Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Thursday, May 29, 2008

Cinta Dan Keutamaan... Sejauh Mana Kita Harus Berkorban?

Hidup ini sukar bukan? Terkadang kita harus memilih, siapa yang terbaik, apa yang mahu dilakukan. Ada di antaranya melibatkan soal hati dan perasaan. Kata orang, rambut sama hitam, manis di mulut, tak sama dengan apa yang difikirkan.

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, tepuk jangan selerak, rambut jangan putus. Situasi mungkin berbeza namun impaknya sama.

Saya keliru. Barangkali kehidupan yang baik-baik sering tidak menyelebelahi saya. Meskipun dianugerahkan peluang dan nasib yang cerah sentiasa, dunia saya masih sesak dan kacau-bilau. Apa saya buat, ke mana saya pergi, apa saya fikir- ibarat semuanya harus dilaporkan kepada si polan si polan dan saya tidak punya kawalan (ke atas diri sendiri) secara total.

Saya penat membuat alasan- cukup-cukuplah.

"I'm sorry, i ada hal. Tak dapat join you petang ni...".

"Again, sorry tak dapat ikut you pergi situ-sini, jumpa sedara-mara...".

Saya cuba menjadi jujur kepada diri sendiri. Harus benar, biarpun pahit. Kesannya, memburukkan lagi situasi. Susah bukan?

Kata si dia, "cemburu!". Barangkali itulah perkataan terbaik. Terfikir juga, namun saya bukanlah seorang yang menyimpan pra sangka. Dia terlalu baik untuk saya menyimpan tanggapan yang bukan-bukan. Saya kenal dia, dia dan dia. Mereka barangkali punya cerita dan alasan sendiri. Sukar untuk nyatakan di sini- terlalu peribadi.

Buat mereka (yang merasakan dirinya terguris kerana saya dan keutamaan saya), saya hormat anda. Saya pasti anda sedang membaca tulisan saya. Samada anda bisa memahami dengan hati, atau cuba (sekali lagi) membuat penilaian anda sendiri, jujurnya itu bukanlah salah anda. Kita hanya manusia. Dan setiap manusia mempunyai pendirian dan tahap kecerdikkan yang berbeza. Ada yang lemah, ada yang pintar. Aga yang tega, ada yang goyah.

Saya tahu, adakalanya saya lemah. Kash cepat lari dari masalah. Ah, anda kenal saya. Bertahun-tahun saya besar di depan anda. Dari seorang budak lelaki yang naif hingga menjadi seorang dewasa yang kian betah membuat keputusan.

Saya bukanlah jenis yang suka menyesakkan diri dengan pelbagai masalah. Terlalu banyak karenah bisa membuat hidup saya pening dan bercelaru. Barangkali itu antara alasan mengapa saya ke Penang. Kurang komitmen dan beri saya lebih kebebasan untuk bersendiri.

Hidup mengajar saya menjadi seorang yang pasif. Dalam erti kata lain, saya menjadi seorang yang hanya memikirkan diri sendiri.

Keutamaan saya mungkin berubah. Ya, setiap manusia mempunyai kepentingan dan keutamaan dalam hidup mengikut peringkat masa dan keadaan. Itu normal. Salah sayakah jika keutamaan saya sekarang adalah sesuatu yang lebih saya hargai dan bukan anda? Bukan berniat melukakan hati, saya sayang anda. Tiada tempat untuk saya jatuhkan anda samada menjadi kedua atau ketiga. Itu fakta. Hakikat yang tak bisa berubah (biarpun anda sering meletakkan had dua, tiga tahun lagi setelah melihat saya berjaya).

Saya tahu anda, saya kenal anda, anda pasti memahami konteks tulisan saya ini dengan kesimpulan dan maksud yang berbeza. Pahit dan itu perkara paling saya cuba elakkan.

Kesimpulannya, hari-hari anda dan saya akan melalui sebuah fasa yang sama. Berbincang dan meluahkan perasaan, tapi hasilnya masih sama. Tanyalah ahli politik atau professor negara mana sekalipun, lambat-laun, boleh gila juga jadinya.

Buat seseorang, saya yakin, anda juga sedang membaca tulisan saya ini, terima kasih kerana sudi memahami dan menerima saya seadanya. Tak banyak yang bisa saya janjikan, biar masa yang menentukan. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih!

Baru saya sedar, cinta perlukan banyak pengorbanan.

Stabuxguy - Terbayang Bali di depan mata...

Wednesday, May 21, 2008

Malam Ini Saya Bermimpi...

