Dari sedih kita merasa gembira. Begitulah sebaliknya. Saya mungkin melalui beberapa episod yang menggembirakan dalam hidup saya lewat kebelakangan ini- namun tiada siapa yang sedar atau tahu beberapa sisi gelap transaksi yang saya alami. Tak banyak biar sekuman namun tetap memberi impak kepada emosi (yang bukan sedikit).
Saya pandang laut terbentang. Seluas itu, moga-moga ianya mampu menyerap kekusutan.
Pertama-tama saya ke sini, niat saya mungkin agak bercelaru. Antara membawa hati yang terluka, si dia yang (fikir saya) perlu pertolongan (niat saya cuma ingin membantu- tak lebih dari itu) dan menghabiskan sesuatu yang telah lama saya mulakan.
Pertama-tama saya ke sini, niat saya mungkin agak bercelaru. Antara membawa hati yang terluka, si dia yang (fikir saya) perlu pertolongan (niat saya cuma ingin membantu- tak lebih dari itu) dan menghabiskan sesuatu yang telah lama saya mulakan.
Tak guna melawan- meskipun saya beralah dan menutup telinga (atau membatukan diri)- kesannya tetap sama. Ah, boleh gila saya jadinya.
Mengapa begitu? Mengapa begini? Soalan yang gagal saya jawab sejak saya jejak ke mari.
Lalu apa sebaiknya untuk saya lakukan? Diam? Atau terus beralah?
Kata dia, dia dan dia- "mengalah atau kalah".
Tak perlu nak pening-peningkan kepala.
Saya tunduk. Nafas paling panjang pernah saya lepaskan.
April bakal menjelang. Saya tak sabar untuk terus melangkah-
"Kota ini sedang menanti. Kau gagahkan sahaja."
Budak Kopi - Biarkan sang bunga bersedih hati.
3 comments:
Permikiran yang harmoni adalah asas segala bentuk pertumbuhan. Pemikiran yang sempit hanya membantutkan kehidupan malah segala bentuk perbalahan akan membawa wabak dan menggelapkan ‘sky’ dan melenyapkan ‘sunshine’ kita.
Saya mempunyai cadangan. Sila cubakanlah.. Cuba K bayangkan peranan K sebagai ‘mind-doorkeeper’. Cuba bayangkan peranan mind-doorkeeper sebagai peranan penjaga rumah sendiri. Cuba bayangkan..Seorang penjaga rumah yang baik akan lebih prihatin kepada segala bentuk ketakutan dan orang yang tidak diundang. Kita boleh memainkan peranan ‘mind-doorkeeper’ dengan baik jika kita memahami segala bentuk kedatangan ke pintu minda kita. Kita boleh menjemput masuk dan menghalangnya. Tegaskan hati dan cekalkan minda..supaya mengawal ‘visitor’ yang datang ke pintu minda kita. Jangan membiarkan ‘mereka’ masuk dan secara tidak langsung ‘mengosongkan’ minda kita seperti ‘pencuri dan perompak yang datang ke rumah mengosongkan barang2 rumah’.
Saya berharap awak boleh memahami dan menerima bayangan yang saya terangkan ini.
Kejayaan K mungkin bermula dengan little-baby-step. Semoga K boleh melakukannya. Saya doakan K boleh.
Sekiranya cadangan saya tidak sesuai atau sangat confusing, saya minta maaf. Tiada niat untuk mengatakan awak tidak mampu menangani kehidupan.
take care bro! bunga bukan sekuntum! eh! mcm tak kena jer pepatah aku nih! hahaha!
prev nx week:
Igor ~ 30/10
Antoo Fighter ~ 31/10
Cicakman 2 ~ 4/11
jom!!!
Mengapa perlu bersedih ketika dalam gembira. Usah fikir diluar batasan kita kerna kita tidak tahu kesudahan kisah kita.
Love,
Aidid
Post a Comment