Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Sunday, July 26, 2009

Dilema Hari Minggu

Ahad datang lagi. Hening pagi yang mengusam, buat saya terjaga. Terkedip-kedip, baru saya teringat yang malam saya sendirian. Capai telefon, oh dah hampir ke jam sembilan rupanya. Bangun, gosok gigi dan terkocoh-kocoh membancuh milo di dapur. Antara minuman kegemaran saya pagi-pagi.

Seketika saya ke bilik belakang, melihat muat turun bahan-bahan dari internet malam tadi. W1max benar-benar buat saya kagum. Bukan sahaja memuat turun, menonton Youtube pun sudah tidak perlu tertunggu-tunggu seperti selalu, berbanding broadband, semua kerja jadi sepuluh kali lebih mudah dan cepat- tidak perlu telefon, tidak perlu proses pendaftaran yang (me)rumitkan.

Bayar, bawa balik modem dan pasang. Itu sahaja!

Tunggu, ada berita yang mengejutkan saya pagi-pagi. Saya tenung beberapa akhbar di internet. Tak puas hati, saya cuba Google satu persatu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, jika Khamis lalu saya ada meletakkan status,"Yasmin Ahmad meninggal?" di laman Facebook, ada rakan-rakan yang bertanya, antara sahih dan ragu-ragu, saya sekadar membatu.

"Innalillah...". Saya tunduk terkedu di meja komputer. Biarpun saya tidak mengenali beliau secara peribadi, kali pertama bersua pun cuma sekali sewaktu menghadiri Shorties BMW tiga tahun lalu. Berbaju kurung, wanita yang digelar "Kak Min" ini ternyata ramah dan kaya dengan senyuman dan gelak ketawa. Tidak seperti pengarah tersohor, buat lidah saya kelu untuk mewawancara beliau.

Buat Kak Min atau Yasmin Ahmad, semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Ada beberapa filem baru yang bakal ditayangkan menjelang akhir tahun nanti. Paling buat saya ternanti-nanti ialah filem 2012. Pertama kali menonton trailer di Youtube dari minggu lalu (setelah membaca di akhbar) benar-benar buat saya teruja untuk menonton keseluruhan isi filem. Kemusnahan bumi secara besar-besaran, hasil garapan pengarah Roland Emmerich yang telah banyak mengarah filem-filem hebat, antaranya The Day After Tomorrow (2004), Godzilla (1998) dan Independence Day (1996).

Selain 2012, antara filem hebat lain yang menunggu tayangan ialah The Twilight Saga: New Moon serta The Final Destination, francais keeempat filem Final Destination.

Saya kaki wayang? Hah tidak juga. Suka mengambil tahu mungkin. Saya teruja selagi ianya bukanlah termasuk dalam filem-filem komedi sampah.

Selain filem, muzik juga kegemaran saya, gemar memuat turun dari membeli (tengok album dan kualiti penyanyi)- ah, zaman siber ni semua kuasa di hujung jari, hanya klik sahaja.

Menempah tiket, carian tempat dan lokasi menarik- di mana-mana, di Starbucks, di rumah, mahupun di tempat kerja (saya menggunakan dua hub komputer) segala-galanya menjadi mudah dan cepat.

Habis sekole milo, saya menerima sms dari Abang Nazri. "Report location. Jom pi lunch memana...". Saya senyum. Lama kami tidah melepak bersama. Belum pun sempat membalas, Ir pula sms. "Mahu makan? I on the way balik...".

Ahad selalunya begitulah. Ramai teman-teman mengajak keluar, makan-makan. Hari untuk bersenggang.

Saya buat keputusan ke Pantai Dalam. Ada restoran makanan Kelantan yang bagus di sana. Segera sms Ir dan Abang Nazri, serentak.

Balik dari makan tengahari, saya kembali memeriksa laptop, mahu tahu kalau-kalau muat turun saya sudah berhasil. Saya senyum sebaik melihat 'dua bahan' sudah masuk ke folder. Tak sia-sia saya melanggan W1max.

Dah berkira-kira untuk perancangan seterusnya. Tidak sabar menunggu minggu hadapan. Dah banyak 'pungut suara' yang saya buat; bukan meminta pilihan, sekadar bertanyakan sokongan. Patut atau tidak patut? Jika A, bagaimana? Jika B, apa risikonya?

Barangkali ada yang memintas saya,"Kash, jangan lari dari masalah. Berani hadapi cabaran. Dunia ini tidak mudah."

Sayang saya tidak begitu. Tak guna jika keadaan tidak menyebelahi saya. Hidup dalam sesebuah komuniti, anda tentunya mahukan sesuatu yang aman dan membahagiakan bukan?

Saya kira pilihan saya betul. Meninggalkan sesuatu yang anda suka dan minat, punya masa depan yang cerah, bukan bermakna rezeki anda putus. Saya tidak percaya digelar gagal.