Jarang saya mengingati mimpi sendiri. Perjalanan tidur saya terganggu malam tadi dek kerana terjaga kira-kira jam empat pagi. Saya terkejut, lalu menangis. Pantas saya mencapai handphone. Dalam keadaan yang masih terkebil-kebil, saya mendail ke nombor seseorang.

"I takut...".

"Kenapa nie? You okay?".

"I takutt...".

"Please, cerita kat i. What happen?".

Dalam nada yang tersekat-sekat, saya ceritakan padanya dari awal hingga akhir.

"You mimpi jer tuh. Please, jangan macam ni. I'm here for you. Everything's gonna be okay. Tidur kay. Jangan takut. I teman you dari sini...".

Apa saya mimpi?

Realistik (dan buat jantung saya berdegup tanpa henti). Terasa seolah apa yang saya lalui dalam mimpi malam tadi benar-benar terjadi.

Hmm.. dari mana nak mula ya?

Kisah di mana saya hidup di zaman kejatuhan British di Malaya. Saya dan keluarga terpaksa melarikan diri dari ancaman yang samar-samar; berlari dan berlari. Dipulaukan penduduk setempat, serangan bertubi-tubi tentera Siam (kampung saya bersempadan dengan Thailand).

Pada satu bahagian, kami sudah terkepung dan masing-masing telah kepenatan. Ibu menyuruh saya melarikan diri dengan membawa adik bongsu saya (masih bayi dan belum mengerti apa-apa) untuk menyelamatkan diri. Saya dengan berat hati pada mulanya membantah dan degil untuk meninggalkan mereka semua. Saat itu saya menangis dan melihat ke wajah anggota keluarga lain yang sudah tidak berdaya, pastinya saya benar-benar menangis waktu itu.

Demi menyelamatkan adik yang masih kecil (yang tidak saya ketahui namanya kerana tidak wujud di alam nyata) saya berlari dan berlari hinggalah bertemu dengan sepasukan tentera British lalu mengarahkan saya untuk menaiki sebuah bas bersama beberapa orang pelarian yang lain.

Bas menempuh dari sebuah kampung ke sebuah kampung hinggalah akhirnya kami disekat dan disoal-siasat sekumpulan tentera Siam. Saya yang ketakutan hanya membatukan diri di dalam bas berkenaan. Nasib tidak menyebelahi apabila tiba-tiba adik saya menangis dan merengek mahukan ibu kami. Menyedari 'kewujudan' saya, mereka terus memaksa saya turun dari bas. Saya takut dan merasa serba-salah. Hendak turun bimbang di apa-apakan kami lebih-lebih adik saya masih kecil. Mahu serahkan adik kepada para penumpang (pelarian) lain bimbang itu adalah amanah ibu saya dan sukar untuk kami bertemu lagi selepas ini (saya begitu sayangkannya dan kami mungkin akan terpisah selama-lamanya). Saya berteriak sekuat hati dan terus 'melompat' keluar dari mimpi kerana tak tahu lagi apa yang harus dilakukan. Saya sedih dan menangis kerana terpaksa meninggalkan adik saya sendirian tanpa sebarang ending atau kesudahan mimpi saya tadi. Itu jalan terbaik saya kira.

Tidak tahu apa yang harus saya perbuat.

Pertama kali saya mengingati mimpi sendiri dan menceritakan secara terperinci apa yang berlaku. Degup jantung saya masih kuat seawal jam lapan pagi. Nasib baik Kak Sam mengejutkan saya.

"Bangun pergi ofis lekas. You dah lambat datang kerja!". Terpisat-pisat saya seketika. Sekali lagi saya ceritakan perihal mimpi saya malam tadi.

"It's just a matter of fact. Maybe you masih ada tugas yang belum selesai. Suatu tanggungjawab yang diamanahkan...".

Kata-katanya buat saya termenung pagi-pagi.

Tugas yang belum selesai?

Stabuxguy

Friday, May 16, 2008

The Man You Love - Il Divo

I only wanna be the man
to give you everything I can
every day and every night
love you for all my life.
I don't wanna change the world
as long as you're my girl
it's more than enough,
just to be the man you love...

