Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Thursday, July 26, 2007

Rezeki Tuhan

pagi ini hati saya terdetik. seorang teman chat saya bertanya, "i'm kinda loosing ur track actually... so my que... kenapa ya awk berada di bumi asing?".

saya diam sejenak. fikirkan jawapan terbaik.

"menyambung ilmu barangkali...".

saya fikir lagi...

"kata nabi, tuntut ilmu walau ke negara china... bukan begitu?".

"betul... so kenapa sane? bukan situ atau sinun?".

saya tergelak.

"hahaha.. rezeki saya di sini. kata orang tak baik memilih. bumi tuhan, di mana-mana pun sama sahaja bukan?".

itu antara perbualan yang pasti saya ingat sampai bila-bila. ya, kenapa saya di sini, kenapa tidak di sana, di amerika, di london atau di malaysia sendiri?

terlalu peribadi untuk saya ceritakan. untuk pengetahuan, cukup sekadar saya paparkan kehidupan saya sedikit sebanyak di bumi german ini. tidak boleh lebih-lebih. bimbang insiden sama terjadi di catatankash dulu berulang di kedai kopi saya yang baru ni. saya tahu ada di kalangan anda adalah viewers atau readers saya semenjak di catatankash lagi. trimas buat anda. sekalung penghargaan dari saya.

ya, saya suka menulis. itu acuan saya sejak dari sekolah rendah lagi (selain gila melukis). namun untuk bercakap di kedai kopi baru ni, saya perlu lebih hati-hati. ke german adalah dari tanggungan famili, ada hati yang perlu saya jaga atau tidak boleh saya dedahkan di sini (pic, nama dan sebagainya). dasar itu, saya tidak perlu panjang-lebarkan tentang studi, kerja mahupun sebagainya di sini, selagi ia melibatkan famili, cukup sahaja teman-teman terapat (oh, kalian tahu siapa anda) yang tahu.

saya harap penerangan ini jelas. dan tak ada lagi di kalangan anda yang berteki-teki mahupun bertanya saya itu, ini. saya sayang anda.

saya anggap sahaja ini satu peluang (biarpun payah untuk membuat keputusan!)

bertuah?

ah tidak, bukan mudah sebenarnya. meninggalkan segala suka-duka, cerita sedih dan ketawa, cinta yang (pernah) terluka, teman-teman yang bisa buat saya gembira... andalah segalanya!

sekali lagi terima kasih dari saya buat anda yang sering jejak ke mari. pada AM, Kak Sam dan Xis yang menghantar saya di airport tempohari, terima kasih... terima kasih sekali lagi saya ucapkan. akan saya semat semua cakap-cakap kalian. dan oh, jangan lupa hantarkan gambar2 di KLIA buat saya ya.

rindu kalian semua!

tshuusss....

e-mail : stabuxguy@yahoo.com

budak kopi,
germany

Toileteries Terbaik

takde apa pun posting kali ni, just nak share gambar rekabentuk/design botol2 ni. got it from one of the kedai farmasi kat town pagi tadi. saja pusing2 jap pas habis waktu kelas and tunggu budak turki nak gi lunch and terbeli (well, memang nak kena beli pun). kat rumah dok pakai brand yang tak familiar jek (sampai gatal2 kulit - ikut tuan dia juga la kan... huhuhu) tapi cam lawa la pulak packaging for Dove ngan syampu Head & Shoulders ni kan. nampak stylo gitu. satu bau timun (cucumber) and satu lagi bau lemon campur serai (lemos grass), dan lagi satu tu hah, jangan silap, itu ialah ubat gigi. suka pakai pasal rasa mint dia best and paling penting botol dia pun tak sama cam memana ubat gigi tiub biasa yang ada kat Malaysia. tapi mungkin juga dah ada jual cuma gua aje yang tak perasan... al maklum la kan... huhuhu...

okay itu aje la untuk posting kali ni. sekian, terima kasih.

p/s : nanti nak posting pasal cara-cara merebus dan makan telur (cara orang2 German) ngan kaedah memasak pasta berkeju ala German. and also kaedah membuat cappucino/ekspresso termudah dan paling cepat (tapi pakai mesin la of course). sambil dok layan internet pun boleh buat. hahaha... nanti la bila dah ada masa kita sama-sama share kay.

till then... take care. muahhh!

budak kopi,
germany

Tuesday, July 24, 2007

BBQ@Ruestersiel

masih pagi. awal jam 5 saya dah bangun. maklum la dah cerah. dah terbiasa. kat Malaysia saya pasti now dah hampir petang rasanya (or mungkin masih tengahari - selamat lunch, kawan!).

waktu posting ini ditulis saya ralit mengelek si freezy sambil asyik mendengar alunan dari album transkripsi (siti nurhaliza). berkali-kali saya putar album siti ni. dok jejauh ni cam best la pulak dengar. huhuhu...

semalam buat pertama kalinya saya dibawa Mario ke rumah keluarganya di Rustersiel, terletak tidak jauh dari tempat kediaman saya sekarang (hanya 20 minit berbasikal). cadangnya mahu berkereta namun jarak yang dekat membuatkan saya putus untuk berbasikal sahaja.

