Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Monday, April 30, 2007

Rama-Rama



Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara
Tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka
Riang ria tanpa ada rasa duka sengketa

Rama-rama
Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah
Melihat telatah….. manusia

Yang sering telagah
Ekspedisi ini
Bagai tiada henti
Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi
Terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti
Satu fitrah hati
Kerna yang sejati tiada kekal lagi
terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni

Rama-rama...

stabuxguy - hidup ini pernuh warna-warni. indah bukan?

Saturday, April 28, 2007

Tari Tirana, "Green Party" Dan Bila Harus Memilih

hati, pujuklah perasaan...
jauhi segala keraguan,
sayang untukmu kukorbankan
demi satu harapan
kepangkuanmu kasih,
keranamu kekasih...

dan
keyakinanku masih
kepadamu kekasih...

hari demi hari, saya masih di sini. sebetulnya minggu lalu agak dramatik. betapa saya sedar (walau dah tahu!), ibarat buah yang masak ranum, ramai yang mengidam!

ada yang memetik, tanpa bertanya, siapa tuan empunya. ada juga yang sekadar memandang sahaja- rasionalnya mereka tahu, ah buah itu di pagar orang, masakan bisa mahu diambil begitu sahaja. ada juga yang sanggup menunggu, buah itu gugur dengan sendirinya!

saya berkenalan dengan beberapa orang. mereka baik (ah semua orang pun baik). bukan mencari, tapi ianya datang dengan sendiri. maklumlah sejak cat**** dihentikan, berpusu-pusu orang mengasak saya, kenapa? kenapa? dan kenapa? saya hanya mampu tersenyum sahaja.

"no komen!". ringkas. malas nak panjangkan.

dari A, pergi ke B, lalu beralih ke C.... saya cuba memilih yang terbaik dan benar-benar sesuai. mereka-mereka yang hadir ni rupanya pelbagai ragam rupanya.

okay, kita sambung selepas ini. saya ingin menyentuh seketika tentang apa yang menarik minggu lalu.

brek! *kata nana



casting tari tirana

kami disuruh menari dan berlakon (beberapa dialog).

tempatnya tak jauh, dikawasan rumah saya juga. kebetulan sangat.

ajakan nizam zakaria (NZ) untuk menghadiri casting berkenaan tidak saya lepaskan. mulanya ragu-ragu juga, tambah pula kak sam pernah memberi kata-kata yang membuatkan saya banyak berfikir untuk terjun ke dunia ini. namun, sekadar mencuba, ah dapat tak dapat belakang kira. jika bukan rezeki saya, anggap sahaja dunia hiburan bukanlah tempat saya (biarpun ramai yang berkata saya punya peluang yang cerah di dalam showbizz!).

*sedikit promosi - tari tirana, drama siri baru bakal disiarkan di tv3. produksi yang sama menghasilkan sutun dan emil emilda.

ini kali kedua sebenarnya saya menghadiri casting drama. pertama kali beberapa bulan lalu dengan erma fatima. alhamdulillah, waktu itu memang rezeki saya, namun disebabkan beberapa masalah peribadi, saya terpaksa menolak peluang berkenaan. nasib juga kak erma memahami keputusan saya.

untuk tari tirana, saya dah cuba yang terbaik. nizam ada berkata, "dude, i dah pilih you untuk babak dengan fahrin ahmad. adam, kelab lelaki terluka. tv1!".

saya tergamam. wah, tak perlu casting dulu ke? huhuhu...

saya ingat keputusan drastik saya meninggalkan cat**** telah membawa saya jauh dari dunia hiburan ini tetapi sebaliknya. rezeki itu datang mencurah-curah pula!

saya takut, itulah adalah alasan terbesar saya. saya masih mahu menghargai diri saya seorang manusia yang bebas (berbuat apa sahaja!). saya tidak mahu menjadi manusia yang hipokrit. saya lebih suka orang tahu siapa saya (my orientasi tentunya!), sekaligus diterima, agar saya tak berasa kekok di dalamnya. walau saya sedar tak semua orang bisa terima, "oh, kamu g** ya?".

quoate rasmi : "nope, i'm str8, but but my bf is g**!"

ingat tu.

green party.

jumaat lalu juga saya ke green party di bangsar. mulanya saya ingatkan abang zack (si birthday err.. boy? opss!) hanya menjemput beberapa orang kenalan terapat sahaja, ternyata saya silap. hampir satu la queen (kelab hiburan terbesar untuk golongan g** di KL) memenuhi ruang kecil di restoran rebung di bangsar itu. kekok juga untuk bertemu dan diekor mata-mata yang (barangkali) mengenali saya. arghh... i hate (crowded places) especially yang penuh dengan kaum-kaum g** ni.

nak tak nak saya langkah juga. nasib baik juga abang TGB dan kawan-kawan yang lain dah ada kat dalam. saya sabar menunggu sam dan hardy yang baru sampai. kami langkah ke dalam restoran, perghh... memang ramai giler. penuh sesak ruang restoran. saya buat-buat cool aja. otak saya ligat teringatkan AM di kuching, aduuhhh seolah dia seperti gelakkan saya! (dalam hati tuhan je tauu... waaa, nak balikk!)