Thursday, May 15, 2008

Penang : Edisi Pulun Bersukaria Bhg. 2

jemputree.

cukup mudah jika mahu ke sini. terletak hanya di bahu jalan, laluan yang sama jika anda mahu ke ferenggi atau gurney.

seperti nazri dan irwan, pertama kali juga miss bersukaria bawa saya ke mari. hati teruja sebaik saja melangkah masuk. berkonsepkan hutan rimba dan lanskap ala-ala naili's di sentul, disambut pula dengan dendangan muzik ala bb dan musicteque. terus rasa nak menari gitu.

saya lihat-lihat menu- laaa! confirm adik-beradik naili's jugak rupanya. dari hidangan ubi rebus (my fav!) ke nasi lemak (rendang daging & ayam), cucur ikan bilis- semuanya sama. tukar nama aje.

tapi ops! tunggu dulu- banding dengan naili's (baik di sentul atau ampang) makanan di jemputree jauh lebih sedap (berganda-ganda) dan tak rugi jika anda singgah ke mari. boleh pilih, nak makan atas pokok ke, bersila cam kat tepi sawah ke or santai ala-ala kat tepi pantai.

paling cung desert yang diorder nazri dan irwan, 'ais kacang pelangi' (hah, pakai taruk je nama)- very the colourful gitu. huhuhu...

dari jemputree, kami ke gurney drive pula. jarang sebenarnya saya ke sini. kalau nak tahu, di gurney drive nilah paling ramai pelancong dan warga penang melepak memalam. dari rempit, sampai ke yang tua-tua pun pulun dok melepak sama. suasananya? lebih kurang pantai lido di jb lah- sesak dan penuh dengan manusia. bagus kalau nak happening reramai sambil menghirup udara pantai di waktu malam. si nazri dah mula keluarkan kamera- apalagi, snappy time!

waktu inilah masing-masing baru nak mula tunjuk perangai sebenar. ada yang overdose posing tak cukup tanah, siap main pistol air yang bleh kuarkan belon lagi. budak-budak sangat!! memang best malam tu kat gurney. enjoy habis.

terasa betapa beruntungnya saya tinggal di sini. sesekali ada kawan-kawan datang melawat, tempat makan yang cung dan food yang awesome, pas tu boleh pula lepak-lepak di pantai camni. sesuatu yang kl tidak bisa beri.

lewat juga kami balik malam tu. masing-masing pun mata dah kuyu tak boleh nak bukak. sempat miss bersukaria bawak lagi kami pusing-pusing town ngan keta. habisla nasi kandar line clear dia tunjuk, little india, chinatown, masjid tu, bangunan ni, hah termasuklah bangunan standard chartered si nazri pun dia tunjuk.

"siang panas- ramai orang. memalam camni la best. tak sesak. baru dapat feel the real life kat penang!". tu dia. real life kat penang katanya. memang tourist guide sejatilah la miss bersukaria nih. saya pun ikut menghafal sama nama jalan dan tempat-tempat menarik kat sini. bagus.. baguss...

jujurnya, jika anda bertanya saya, hanya dua tempat yang saya tuju hari-hari selain dari balik rumah dan usm, kalau tak queensbay mall, egate. shopping, makan-makan, wayang. itu sahaja. sibuk katanya.

hari ketiga.

sedih juga petang nanti both nazri dan irwan dah nak pulang ke kuala lumpur. hari terakhir, kami bersarapan di deretan gerai makan (foodcourt) berhampiran hotel vistana (area bukit jambul). memang cung tempat ni. kata miss bersukaria, kat sini semua makanan asli penang- roti benggali, kue teow goreng, apa lagi?-

"must try!", ujarnya bersungguh.

saya order western ajelah- roti bakar dan telur. tak larat nak makan macam-macam. try sikit-sikit dah le. yang pentingnya tetamu. saya kat sini, hari-hari boleh ke mari.

destinasi hari ni?

habis breakfast saya pandu mereka ke kampung gertak sanggul yang terletak di kawasan perkelahan teluk kumbar. tak jauh. hanya dua puluh minit memandu jika anda dari lapangan terbang antarabangsa bayan lepas. saya singgah di airport untuk nazri snappy-snappy.

cuaca sangat baik hari ni. sesuai untuk kami berlibur dan bersukaria sambil tangkap-tangkap gambar.

tiba aje di teluk kumbar, saya bawa mereka ke *'begining of the world', sebuah kawasan 'jalan mati' berhampiran gertak sanggul. *nama yang diberikan oleh miss bersukaria

cantik. memang cantik pemandangan kat sini. terdapat sebuah jeti lama atau dipanggil 'gertak' (yang masih digunakan). turun aje kereta, kami terus snappy-snappy kat sini. nasib baiklah juga kamera zaman sekarang semua dah digital. kalau masih filem tak tahu lah saya. agaknya bergulung-gulung jugaklah habis kan.

masih ingat lagi, inilah tempat pertama yang miss bersukaria bawa saya seawal saya ke mari dulu. masih sama.

actually, tempat ni ialah sebuah perkampungan nelayan. rata-rata penduduk di sini berbangsa cina.

