noted!

Oh, ada satu peristiwa lucu yang berlaku di sini. Kami ke tingkat atas (di mana terdapat gerai dan jualan makanan), duduk-duduk, order food (konon-konon dan layan feeling-feeling tengok senja dari sini).

Tiba-tiba.

"Akak, nampak tak, Misha Omar-lah!".

"Mana? You sure?".

"Ya, sure. Tu, sana. Meja hujung sana tu." Ujar saya penuh yakin.

Memang dari hujung rambut ke hujung kaki, wanita berkenaan nampak seratus-peratus Misha Omar, penyanyi popular dari Malaysia.

Yang lawaknya, dalam kepala saya dah plan macam-macam ayat nak pegi tegur (even Kak Wan saya menegah).

"Okay, i buat-buat nak pegi tangkap gambar view. Lepas tu i tegur lah dia kay?".

"You pegi lah, i cabut." Selamba Kak Wan saya berkata.

Dengan separuh berani (ye lah, takut silap orang kan), saya bangkit ke meja berhampiran.

"Hai, Misha Omar! I orang kampung you...".

Opss, belm lagi. Itu ayat plan-plan je dulu...

Jalan, jalan... alamak!! Bukanlah, bukan Misha tapi pelanduk dua serupa!! Malu saya!!

Takpe, dude.. buat-buat je tangkap gambar. Snap! Snapp!!

Habis aje terus saya "lari" ke tempat duduk. Kak Wan punyalah gelak lebih-lebih lagi bila saya cerita pasal my ayat-ayat yang saya nak cakap tadi kat "Misha" tu.

Very the malu kalau saya tegur tadi... haiyoo!

Habis senja di Tanah Lot, kami gegas mendapatkan Pak Kris.

On the way tu Kak Wan saya masih tak henti-henti gelakkan saya. Hampeh! Misha Omar pelesu rupanya...

"Jimbaran ya, laparr!". Ujar kami tak sabar-sabar.

Dan sekali lagi kami jejak ke sini- ke Pantai Jimbaran. Dan berbanding semalam, hidangan malam ini agak berbeza. Simple tapi sedap. awal-awal lagi Pak Kris dah janji akan bawa kami ke restoran yang bagus. Ah, tak kisahlah. Bagi saya semua ok, mana-mana aja sama. Janji dapat makan dengan relaks sambil menghirup bayu laut.

Sama seperti malam tadi, kami pulang kira-kira jam sebelas malam. Sampai di Melasti, Kak Wan saya ajak lepak seketika menikmati live band di cafe hotel. Teringat yang kami ramai-ramai dulu lepak-lepak di situ, sambil menari-nari (dan menyanyi!).

"Dan untuk lagu seterusnya, kami menjemput saudara dari Malaysia untuk menyampaikan sebuah lagu, dipersila...". Saya tergamam. Biar betul. Semua mata dan menumpu ke arah meja kami. Sah-sah mamat yang jadi penyanyi kat atas stage tu masih ingat Kak Wan saya, yelah "cik puan peramah" katanya, sapa pun boleh ingat.

"Go, pegi la, mereka dah panggil you tuh. Nyanyi je!". Takde pilihan. Nak tak nak saya naik juga stage. Takpe, bukan pertama kali. Dulu pun terkena jugak.

"Lagu apa?".

"Err, Menghitung Hari, Kris Dayanti." Yes, percaya atau tidak saya bawakan ikut versi Siti Nurhaliza. Dan bukan satu lagu aje malam tu, tapi tiga- Pilihlah Aku dan Cindai. Over tak? Hahaha!

Malam yang best!

Hari terakhir.

Tak banyak aktiviti kami hari ini. Shopping aje la- dari cd lagu-lagu Bali hinggalah ke buku, t-shirt dan pelbagai barangan cenderamata, makanan. Oh, Kak Wan saya juga beli curut.

"Untuk bapak!". Selamba dia menjawab.

Saya ambil kesempatan untuk jalan-jalan di sepanjang pantai Kuta, dari Discovery hinggalah ke hujung McDonalds berhampiran Hard Rock Hotel. Memang best kali ini sebab saya rasa betul-betul free. Tak mustahil jika untuk trip seterusnya saya biasa berjalan seorang diri sahaja. Mengenali Bali dengan lebih dekat.

Ingat lagi saya cerita pasal nasi Butinuk di hari pertama? Balik ke Kuta, saya sempat ke Butinuk sekali lagi. Nasib kami baik kali ni, tak ramai orang dan kami dapat seat yang cung. Cuma agak upset juga sikit sebab food dia dah tak berapa sedap. Tak tau di mana kurangnya tapi "Es Teler"-nya tetap memikat selera. Saya tak pasti ada tidak di Malaysia, tapi ABC yang dicampur isi nangka, kelapa dan avacado ini memang istimewa.