barangkali saya ni dah tua (haha!). dah tak sesuai join party-party yang ramai camni. lain la kalau party yang lebih privasi seperti yang dibuat TGB di zon tiap tahun.

apa pun to abang zack, terima kasih kerana menjemput. great party anyway (!). sempat juga saya terhibur dengan show otai dari dina gogo (it was fun!).

maaf kerana pulang awal dan tak sempat salam dengan you malam tu. nak cepatt! hehe...

okay back to 'bila harus memilih'.

entah lah. sama seperti peluang menghadiri casting, dalam mencari mereka yang benar-benar sesuai juga, kita harus bisa memilih. yang terbaik? punya kedudukan? rupa paras? hati? kebaikan?

ah, susah bukan. ketika saya hampir-hampir bertemu si dia, tiba-tiba ia hilang (entah ke mana!).

ah, normal. ia datang dan pergi. alah bisa, tegal biasa.

namun, ada sesuatu yang bakal berlaku di minggu-minggu terakhir ini. yang pasti, ianya sesuatu yang (begitu) menggembirakan (saya!).

juga di minggu kedua mei.

terasa bumi kenyalang sudah menyahut-nyahut nama saya!

stabuxguy - tak sabar

Sunday, April 22, 2007

Dedebu... Cinta?


Di wajah curiga
Dan nada resah
Dirasa berbeza
Terima segala
Jika terlafaz kata
Saat kita bersua
Dalam berbicara

Mendung berlabuh
Dan terbuka di hati sayu
Bertabur dan berlalu
Oh.. debu-debu nan pilu
Pergilah bersama rinduku
Tinggalah cintaku
Yang luka semula...

seakan kena dengan mood saya sepanjang minggu ini, saya selitkan kembali sebahagian dari lirik dedebu cinta nyanyian misha omar.

sebuah lagu yang puitis dan agak mendalam maknanya.

dedebu cinta telah bersama saya hampir dua tahun, saya putar, putar dan putar lagi (tanpa jemu). ia menjadi kekuatan sebenarnya. seringkali saya terlupa, dan dedebu cinta kembali mengingatkan saya, "dude, wake up!".

biarpun liriknya hanya berkisar tentang cinta, detik bahagia (walau seketika) dan perasaan yang kecewa, namun itulah, seakan mendengar A New Day Has Come (celine dion), juga favourite track saya - dedebu membawa saya mengimbau kembali bukan sahaja tentang kisah-kisah cinta (yang dulu-kala!), namun jauh ke pelosok pantai timur sana, ke kampung halaman, ibu dan ayah, kisah-kisah zaman sekolah - wah, jauh sekali imaginasi saya nampaknya. ya, itulah kekuatan sesebuah lagu. ralit kita mendengar, asyik kita dibawa merentas ke masa-masa (dan detik indah!) dalam kehidupan.

belajarlah untuk melupakan. biarpun payah, ya bukan senang. jangan meletakkan harapan, kelak diri sendiri yang tersungkur. harapan itu (indah?).

konsep saya mudah. saya sukakan sesuatu yang simple dan tidak terlalu complicated. sama juga dalam hubungan, jika terlalu susah (untuk menggapai) biarpun di depan mata, lebih baik tinggalkan sahaja. take it or leave it. ikut hati.

ingat tentang melepas dan terlepas? ya, samalah.

teringat filem balada yang disiarkan astro ria, lakonan ogy dan m.nasir. kata ogy, "lepaskan... jika cinta itu milikmu, pasti dia akan datang juga kepadamu suatu hari nanti, jika tidak anggap sahaja cinta itu tidak pernah wujud dari awal."

dan saya harus cuba untuk melepaskan.

stabux

Friday, April 20, 2007

Jujur


anda seorang yang jujur?

sesiapa juga bisa menjadi jujur.

biar saya ceritakan kisah yang menarik semalam.

terlebih dahulu terima kasih buat teman saya, zack dr istana budaya (IB) di atas undangan ke konsert istana cinta p. ramlee-saloma malam tadi. persembahan selama kira-kira satu jam tiga puluh minit oleh dato' siti nurhaliza dengan beberapa undangan itu nyata benar-benar menghiburkan saya. selain dr memberi saya definisi baru tentang lagu-lagu ciptaan allahyarham tan sri dr. p.ramlee serta puan sri saloma sendiri. suatu tribute yang berjaya saya kira. syabas buat siti dan pengurusan istana budaya!

dah lama tidak menyaksikan siti beraksi live sebegitu. jarak siti di pentas yang hanya kira-kira beberapa depa juga membuatkan saya bisa menatap wajah siti sepuas-puasnya. entah berapa juta kali saya cair dikerusi. alangkah bagusnya jika ada wanita di malaysia seperti biduanita ini, pastinya dialah orang pertama yang bisa merubah hati saya! [ dibaca, opss! ]

di IB juga telah menemukan saya dengan beberapa orang otai bloggers seperti fiebie, SM dah tak lupa pereka muda tanahair yang semakin meningkat naik, siapa lagi kalau bukan hatta dolmat. hatta, yang saya kenali (secara peribadi) hampir setahun yang lalu, ah orangnya masih sama. peramah dan mudah tersenyum. kami sempat borak-borak seketika di lobi sebelum persembahan bermula. mulanya terasa kekok juga. ramai yang bertanya, "dude, apa jadi dengan catatan?".

saya diam seraya tersenyum memandang hatta dan fiebie, bersilih.