habis snappy, kami ke relau pula. si nazri awal-awal dah bagitau nak beli jeruk dan jenis-jenis yang sewaktu dengannya. kata miss bersukaria, kat sini popular kalau nak beli jeruk-jeruk dan pala ni semua. ramai yang tak tahu. mostly among local people aje lah and word by mouth. thank god saya ada tourist guide bertauliah kan. hahaha. terima kasih tak terhingga buat kak sam saya a.k.a. miss bersukaria kerana tak henti melayan kerenah kami bertiga.

habis memborong jeruk dan buah pala, saya bawa mereka ke usm pula. tak lengkap kalau ke penang jika tak singgah di usm a.k.a. 'universiti cemerlang' bak kata kak sam.

aktiviti kat sini? selain tunjuk tempat kerja saya- apalagi, snappy-snappy lagilah. macam-macam adegan yang kami buat. dari panjat pokok, pose feeling-feeling kat bali, hinggalah lompat-lompat kat depan gate usm. memang pak guard tu terpaksa buat selamba je bila tengok kami berempat. mesti mereka ingat kami ni semua student final year. hahaha... mati la semuanya muda remaja katanya.

"dah tengahari. ke mana lagi kita?".

"nasi kandar la. ok supir, cepat kita ke town ya. kapitan please!". miss bersukaria dah mula beri arahan. sayalah 'supir' tu. jawatan tak rasmi katanya. huhuhu.

kali kedua saya makan di kapitan. terletak berhampiran restoran nasi kandar kassim mustafa dan little india.

apa saya makan?

bryiani claypot yang tak claypot (dah habis katanya so served dalam pinggan aje bleh gitu) sementara nazri dan irwan ambil ala-carte. nak tak nak, jika ke penang anda mesti cuba (at least sekali) nasi kandar di sini. rasanya memang lain. tak sama dengan masakan mamak-mamak di kuala lumpur.

apa lagi?

kenyang? ya, kenyang tapi sempat snap pic lompat-lompat versi little india pula. hahaha!

dari town, saya bawa mereka ke jeti jerejak resort & spa pula sementara menunggukan waktu 'berlepas' pulang ke kuala lumpur. di sini pun cantik pemandangannya. dari jeti, bisa dilihat (dengan jelas) pulau jerejak dan jambatan pulau pinang. hati saya tiba-tiba terasa sayu seketika. sukar untuk saya gambarkan perasaan saya ketika itu. terasa sekejap sahaja bersama nazri dan irwan. hanya dua jam sahaja lagi aeroline bakal membawa mereka pergi (jauh) dari saya.

saya harap mereka happy sepanjang di sini. saya juga happy dan bahagia mengenali kalian. nazri dan irwan- dua sahabat baru saya.

"jangan serik lagi ke sini ya!", terdengar kak sam saya mengingatkan nazri. saya pandang irwan. saya tahu, dia juga sedih untuk tinggalkan penang dan memori sepanjang di sini.

singkat tapi bermakna.

mengulang kata-kata kak sam saya, "guys, jangan serik lagi ke sini ya!".

stabuxguy.

Tuesday, May 13, 2008

Penang : Edisi Pulun Bersukaria Bhg. 1

kawan-kawan. apa yang paling best bila berkumpul? gila-gila. hah, barangkali itulah perkataan paling tepat.

seperti dirancang, kunjungan irwan dan nazri, dua sahabat bloggers saya minggu lalu benar-benar menjadikan hujung minggu saya di sini kecoh dan meriah dengan gelagat mereka.

"hangpa bersukaria tak cukup tanah!", kata kak sam saya.

jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam!

hari pertama tiba
makan malam di sri idaman seafood

pose control malu-malu dari tiga bloggers- miss bersukaria (kak sam), luaq dome espalande (nazri) & encik beta "the kingdom" (irwan)

irwan dengan skill makan ketamnya yang baru dipelajari dari miss bersukaria

hari kedua
breakfast & jalan-jalan di bukit bendera

antara shot-shot menarik yang disnap oleh nazri dan irwan. nice pics guys!

hari kedua- bangun awal pagi. kami gerak ke bukit bendera. rancangan awalnya mahu bersarapan di david brown's restaurant (breakfast cung sambil bleh feeling2 ala dok kat boston or christchurch gitu) tapi tutup plak restoran tu. ada private function katanya. terpaksa saya bawa irwan dan nazri ke bullevue penang hill hotel restaurant. not bad-lah jugak. bleh juga tengok-tengok view the whole georgetown dari atas.

mati la takde kena-mengena. kredit to nazri. saya suka pic nih. gambar post office kat atas bukit bendera. harus saya request sony alpha for my next birthday nanti... kuang... kuang... kuangg...

