Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Tuesday, May 1, 2012

Sahabat, Kau Pelengkap



Saya cuba untuk lelap. Ambil Bobo, si beruang coklat. Saya tenung wajahnya. Saya dakap. Kejap. Mata saya terkatup rapat.
Tidur saya nyenyak untuk 30 minit berikutnya [sebelum dikejutkan dengan bunyi deringan telefon].
“Hai!”. Suara MB jelas ‘riang’ di hujung talian. Tergamam saya. Hampir beberapa bulan kami ‘terputus hubungan’.
“I dengan Yuzz, kawan you…”. Ooo… Patut lah. Getus hati saya. Kami berbual-bual seketika. Rindu saat-saat di Pulau Pinang mula menerpa. Jauh di sudut hati, ada ruang di hati saya yang masih menyimpan kenangan kami.
Habis berbual, mata membelek skrin di Blackberry. Terusik melihat gambar saya dan Ted bersama rakan-rakan kami yang lain. Dirakam minggu lalu di Tanjung Rhu, masing-masing seronok. Saya melalui satu hujung minggu yang sangat hebat bersama mereka.
Jarang-jarang saya mengalami perasaan yang begitu sentimental, namun kehadiran Ted dan rakan-rakan, buat kami lebih mengenal dan bertambah akrab.
Syam si driver yang sabar dan tak henti-henti memandu kami ke sana-sini, Shy si perencana, oh, saya kagum dengannya, banyak yang kami rasi bersama. Ted- dia memahami saya, semestinya, kami paling rapat- dia teman saya paling lama!
Ekin, yang cool dan petah, serta-merta saya begitu betah dengannya, Elvena, si pendiam yang punya seribu macam cerita, dan Inn, too bad dear, last day baru dapat rapat dan bual-bual ngan you kan? Hehe…
Lama saya berdiri di balai berlepas. Melihat rakan-rakan pergi meninggalkan, buat hati saya pujuk untuk bertambah kuat.
Jujurnya, saya sunyi di sini. Tiada perkataan untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Hanya sesekali kunjungan teman-teman mengubat rindu dan kekosongan saya.
Kesal? Hmmm… tidak, saya tidak kesal berada di sini. Keputusan ke Langkawi adalah yang terbaik pernah saya buat. Ini laluan yang saya pilih.
Sunyi, tapi Langkawi tetap membuat hati saya tenang dan happy. Saya gembira sepanjang berada di sini. Hidup yang ringkas, dan tidak melemaskan.
Baik Ted, MB atau sesiapa saja rakan-rakan yang mengenali, kalian adalah sebahagian dari cerita yang melengkapkan hidup saya. Ada yang buat saya gembira, ada yang kadang-kala memberi inspirasi dan tak kurang yang membuat saya lebih berhati-hati.
Mengenali kalian adalah terbaik, dan saya harapkan hubungan kita kekal baik-baik.
p/s : Ikuti kisah-kisah dan cerita terbaru saya di laman baru Tumblr, klik di sini. Terima kasih. (",)
K.