"i'll update you later...", bisik saya pada hatta. dia mengerti.

dari IB, saya terus memandu pulang ke rumah. jarak dari IB ke rumah yang hanya kira-kira tak sampai lima kilometer memang memudahkan saya ulang-alik ke mari.

"makan dulu jom. lapar!".

armin, teman serumah saya hanya menurut. kami singgah di gerai berhampiran. leka menikmati hidangan, hujan turun tak berhenti. kami kalih ke dalam gerai. saya ambil kesempatan untuk berbual-bual dengan armin. banyak juga yang kami borakkan. yelah... ikutkan, memasing pun jarang berjumpa. bagus juga terperangkap dalam hujan begini.

malam, saya stay up hingga ke pagi. siapkan lagi few dvd yang sekian lama tertangguh. nak tak nak saya harus juga menyiapkan semua-semuanya seberapa cepat yang boleh. teringat juga yang birthday clip kak sam dan vcd bali untuknya belum lagi saya poskan ke new zealand. alamak... harus bising lagi dia. sorry kak ya. sah kena cop 'janji pelesu' lagi la nampaknya.

pagi ini saya terima lagi sms dari seseorang. hampir berbelas kali miss call (dari semalam) namun saya hanya membiarkan. teragak-agak juga. rasa bersalah pun ada. nak kawan-kawan okay lah tapi bila dah nampak nawaitunya (faham-faham aje lah), dilema juga saya.

melayan tak salah, tapi berpada-padalah.

akhirnya, dengan berat hati, saya cuba berlaku jujur. kata armin, kalau tak sekarang, bila lagi. lambat-laun (mungkin) ada hati yang akan (dan bakal) kecewa.

ok la saya jujur.

"dude, sorry gua tak leh terima lu lah...". [ hahaha! maaf, ayat ini telah diubahsuai tatabahasanya! ]

hasilnya?

si pemanggil diam seketika. saya tahu apa rasanya ditolak begitu.

"dude, we are still friends right?".

"dude...?".

klik! *talian diputuskan*

huh?

jika carrie bradshaw dari siri popular sex and the city pernah di tinggalkan teman lelakinya dengan hanya sekeping nota ringkas yang tertampal di sudut mejanya (ketika bangun pagi). *tonton balik musim keenam*

"i'm sorry. i can't. don't hate me!".

itu cara yang paling dayus saya kira.

sebetulnya saya cuba berlaku jujur dengan diri sendiri. menerusinya, saya juga bisa mempercayai diri saya sendiri. dan juga memberi peluang untuk orang lain turut mempercayai diri saya.

dari jauh, saya lihat si dia tersenyum gembira. ya, saya berusaha sebenarnya (demi hubungan). dan oh, hanya mereka yang kuat bisa mempertahankan cinta...

p/s : terpaksa tahan mata bila berjalan

stabux

Wednesday, April 18, 2007

Melepas Dan Terlepas


hahaha sesuatu je kan tajuk posting kali ni. ermm... it's not apa-apa. melepas dalam konteks saya, kita melepas dalam mendapatkan sesuatu atau seseorang. lebih kurang juga la dengan maksud terlepas. we miss something (or someone) which that yang memang kita suka or nak, cuma mungkin malu, segan, malas nak bagitau (merasa!).

seorang sahabat dr australia menceritakan pada saya perihal dia terlepas seseorang yang (disukainya) kepada seorang lagi seseorang yang pernah meminatinya (tapi tak dilayan).

anda faham?

joshua (bukan nama sebenar) terlalu sukakan that guy namun nasib tidak menyebelahinya, lelaki yang diminatinya jatuh ke tangan orang lain gara-gara dia lambat meluahkan perasaannya. apa yang lebih mengecewakannya, lelaki yang disukainya itu kini berpasangan pula dengan another guy yang pernah meminatinya (namun ditolaknya) suatu ketika dulu. pelik tapi benar. itulah yang berlaku.

dan kini joshua cuba untuk melawan perasaannya sendiri disebabkan kedua-duanya adalah merupakan teman rapatnya sendiri!

susah bukan?

inilah maksud saya. melepas dan terlepas.

saya juga pernah melepaskan seseorang dalam hidup saya. bukan kehendak saya sepenuhnya, namun bak kata fransisca peter, kerana terpaksa. demi kebaikan, ya saya terpaksa. ada sesuatu yang lebih penting dari hanya mengejar cinta (yang bodoh). *geram*

terlepas?

umm. ya, juga pernah. beberapa kali. dek kerana malu nak mengaku atau mungkin segan nak bagitau, "A... aku cintakan kamu....".

atau... "A... mahukah kamu menjadi kekasihku?".

hahaha! kedua-duanya saya tak sanggup!

lalu, saya lebih rela membiarkan 'cinta' saya itu terlepas. begitu sahaja!

"takpe, kalau jodoh tak ke mana. esok, lusa jumpa juga."

begitulah saya pujuk diri sendiri.

namun, ada ke jumpa lagi lepas tu?

nope, tiada.

lalu saya hampa. ya, jodoh itu sukar diduga bukan?

kadang terasa seperti karakter susan pula. sebijik!

anda peminat desperate housewives?

ya, susan. kisah ibu tunggal (yang cun) yang sentiasa terlepas dalam mendapatkan cinta hatinya. susan seorang yang lucu, kepoh dan sedikit kalut. saya suka itu.

ah, cinta datang dalam pergi. saya cuba kaitkan dalam kehidupan sendiri. saya percaya, cinta (tak kira pada siapa, apa) kan hadir sendiri juga nanti.

dude... esok-esok bila you dah kerja bagus-bagus, kat ofis tu, gua percaya, you akan jumpa si polan, si polan... usahkan A... B, C... beratur nak tackle you...".

hahaha! benarkah?

"akak sentiasa mendoakan...".

berkali-kali 'kakak saya yang seorang itu' meluahkan 'suara hatinya'. bukan tak cuba nak berubah, kak tapi sukar. jalan saya dah terlalu jauh. sukar untuk saya toleh lagi. moga (dengan doa akak itu) saya akan jumpa jalan yang lurus di depan sana (mudah-mudahan!).

tak ramai (malah hampir tiada!) yang bisa menerima orang-orang seperti saya. saya bertuah bertemu insan seperti akak. jika awal-awal dulu akak hadir dalam hidup saya, barangkali perjalanan saya tidak sejauh dan sesusah ini. kaum yang lurus- tak ramai yang dapat menerima. saya kian betah dengan mereka-mereka yang senasib. kami bisa berkongsi- tentang apa sahaja. sesuatu yang tidak bisa dilakukan oleh mereka yang biasa. cemuh, caci, maki- ah, kak. itu normal. alah bisa tegal biasa kata orang putih. :)

sesungguhnya mereka tak bisa (dan tak mungkin) kan mengerti...

okay, then fokus sahaja pada study. tak lama. yup, tinggal beberapa bulan je lagi saya akan mula 'tutup buku'. tak sabar nak fokus betul-betul pada dunia grafik. kerja, kerja dan kerja. kumpul duit dan pergi new zealand (uh, sempat ke- akak balik julai kan?).

takpe, tak sempat ke negara kiwi, kita jalan-jalan sahaja di bali. best juga kan. ulang balik our momen sepanjang minggu pertama januari di sana. ajak AM, kak bai sekali...

stabuxguy - terbayang petang saya menikmati sunset di tangga discovery. dan mega, bonny, jackie, wija... uh, tiba-tiba saya rindu semuanya! indah sekali!

Tuesday, April 17, 2007

Cinta Tak Berbalas


anda pernah jatuh cinta? atau menolak cinta seseorang? cinta tak berbalas. atau boleh dikatakan juga NO RESPON.

saya pasti setiap orang pernah mengalaminya. secara sedar atau tidak, popular atau tidak seseorang itu, beliau pasti pernah ditolak atau menolak seseorang dalam hidupnya.

saya? rasanya saya pernah mengalaminya kedua-duanya. samada ditolak, menolak dan lebih teruk lagi tak dilayan langsung. risiko bukan?

menjadi popular bukan bermakna anda bebas dari risiko ketiga-tiganya.

semalam saya ke GSC. tonton wayang lah apa lagi. mulanya saya tidak berniat untuk keluar, stress seharian di meja komputer, menyapkan kerja-kerja terbengkalai, juga penat dan geram memikirkan soal si dia, tak cukup dengan telefon, sms. bersilih ganti. tak dapat jumpa, dengar suara pun jadilah.

ayat 1

"jumpa esok ya sayang. i datang amik you kat rumah. sorry i betul-betul tak sihat hari ni...".

ayat 2

"you bosan ke? alah, ciannya. jom la keluar. i bawak you tengok wayang nak? i belanja...".

yes, kerana geram saya menurut sahaja pelawaan si ayat 2 itu gara-gara ditolak oleh ayat 1. siapa ayat 1? oh, hanya kawan. ya, belum ada apa-apa. dari tiada apa-apa tu la buat saya bertambah geram. bagaimana untuk saling lebih mengenali jika ada pelbagai masalah yang terjadi. maaf, saya bercakap secara general. umum ya.

tak faham juga. kalau tak soal keluarga, ada yang gila kerja. mungkin saya tidak faham stress di pejabat, namun jika anda benar-benar ambil berat tentang seseorang, nah, kirim sahaja sms. itu sudah memadai. sudah bisa membuatkan si jantung hati anda senyum senang hati.

berbalik kepada ayat 2, kami ke GSC. kadang-kadang, saya sendiri sukar memahami diri sendiri. dah tahu saya tak suka si polan si polan, tapi terima juga. pantang diajak keluar. it's like a you memberi harapan la konon-konon. bila orang dah mula suka betul-betul, hah masa tu baru la mula nak gelabah.

