Tuesday, November 10, 2009

My New Favourite Track... Owl City by Fireflies

Jika berkerja di rumah, tak sah jika tidak memasang siaran MTV. Selain video-video terbaru, himpunan lagu-lagu hebat terkini, MTV turut menjadi peneman saya kala bersendiri. Itu terapi yang saya terapkan hari-hari.

Langsung menonton, saya terpaku sebaik dimainkan klip video Fireflies dari persembahan Owl City. Muzik elektronik yang santai dan mudah, buat saya terasa ingin menari dan terbang.

"'Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance..."

Hanya dengan bermain piano sepanjang durasi (tanpa sebarang pergerakan lain atau menampakkan muka), cuma mainan-mainan kecil di sekeliling yang menjadi objek atau latar lagunya. Comel!

Owl City, atau nama sebenar beliau Adam Young kini sudah pun menawan beberapa carta lagu terhebat dunia.

Inginkan info tentang Owl City, klik di sini.


Owl City
Fireflies

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep

'Cause they'd fill the open air
And leave teardrops everywhere
You'd think me rude
But I would just stand and stare

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems

'Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance

A fox trot above my head
A sock hop beneath my bed
A disco ball that's just hanging by a thread

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

Leave my door open just a crack
(Please take me away from here)
'Cause I feel like such an insomniac
(Please take me away from here)
Why do I tire of counting sheep
(Please take me away from here)
When I'm far too tired to fall asleep

To ten million fireflies
I'm weird 'cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell

But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
'Cause I saved a few and I keep them in a jar

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
Because my dreams are bursting at the seams

Download MP3 Firelies di sini.

Stabuxguy - Dah tukar ringtone handphone ke intro Firelies. Saya suka lagu ini, ringkas, namun beri semangat yang mendalam.

Read more...

Monday, November 9, 2009

Tanda (Jelas) Cinta Berakhir

Setiap pagi, selain dari rutin membaca sisipan-sisipan akhbar di internet, saya juga gemar singgah di blog kawan-kawan- sekadar melihat apa yang terbaru, selain membaca info-info menarik yang dipaparkan.

Ada yang berguna untuk dikongsi, tak kurang boleh dibuat ubat untuk ketawa pagi-pagi.

Ralit melayar ke sana-sini, info di bawah ini mungkin berguna buat anda yang mungkin tercari-cari atau masih berfikir, kenapa si Dia berubah? Apa yang tak kena agaknya? Nah, 10 Tanda Cinta Berakhir Untuk Anda...

Sekiranya kamu berasakan hubungan sudah ‘gawat’, cuba lihat tanda-tandanya, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan atau tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah.

Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu.

Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu

Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?” Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi.

Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan.

Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang.

Foto kamu yang selalunya berada di dompet, di meja belajar/kerja, atau di kamarnya sudah tiada lagi Ah, kalau begini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya.

Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya?

Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.

7. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu.

Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri

Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru.

Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamu dan mencintai kamu .

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir.

Kalau hubungan ini secara jelas disebut sudah berakhir oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik berundur dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.

Ada yang mengeluh? Tarik nafas anda.

Kata orang, cinta itu indah- pada awalnya- ya! Tapi bagaimana jika wujud perasaan-perasaan atau perkara-perkara seperti di atas?

Setiap dari kita pasti sering bertanya pada diri sendiri, adakah saya berada di landasan yang betul? Benarkah si Dia benar-benar milik saya? Masihkah ada cinta di hatinya?

Tidak kira apa pun jenis status hubungan anda-

Kata seorang teman, tidak guna bertahan jika hubungan sudah di hujung jalan. Pilih simpang yang terbaik. Perlu juga jadi selfish kadang-kadang.

Saya senyum simpul. Angguk tidak, geleng pun tidak. Tepuk dada, tanya hati.

Stabuxguy - masa untuk ke gym- cantikkan diri!

Read more...

Friday, November 6, 2009

Pisau Cukur- Gandingan Yang Kecoh!

"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?"

Panasss!

Oh, my Gucci- sabar, sabarr... jangan ada yang tersalah tafsir. Perenggan di atas bukanlah dari luahan kata-kata saya.

Membayangkan gelagat gila-gila si Fazura, dan sisi lain Maya Karin, saya mengajak AM dan Ir menemani saya untuk sama-sama menonton Pisau Cukur malam tadi TGV, KLCC. Tepat jam sembilan malam, kami memasuki panggung. Orang agak ramai semalam, hampir sesak satu panggung. Ada yang datang berkeluarga, berkumpulan, tak kurang pasangan-pasangan bercinta. Wah, begitu ramai orang yang suka menonton filem Melayu sekarang ya?