Hampir ke jam lima petang. Saya dan Kak Wan balik ke hotel untuk bersiap-siap. Jam enam petang dah kena check in di airport. Flight kami akan bertolak sekitar jam 8.45 malam.

Jujurnya, ya sekali lagi saya gembira. Gembira kerana percutian ke Bali kali ini benar-benar memberi saya peluang untuk mengenali Bali dengan lebih dekat lagi. Suatu pengalaman yang amat berharga saya kira. Sama seperti di Germany, sesuatu yang tak bisa saya kutip hari-hari.

Tak semua orang punya peluang yang sama bukan?

Bali, oh Bali. Dan sedar atau tidak, cinta saya tertinggal di Ubud rupanya.

Friday, November 2, 2007

Bali : Cintaku Tertinggal Di Ubud Bhgn. 1

Ya, benar. Kali kedua ke Bali- cinta saya terus jatuh dan tertinggal di Ubud. Sebuah pedalaman yang asyik dan penuh warna cinta.

"Kash, kapan ke Bali lagi? Gue kangen sama loe!". Itu antara bait-bait yang saya saya terima dari teman-teman di sana. Mereka yang saya kenali sewaktu kali pertama meliburkan diri, ah seingat saya sekitar Januari lalu. Mereka yang peramah, hidup bersuka-ria. Masih merah di hati saya kata-kata si Bonny, "Kash, welcome to Bali. We will bring you around. Nanti bisa ngajak teman-teman dari Malaysia juga...".

Terharu. Itu sembilan bulan lalu. Cepat masa beredar, bukan?

Semasa di German, saya sering adu kepada Kak Wan, "Nak balik. Tak sabar. Sini sejuk! Tak best!".

"Sabarr... nanti pulang kita ke Bali. Mahu hari raya di sana?".

Bagaikan mimpi, saya kembali lagi ke sini- ke 'syurga dunia' yang aman dan penuh dengan yes-anda-boleh-buat-hal-sendiri-dan-saya-takkan-kacau things. saya suka!

Bezanya, trip kali ini awal-awal saya dah inform Kak Wan saya, no shopping just relaxing!!

Yes, itu yang saya mahu. Saya ingin hayati Bali sepenuhnya. Mahu ke Kuta- jalan-jalan di pantai, makan di Jimbaran, dan ya- oh Tanah Lot. Saya belum pernah ke sana.

"Ya, kita pergi nanti." Janji Kak Wan.

Dan trip kali ini memang berbeza, jika dulu saya membawa kamera video bersama, kali ini hanya my kesayangan N95 menemani saya. Cukup sekadar snappy-snappy sahaja. Selebihnya saya mahu mengenali dan jatuh cinta dengan Bali secukupnya.

Dari Kuala Lumpur, saya dan Kak Wan menaiki penerbangan Air Asia ke Denpasar. Satu kelebihan penerbangan ini (yang saya kira semua orang barangkali mengakuinya) - nasi lemak.. hmmm yummyy! *well, itu aje la yang paling sedap pun... huhuhu

Teringat yang ada satu kumpulan keluarga (Kak Wan saya gelar 'Keluarga Nasi Lemak') yang membawa sebekal hidangan nasi lemak sendiri. Yang kelakarnya mereka cepat-cepat membuka juadah (sebaik isyarat pasangkan tali pinggang keledar dipadamkan), makan dengan lahap dan begitu berselera sekali (risau kena marah agaknya) sebelum ternampak dek cik pramugari.

Tak silap saya mereka ni terdiri dari pasangan suami isteri, empat orang anak, sedara-mara dan datuk, nenek segala. Satu baris di bahagian kanan tu family mereka aje. Bagus kan kalau dapat bercuti ramai-ramai satu family camtu- siap bawak bekalan sendiri lagi. ye lah, kena la budget kan. Satu nasi lemak Air Asia dah RM7, kalau ada sepuluh orang anggota keluarga?

Fikir-fikirlah!

Kami tiba di airport hampir ke jam lapan malam. Dek kepenatan, kami langsung ke Kuta untuk check in di Discovery Hotel yang telah saya tempah awal-awalnya.

Hari pertama.

Tiada apa yang menggembirakan saya. Selain jalan-jalan di pesisir pantai Kuta (yang sedang dalam pembinaan dan kelihatan begitu jengkel sekali) - keluar masuk Discovery Mall, selebihnya saya hanya menghabiskan masa duduk-duduk sahaja.

"Mahu lunch? Jom ke Butinuk?". Tak fikir panjang, saya ikut Kak Wan ke Butinuk. Cab ke sana hanya mengambil masa kira-kira sepuluh minit. Jalan di Kuta agak sesak dengan kenderaan yang pelbagai.