"eh, sorry ya.. i thought kita ni cuma kawan-kawan je...".

tak ke frust si kawan tu? dalam diam menaruh hati. ingatkan dah keluar sama, makan-makan ada la respon. hah, salah siapa?

kasihan juga melihat dia berlalu dengan harapan yang tidak kesampaian. kejamnya saya!

soalnya, jika cinta sekalipun, atau jika anda sukakakan seseorang (berdasarkan dating pertama anda dengannya), perlukah anda mengharapkan sesuatu yang luarbiasa itu terjadi? bagaimana jika si polan, si polan menolak (kemahuan) anda? adakah bermaksud dia juga menolak cinta anda?

cinta tidak diukur berdasar sesuatu itu sahaja. terpulang pada individu. kadang ada yang menjadikan 'malam pertama' sebagai suatu test atau ujian untuk langkah seterusnya (dalam perhubungan). tapi tidak saya!

saya lebih suka berangan dan melayan perasaan dahulu. cinta untuk dinikmati sebegitu (adakalanya lebih berkesan), bukannya dengan hubungan fizikal semata-mata. lebih adil. anda kenal pasangan anda dahulu, siapa dia, dari mana, uji jika benar-benar dia sukakan anda.

bagaimana pula dengan hubungan yang bagus, tapi bijak disembunyikan oleh pasangan anda? maksud saya, curang. yes, kekasih atau pasangan anda curang. uh-oh topik yang menarik. nampaknya saya kena buka gelanggang kedua. okay, sebagai permulaan (mungkin berkaitan) anda bahagia dengannya, namun anda tidak tahu atau mungkin anda tahu, tapi anda sudi dan masih rela memafkan semua kesalahan-kesalahannya? takut kehilangan mungkin. atau cinta. ya, cinta itukan buta. bisa melakukan apa sahaja.

"asal you tak tinggalkan i, buatlah apa sahaja. i rela...".

wah, sampai macam tu ya... ada ke?

ya, saya patut buka topik kedua. itu cerita lain.

berbalik kepada cinta tak berbalas, seterusnya apa yang kebiasaannya harus dilakukan?

adakah terus mengharapkan si ayat 1 tadi, dengan harapan, ah semoga masih ada hari-hari yang cerah dalam perhubungan, atau mungkin juga menerima sahaja si polan ayat 2 tadi biarpun si dia bukanlah pilihan anda?

susah bukan?

saya teguk kopi seketika.

stabux

Monday, April 16, 2007

Bibir Mesra Jiwa Parah - Dafi AF5

hari ni sahaja hampir 22 kali saya memutar klip ini (kredit buat youtube), belum ditambah versi mp3 yg saya ulang, ulang dan ulang di winamp. bukan fanatik, sekadar berkongsi, saya suka kan gerak tarinya. lupakan soal imej atau cerita yang bukan-bukan tentang dirinya (hey, dia dituduh lelaki lembut, so whattt, ada masalah?). dafi bagus. nah, sekadar buat hiburan. terimalah...



Penyanyi asal : Zam Zam

Madahmu indah
Menghurai rindu
Membawa hati
Rasa terharu

Melukis kata
Nada berpadu
Menambat hati
Di dalam kalbu

( korus )
Katamu hanya
Di bibr mesra
Tetapi kini
Jiwaku parah

Kasih di lara
Hati kecewa
Cinta musnah
Dilanda derita

( ulang dari mula)

stabux

Keranamu Kekasih - Vince



Artis : VINCE
Lagu : Keranamu Kasih (OST Puteri Gunung Ledang)

Kekasih jangan berduka
Yakin kita kan bersama
Hati ini satu walau jauh di mata
Ikatan cinta
Luhurnya dijiwa

Hati pujuklah perasaan
Jauhisegala keraguan
Sayang untukmu kukorbankan
Demi satu harapan
kepangkuan mu kekaasih
Keranamu kekasih

Hadirmu bagai cahaya
Damai reah dan gelora
Hati kita walau lara melanda
Asmara cinta
Tiada hujungnya

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala kesangsian
Cinta walau pun berjauhan
Kan ku kenang senyuman
Kerinduan ku masih
Kepada mu kekasih

Dan keyakinan ku masih
Kepadamu kekasih

stabux

Sunday, April 15, 2007

Lega!

ya, saya lega. bangun pagi saya senyum sorang-sorang. kenapa?

hey, dude... angau ya! *usik AM*

saya paling. jeling hp berkali-kali.

semalam [ bahkan seharian ] semalam saya menunggu sms, panggilan. buat hati saya jadi tak keruan. mana dia? apa dia buat? hey, hey... sabar key...

saya peluk si bobo. "bo, dia ingat sama aku kah?". *mati la cakap sorang-sorang*

"sorry dear, i tak berapa sihat semalam. i collapsed masa presentation kat school."

collapsed ? what? mendengarkannya- tentu sahaja buat saya risau!