4.45 petang

"it's ok, we ride...".

berkali-kali Mario desak mahu datang mengambil namun saya tolak. akhirnya dia datang juga, tapi berbasikal. kami mengikut jalan biasa ke jogging park dan melalui hospital berhampiran.

tiba di Ruestersiel, Mario segera memperkenalkan saya kepada abangnya, Michael dan kakak iparnya, Roshvita. sama seperti Mario sendiri dan Christa, kedua-duanya juga begitu ramah dan baik melayan saya. terharu seketika dilayan sebegitu rupa. cuma masalah dari segi komunikasi kerana Michael dan Roshvita tidak bisa berbahasa inggeris. terpaksa la si Mario terkuntang-kanting menjadi jurubahasa kami.

awal-awal lagi Mario telah memberitahu kedua abang dan kakak iparnya tentang saya, apa yang saya makan, apa yang tidak boleh, lalu saya nampak mereka begitu mengambil berat beberapa soal dan pantang-larang untuk saya.

Michael dan Roshvita turut menunjukkan saya keseluruhan rumah mereka. cantik dan segalanya tersusun kemas. rasa best sangat dan tak sabar nak tinggal di sini. saya turut mendapat sebuah bilik di tingkat atas. segan pula nak curi-curi ambil gambar. nanti-nanti lah. hehehe...

"oh, no kash. don't open your shoes...", ujar Mario tersenyum. saya termalu seketika. lupa budaya di barat kita tidak perlu membuka kasut.

BBQ!


nampak simple dan senang. segala-galanya diuruskan Michael. memang dia pakar. saya, Mario dan Roshvita hanya berbual-bual di sudut taman rumah. tak banyak arang yang digunakan.


"we use special oil for BBQ...", sempat Michael memberi tips.

satu info buat saya. mungkin kaedah ini bisa saya praktikkan di Malaysia. takde la kotor atau nampak
messy sangat bila berBBQ. di sini, pakai cantik-cantik pun masih boleh 'turun padang' sebab kaedahnya memang simple dan bersih.

selesai membakar semua, kami ke meja hidangan yang disediakan di ruang makan. semuanya telah disusun oleh Roshvita dengan begitu cantik dan kemas. saya kekok juga hendak duduk dan makan ala-mat saleh ni. nasib baik Mario faham dan berkali-kali menasihati saya, "just be yourself...".

"drink for you?". Roshvita datang membawakan saya sebotol jus banana. hahaha! pasti Mario awal-awal lagi telah memberitahunya yang saya kemaruk jus mandarine-banane yang dibawa Christa semalam.

tak sampai seminit, datang pula Michael membawa sepinggan aneka daging dan sosej yang telah siap di bakar. hmmm... nampak sedap. langsung saya teringatkan Malaysia. teringat waktu ramai-ramai mengadakan BBQ dengan kawan-kawan, keluarga... arghhh rinduuu... huhuhu...

untuk dinner malam tadi, kami cuma makan berempat. Christa tak dapat join kerana punya urusan. takpe la, even berempat namun meriah. Michael pandai membuat lawak, Roshvita pula banyak berkongsi tips dan resepi masakan sementara Mario pula jadi jurubahasa tak habis-habis menyakat saya. Roshvita telah berjanji mahu membuat biskut untuk saya. eiii... bestnye!

saya balik sekitar jam 9 petang camtu. kat sini masih awal dan cerah. cuma kalau hari ahad biasanya jalan-jalan dah lengang sebab mostly kedai semua tutup kat sini sebagai menghormati hari untuk ke gereja (menurut Mario lah). macam hari jumaat kat Malaysia juga la.

sampai rumah terus mandi dan baca buku. sempat aunty rozi tanya pasal dinner tadi. kami borak-borak jap. besok dia ngan uncle ramli akan ke UK dua minggu. rumah ada maid ngan pekerja yang jaga. takpe, saya bleh kemas barang sikit-sikit before pindah ke rumah Michael-Roshvita. mereka pun tak mendesak namun happy jika saya dapat berbuat demikian secepat yang boleh.

stabuxguy - semakin betah

Papenburg, Jalan-Jalan Di Fort Meyer


"danke!"