penat dok jejalan dan snappy-snappy kat atas tuh, kami turun sebaik habis breakfast. destinasi seterusnya- toy museum!

jujurnya, saya pun tak tahu wujudnya toy museum ni kat penang. sampai-sampai aje muka dah excited sebab nampak ada macam-macam karakter dan watak kartun kartun/superhero kat pintu masuk. kalau nak tau, toy museum ni terletak di kawasan tanjung bungah, macam on the way nak ke ferenggi juga. senang je nak cari tempat dia sebab terletak betul-betul di tepi jalan utama.

macam-macam watak kartun/superhero kat dalam ni. ada barbie (dari koleksi vintage hinggalah maryln monroe), spiderman, harry potter, starwars, batman, alien vs. predator, lara croft, ultraman dan pelbagai lagi. ralit juga saya sementelah memang peminat koleksi dan saya membesar bersama watak-watak ini. tak rugi jika anda ke sini, tambah lagi jika anda fans. sila tick dalam kalendar destinasi anda jika ke penang ya!

dari toy museum, kami ke queensbay mall yang terletak tak jauh dari kawasan perindustrian bayan lepas. si nazri yang beriya-iya mahu jalan-jalan bershopping pula katanya. habis satu butik ke satu butik kami masuk. sempat juga nazri dan irwan membeli beberapa koleksi tali leher.

"duh, lapar. jom makan!".

kami ke nando's yang terletak di ground floor. best juga dah lama tak lepak nando's. menarik kat sini, anda dah boleh refill air pulak dah (baru tau yer!). tapi terhad untuk coke dan ice lemon tea je la. kat sini kami sempat pose-pose ngan ayam nando's (siap bawak turun dari rak lagi- idea si irwan ok).

habis makan sambung shopping balik. kat sini macam-macam ada actually- topshop, padini store, esprit, gap, dome, starbucks dll.

nak tengok wayang pun senang- golden screen cinemas cuma di tingkat atas. kalau bosan boleh lepak baca buku di border's di tingkat 1 sambil minum vanilla frap atau secangkir latte. kena pula dengan sheperd pie - ummpp... yummy!

antara alasan mengapa saya suka penang.

habis shopping, kami balik ke hotel. tak jauh dari queensbay. kalau drive dalam sepuluh minit je. balik rehat-rehat. tak sedar semua ter-kroh (tertidur) sampai jam lapan malam.

lupa dah janji ngan miss bersukaria nak dinner malam ni kat jemputree di georgetown. masing-masing kelam-kabut bersiap dan mandi.

bersambung...

stabuxguy

Friday, May 9, 2008

Sesekali Teringat - Kenangan Di Oldenburg

keriangan saya tercuit sedikit. entah mengapa dua hari kebelakangan hati saya bagai direntap-rentap. antara teringatkan si dia (yang kini hilang entah ke mana), hari baru yang bakal menjelang, komitmen yang tak berkesudahan- berpusing-pusing namun masih di paksi yang sama.

saya keliru. sampai bila?

ingin terasa hati kembali terbang ke bumi Oldenburg yang telah hampir setahun saya tinggalkan. apa khabar sahabar-sahabat saya di sana agaknya. Martin, Frank, Omar, Beth, Wolfgang, James- *wie geht es ihnen?

*sihatkah kalian?

tiap inci kenangan di sana bagai menggamit saya. lebih-lebih lagi apabila Martin, kerap juga dia menghubungi saya sejak akhir-akhir ini. YM, telefon- bertanya khabar dan itu-ini. buat saya tak senang duduk.

"it's summer again now. we miss you, Kash!". "we" merujuk kepada dirinya dan Frank.

masih ingat kali pertama saya terkial-kial untuk menyesuaikan diri. pagi di sana seawal jam empat, saya tergaru-garu sendiri, "sudah cerah?". terasa tidur saya terganggu sedikit. siangnya panjang- buat saya bosan. kuliah hanya sampai jam lima. rutin makan malam di sana bermula jam enam. semua lorong-lorong dan jalan senyap-sunyi. menjadi budaya di Germany, makan malam harus bersama keluarga. jam sembilan masih bisa bermain bola di padang-padang. sama seperti jam enam petang di Malaysia. jam sepuluh baru malam. pelik bukan?

namun lama-lama saya okay. pada yang tak biasa, susah juga.

masih ingat, tiap kali hujung minggu, saya naik keretapi ke Bremen dari Oldenburg. dengan tambang sebanyak 10 euro, perjalanan mengambil masa kira-kira empat puluh minit untuk ke rumah Martin dan Frank, dua sahabat saya yang begitu peramah dan baik hati. pertemuan di sebuah majlis pameran lukisan di universiti langsung merapatkan hubungan kami.