"you okay now?".

"yeahh... don't worry. saya dah okay. mm, balik KL sok. tak sabar nak jumpa!".

huh, buat saya senyum sampai ke telinga!

"rindu."

"ya, saya juga!"

oh-oh...

dude, today watpe? *tukar topik*

erm, ermm... saya meneliti 'jadual' harian.

ada lagi 2, 3 perkara. 1st is ada interview kat cheras sana. [ kerja baru lagi? ]

ya. ya.

lagi?

photoshoot. ya, dah janji ngan si zoel petang ni.

mana?

ah, mana lagi. amadesa je la. cantik apa. susah nak sgt pilih lokasi. untuk tv3 actually. casting new series, tari tirana minggu depan. memula tu cam tak nak je tapi desakan teman-teman dan orang produksi sendiri buat saya rela hati untuk mencuba.

ah, apa salahnya (even pesan kak sam masih terngiang-ngiang), tapi ermm... alah, pergi je. dapat tak dapat belakang kira. kebetulan saya pun free minggu depan.

hari keluarga.

tinggal sebulan lebih je lagi. tak sabar sebenarnya. lokasi yg sama. mana lagi kalau tak melawi sana. [ duh, dah tergambar-gambar pantai bachok yang damai, angin sepoi-sepoi bahasa, pokok ru, kelapa... ]

tahun ni saya bakal memegang jawatan rasmi sebagai jurukamera (video). zoel pula bertanggungjawab dalam kerja-kerja fotografi.

"dude, si dia... erm, ikut?".

erm belum tentu. ikut kelapangan. cadangan nak mengajak tu ada. ah, mahukah dia?

[ how i wish la kan si dia boleh ikut serta. opss! ]

dude, dah kul 12 ni. what time nak siap??!

oh- oh. gtg. nanti tulis lagi ya. ciao!

stabux

Thursday, April 12, 2007

Selamat Datang, Aisy Thaqifah!


jika bulan lalu saya menyambut kedatangan yasmin soraya, april menambah lagi definisi 'dude, you makin tua lah!' dalam hidup saya. apa taknya, kak ngah saya baru sahaja melahirkan aisy thaqifah, sama seperti yasmin, ini merupakan baby pertama kak ngah saya.

saya yg baru berpeluang menatap wajah si aisy petang semalam terus jadi tak sabar nak masukkan gambar2 eksklusif (yg sempat di snap oleh abang taqriz, papanya di wad bayi).

sebut pasal abang taqriz, kasihan dia. serba-salah dia mengadu kepada saya. antara tanggungjawab kepada pasukan (beliau adalah salah seorang pemain hoki mewakili negara) ke singapura, dan isteri yg baru sahaja bersalin.

"akak kamu suruh abang pegi, tapi abang berat hati....". saya pandang abang taqriz. nampak kegelisahan dalam wajahnya.

"takpe la bang. kak ngah dah restu tu. make sure abang buat yang terbaik. alang-alang dah pergi nih, jangan hampakan pasukan...", nasihat saya. kebetulan pula tarikh perlawanan ke singapura kena dengan waktu isterinya bersalin.

dengan berat hati, saya hantar juga abang taqriz ke sentral. dari sana, saya balik ke desa petaling, kira-kira nak tidur di rumah AM aje, tapi alamak... (cam biasa la...) tertinggal (lupa sebenarnya!) bawa kunci la pulak.

teringat yang AM dah sms tadi, balik lambat. ada event katanya. duh, gi mana nih ya...

saya terus capai kunci kereta, hidupkan enjin dan saya pandu ke taman desa. nasib baik masih awal, saya menelefon seorang teman di sana dan kami lepak minum-minum seketika.

"larat ke you drive nih? lepak my place aje la...".

"no, it's ok. ingat nak balik sentul aja. nak kena siapkan kerja." dalih saya.

sebetulnya saya harus berkejar ke cheras awal pagi esoknya. jumpa my aunty - ambil kunci (on the way nak gi ofis), hantar my cousin yg baru dapat keje (she's still new in KL) plus, masih banyak kerja-kerja sendiri yang harus saya selesaikan di rumah.

"mate! balik lekas. i dah boleh bukak pintu your room. pakai master...". saya menatap handphone. sms dari teman serumah buat saya menarik afas lega. dah la kunci rumah AM lupa nak bawak, kunci sendiri pula tertinggal dalam kereta my aunty. dah le beliau tinggal di semenyih sana nuh. ikut hati nak aje saya drive memalam ni ke sana tapi, ah.. takpe. esok-esok aje la.