"bitte."

dua istilah ringkas yang kian terlekat dibibir saya sejak akhir-akhir ni.

maksudnya?

hehehe... terima kasih.... kembali....

mudah bukan?

saya amalkan tiap kali berurusan bukan sahaja dengan uncle ramli dan aunty rozi (yg puas menolak untuk bergambar dan di minta pose di sini) malah sesiapa sahaja di sini, malahan penjual roti!

hari ni buat pertama kali saya bertemu dengan my foster family, christa dan mario. dua beradik yang peramah dan cukup mengambil berat.

begitu senang dengan mereka, saya dibawa ke papenburg. sebuah pekan pelabuhan tidak jauh dari wilhemshaven, bandar tempat tinggal kami.

bersama kami, christa turut membawa teman sekerjanya, david yang berasal dari amerika. david juga baru di sini. punya keluarga dan bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat gas di sini.

tepat jam 10 pagi, christa dan mario menjemput saya di rumah. berpandukan arah gps* pada kereta, kami tuju ke daerah papenburg di selatan wilhemshaven. perjalanan mengambil masa cuma kira-kira sejam. selepas mencari parking, christa membuka bekalan. kami mini-picnic di kereta. ada chicken ham, roti keju, muffin, pisang- oh, banyak sekali.

dan saya jatuh cinta pada minuman mandarine-banane yang dibawa christa. sedap sekali! dibeli dari PLUS (pasaraya ala 7E).

"rajin ya kamu!". ujar saya.

christa yang kurang fasih berbahasa inggeris cuma tertawa dan berkata sesuatu kepada mario.

"she said, it's for your- her brother!". wahh, terharu saya seketika.

kami jalan-jalan sekitar pekan papenburg. saya banyak perhatikan siganage dan papan iklan di sini. best. memang inilah yang saya buat sejak tiba di sini. kutip idea dan rekaan iklan, papan tanda. dari pengangkutan tren dan awam hinggalah ke kedai-kedai dan hospital. paling best sebab hari ni dah ada kamera. thanks to mario kerana sudi meminjamkan kameranya untuk saya. apa lagi, tak menang tangan dok snappy-snappy. pose sana, pose sini. hihihi...

papenburg

papenburg memang awal terkenal sebagai sebuah pekan pelabuhan. lebih kurang sejarah melaka, ia dibuka sekitar 200 tahun dahulu, namun mula menjadi terkenal sejak tahun 1775 . nak tahu kenapa? ok, nanti saya cerita. di papenburg, saya sempat meninjau-ninjau dan masuk sendiri ke dalam sebuah kincir angin lama. kincir angin yang terletak di persimpangan muara sungai (di tengah-tengah pekan) ini sudah tidak digunakan dan memang dibuka untuk para pelancong. memang teruja sangat masa masuk tuh. yelah, mana ada kat malaysia. selalu tengok dalam gambar atau dokumentari je.

kincir angin

digunakan untuk menghasilkan roti dan gandum pada waktu dahulu, ternyata pengalaman ini adalah sesuatu yang baru buat saya. puas jalan-jalan dan melihat sekitar, kami bergegas menaiki bas pelancong ke fort meyer atau pelabuhan meyer. di sini fort/pelabuhan dipanggil Werft. ini adalah satu-satunya kemudahan yang disediakan oleh pihak pelabuhan kepada para pelancong. dari pekan, cuma mengambil masa kira-kira 15 minit untuk ke pelabuhan. sambil itu kami diberi penerangan oleh jurucakap bas. sayang juga, hampir keseluruhan penerangan saya tak faham. 100% dalam bahasa germany. nasib baik ada mario dan christa yang cuba menerangan kepada saya sedikit demi sedikit.

fort meyer

tiba di pelabuhan, hati saya berdetik kagum. besar dan moden.

kami dibawa dan dipecahkan kepada dua kumpulan ke lobi. saya tertarik dan bangga jap dengan ukiran perkataan 'selamat datang' yang diletakkan sebaris dengan bahasa-bahasa lain di pintu masuk lobi. tak sangka bahasa malaysia pun wujud di sini.

apa pun, ah sekali lagi, saya menggaru-garu kepala tidak faham apabila penerangan diberikan di dalam bahasa german. begitu juga sewaktu sesi tayangan video. teringat sesi bersama kak sam sebelum kami menaiki jambatan di menara berkembar petronas dulu.

dari satu ruang ke satu ruang (dipanggil dek), tiap penerangan terperinci diberi (dan semuanya dalam bahasa german!) tentang kapal, sejarah pelabuhan, pemilik awal dan sebagainya.

untuk pengetahuan, pelabuhan ini telah dibuka oleh keturunan dan ahli keluarga meyer sejak dari awal abad ke 17 masehi. sehingga kini, beribu-ribu kapal dagang dan tangki dibuat dan dihasilkan di pelabuhan ini termasuklah dua kapal komersil superstar leo dan virgo untuk kegunaan pelancongan di perairan Malaysia. buat pertama kali saya dapat melihat dan merasai sendiri betapa mewahnya lifestyle di dalam sesebuah kapal komersil. siap ada lif di setiap tingkat, kolam renang, tennis court, bilik suite dan apartment di dalamnya.