merekalah yang kerap membawa saya jalan-jalan, ke Hamburg, Berlin dan lain-lain tempat yang menarik di Germany. selain bahasa dan beberapa istilah serta dialek tempatan, banyak yang saya belajar sebenarnya dari mereka.

merasai pengalaman bersarapan di garden (milik mereka) yang dijaga rapi di tepi rumah membuatkan pagi ahad saya di Bremen benar-benar bermakna. teringat Frank yang rajin menyapu mentega untuk saya.

petang-petang jika di Oldenburg pula, saya ke bandar bersama Omar dan James, rakan seuniversiti. hanya beberapa minit berbasikal dari rumah, Omar dan James membawa saya tour ke seluruh Oldenburg. pernah kami berbasikal sejauh dua puluh kilometer semata-mata kerana mahu melihat senja di Kreyenbrück. sebuah kawasan lapang yang terletak di pinggir Oldenburg. tumpuan untuk berkelah dan jalan-jalan. cantik. sangat cantik.

awal-awalnya, penat juga. tapi alah bisa tegal biasa. sementelah orang-orang di sana semuanya berbasikal jika mahu ke mana-mana. kereta umpama pengangkutan kedua. seronok juga. kami singgah makan-makan, shopping. senang.

terasa Oldenburg benar-benar memberi saya kehidupan. di sini anda bebas- bebas sebebasnya. punya pelbagai bentuk kemudahan. meskipun masyarakat Germany agak konservatif (kebanyakkan dari kalangan warga emasnya masih mengamalkan adat lama), namun mereka maju dari segi teknologi.

paling mengagumkan saya, cara hidup yang diamalkan di sini, biar semoden mana pun mereka, ikatan keluarga, didikan terhadap anak-anak tetap menjadi perkara utama. tiada jenayah (mungkin minimal) di Oldenburg mahupun Bremen.

anda bebas berpakaian mahal dan berjalan di lorong-lorong mana sekalipun. mereka juga tidak sakit hati dan berdengki sesama-sendiri. menarik juga, mereka tidak peduli jika anda seorang yang pelik atau sekaya mana anda sekalipun. masing-masing menghormati hak dan privasi individu. yang pasti, ke mana juga anda pergi, anda akan sering disapa,*"moin...! moinn...!" dengan penuh cerianya. saya suka!

*"MOIN" bermaksud "selamat pagi" atau boleh juga diguna pakai sebagai ganti "HAI".

namun setinggi-tinggi saya terbang, adakalanya susah juga jika baru nak berjinak-jinak di negara orang. bohong jika saya katakan sekilas pun saya tak teringatkan Malaysia. hanya Tuhan yang tahu betapa saya rindukan suasana dan kehidupan di sini melebihi dari apa yang saya lalui di Germany. mujur ada kak sam dan AM saya yang rajin juga menelefon sesekali- bertanya khabar dan mengubat rindu (selain dari kena bebel- haks!). hakikatnya saya mungkin setuju dengan pepatah hujan emas- betapa ia benar-benar mengajar kita menghargai asal-usul dan berpijak di bumi sendiri.

oh, ya. selamat datang diucapkan kepada Nazri dan Irwan (yang dalam perjalanan sekarang ini)- dua rakan bloggers saya dari Miri dan Temerloh ke Pulau Pinang. sungguh saya tak sangka mereka menerima pelawaan saya untuk datang berlibur di sini. saya pasti anda akan mengalami pengalaman yang indah selama di sini.

jumpa lagi!

stabuxguy.

Monday, May 5, 2008

Selamat Datang Ke DIGI!

"selamat datang ke digi! nombor perhubungan terbaru saya ialah 014-6000 441."

"nombor perhubungan terbaru?".

ya! ramai yang merungut sebenarnya kerana agak mahal bila mahu menghubungi saya (di sini). oleh itu saya nekad ke digi dan mendaftar "nombor perhubungan terbaru" ini.

ringkas dan mudah untuk diingati.

khas buat anda (para pelanggan dan pembaca blog yang saya hormati)- saya war-warkan kepada anda (pada yang berminat ingin mendapatkan khidmat saya- (poster/banner/streamer), rekaan grafik, bina laman web, video editing (dialu-alukan!), atau sekadar berkongsi idea dan cerita (perihal) tempat-tempat menarik (pastikan benar-benar menarik ya!) di sekitar anda- travel/pelancongan. saya suka! *kash gemar berjalan situ sana sini.

melancong- ya, salah satu dari hobi saya.

ops! satu untuk makluman anda (wahai pembaca-pembaca) harap no ini tidak disalahguna. ini talian niaga saya. nadi antara saya dengan anda- sebarang gangguan atau sms yang tiada sangkut-paut dengan khidmat/perniagaan tidak akan dilayan.

jadi pastikan anda mempunyai tujuan sebelum menelefon atau sms ya.