"sure, you okay?".

ya, saya angguk...

dari taman desa, saya drive ke sentul. tak sempat nak sms dan bagitau AM saya tak jadi balik ke desa petaling. risau dia. ah, mata dah kuyu dan lesu, sampai aje rumah terus ZZzzz....

awal pagi tadi, saya dikejutkan dengan bunyi lagu-lagu hindustan. pelik juga. takkan ada function kat dewan serbaguna bawah sana pepagi buta nih (well, sentul- tau tau je la kan area sini kapasiti siapa yg duduk kan?). saya lihat jam. 4.45 pagi. masih awal. duh, buang tebiat ke apa housemate saya - awal-awal pagi camnih layan hindustan.

"dude, kot ye pun teringatkan orang singapura, takkan sampai layan hindustan pepagi lagi kutt....".

"wesh, siott hang... aku tak leh tidoq la.... hahaha!".

memang lawak la mamat sorang nih. saya gelak-gelak je la sendiri. capai towel dan mandi. eh, buang tebiat juga mandi awal-awal pagi nih. ah, takpe la... bleh sambung wat keje pas tu terus pi cheras jam 6 nanti. kang tak sempat plak jumpa my aunty.

"terima kasih... susah-susah ja hantar food. kamu dah makan?". saya lihat wajah kak ngah lega melihat saya datang.

"er, blom ngah. takpe la jap lagi saya tapau je. eh, wan ngan achik mana?", soal saya merujuk kepada ibu dan mertua kak ngah.

"oh, mereka ke surau tadi. kejap lagi balik lah." saya angguk. puas borak-borak, saya minta diri. kasihan juga tinggalkan kak ngah sorang-sorang.

"takpe, kejap lagi wan ngan achik kamu datang. baliklah. nanti jumpa je petang ya. bebaik drive!".

saya minta diri. sambil garu kepala, saya teringat beberapa projek yang tertangguh sejak beberapa hari ni. memang saya sibuk. terkejar ke sana, ke mari. petang ni aje punya satu appointment dengan klien baru di sentral. minta dibuatkan satu ruangan iklan di suratkhabar katanya. saya menelefon ajami.

"bro, jadi?".

"yup, set. borzack kata jam 4 di sentral. jumpa di sana aje lah!".

"ok."

bertambah-tambah lah lagi kerja nampaknya!

stabux

Tuesday, April 10, 2007

Kak Ngah, O Kak Ngah!

ahad, 8 april 2007
6.37 pagi.

sudah dua malam saya bersengkang mata, menyiapkan kerja-kerja- apa yang terdaya. mmg saya teruja. bukan soal wang atau ganjaran. ini tentang kepuasan. ya, saya puas.

meneliti kembali beberapa projek yang masih berbaris (dan ada yg masih pending) buat saya terduduk sebentar. rezeki. saya cuba yg terbaik.

"encik stabux, mana cerita F1? janji?".

oh, maaf- sorry. hujung minggu saya terperap sahaja di rumah. sukar hendak ke mana-mana- kasihan juga kak ngah saya. hasrat mahu menemaninya bersama ahli keluarga yang lain di hospital terpaksa saya pendamkan sahaja. mujur saya sempat menjengahnya seketika pada hari khamis lalu.

masih sihat, mundar-mandir dengan senyum dia melihat saya datang.

"tak sabar nak tengok baby. jaga kesihatan ya ngah ya!".

tunggu masa aje kak ngah saya tu sebenarnya. kata doktor, tak esok, lusa selamat la dia (bersalin). namun, hingga ke hari ini saya masih belum mendengar apa-apa berita dari mereka di hospital. jujurnya, ya, risau juga.

memang hubungan saya dan kak ngah rapat- terlalu rapat.

ingat lagi kecil-kecil kak ngah terlalu memanjakan saya- apa saja kehendak saya bisa ditunaikannya. meskipun kami cuma sepupu, namun kak ngah melayan saya sama seperti adiknya sendiri.

kami juga gemar berkongsi- baik barang mainan, hobi atau kesukaan. cuma bila menginjak dewasa je minat dan kecenderungan kami berubah. ye lah zaman-zaman kami tengah nak besar tu, kak ngah memang minat gila ngan backstreetboys. saya layan juga tapi takde la sampai fanatik. ingat juga yg dia gilakan si david duchovny dari siri x-files. hampir kesemua siri-siri x-files (buku & video) dibelinya. tak cukup dengan beli, siap direkodnya pula setiap siri yg keudara di tv2. hah, lucu sungguh.

dan saya? tak tahu kenapa saya begitu sukakan jee (fauziah latiff) waktu itu. pada saya, jee cantik. vokalnya juga menarik, lain dari yg lain. saya suka part husky manjanya itu terutama bila menyebut perkataan yang mempunyai huruf 's'. nah, waktu itu siti nurhaliza belum ada. siti naik bila 'mawarku' dan 'aku cinta padamu' meletup. dua hits terbaik siti yang mencetuskan revolusi (selain kejayaan raihan) dalam industri hiburan negara pada masa itu.