sempat mario mengusik dan bertanya saya, "kamu mahu tinggal di dalamnya?". hahaha! saya cuma gelak sahaja. ada peluang, apa salahnya.

dari dek kami ke bahagian pembuatan kilang (sebuah ruang pembuatan kapal yang maha besar). di sini saya bisa melihat sendiri bagaimana manusia bekerja untuk menghasilkan sesebuah kapal mewah. kebetulan juga terdapat dua buah kapal sedang dalam penghasilan. satu untuk indonesia dan satu lagi untuk kegunaan di lautan carribean. kedua-duanya bagi pasaran komersil. serba lengkap dan mewah. ralit jap dengan kren sebesar-besar alam bagai.

ternyata berbaloi juga christa dan mario membawa saya ke mari. dari pelabuhan, sekali lagi kami menaiki bas untuk kembali ke pekan papenburg. christa sempat memberikan saya sebuah plastik.


"a gift for you."

saya belek di dalamnya. buku cenderamata (tentang pelabuhan) dan sebatang pen tanda kenang-kenangan. yang bestnye buku tu dalam bahasa inggeris.

"ah, thank you, christa!". berkali-kali saya mengucapkan dank e kepadanya.

"nein danke. you already small brother to me." saya pandang mario. dia cuma tertawa.

di papenpurg, kami picnic sekali lagi di kereta. penat juga asyik jalan sahaja. tak sedar hampir tiga jam kami tour di pelabuhan tadi.

"ice-cream anyone? kash, do you like ice-cream?".

"not really. my teeth... nein...", ulang saya berkali-kali sambil menunjukkan gigi. christa faham.

"no ice-cream. okay. we go." ujarnya senyum.

harlesiel

lalu dia mengajak kami ke sebuah lagi pekan pelabuhan di utara papenburg. berbanding papenburg, harlesiel lebih menarik dan merupakan sebuah 'perkampungan musim panas' bagi seluruh warga german. menurut mario, warga german gemar melancong ke sini kerana tempatnya yang cantik dan sesuai dengan gaya hidup di musim panas. pantai, ikan dan beer. tiga elemen penting dalam kehidupan mereka.

di sini macam di kawasan tok bali di kelantan-lah. tempat pendaratan ikan cuma lebih moden dan bersih. terdapat satu kawasan rekreasi besar di mana setiap keluarga boleh meletakkan RV mereka dan camping di situ berhari-hari. banyak aktiviti best yang saya lihat. kanak-kanak lagilah, musim cuti la katakan. seronok! terbayang jika syauqi ke mari. saya pasti dia akan happy.


di harlesiel, kami sempat singgah makan ikan segar bersama roti. namun saya memilih untuk makan ikan yang digoreng berbanding ikan basah (dimasak separa mentah). dave juga seperti saya.


"i don't really like sushi." motif tiba-tiba kaitkan dengan sushi. kami ramai-ramai tergelak.

hampir sejam kami di situ, christa memandu pula ke sebuah lagi 'port' berhampiran yang dikenali sebagai Hooksiel. kali ini lebih kecil dan merupakan kawasan pendaratan kapal. di situ kami cuma singgah untuk membeli ikan. erk, bukan macam pasar basah di malaysia ya. ikan-ikan di sini lebih bersih dan dijual samada untuk dimakan segera atau siap dimasak. sekali lagi christa membelikan saya dinner.

"for you. must try. eat." saya angguk sahaja. mati la saya dari 'burger' keju untuk sarapan, pastu 'burger' ikan untuk lunch dan sekarang, ikan lagi untuk dinner.


takpe, cuba aje even saya allergic seafood. bila lagi kan. huhuhu...

dalam hati- waaaaaa.. rindu nak makan nasi lemakk!!

kami sampai di wilhemshaven hampir ke jam 7 petang. di sini 7 petang masih cerah (macam pukul 4-5 gitu). tapi waktu gini, masyarakat german selalunya akan stay kat umah dah untuk dinner. dinner about 6 petang ke 8 malam gitu. jam sepuluh baru gelap tapi waktu tu orang dah tidur. yelah, 6 pagi dah nak bangun, keje. dah cerah. subuh maybe dalam pukul 3-4 pagi camtu.

tiba di pintu rumah, christa mendakap saya. mario juga. kedua-duanya, biarpun baru pertama kali berjumpa namun begitu baik dan ramah melayan saya.