Peluang ada di mana-mana jika anda yakin dan usaha. Saya bukan bercakap untuk meggembirakan hati sendiri, tapi sebagai motivasi, ya- tanpa sesiapa pun yang bisa memahami, saya terpaksa kuatkan hati sendiri.

Ya, semoga pilihan saya betul.

Minggu hadapan saya akan pejam mata sepuas-puasnya!

Wednesday, July 15, 2009

Demam Datang Lagi (+.+)

Masuk hari ketiga sebenarnya. Awalnya saya pulang ke kampung Ir di Temerloh (jumpa ibu, abah, makan durian etc)- seronok, seronok juga. Malah 'balik kampung' yang paling seronok saya kira. Ibu tak putus-putus menyuruh saya mencuba itu, ini, dari memasak masakan kegemaran hinggalah membawa ke pasar pagi- beli macam-macam, termasuk durian.

Seronok juga pertama kali dapat bertemu 'mama', mak long Ir yang tinggal di Kuantan. Orangnya ramah, rajin soal saya macam-macam. :)

Kebetulan dia singgah di Temerloh bersama Pak Long sekembali dari kenduri di Segamat. Kagum saya, usia dah lewat enam puluhan tapi masih romantik, berkereta berdua ke sana-sini.

Dua hari di Temerloh, dua hari jugalah saya dihidangkan dengan durian. Dah lama juga tak makan betul-betul, kalau ada pun tempoyak dengan budu di Restoran Anis Corner tiap pagi Ahad tu ada la. Itupun tak banyak.

Duduk bersila bersama 'abah' (panggilan buat bapa Ir), dari satu ulas ke satu ulas- kami makan sambil berbual. Waktu tengahari, Ir tidur di sebelah. Kulit durian tu betul-betul menghala ke mulutnya. Duh, lena sungguh dia tidur, ujar saya dalam hati. Saya tersenyum dalam hati.

Hari Isnin, saya sudah mulai rasa malas-malas. "I tak larat la nak ke ofis. Nak mc-lah!".

"You demam ke? Jom I bawak ke klinik." Pi klinik, dapat mc- lega. Dapat jugak rehat kat rumah.

Dari demam-demam biasa, melarat ke demam-luar-biasa. Namun keesokkannya saya gagahkan diri juga ke ofis.

"Larat?". Soal Ir.

"Kerja banyak...". Saya teruja untuk siapkan Zoo, filem baru syarikat. Jujurnya, siang-malam asyik terbayangkan lakaran dan design title untuk filem ini nanti. Kuat juga penangan kerja ni ya.

Tak sampai jam 10 pagi, saya telefon Ir, "I nak balik lah. Tak larat. Pala pusing semacam."

Terus call bos, mintak half day. Isi borang dan terus balik. Saya ambil Ir di Subang Airport, tempat kerjanya.

"Ambil Ir, nanti Ir hantar you balik." Sementelah saya pun tak larat nak memandu. Mujur juga ofis kami agak berdekatan. USJ-Subang, sebelah-sebelah je.

Petangnya, sekali lagi saya ke klinik. Kali ni lebih serius. Ir bawa saya sebaik habis waktu kerja. Doktor dah check macam-macam. Saya risau, bertanya,"Swine flu ke doc?".

Doktor geleng. "Tidak, kamu demam biasa je. Nanti saya kasi kamu ubat ya, buat tahan beberapa hari. Besok kamu jangan kerja. Rehat. Saya kasi cuti lagi." Lega, namun dalam hati meronta-ronta untuk siapkan Zoo. Zoo, Zoo... saya pun pening fikirkan kenapa asyik soal kerja yang menerjah ke otak hari-hari. Sampai mimpi malam-malam pun saya dok terbayangkan tengah buat artwork. Paling 'menakutkan' idea tu datang mencurah-curah waktu saya tidur. Nak tak nak saya terpaksa bangun jam 3-4 pagi setiap malam. Buka laptop dan lakarkan idea.

"Hari ini rest aja ya? Jangan nak buat kerja. Ingat apa doc pesan...". Berkali-kali Ir memesan sebelum bergegas ke tempat kerja. Kasihan dia, gara-gara 'menjaga' saya semalaman, dia terlewat bangun.

Hari ni sudah plan-plan mahu buat apa. Oh, paling penting siapkan artikel Sabah. Ya, sudah makan masa berminggu-minggu tertangguh. Lagi, hmm.. lagi apa ya? Uh, gambar-gambar hari keluarga (sudah diupload di facebook dan blog famili)... sekali lagi artwork untuk Zoo bermain di kepala.

Ok, takpe. Saya siapkan dulu design-design untuk Senario. Teringat semalam si Bay meminta buatkan banner untuk Mighibur.com.

p/s : pening demam-demam pun kena fikir hal kerja...

Friday, July 10, 2009

Andai Saya Punya Sayap

Andai saya punya sayap yang panjang dan kuat, akan saya lebarkan seluas-luasnya merentasi ke tiap muka benua, menongkah arus di tiap pelosok laut yang bergelora, akan saya tebar melalui api-api yang berbara. Itu perasaan saya (tika ini).