#014-6000 441

"kash, minta createkan banner for my company event. logo, ya logo. mahu juga. bisa?".

"kash, you design call card tak? poster?".

noted!

hari-hari saya. minggu yang penuh kualiti saya kira. kian bisa bernafas dan mula menjenguk dunia. oh, apa khabar anda di sana? oooh.. macam itu rupanya.

now motor pun dah basuh sendiri. terpaksa la merajinkan diri. hehehe. hah, siapa yang belum kenal, inilah RD saya. pengakutan yang bisa buat saya mobile ke sana-ke mari. hampir dua bulan saya memiliki RD. merah, lasak. warna kegemaran saya. selain RD, saya kenalkan juga kepada anda, presario v3000, salah satu dari keluarga baru compaq- hitam dan dinamik.

dua persamaan 'orang kanan' saya ini, rekabentuk yang menarik dan moden (saya jatuh cinta dengan logo baru compaq dan rekabentuk si RD sebaik pertama kali menatap mereka).

RD dan presario benar-benar memudahkan hidup saya untuk berhubung dengan anda dan melakukan kerja-kerja grafik dan internet setiap hari. nadi yang menjadi keperluan (wajib) saya hari-hari.

jika hari pekerja (1 mei) saya habiskan masa dengan bersantai dan jalan-jalan bersama kak sam di pulau jerejak (klik untuk baca), semalam (sabtu) pula saya menemani anak-anak dr. juliana, pensyarah film & broadcasting di usm- iman dan danial pergi menonton wayang di queensbay mall. memang saya agak rapat dengan mereka lately, lebih-lebih lagi si danial yang agak nakal dan manja. petah bercakap, dan ada-ada sahaja kaletahnya.

habis saja sesi ke gym di waktu pagi, saya balik ke rumah- mandi dan makan tengahari. kebetulan asrul, housemate saya masak semalam. baik pula mood-nya hari ni. saham naik agaknya. hehehe.

lepas makan, kak sam saya datang jemput dan kami gerak pula ke rumah dr. juliana mengambil iman dan danial. seronok sekali saya melihat mereka. danial, macam biasa, tak henti-henti bercakap.

"uncle kash, lihatlah baju baru danial. mami beli kat indonesia!".

"nicee.. cantik!". puji saya.

"lihat jaket danial mami beli juga-". saya tersenyum. biasa la budak-budak. sesekali saya menegur iman. berbeza dengan danial, gadis sunti ini lebih banyak mendiamkan diri. iman hanya akan bertanya saya bila perlu sahaja.

"uncle kash, kita nak tengok cerita apa?". tanya danial tak sabar-sabar.

"iron man. kata nak tengok semalam kan?".

"hoorayyy!!". danial menjerit suka hati.

kami ambil tiket yang awal-awal dah ditempah di kaunter.

"4.10pm. ada masa lagi. jom lepak borders!".

budak-budak apa lagi. seronok sebab dapat lepak dan baca buku-buku kegemaran. saya pimpin danial sementara iman dengan kak sam saya.

sesekali bawak mereka ni keluar seronok juga. kebetulan dr. juliana juga dah saya anggap seperti sahabat saya di sini.

oh, pada anda yang mahu menonton iron man- pesan saya : pergi jika anda benar-benar fans dari watak-watak superhero komik sahaja!

pendapat saya? iron man okay. lain dari yang lain. lebih nyata dan bersifat realiti sebagaimana karakter batman.

jujurnya, saya bukanlah peminat komik, namun karakter-karakter dan filem seperti trilogi x-men, fantastic four, transformers adalah kegilaan saya. cerita kanak-kanak seperti narnia, wizards of oz juga membiarkan saya berfantasi. sementelah saya juga membesar dengan pinochio, cinderella, he-man, thundercats. (sekadar beberapa nama).

habis menonton, kami ke swensen's yang terletak di wing kanan bangunan mall. kebetulan saya memang terlalu lapar.

"sorry guys. i'm starving. mau makan steak!".

"kami nak ice-cream!".

"danial nak monster-cookies ngan mini burger ni."

hahaha! kecoh juga masing-masing nak order itu ini.

sudahnya, steak untuk saya, mini burger dan monster cookies untuk danial, choc-brownies untuk iman- "eh, you, makan apa?". saya pandang kak sam yang masih dok belek-belek menu lagi. *baca novel ke?