"welcome to our family, kash! can't wait to see you around!". saya terharu. nyata cerita dan cakap-cakap negatif orang tentang warga german meleset sama sekali. sepanjang saya di sini, tidak pernah saya melihat masyarakat di sini tidak senyum ataupun bersifat anti-asia.

ungkapan-ungkapan seperti danke, bitte, tshus seakan sebati dan melekat serta menjadi sebahagian dari pertuturan mereka sehari-hari. bagus lah. yang baik kita jadikan teladan yer tak?

"don't forget we come and pick you again tomorrow ya for the bbq."

saya angguk sebelum kereta mereka akhirnya menghilang. penat, namun ah, pengalaman. itu yang penting. saya tersenyum sendiri.

*gps - sistem mapping yang dipasangkan pada kereta bagi petunjuk arah/jalan. kebanyakkan kereta di negara-negara barat mempunyai sistem ini.

stabuxguy - puas!

Sunday, July 22, 2007

Bertunang, Ditunangkan Bhg. 2

"kash, awak gila!".

"ya, saya gilakan awak mira!". saya lihat airmata amira berderai. dia mula berlari ke atas, tinggalkan saya keseorangan di muka pintu.

dalam hujan, saya pulang dengan hati yang hampa. apa pun saya lega, kerana telah berjaya meluahkan apa yang terbuku.


"kau gila!". marah badrul.


"ya, kau memang gila!". tambah dani pula.


saya bungkam. menghirup saki-baki coke di tangan. bingit muzik di kelab lebih menyenangkan hati saya dari mendengar kedua-duanya membebel.


"aku nak balik! ciao...".


gilakah saya?


mimpi cuma mainan tidur.
ah, benarkah? saya cuba bangkit- benar-benar mengharapkan ini cuma hanyalah mimpi. gagal. ah, alang-alang bermimpi baik sahaja teruskan.

menjelang pertunangan, amira datang ke rumah.

"awak, benarkah?".


"huh?".

saya terpinga-pinga. hanya berboxer dan ber t-shirt.


"awak cintakan saya?".
saya angguk.

benar, sungguh!


sekali lagi amira berlari tinggalkan saya. kali ini saya sempat melihat wajah ceria di sebalik senyumnya. seketika kemudian, fairuz dan ayie datang mendapatkan saya.


"abang! abang! terima kasih! terima kasih!". hahaha... saya rasa seperti sinar yang hilang beberapa minggu sudah dalam hidup saya kembali menjelma.

"kami sayang abang!". kembar fairuz dan ayie mendakap saya seakan tidak mahu melepaskan.


seterusnya, pertukaran berlaku. semua pihak terkejut. papa-mama apatah lagi. amira tidak jadi bertunang. dengan razak. tapi akan ditunangkan dengan saya. beberapa kali dato' zainal dan datin ruby panjatkan syukur. mereka nyata senang dengan pilihan amira kali ni.


dan saya?
benarkah saya cintakan amira?

jawapannya- ya dan tidak.

terlambat untuk menolak. ini bukan perkara calang-calang. kedua-dua keluarga pun telah bersetuju. tentukan ini, ini. jemput orang itu, ini. beli itu, ini.

"mira happy?".

"ya! awak?".


"hmm... happy juga." terbayang wajah badrul dan dani yang menyumpah-nyumpah saya.


"ayie, nape sedih ni? hari tu happy suruh abang kahwin dengan kak mira?".

saya tarik ayie yang bungkam di kerusi.


"adik sedih... sure pas ni abang dah tak rapat ngan kami lagi. abang akan sayang kak mira."

"a'ah la bang. abang akan lupakan kami." fairuz pula datang mendakap saya dari belakang.

saya dakap balik kedua-duanya.


"kamu yakin ke ni?".

"ish, mamanya. dah tak sampai seminggu pun. semua persiapan dah diatur. jangan nak mengubah kepala anak awak tu." pesan papa.

"takdela papanya, kita cuma risau aje. tak hujan, tak panas. tiba-tiba aje dia nakkan si mira tu. kata bestfriend." saya yang mendengar buat-buat tuli.

"saya minta diri dulu ma, pa. naik tidur dulu ya!".

"mama bukan apa-apa, kalau boleh fikir betul-betul ya. mama cuma nakkan kamu dan amira bahagia. fikirlah!". berkali-kali saya cuba memahami maksud mama.

dua hari sebelum pertunangan...


"amira... jangan salah faham. saya tak maksud nak lukakan awak...".


"takpe, mira faham. awak buat semua ni sebab tak nak kehilangan mira aje kan?".

"hmmm... bukan. bukan macam tu. saya cintakan awak, benar-benar cinta dan sayang. tapi, saya... saya tak mampu mira...".


"tapi, kenapa? kenapa sekarang? kenapa awak mainkan perasaan mira?".

saya tunduk memandang lantai.