Dimulakan dengan intro Fazura (Intan) yang sedang menghoskan rancangan 'Jejak Jenayah' di kaca tv, babak beralih kepada si jelita Maya Karin (Bella) yang sedang menunggu keputusan di pentas (uh lihat aksi gatal Maya- saya suka!) untuk diumumkan juara rancangan realiti, 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?'.

Menariknya, beberapa orang cameo (selebriti popular) muncul di sini, antaranya Norman KRU (sebagai jutawan), Nabila Huda (peserta/juara) dan juga Nabil (pengacara rancangan).

Gagal dalam rancangan 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?', Bella mengikuti Intan untuk bercuti dalam pelayaran kapal mewah.

Misi mereka?

Mencari lelaki-lelaki kaya yang berpangkat untuk dijadikan calon suami!

Penceritaan yang tampak mudah dan klise namun berbekalkan mutu skrip yang segar dan kreatif (kredit buat Rafidah!)- Pisau Cukur lain dari yang lain dan punya kisah yang tersendiri.

Lucu dan sinikal- sebagaimana Gol & Gincu, Pisau Cukur hadir dengan pakej yang hampir lengkap. Gandingan terbaik Fazura-Maya Karin (setakat ini) selain kemunculan ramai cameo selebriti popular tanahair juga tambah menjadikan Pisau Cukur lebih menarik dan seronok ditonton.

Diadun dengan agak baik, biarpun penggambaran dijalankan bukanlah di atas set kapal mewah sebenar (kos yang agak mahal), namun pengarah bijak menutup kelemahan berkenaan dengan memaparkan sebuah lakonlayar yang berkesan. Saya jamin anda pasti terlupa tentang kekurangan ini, sebaliknya terhibur dengan gelagat Intan/Bella serta kisah pencarian mereka.

Terdapat dua bahagian cerita yang bergerak 'selari' dalam filem ini, sesuai dengan watak dua heroin yang dibawa Fazura-Maya Karin.

Bahagian 1- Fazura (Intan)

Menyiasat kematian Datuk Zakaria Hitam/Zak (Datuk Rahim Razali).

Datuk yang mempunyai tiga isteri telah didapati meninggal dunia dalam pelayaran secara misteri dan mengejut. Ketiga-tiga isterinya, (dilakonkan oleh Khatijah Tan-Datin Wahidah, isteri pertama, Umie Aida- Naini, isteri kedua dan Sharifah Sofia- Sal, isteri ketiga) adalah suspek. Dibantu oleh Ari (Aaron Aziz), seorang penyiasat persendirian, Intan mula menyiasat punca sebenar kematian datuk.

Watak yang gedik dan sedikit 'kepoh', busybody pada awalnya, anda akan mula menyukai Intan di atas ketelusannya.

Paling saya suka beberapa 'dialog berjenama' yang menjadi 'trademark' Intan. Saya pasti dialog-dialog berkenaan akan menjadi popular sedikit masa lagi.

Bahagian 2 - Bella (Maya Karin)

Kecewa dengan kekalahannya dalam merebut gelaran juara sebuah rancangan realiti, Bella mengikut Intan belayar menaiki kapal mewah, Puteri Duyung. Misinya hanyalah untuk mencari lelaki kaya untuk dijadikan calon suami.

Beberapa lelaki cuba merapatinya, antaranya Datuk Zak sendiri. Menolak untuk dijadikan isteri keempat Datuk, Bella secara tidak sengaja telah bertemu pula dengan seorang peminat rancangan 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?' yang mengenalinya, Faqir (Redza Minhat).

Kerana sindiran Faqir, Bella menolak untuk melayannya, sebaliknya bertemu cinta hati yang dicari-carinya, seorang jutawan kaya-raya berstatus duda. Beberapa rancangan dijalankan untuk mendekati Datuk Hisham (lakonan Eizlan Yusuff), si jutawan sehinggalah lelaki berkenaan akhirnya juga jatuh cinta kepada Bella.

Saya tertarik dengan lakonan Redza Minhat (Faqir), biarpun masih baru dan kelihatan agak kaku, namun watak Faqir tetap menarik dan cute. Faqir punya ciri-ciri seorang lelaki gentlemen yang baik dan tidak mustahil digilai ramai wanita. Namun kerana lebih melihat kebendaan dan wang, Bella telah tersalah pilih.

Rata-rata pelakon yang membintangi filem ini mempamerkan mutu lakonan yang baik dan berkesan. Sebagai contoh, Datuk Zak, walaupun hanya beberapa babak sahaja, tetapi impaknya juga kuat dan beliau merupakan punca segala kekecohan utama yang berlaku.