"Alamak, ramainya manusia. Cemana ni? Takde seat ahh...". Ruangan restoran yang agak kecil dan sesak itu merisaukan saya. Memang full house. Tambah-tambah waktu lunch kan.

"Jom balik, kita makan di Ubud ja." Gesa saya. Dengan hampa, kami kembali ke hotel.

"Mahu makan apa? KFC, McDonalds?".

"A&W aja lah. Boleh jalan-jalan (sekali lagi) dalam Discovery." Memang mood saya di Kuta jatuh seratus-peratus kali ini. Harap-harap baki lagi lima hari di Bali mood saya okay.

Ubud.

Perjalanan selama hampir tiga jam tak terasa. Saya berbual-bual dengan supir kami yang dikenali sebagai Pak Sui, banyak juga info baru (dan yang telah saya tahu) yang disampaikannya. Buat saya lebih berharap, Bali kali ini bisa memberi saya sesuatu yang menarik untuk dikenang.

Sempat juga kami singgah di salah sebuah restoran nasi padang di Sanur.

"Popular sini. Sedap, mesti cuba!". Saran Pak Sui.

Tiba di Ubud, kami check in di Taman Harum Cottages (THC), sebuah penginapan ala dalam taman yang berkonsepkan tepi sawah. Saya dan Kak Wan sendiri yang memilih tempat ini melalui internet.

Saya lihat wajah Kak Wan- tak berkedip dia pandang saya. Berkerut-kerut.

"Err, kita nak stay di sini ke?". Agaknya itulah yang bermain di fikirannya.

Saya senyum sahaja.

Masuk sahaja kelihatan wajah Kak Wan sekali lagi berubah- kali ini bertukar ceria dan senyumnya amboii... panjang sampai ke telinga.

"Selamat datang, mas, buk! Welcome to Taman Harum Cottages!", seorang pelayan mesra menyambut kedatangan kami sambil menghulurkan dua gelas 'welcome drink' kepada kami.

"Waahh... bagus ya!". Hati kian berbunga-bunga dan tak sabar mencipta pengalaman di sini.

Taman Harum Cottages.

Pada yang belum pernah ke Bali (atau mempunyai rancangan untuk bermalam di Ubud)- nah, saya cadangkan anda menginap sahaja di THC ini. Jauh dari gangguan, masuk sahaja ke perkarangan, anda bagaikan berada di sebuah taman penginapan yang unik dan tersendiri.

Terletak hanya lima belas minit dari Pekan Ubud dan Monkey Forest, anda juga bisa memperoleh perkhidmatan shuttle atau lebih dikenali sebagai 'Kijang' secara percuma yang disediakan oleh pihak hotel. Setiap hari, dari awal pagi hingga jam sebelas malam.

Makan malam pertama kami, saya dan Kak Wan menikmati hidangan nasi padang yang dibeli semasa dalam perjalanan ke THC tadi. Kami turut memesan kembali dua gelas minuman 'welcome drink' yang diberi tadi. rasanyaa... aduuhh, begitu enak sekali.

Malam pertama tak banyak aktiviti yang bisa dilakukan. Saya mengambil keputusan untuk berenang di pool.

"Mahu?".

"Jom!". Kami terus memesan towel. Nyaman sangat airnya. Bayangkan anda mandi memalam di pool tepi sawah sambil dikelilingi sebuah taman yang indah dan tenang. Saya benar-benar terasa relaks saat itu. Hilang seketika rasa resah dan gundah sedari hari pertama saya tiba di Bali.

"Eh, you tahu ada DVD kat kaunter." Ujar saya merujuk kepada koleksi DVD di rak.

"Uuh really? Bagus kan tempat ni. Dah la peaceful, kat room ada DVD player plak tu. So boleh la pegi pilih DVD pas ni ya?".

Malam pertama aje dah pun saya rasa macam tak nak balik. Rasa macam nak stay kat THC ini sampai bila-bila.

Hari Kedua di THC.

Awal-awal pagi lagi kami dah bangun. Gegas siap dan breakfast. Awalnya pelik juga kerana tiada buffet yang disediakan namun akhirnya saya realize, maybe untuk jimatkan kos atau mengelakkan pembaziran sementelah jumlah tetamu yang terhad dan minima.

"It's okay bagus apa, we can choose and order whatever we want to eat." Jelas Kak Wan optimis.

"Okay, i nak nasi goreng Bali sama jus oren."

"Give me continental breakfast ya!".

"Eh, tak nak try nasi goreng ka?".

"Nasi? Semalam dah nasi, hari-hari makan nasi nanti i mereng!". Hampir tergelak saya. Tak tau fatwa mana yang akak saya ni pakai tapi kira okey la, dia kan very the western gitu. Lain la saya, Kelantan pure katanya. Dari kecik pepagi dah belasah nasi kerabu, nasi dagang bagai.

"So, apa plan hari ni?".