"mira, airnya-". amira diam tak berkata apa-apa.


"takpe, kak kiah. letak aje kat situ. nanti kami minum. terima kasih!". kak kiah, pembantu rumah terus berlalu.

"it's okaylah. mira faham. mira pun tak nak kehilangan awak!". ujar amira kemudian hampir tergelak buat saya terpinga-pinga.


"hey- mira tahulah!". sekali lagi saya tercengang dengan perubahan karakter amira.

"mira baca diari awak!".


"diari? erk!".


"takpe, mira faham. mira tak salahkan awak. awak betul. mira pun tak nak hilang awak. pertunangan ini gila. hmmm...".


"awak serius? tak main-main?". amira geleng.

"tapi janji, awak takkan tinggalkan saya?". saya mula tersenyum. ya, amira saya sudah kembali.

"okay, janji!".


"sampai bila-bila?".


"sampai bila-bila!".


tiba hari pertunangan...
biasa la, makan-makan. keluarga semua berkumpul.

amira kenyit mata. saya ketuk gelas.


"er, perhatian semuaa....".
segenap mata tertumpu. saya tarik nafas.

"hoorayyy!", habis sahaja ayat terakhir saya 'tak jadi bertunang...', saya lihat ayie dan fairuz dikuti kedua-dua adik saya melompat kegirangan. semua famili tergamam. dato' zainal dan datin ruby saling berpandangan. mama hanya tersenyum. papa macam geram tapi saya tahu dia tak marah. paling tidak pun dia akan cakap, mama yang brain-wash saya.


saya happy. terlalu happy.
terasa seperti sayalah superhero yang telah menyelamatkan dunia.

saya pandang amira dan ucap terima kasih berkali-kali. ternyata hanya dia dan mama yang faham jiwa dan naluri saya.


dan kali ni saya lihat dani dan badrul mula tepuk dahi.


"nyah, lawak apa kau buat ni?". *pengsan*

Bertunang, Ditunangkan

Semalam saya bermimpi. percaya atau tidak saya bangkit seawal jam 5 pagi hanya untuk menaip posting ini. bimbang ceritanya menjadi basi atau terlupa sama sekali.

ada seorang gadis. kami berjiran. oh, tidak, cuma sama kuliah. bekas teman sekuliah. teman baik saya. orangnya biasa, tak cantik, tak lawa sangat. sedang-sedang sahaja. saya menyenangi tingkah-lakunya. kami bercerita hampir tentang apa sahaja, kecuali, latar belakang saya- siapa saya, sebenar-benar saya.

sering berkunjung ke rumahnya, adik-adiknya, ayie dan fairuz juga begitu menyenangi saya. oh, ya- menambah perisa dia anak orang ternama. dato' zainal dan datin ruby juga begitu suka saya berteman dengan anak gadis mereka.

"selamat!". itu fikir mereka saya kira. :)

saya gelarkan gadis ini amira. menjawat jawatan sebagai jurutera, orangnya lasak dan kasar juga. berbanding saya yang agak berbudi bahasa- hahaha! barangkali itulah yang membuatkan dato' dan datin begitu sukakan saya.

namun, suatu hari amira datang bercerita-

"awak, saya mahu tunang, dengan razak!'.

"tunang? razak mana ni?".

"alah, kawan sekolah kita dulu. kawan baik awak!".

saya melurut dada perlahan. gembira tak terkata. amira mahu bertunang. sebagai teman saya gembira. terlalu gembira. tak semena saya memeluknya. girang.

"hey, awak! orang nampaklah! nape ni...".

"happy!".

suatu hari, amira datang lagi kepada saya.

"awak, orang perlu rumahlah. tak cukup untuk tetamu. mintak tolong ayah awak?".

memang papa saya banyak rumah. satu perumahan tempat kami tinggal tu kepunyaan papa saya (konon-kononlah- dalam mimpi ini sahaja ya!).

saya jawab ok.

entah kenapa saya sedih. lalu hari-hari seterusnya saya hanya menyaksikan amira gembira menyiapkan segala macam kelengkapan untuk hari petunangan. adik-adiknya pula kian rapat dengan saya. pernah si fairuz datang dan berbisik kepada saya.

"abang, abang kahwinlah dengan kak mira! adik suka...". saya tergelak. masakan...

tiba-tiba ayie pula datang.

"abang, ayie sayang abang. kahwinlah dengan kak mira...".

saya mati kutu.

balik rumah, saya panggil kedua-dua adik saya pula, syafiq dan shazrul, kami borak2 dan saya tanya pendapat mereka tentang pilihan amira.