Fazura lebih hebat?

Saya tidak nampak mengapa isu ini harus timbul. Pada saya, baik Fazura atau Maya Karin, kedua-duanya hebat dengan watak masing-masing. Fazura yang agresif dan lebih gedik, sesuai dengan riak wajah dan karakternya, manakala Maya Karin lebih lembut namun agak gila-gila juga. Nampak keserasian mereka bila bergandingan bersama. Masing-masing bijak membawa karakter dan apa yang penting- serasi dan happening!

Sisi lain terbaik lakonan Maya setakat ini.

Dan Fazura, selepas Pisau Cukur... saya semakin, semakin... menyukai anda!

Oh, my Prada- haha!

Selamat menonton!

p/s : Tak sabar menunggu dua lagi filem mega tahun ni- 2012 dan New Moon. Ada yang mahu ikut saya ke panggung?

Stabuxguy

Ulasan Blogger lain :

Ajami Hashim

Read more...

Wednesday, October 28, 2009

Showcase KD, Zara, Teater Cuci dan Beli Pokok Di Sungai Buloh

Hujung minggu, ditunggu-tunggu dan paling menyeronokkan- macam-macam aktiviti, keluar bersama rakan-rakan, tengok wayang. Masa yang sesuai untuk bersantai.

Ada beberapa agenda menarik untuk saya kongsi dengan anda minggu lalu. Showcase Kris Dayanti (KD) di Borneo Baruk Club, Jalan Kia Peng, adalah antara persembahan malam minggu yang paling ingin saya saksi. Bertuah, si manis Sara mengajak saya. Tidak lepas peluang, kami meredah kesesakan malam Jumaat ke sana.

Oh, saya sempat membeli dvd-cd terbaru KD, "Aku Wanita Biasa" di pintu masuk. Tambah teruja sebaik ditayang klip "Aku Wanita Biasa" di skrin berhadapan pentas- melankolik yang sedap didengar, dan jika berkali-kali, anda pasti menangkap maksud yang tersirat.

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Teringatkan sesuatu?

Apa yang lebih istimewa, selain persembahan amal, KD turut menjemput rakan baiknya, Dato' Siti Nurhaliza (hadir memberi sokongan dan derma) untuk berduet. Siti yang sporting, segera naik ke pentas dan menghangatkan lagi persembahan dengan lagu Penasaran Dan Kopi Dangdut.

Memang lucu melihat Dato' Siti cuba bergelek. Puas dapat melihat kedua-duanya beraksi.

Bersahaja, anggun dan vokal yang sungguh mengujakan- biarpun hanyalah sebuah persembahan showcase dan malam amal mengutip tabung bencana (gempa bumi di Padang baru-baru ini), impak kehadiran KD sungguh luar biasa. Serasa saya turut merasai apa yang dilalui diva dari Indonesia ini, kedukaannya, kesedihan hatinya, KD turut berkongsi dengan para fans-nya di Malaysia.

Pagi Sabtu, Ir kejut saya untuk bersiap. Hari ini kami akan membawa Zara untuk bersarapan di Pantai Dalam.

Zara, yang juga merupakan teman Ir dari Miri kini berada di Kuala Lumpur bagi beberapa urusan.

"Zara mahu sangat makan di kedai Kelantan awak tu. Nanti boleh lah kita ajak dia esok." Ujar Ir berkali-kali semalam sebaik kami pulang ke rumah dari menonton showcase KD.

Kami mengambil Zara di Damansara di rumah abangnya berhampiran Amani Terrace. Kali pertama bersua, orangnya kecil sahaja, pendiam tapi cute. Saya lihat Zara malu-malu untuk berborak.

"You should try nasi kerabu ni, makan ngan budu. Haha!", saran saya sebaik kami tiba di Anis Corner, restoran masakan Kelantan popular di Pantai Dalam.

"Tapi i allergic ngan nasi kaler-kaler...". Saya pandang Zara. Mukanya serius, lalu saya cadangkan dia mengambil nasi dagang.

"Jangan ambil banyak sangat, nanti you muak. Rasanya macam pulut, tak boleh makan banyak kalau tak biasa." Pesan saya sebaik melihat Zara telah mencedok nasi dagang ke dalam pinggan.

Memang lucu melihat Zara makan. Tak sangka gadis genit ni banyak jugak pantang larang.