"Pi Monkey Forest la, jalan-jalan tengok monyet. Then you nak pi pekan kan?". Saya angguk. Bagus ada Kak Wan saya ni. Best jalan ngan dia, sporting. Tambah plak kami sekepala.

Monkey Forest.

Ini antara tempat yang wajib dilawati kalau ke Bali. Pastikan anda noted dalam diari ya!

Terletak agak tak jauh dari pasar dan pekan Ubud. Minta sahaja supir anda drop by kat sini, nanti kalau larat boleh jalan kaki je ke pekan. Sambil-sambil boleh juga tengok deretan gerai-gerai dan barangan cenderahati sepanjang jalan. Tapi nasihat saya, pada yang kaki jalan aje la. kalau tak, might as well minta je supir anda tunggu so that sempat untuk anda berjalan dan bermesra bersama monyet-monyet yang bukan sahaja jinak malah terhibur juga melihat kaletah mereka ni. Seperti dah lali dengan kunjugan pelancong, pelbagai ragam monyet-monyet bisa kita perhatikan- ada yang sedang garu dan buang kutu, berebut tempat mandi, membuat aksi-aksi lucu malah ada yang berkelahi sesama sendiri.

Sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata suasananya, mungkin kedengarannya agak biasa dan anda pasti tertanya, "tengok monyet- garu kutu? apa yang bestnya?".

Nah, itulah kelebihan tempat ini yang harus anda rasai sendiri. Bukan sekadar taman lindungan bagi haiwan-haiwan ini, di sini anda merasa tenang dan juga bakal disajikan dengan pemandangan hutan yang memukau pandangan. Cerun-cerun dan pokok-pokok yang tinggi dan adakalanya kelihatan menggerunkan- semuanya di Monkey Forest.

Dari Monkey Forest, kami jalan ke pekan Ubud. jauh tak jauh namun apa yang best dengan berjalan kaki begitu, kami dapat mengenali masyarakat Bali dan suasananya dengan lebih akrab. Sempat juga borak macam-macam dengan Kak Wan- memang saya akui Kak Wan lebih arif, banyak info Bali dan tempat-tempat menarik yang diketahuinya. Saban tahun dia ke mari. Bali umpama rumah kedua selepas Penang baginya.

Ada tiga stop utama sebelum kami tiba di pekan Ubud. Pertama, sebuah gerai makan. kasihan Kak Wan saya yang kehausan.

"Mahu makan juga. er, soto ada?". Teringat yang Mega pernah menawarkan saya soto Bali dulu, sedap!

Agak lama di situ (hilang penat dan stress), ternampak kelibat teman Kak Wan (pensyarah juga from the same university) memasuki gerai yang sama. Apalagi, menjerit sakanlah dia!

Ngok, ngek, ngok, ngek... kami meneruskan perjalanan. Hentian kedua, sebuah hotel atau resort ala THC. Bezanya lebih dekat dengan Pekan Ubud namun agak moden dan lebih kepada komersil. But still, okay kata Kak Wan. Maybe next time kalau datang boleh tinggal di sini.

Hentian seterusnya, sebuah cafe tepi sawah yang maha-awesome!

Tak terfikir pun kami akan singgah dan makan di sini. Very the THC (konsep taman ala tepi sawah) gitu tapi lebih moden dan sesuai bagi sesiapa yang ingin romantik-romantik, nah cafe yang diberi nama 3 Monkeys ini sebuah tempat yang perfect untuk anda.

Makanannya?

Not bad la. Nak kata mahal sangat tu takde la, sesuai dengan budget but yang paling penting pengalaman singgah dan makan sini memang tak bisa anda lupa sampai bila-bila. Dari hidangan starter- pumpkin soup yang heaven hinggalah kepada popia dan lontong goreng bersama sate. Enak!

Lama juga kami feeling-feeling kat 3 Monkeys, siap snappy-snappy sampai habis kad memori (boleh?).

Jam hampir menujukkan ke jam tujuh malam. kami gegas untuk ke pasar Ubud berhampiran. Lupa tujuan asal kami setelah asyik dan ralit lepak borak-borak di 3 Monkeys.

Hampir semua kedai dah tutup. Takpe, masih ada sehari lagi esok untuk kami shopping dan pusing keliling. Kak Wan mula menelefon pihak hotel untuk menghantar supir bagi menjemput kami.

Yes, petang yang heaven!

Bersambung...

Thursday, November 1, 2007

Majlis Pra Tonton 'Nana Tanjung 2'

Tarikh : 5 November 2007
Masa : 2.15 petang
Tempat : GSC Midvalley
Makluman : Jemputan Media & Bloggers

Rumah Terbuka Aizat AF5

Anak Pontianak - Waris Terpilih



TV3
Mulai 25 Oktober

Klik di sini untuk menonton recap episod. (",)