"alah, long- kalau along yang kahwin dengan kak mira kan best!". positif. kedua-duanya menjawab serentak.

saya tercengang.

dari rumah, saya bisa perhatikan wajah girang amira dari jendela. jarak rumah kami cuma sedepa. saya ulit wajahnya. hish, gila. tak mungkin. hmmm...

ke bandar, saya mencari badrul dan dani- entah siapa mereka ini tiba-tiba wujud dalam mimpi saya (dan mereka dikarakterkan sebagai teman baik saya!).

"kau nak kahwin?".

"hish, cakap pelan-pelan sikit! bukan aku lah, miraa!".

"ooo- dah tu yang kau susah hati napa?".

"itulah... aku rasa cam... hmm... ah, susah nak cakaplah."

"citer je...", desak badrul.

"ha'ah, alang-alang ni, citer lah!", celah si dani pula.

saya mula meluah. dari a-z saya cerita. semuanya.

"camtu baguslah. si mira nak kahwin. apa yang kau susah?".

"bukan kahwinlah. tunang!".

"ah, samalah. hmmm, don't tell me yang kau syok kat dia pulak! shuhh.. shuhh allergic!".

"seriuslah dani... aku pening ni!".

"hey, mira yang happy bertunang. kau pening-pening nape. buang tebiat ya?". serentak dani dan badrul gelakkan saya.

"aku tak setujuu!".

"what?!".

"apa ni... hey, update cepattt!!".

"so kira setujulah ni. hmmm... ini check RM500, 000 untuk 5 buah rumah. ini pertunangan anak sulung kami. so faham-faham aje lah...".

papa yang agak kebingungan pada awalnya mula memandang mama. masing-masing mengangguk.

"alhamdulillah. encik rahim dan puan khamsiah tak perlu buat apa-apa. biar pihak kami yang uruskan semuanya. cuma satu hari sahaja."

err, logik ke pakai kawasan rumah untuk sehari RM100, 000?

"termasuk parking, khemah semua-semuanyalah. habis sahaja pihak kami akan bersihkan."

saya lihat papa dan mama lega seketika.

beberapa hari sebelum pertunangan, jiwa saya kian goncang. saya perlu lakukan sesuatu. perlu.... tuhan, berilah kekuatan.

saya ke rumah amira.

"kakak ada?". fairuz menggaru-garu kepala.

seketika amira muncul.

"nape, wak? resah je, ada masalah?".

saya peluk mira. kejap dan lama. terpinga-pinga dia.

"mira! pleaseee... jangan kahwin!".

"awakk.... orang nak bertunanglah, bukan kahwin!".

"tak kisahlah. pokoknya, jangan!".

"tapi mengapa?". saya mula meleraikan pelukan. menatap telus ke wajah amira.

"saya... sayaa... cintakan awak!".

bersambung....

Friday, July 20, 2007

Hujan, Berhentilah!

ntah hari ke berapa hari ni dah malas nak kira... hua hua huaa.... now jam err, berapa ya... jap jap nak tgok... huhuhu... oh 4.50 petang.... nothing much to do today... tetiba plak hujan ptg ni... tak best nak kuar so dok umah aje la... baru je makan bubur aunty rozi masak tadi. uncle ramli ntah pi mana. saya cuma lepak dalam bilik. hari ni feeling ala-ala down gitu. my kakak sure tahu nape. hmmm... ntah la. sometimes apa yg kita nak tuh tak semestinya bisa terjadi seperti yang terencana ye tak?

kadang kita pikir panas hingga ke petang, melain jika kita bisa meredah dan sanggup berkuyup sepanjang jalan. itu lain ceritalah.

memang saya betah. biarpun belum genap seminggu di sini, macam-macam perancangan di kepala. itu ini, ke sana, ke mari. hujung bulan mahu menjengah teman di dublin, khabarnya mahu pulang ke malaysia. bosan enam tahun di perantauan. takde angin tiba-tiba pokok bergoyang.

"sampai seru agaknya," detik hati saya.

teman yang kupikir sudah hilang malaysianya- acap kuusul soalan, kapan mahu pulang? gemar di sini- ah itu jawabnya. lalu pelik juga kenapa setelah saya tiba, beliau seakan berbuat keputusan melulu. kawan kami bukan alang-alang, malah makan bertahun. saya JC, dan dia norman-nya.

ah- seperti tadi, sampai seru. sama juga seperti saya, sampai seru- ya juga akan pulang ke malaysia. namun sekarang biarlah keadaan reda dahulu. bukan rajuk, saya datang membawa harapan. sedikit bekal doa dan nasihat dari mereka-mereka yang rapat dan merupakan keluarga susah-senang saya, saya pasti, bumi eropah ada menjanjikan sesuatu untuk saya.

biarkan saya tinggal dahulu cerita dan kisah di malaysia - itu pujuk hati.