Wahai emosi, berhentilah- ianya sungguh tidak menguntungkan saya. Dari jauh nampak berbalam-balam. Biarpun saya cuba menelah, namun masih kelam.

Benarkah ianya benar-benar buat saya?

Kadang terfikir, apa yang paling saya rindui sebenarnya?

Saat-saat tidak berkerja, punya lebih kebebasan (untuk menentukan kehidupan), mungkin ada pro dan kontranya. Saya cuba ambil dari sudut-sudut yang positif, tiada tekanan, tiada marah-marah, hidup sentiasa dalam kegembiraan dan punya masa senggang yang tiada sempadan. Berbanding sekarang, tolak dari segi fasa kehidupan yang lebih teratur dan terancang, saya sebenarnya tidak begitu gembira. Ambil sahaja jari, bisa dihitung hanya beberapa yang positif, selebihnya memberi impak yang tidak (begitu) sihat terhadap emosi. Ketakutan mengheret saya menjadi seorang yang pasif. Sibuk berkerja dengan susunan waktu yang menggila, dicampak dan dilambung- barangkali ada yang bisa terjun gaung jika anda berada di tempat saya.

Saat-saat begini, terbayang waktu membonceng RD di lorong-lorong di Gelugor dan Georgetown. Menikmati pasembor petang-petang di Padang Kota, ataupun sarapan pagi setiap Sabtu dan Ahad di kawasan berhampiran Kompleks Bukit Jambul. Yup- semuanya berkait soal makan, tapi saya gembira.

"Kash, berat you dah naik ya?". Saya tidak menghirau, senang sambil menikmati kopi dan ais coklat di Starbucks Egate (berehat, tenangkan fikiran melihat laut dan pemandangan jambatan), malam-malam makan makanan laut di gerai Pok Cik (berdekatan Queensbay Mall) ataupun di Teluk Tempoyak. Puas!

Benar kata orang, dekat-dekat tak nampak, dah jauh baru nak rindu-rindu. Jika dulu hati saya meronta-ronta mahu kembali ke Kuala Lumpur. Mahu cepat-cepat cari kerja, bina kehidupan (kononnya)- ah, macam-macam yang saya rindu- naik lrt, malam minggu, kawan-kawan, KLCC.

Hampir lima bulan saya di Kuala Lumpur, ada sesetengah yang (masih) bertanya, "Eh, Kash, bila you balik? Dah kerja di KL ya sekarang?", saya tersenyum geli hati. Paling lucu, ada juga kalangan teman-teman (yang saya anggap sahabat karib) hingga kini belum saya temui. Katalah apa sahaja, saya tetap percaya kepada cara tradisional, tidak sama rasanya kuasa teknologi berfacebook mahupun YM, tidak, itu tidak cukup. Makan-makan, bersosial, paling tidak pun bertanya khabar. Itu saya kira cara paling ideal untuk kekalkan hubungan.

Dalam dunia ni, macam-macam yang kita mahukan, tidak semestinya semua yang kita impikan itu biasa kita perolehi secara total bukan?

Saya ambil itu sebagai iktibar ataupun pengajaran.

Kuala Lumpur terlalu mengekang saya, bukan saya tidak tahu. Bertahun-tahun mengadap bumi konkrit ini, hampir ke segenap inci dan ragam dah saya jelajah, mungkin sepertiga (atau separuh) darinya telah berubah, namun Kuala Lumpur tetap sama. Buat saya (sering) tersedar, oh Pulau Pinang jauh lebih baik sebenarnya. Ada laut, ketenangan, mungkin sedikit sunyi, tapi itulah yang terbaik.

Hujung minggu boleh memandu ke Perlis, selain dari bertemu Tok Su, bisa ke Kangar ataupun singgah ke Padang Besar- makan pulut ayam, window shopping-lah apa lagi!

Saya rindu bermesyuarat di meja makan bersama KN, MB, Tok Su, Mak Ngah dan juga Sam. Sama-sama masak, nah sebut apa sahaja, pajeri nenas, masak kicap, taucu, pasti ada yang ringan tangan menyediakan- sama-sama makan dan berborak. Ada kalanya hingga ke pagi (dengan tangan yang masih belum berbasuh!). Kalau parti, biarpun kami-kami sahaja, namun meriah.

Teringat juga Juliana dan anak-anak, apa khabar Iman dan Danial. Teringat Danial yang merengek, "Uncle Kash, Uncle Kash, jangan lupa Danial nanti ya-", buat hati saya terusik. Teringat juga 'Blueberry Cheesecake' pertama dan terakhir hasil air tangan Kak Ida, teringat juga waktu melawat Abang Hensem dan rumah baru keduanya, berbuka puasa bersama-sama keluarga Kak Intan (meriah!), dan Mr.Just-right-for-her, suami Kak Intan yang berbakat memasak- goshhh, saya rindu semua-semuanya-

Andai saya punya sayap yang panjang dan kuat...

p/s : Masa, bawa saya pulang.