"hah, waffle- yap, waffle for me please."

habis makan, kami balik jam tujuh. saya drive hantar iman dan danial ke rumah mereka.

"you guys had fun?".

"yeahhh... terima kasih uncle kash!!".

mereka gembira, saya juga gembira. tak sangka saya ni penyayang juga rupanya. hahaha! mati la dah jadi uncle katanya...

stabuxguy

Thursday, May 1, 2008

Lambaian Jerejak

pulau jerejak. dari jauh sering menggamit saya. tatkala nyaman menikmati vanilla frap di borders, queensbay mall ataupun tiap kali melintasi coastal road, hati selalu tertanya. "apa yang menarik di pulau jerejak agaknya?".

kepingin ingin menjejakkan kaki, saya mereka rancangan.
hari pekerja- cuti. meskipun bangun agak lambat hari ni, (setelah penat bersuka-ria di sri idaman dan karaoke di gurney plaza malam tadi) saya masih bersemangat- tak sabar mahu jalan-jalan di pulau jerejak. dalam hati was-was juga. macam-macam versi yang saya dengar dan baca tentang sejarah dan cerita pulau rekreasi ini.

tak mahal sebenarnya untuk ke sini. jika hari biasa, anda hanya perlu membayar tambang sebanyak
RM12 seorang (bagi dewasa) sementara kanak-kanak pula sebanyak RM6. manakalan bagi hujung minggu pula, sebanyak RM30 dikenakan bagi dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak. menariknya, tambang ini adalah termasuk harga bagi set buffet tengahari di restoran santapan di pulau jerejak. berbaloi saya kira.

"dah sedia?". tanya
kak sam. saya angguk penuh ceria. kat penang ni hanya dia yang saya ada, dialah kakak, dialah semua- satu-satunya "kawan" dan "teman" yang paling rapat dengan saya. nasib baik juga dia sudi menemani saya.

sepatutnya kami ke
langkawi minggu ini, menghadiri wedding salah seorang rakan di sana, namun disebabkan beberapa faktor (yang tak dapat dielakkan), saya terpaksa membatalkan trip. ralat juga tidak dapat bertemu AM di sana.

"dah sampai langkawi?". saya menelefon
AM.

"dah. tiba flight pagi tadi. best sini. tengah tolong-tolong
setting table ni hah!". waahh.. happy je bunyi. takpe, takde rezeki. next time boleh pergi.

"jerejak pun pulau juga. boleh naik bot juga apa." kak sam melawak. cuba membuat saya
happy. saya geli-hati. ye tak ye juga.

risau mendapatkan bot? pihak jerejak resort & spa ada menyediakan perkhidmatan kerap bermula dari jam
7.30 pagi setiap hari sehingga jam 11.30 malam manakala bagi hujung minggu, perkhidmatan bot dilanjutkan sehingga ke jam 1.30 pagi.

kami tiba di jeti pulau jerejak hampir jam tiga petang. dekat je sebenarnya. tak sampai lima belas minit kalau naik dari jeti di pulau pinang. memang saya teruja sebaik menjejakkan kaki. tak putus dengan fon kamera di tangan. kak sam hanya senyum. kadang-kadang dia juga kena jadi jurugambar saya. maklumlah kami hanya berdua. *merasa jadi tukang tangkap gambar katanya.

memang suasana dan perasaan di sini agak berbeza berbanding dengan di pulau pinang. tenang dan relaks. sesuai bagi mereka yang ingin hilangkan stress kerja ataupun sekadar datang bersantai di hujung minggu.

sebaik memasuki ke lobi jerejak resort & spa, anda disambut dengan bunyi-bunyian dan lagu
bali. kak sam saya dah mula feeling-feeling kat bali.

apa yang menarik perhatian saya, terdapat beberapa buah kereta kancil di sini yang telah diubah suai, sesuai untuk kegunaan pengangkutan barangan dan beg di pulau ini.

comel dan cute bukan?

memang tak rugi bersantai di sini. terasa seperti berada di sebuah tempat yang asing dan tersendiri. kadang terfikir juga, anda berada di sebuah pulau peranginan, tapi di depan anda adalah sebuah lagi "pulau peranginan" lain. bezanya, jerejak umpama dara yang masih terpinggir dari pembangunan. tiada
KOMTAR di sini. hanya denai-denai yang dibuat khas bagi laluan basikal dan peminat trekking.

so apa tunggu lagi? pada yang berkira-kira ke pulau pinang nanti, pastikan anda menjengah ke mari ya!

stabuxguy