"tuhan, berilah kekuatan!". saya pandang ke luar. dan hujan masih merenyai.

stabuxguy - suka ikut kata hati

Thursday, July 19, 2007

Gambar aje lah... can? haks... (",)

Kash... Hari Ke-4

dah hari ke-4, jetlag tak habis-habis... bleh? huhuhu...

jejalan petang balik kelas (kat kawasan rumah)

kat park. ingat nak jog tapi cam malas plak. pose aje la... kwang3x

pose ngan itik

itik-itik tgh pose... hua hua hua

hari pertama pi skool dengar taklimat aje. naik beskal lagi. sini best, tak yah melawa. huhuhu... sempoi tak? ahaks...

kat depan universiti...

Wednesday, July 18, 2007

Surat Udara

ahad, 15 julai 2007
11.20 pagi.

hampir 12 jam perjalanan, just having my breakfast (saat posting ini ditulis, saya masih dalam penerbangan KL-franfurt). it was good . the nasi lemak with sambal sotong are very nice dan saya ditemani seorang warga german, joana (baik dan peramah!) yang juga baru sahaja menghabiskan percutiannya di malaysia.

sebetulnya saya gementar, yup, a bit nervous dan seperti tak percaya yang akhirnya saya terbang juga ke benua eropah (jika diberi pilihan, saya lebih suka memilih australia sebagai destinasi).

malam tadi, di KLIA, 9 malam - AM, kak sam dan Xis menghantar saya. tak lupa ahli keluarga - sue, kak ngah, abang taqriz, kak teh, epi serta kak long ninie dan abang shaman yang secara kebetulan turut menghantar adik beliau yang mahu ke austria (transit di frankfurt).

11.15 malam.

perjalanan memasuki ke terminal antarabangsa adalah sesuatu yang baru buat saya dan merupakan pertama kali. ya, diulang pertama kali!

hilang rasa gelabah saya bila rupa-rupanya AM, kak sam dan Xis memerhatikan saya dari tingkat atas terminal. hilang gugup seketika. saya cuba cekalkan hati, betapa ya, inilah yang saya mahukan. perkara yang saya ingin buat untuk masa depan. saya akur, kalau tak sekarang, nah, bila lagi? peluang tak datang berkali-kali.

"it's okay. everything gonna be alright," berkali-kali kak sam memesan.

saya pandang AM. tahu biarpun dia hanya mampu tersenyum, saya sedar jauh ke dasar hati, dia juga seakan berat melepaskan saya. ingin saja saya peluk AM kejap-kejap.

"for sure i'm going to miss you- saat kena marah, jelingan tak kuasa...".

Xis - biarpun dia anggota baru 'keluarga' saya, namun saya senang dengannya. seorang lagi yang saya panggil 'abang' (tanda hormat), sekali lagi maaf tentang your lost-car. i'm sure ada hikmah disebaliknya. saya tahu abang TABAH. :)

buat kalian (ya, mereka keluarga saya) - terima kasih kerana meluangkan masa dan susah-payah menghantar saya tadi. sungguh saya terharu dan berbesar hati. buat iskandar dan lis, anda juga 'keluarga' saya sekarang. jangan lupa nanti balik malaysia kita goreng pi karaoke lagi ya.

"secangkir madu merah, seksis, memori daun pisang...".

buat kak bai juga, thanks kerana menelefon semasa di airport- it's okay kak. do keep in touch ya.

buat teman-teman yang lain, duta a.k.a. helmi, sam, aerill, aidit, abang andre dan 'keluarga-kawan2 besarnya', arye my good-best-friend i ever had - love u love u love u so so muchh... serta tak lupa aiman, amal (my sepupu yang makin hot gitu), tasya, bebudak cosmo - jue, fifi, boy fauzy, didie, melsa dan mern.

hmm siapa lagi ya? Cj, isma yusoof (thx bro for tips-info selama ni... you're my truly sifoo!), arep, eidie - kawan2 kelantanku.. hehehe... luv u both! lynn & boy (nanti kawin aku takde nak amik video korang!), izwan dari cybersecurity - i'll post your dvd from here, don't worry buddy! hmmm... last but not least, nazreem, umi, saiful, syed sobrie and the gang (antara kumpulan pertama myspace saya di KL).

fuh, maaf pada yang tak tersebut. anda juga adalah teman-teman saya. sava adore anda. terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

saya anggap ini satu cabaran. sesuatu yang memang ditakdirkan dan perlu saya manfaatkan sebaik-baiknya. peluang untuk memperbaiki diri dan melihat-lihat negara orang.

yang baik kita jadikan teladan. iya bukan?

ah, kita masih ada kenangan.

stabux - nantikan tulisan saya di germany di posting akan datang ya!

p/s : untuk meng-email saya, (please, hantarkan cerita, gambar anda kawan!) sila hantar ke stabuxguy@yahoo.com. keep in touch! (",)