"stabux, apa cerita ni masuk bab raihan-siti pula. F1 takde ke?".

duh, sekali lagi- ampun ya! saya masih terkurung di rumah- menyiapkan kerja-kerja editing untuk video dan grafik. memang sibuk sekali.

kadang tu, rindu juga waktu dulu-dulu. yelah, zaman awal muda (heh!). ke sini-sana tanpa memikirkan buruk-baiknya. nak buat, buat je. menyesal later-later. now pun ada lagi (sikit, tapi tak banyak!). kita belajar dari kesilapan. jika dulu kita tak memikirkan masa depan, nah sekarang inilah masanya.

kembara saya masih panjang. sekurang-kurangnya saya sudah mampu bertapak- berdiri dan menjengah dunia. uh, begitu indah rupanya!

stabux

Friday, April 6, 2007

tiket F1, my sepupu dan DVD buat si klien

lop! hari kedua saya menulis di sini.

dude, kamu di starbucks ya? nope. tidak hari ni. *takkan le hari2 nak lepak starbucks je ya tak? hahaha!

semalam saya ke rumah AM. beliau menawarkan saya dua tiket F1.

"tapi sabtu la.... nak pegi?".

sabtu pun sabtu la.... janji dapat rasa gak feel tahun ni kan. belum plan nak ajak sapa. kalau last year saya bawa 'my future' someone (kononlah!) - yg tak jadi.

tahun ni? serikkk!

saya maybe ajak si polan... atau si polan.... kawan2... ah, lebih senang. mana yg rapat and saya 'selesa' dengannya....

btway kita HOLD dulu citer F1 ya. besok2 bleh citer.

jika bulan lalu, my aunty di lumut telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan (masih ingat yasmin soraya?), sekarang giliran sepupu saya pula. dah pun dimasukkan wad semalam di HUKM dan dijangka bersalin hari ni.

erm, tak sabar2 dah ni nak 'timang cucu'. eh jap.. silapp. hehehe... kalau sepupu apa ya? anak sedara? ermm... dua pupu kot. hah, nanti kena check balik... :o)

actually mmg nak pi lawat her semalam kat HUKM, and her hubby (abg taq) pun dah siap sewa apt lagi kat area situ, senang sesapa (sedara-mara) yg nak pi melawat. esp memana yg dok jejauh tuh- kelantan etc.

mmg lately definisi saya berubah sedikit demi sedikit. kalau dulu saya agak pasif dalam hal-hal yg melibatkan keluarga, sekarang saya sedar, suka atau tidak, merekalah segala-galanya.

tambah pula dengan saya ni yg agak manja, rengek pada aunty nak makan itu ini, dr kecil suka diberikan perhatian- duh, teringat tiba-tiba kat my mom. erm, buat saya sebak terkadang.

saya selalu mengimpikan suatu hari, semoga saya juga bisa menjadi seperti AM (sekurang-kurangnya!) atau mungkin lebih baik lagi. baik AM, kak sam... mereka adalah antara idola-idola saya. saya bangga dengan mereka. punya kehidupan sendiri, biarpun tanpa mereka-mereka yang sepatutnya namun saya percaya, mereka bahagia.

saya juga punya rancangan. jika mampu, ingin saja saya terbang dan menetap di bali. yeah, mungkin- suatu hari. siapa tahu. bali- such a lovely place.

jika dulu saya pernah jatuh cinta dengan langkawi, namun bali terus memaut-maut hati saya untuk kembali lagi. saya suka kan kedamaian dan kesederhanaan. jauh dari sebarang gangguan. anda bisa lalui hidup yg mudah dan relaks.

mungkin- ah, itu hanyalah impian. setiap orang berhak mempunyai angan-angan kan?

[ dude, dvd dah siap? i nak show kat my boss monday masa meeting! ]

alamak! ok, ok. saya cuba. mana nak kejar F1 lagi... ke hospital lagi.......

"dude, rezeki tuh...".

*mana yg penting kena la dahulukan. pepandai!

stabux

Thursday, April 5, 2007

dari meja stabux : intro

hai, nama saya stabux- stabuxguy (senyum!). anda bisa panggil apa sahaja. yg pasti keje saya hari2 di sini- memerap di cafe kaki lima ini dan saya akan menulis ttg apa sahaja, yg ada di sekeliling. bergantung kepada minat dan definasi saya sendiri.

saya bukanlah sesiapa. stabuxguy hanyalah manusia biasa. cuma menulis membuatkan saya merasa (dan mungkin) pernah menjadi 'luar biasa'. lalu saya kembali memilih untuk turun (perlahan-lahan) dan kembali kepada kehidupan biasa.

sehirup kopi (oh, saya bukanlah peminat sejati!) dan barangkali segelas venti frappucino bisa menghilangkan dahaga- dan ya, sebagai tiket untuk saya terus kekal 'berfantasi' dan menulis di sini. tak mengapa (sah-sah dah muka regular!).

sabtu dan hujung minggu adalah hari yg 'dasyat'. banyak dateline yg perlu saya kejar. ada juga jemputan yg terpaksa saya tolak.

untuk tahu lebih lanjut, teruskan bersama saya ya!

stabux