Pagi itu kami turut disertai oleh Shasha, teman Ir sewaktu di universiti dulu. Lama tak jumpa Shasha. Biarpun Shasha tiba agak lewat, kami sempat berbual dan bertukar-tukar cerita.

Habis sarapan, saya bawa Zara ke IKEA. Dah lama tak ke sini, antara tempat kesukaan untuk menghabiskan masa di hujung minggu saya. Seronok dan ralit kalau berjalan di IKEA. Tidak sedar waktu berjalan. Seperti biasa juga, jika anda tidak merancang untuk membeli, tapi akhirnya terambil jua satu dua barangan.

"What time you musical theatre tu start?". Ir pandang saya seraya melihat jam.

Duh! Hampir terlupa saya. Sudah berjanji dengan Ted dan Ash mahu ke Istana Budaya (IB) petang nanti bagi menonton pementasan teater Cuci The Musical. Ash antara penari yang bakal membuat persembahan di dalam muzikal ini nanti.

Balik dari menghantar Zara, saya bergegas pulang untuk bersiap. Terima kasih ya Ir kerana menghantar saya ke IB. Nasib baik jalan agak lengang hari tu.

"Habis bagitaulah. Saya ke KLCC, mahu lepak-lepak baca buku di Kinokuniya-".

Cuci The Musical (CTM)

"Kelakar!". Hanya itu yang dapat saya simpulkan. Berbeza dengan beberapa siri pementasan teater yang pernah saya saksikan sebelum ini, Cuci ternyata lain dari yang lain. Lucunya tidak slapstik, bertempat dan relevan.

Jujur saya agak pesimis pada awalnya, namun Cuci memberi saya satu interpretasi baru dunia teater. Tidak skeptikal, gabungan AC Mizal, Afdlin Shauki, Awie dan Hans Isaac berjaya mengangkat naskah ini menjadi sesuatu yang berkualiti dan patut dihargai.

Saya gamam sebaik Adibah Noor menyanyi, aura diva di beberapa babak, di selang-seli dengan kemunculan bersahaja Vee (Vanida Imran) yang anggun membuat saya terpaku di tempat duduk. Anda bisa dengar dekahan ketawa penonton setiap beberapa saat sebaik para pelakon bersuara. Memang lucu!

Saya, Ted dan beberapa orang teman ketawa terbahak-bahak dan tak putus-putus bercakap mengenai teater berkenaan hingga ke habis waktu pementasan.

Lima bintang plus-plus buat Hans Isaac selaku penerbit serta kru-kru terlibat. CTM sememangnya hebat!

Sungai Buloh dan Beli Pokok

Jika Jumaat dan Sabtu saya terisi dengan aktiviti-aktiviti bercorak hiburan, saya memilih untuk mengikut AM ke Sungai Buloh pada Ahadnya.

Kami ke sana bagi mencari pokok baru menggantikan pokok lama di dalam rumah yang telah mati. Tidak sukar ke Sungai Buloh, hanya beberapa minit mengikuti Lebuhraya Damansara dari rumah.

Kami sempat berhenti bersarapan di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Pelbagai variasi pilihan makanan dan gerai di sini, dari restoran makanan segera hinggalah ke makanan panas tempatan.

Selesai mengisi perut, kami menyambung kembali perjalanan ke kebun pokok dan tanaman di Sungai Buloh.

Pada yang tak tahu, Sungai Buloh adalah 'syurga' bagi mereka gemar bercucuk tanam. Pilihan pokok dan tanaman yang pelbagai, dari yang bersaiz kecil hinggalah ke besar, sesuai untuk ditanam di halaman dan dalam rumah, juga bagi mereka yang memiliki kondo/apartment.

Hampir tiga jam juga kami menghabiskan masa di sini, mencari-cari pokok yang sesuai. Dari satu kebun ke satu kebun, akhirnya saya memilih tiga jenis pokok untuk diletakkan di balkoni rumah serta depan pintu masuk.

Saya pandang AM. "Mana pokok abang?".

"Entah. Takde yang sesuai pun." Duh, cerewet juga abang angkat saya sorang ni. Rasanya dah habis keliling satu kawasan kebun di Sungai Buloh ni kami geledah, takde satu pun yang menetapi citarasanya.

Hari hampir petang. Cuaca tidak begitu mengizinkan untuk kami berlama-lama.

"Jom balik. Nak hujan."

"Ok, minum air kelapa dulu!".

p/s : Kepada mereka yang meminati Dato' Siti Nurhaliza, jom ramai-ramai kita memeriahkan Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza pada 14 November ini di Stadium Melawati, Shah alam. Tempat duduk terhad. Jumpa di sana!

Stabuxguy.

Read more...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP