Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Monday, March 30, 2009

Edisi Wajah Baru : Earth Hour, Demam AF7, Outing Bersama Shasha Dan Suzana

Jangan panik atau terkejut. Ops! Anda sedang melayari ke alamat blog yang betul. Ya, setelah hampir dua tahun, Darimejastabux kini berwajah baru. Tak suka? Atau ada yang tergaru-garu kepala?

Kekal dengan deretan info dan senarai link-link yang sama, hanya permukaan laman yang bertukar. Kenapa? Terkena tiupan angin baru. Perubahan. Dah tiba masa barangkali.

Sesuai dengan tema Earth Hour malam Sabtu lalu, juga demam terkini Akademi Fantasia musim ketujuh, saya persembahkan buat anda, Darimejastabux versi 2 (jasa baik- sila tinggalkan vote dan komen anda di poll sebelah kanan ya- terima kasih!).

Sebut pasal Earth Hour, ada teman yang memberitahu tentangnya beberapa minggu lalu. Fikir saya (waktu itu), ianya adalah sebuah kempen penjimatan elektrik. Nyata sangkaan saya tersasar. Ia merupakan salah satu kempen menentang Kesan Pemanasan Dunia yang dianjurkan pertama kali oleh WWF di Sydney, Austalia bermula dua tahun lalu.

Apa saya buat malam Sabtu lalu?

Tiada perancangan sebenarnya. Seakan malas mahu ke mana-mana, saya mengajak Wardy datang untuk potluck di rumah aja. Kebetulan AM pun keluar. Ada party harijadi katanya.

Sementara menunggu mereka tiba, saya nyalakan beberapa batang lilin di dalam rumah (sebelum memadamkan suis elektrik utama). Gelap-gelita dan sunyi-sepi pula tiba-tiba. Untuk 'ambil angin', saya ke balkoni. Sempat juga menjenguk ke luar, eh dah hampir ke jam sembilan, kenapa takde sorang pun yang padamkan lampu?

Tak lama kemudian, Wardy muncul bersama Elly dan Khalil dengan membawa pizza.

"You tutup semua suis dan dok dalam gelap sampai panas-panas ni kenapa? Orang cuma tutup lampu aje lah!," masing-masing ketawakan saya. Duh, ye ke? Mati la silap info.

Hampir ke sembilan setengah, yeay dah boleh bukak lampu. Saya pantas capai remote dan menekan butang Astro.

"Menuju Puncak la apalagi... fuhhh... sib baik si Aril punya performance belum terlepas...".

Itu cerita malam Sabtu lalu. Terima kasih buat Wardy, Elly dan Khalil yang sudi bersama-sama saya malam minggu lalu ya.

Semalam saya keluar dengan Suzana dan Shasha.

Lama saya tak jumpa keduanya. Biarpun kerja satu bangunan, masing-masing sibuk dan terkekang dengan waktu berkerja.

Awal-awal saya dah bagitau Suzana untuk mengajaknya ke KL Design Week. Sebaik menghantar Irwan ke tempat kerja, saya ke KLCC. Awal lagi ni, baik ke gym dulu.

"Su, jam sebelas setengah ya. Jumpa hang di lobi Petronas bawah!".

"Okay cun. Leh aku siapkan kerja dulu kat atas ni...".

Habis gym, saya jumpa Suzana di lobi seperti yang dijanji. Kami ke Dewan Convention yang terletak bersebelahan KLCC.

"Maaf ya encik, kat sini cuma untuk conference. Kalau nak tengok pameran kena ke CapSquare atau di KL Tower." Terang sorang pegawai bertugas. Saya pandang Suzana. Duh, ni kes silap info lagi la nih. Pepenat jalan dari KLCC tadi.

"Takpe, kita lepak minum dulu. Makan lite-lite sebelum Sasha datang." Tukas saya sambil mengajak Suzana berhenti di cafe di tingkat bawah.

Sempat kami berbual dan bertukar-tukar cerita. Rasanya inilah kali pertama setelah beberapa minggu saya di sini, kami berkesempatan keluar berdua. Rindu pula waktu di Penang tiba-tiba.

"Eh, jom tengok wayang nak?".

"Citer apa?".

"Confessions of a Shopaholic." Teringat yang buku novel dibeli belum dibaca habis-habis.

"Hmm.. tak minat la. Hang pi aja tengok ngan Shasha," ujar Suzana sambil menyeringai. Duh, lupa pula si Suzana ni bukan kaki wayang.

Hampir ke satu setengah tengahari, Shasha sms.

"Dah tiba KLCC. You guys kat mana?".

Saya arah dia tunggu di Topshop. Tak sampai sepuluh minit, saya bertemu Shasha. Fuh, dah berubah dia sekarang. Makin langsing. Dari jauh dia menggamit saya. Berseri-seri. Kalah bakal pengantin baru Jez dan Zalina. Haha- tetiba.

"Sorry lambat sikit. Kami dari Dewan Convention tadi. Lama tunggu?".

"Taklah. Baru aja. Mana Suzana?".

Saya bawa Shasha berjumpa Suzana yang sedang ralit melihat pameran di kaunter F1.

Kami ke tingkat 2 foodcourt untuk makan tengahari. Dari pagi teringat nak singgah di Laksa Shack. Paling saya gemar di sini sudah tentulah la laksam Kelantan. Tapi uuh- sayang rasanya dah tak sama macam dulu-dulu. Sedikit cair kuahnya dan hmm... agak masam.

Dari makan tengahari, cepat-cepat saya ajak Shasha ke tingkat 3 untuk membeli tiket wayang.

"Korang beli tiket, nanti cari aku kat Kinokuniya atas ya." Suzana berlalu meninggalkan saya dan Shasa.

Sedang beratur, si Acai pula sms.

"I, Syai dan lagi dua orang kawan ke Pavillion tengok wayang. Nak join?". Saya beritahu Shasha. Hmm... ramai-ramai tengok wayang best jugak ni. Terus saya ajak mereka ke KLCC.

"Kami tengah beratur nak beli tiket wayang. Tengok kat sini aje."

"Ok, tambah lagi empat. Jumpa you all kat KLCC."

Saya kerling jam. Baru jam tiga petang. Ada lagi satu jam lebih. Pergi Kinokuniya atas dulu lah. Saya jumpa Suzana sekali lagi kat atas. Tak sampai lima belas minit, Acai dan kawan-kawan tiba.

"Lama tak jumpa. Eh, Kash you dah makin tembam lah!". Usik Acai. Masing-masing ketawa. Saya juga ketawa. Hahaha- joke yang saya dengar hari-hari. Alah bisa tegal biasa.

"Kami nak turun minum. You nak join?".

"Takpe, you guys turun dulu. I lepak tengok buku jap. Nanti I turun." Saya berkira-kira untuk menemani Suzana seketika.

"Cari buku apa? Oh, nice. Mahu beli? Wow- mahal juga!".

"Penting, aku minat. Sekarang kena buat perubahan. Banyak perancangan!". Ok, ok saya angguk. Kami ke kaunter untuk membayar.

"Ok la. Aku naik dulu nak habiskan kerja. Selamat join kawan-kawan dan tengok wayang!".

Saya pandang wajah Suzana yang kian menghilang di celah-celah deretan rak buku. Terfikir, apakah saya juga begitu sebaik menjadinya nanti? Hilang masa untuk bersuka-suka, tengok wayang, keluar sama teman-teman. Hmmm.

"Kami kat Starbucks bawah. Jumpa you kat sini k." Saya terima lagi sms dari Acai.

"Ok, jap lagi i sampai."

Lama juga tak jumpa Syai. Kalau Acai, ah saya baru aja jumpanya minggu lalu sewaktu di Pavillion makan malam. Cuma lagi dua temannya saya tidak kenal. Selain masih bergelar pelajar, tak banyak yang saya tahu tentang keduanya.

Confessions of a Shopaholic

Saya memberikan 4.5 bintang untuk filem ini.

Mempunyai sedikit elemen campuran antara Sex And The City dan Devil Wears Prada (mungkin disebabkan suasana Kota New York yang dijadikan latar utama cerita), keseronokkan dan senyuman sepanjang cerita, sebuah filem yang pasti menuntut saya untuk menontonnya bagi kali kedua.

"Saya pasti habiskan membawa novelnya malam ini juga!", getus saya teruja kepada Shasha sebaik keluar dari panggung.

Dari KLCC, saya ajak Shasha ke Pavillion pula untuk makan malam bersama Irwan. Duh, sedar tak sedar, sepanjang hari saya keluar nampaknya.

Kami memandu berasingan kereta.

"I nak balik terus nanti. Senang." Saya angguk setuju.

Shasha tiba dulu, memang saya pemandu yang 'hati-hati'- kami ke Tenpayaki (mana lagi... hihihi) yang terletak di Food Republic di tingkat bawah. Kalau minggu lalu saya bawa Acai, hah minggu ini giliran Shasa pula. Mungkin lepas ni kena tunggu nak ajak Aritha, Ikzal ke... or Jez Zalina pula...

Hari yang agak memenatkan, namun seronok. Berkali-kali saya katakan pada diri sendiri, maybe Kuala Lumpur is all about survivor, cara bagaimana manusia terpaksa melalui stress untuk hidup- kawan-kawan, kejar sana-sini but at the end, kita happy. Tambah gembira sebab ada si polan-si polan dan orang yang membahagiakan di sisi.

Di tempat lain, mungkin sebuah kehidupan yang aman, tenang, tidak menuntut kita untuk membayar tol dan mana-mana tiket parking, namun kesudahannya, sebaik saya menguak pintu bilik di apartment, masih juga terasa sepi dan sendiri.

Setahun saya bertanya,"adakah ini yang saya cari?".

Namun setahun itulah lah juga masa yang saya ada untuk memperbaiki diri. Jujurnya, saya tidak suka memilih. Tapi saya tahu, kehidupan ini panjang dan perlukan pengisian.

Saya harap, tiada hati yang akan terkorban. Laluilah, hidup ini indah bukan?

Stabuxguy

Thursday, March 26, 2009

Kash Dan Hari Cabut Gigi

Minggu yang sedikit menyakitkan (Err, saya maksudkan benar-benar sakit). Drama tu taklah, cuma menahan sakit gigi yang tak baik-baik dan akhirnya dengan segala kekuatan yang ada, saya beranikan juga ke klinik gigi di Putrajaya untuk membuat pemeriksaan kali kedua (atas nasihat doktor dari klinik gigi swasta).

"Gigi kamu perlu perhatian pakar. Ada kemungkinan perlu dibuat sedikit pembedahan di bahagian gusi."

Gulp! Pembedahan?

Tergamam namun saya cuba rasional. Tarik nafas dalam-dalam. Saya pasti saya seratus-peratus sihat (Ya, tolak disyak terkena denggi dan demam teruk tahun lalu) dan tidak pernah terfikir untuk melakukan apatah melalui satu pembedahan (tidak kira sekecil mana pun). Oh, saya memang seorang yang takutkan jarum, pisau dan benda-benda yang seumpanya!

25 Mac 2009

Sebaik mendapat pemeriksaan lanjutan di klinik gigi di Putrajaya, saya dirujuk ke Hospital Pakar Putrajaya untuk pemeriksaan lanjut.

Keterangan yang sama saya dengar buat kali yang kedua. Tidak boleh tidak, saya terpaksa juga melalui pembedahan bagi mengeluarkan dua batang gigi bongsu yang tertanam (kiri dan kanan gusi).

Melihat-lihat x-ray yang ditunjukkan doktor di skrin, hanya dua pilihan yang saya ada, dibuat secara sedar (diberi ubat bius dan ditutupkan mata) atau melalui proses yang dipanggil GA (General Anaesthesia).

Untuk proses kedua (GA) ini, ianya akan dilakukan oleh sekumpulan doktor dan kakitangan terlatih, di mana pesakit akan dipastikan tidur akan dan betul-betul tidak sedarkan diri sepanjang operasi (tanpa rasa sakit). Satu tiub pernafsan akan disalurkan bagi membolehkan pesakit bernafas melaluinya sepanjang proses dijalankan.

Saya terdiam sejenak sebaik doktor membiar saya membuat keputusan. Saya pandang ruang keliling di klinik gigi. Tiada jawapan. Seandainya saya boleh mengatakan tidak untuk kedua-duanya.

Pertama, ngeri. Kedua, tidak sedarkan diri? Wah, itu lebih ngeri.

"Takpe. Kita cabut dulu gigi atas awak tu sementara awak boleh berfikir kemudian." Doktor nampak lebih relaks.

"Hah, kena cabut hari ni jugak ke doktor?".

"Ya, gigi atas awak dah rosak teruk. Kena cabut sekarang juga. Lagi dua tu awak fikir kemudian," ujar doktor sambil tersenyum. Wah, doktor ni benar-benar relaks nampaknya. Tanpa berlengah, dia bersedia untuk melaksanakan kerja-kerjanya. Saya hanya pejamkan mata rapat-rapat.

Bayangkan berada di sebuah kawasan lapang yang indah. Saya berlari sekuat-kuatnya. Tanpa sempadan, tanpa halangan. Oh, ada awan yang jernih di hujung sana. Ada bunga yang memancar-mancar. Err, bunga? Memancar-mancar? Ok, lihat, ini imaginasi saya. Terpulang pada saya, benar?

Saya berlari mendapatkannnya. Mata saya masih terkatup rapat. Berlari dan terus berlari.

"Ok, Encik Kash. Dah siap. Mahu tengok gigi anda sekarang?".

"Erk!".

Stabuxguy

Saturday, March 21, 2009

Demam Si RD & Musim Cuti Saya

"RD demam- tak leh gerak!". Dah berapa kali saya cuba hidupkan enjinnya. Alamak baru je balik dari Perhentian RD dah buat hal. Kasihan pula tengok si RD kali ni. Dari Penang saya bawa dia turun jauh ke Kuala Lumpur. Takkan home-sick plak kot kan.

Awal-awalnya tu ingatkan nak jual je si RD ni, tapi cam tak sampai hati plak. Hari terakhir di Penang, saya bawa RD ronda-ronda keliling kawasan Queensbay dan Bayan Baru. Ada satu perasaan sayu kat situ. Ibarat mencabut kuntum bunga, saya berkira-kira sendiri. Dah banyak jasa RD, ulang-alik sana-sini, saya bulat untuk memiliki RD. Kalaulah RD manusia, pasti dia gembira dengan keputusan saya.

"Boleh juga bawah jalan-jalan ke bandar nanti...", ujar saya pada diri sendiri.

Lalu RD saya hantar bersama barang-barang lain (katil, almari, tilam) dengan lori.

Terima kasih buat MB yang banyak menolong. Bebaik ya RD, jumpa di KL nanti...

Hampir beberapa minggu RD bersama saya di sini, tiba-tiba dia jatuh sakit lak. Kurang tenaga (sama cam tuannya), saya bawa RD ke kedai motor berhampiran.

"Bisa baiki ya tauke? Apa rosak?".

"Aiyaa enjin tarak boleh start itu bateri kena kasi tukar la...". Ooo... saya angguk sebaik tauke memberitahu.

"Ok, tapi servis sekali la tauke. Sudah lebih dua ribu ooo...". Teringat yang sejak beli awal tahun lalu baru sekali saya menghantar RD ke pusat servis. Masuk April ni genap setahun umur RD.

"Kena tukar minyak hitam sekali, tengok, sudah manyak hitam woo...", tauke menunjukkan saya minyak yang keluar dari tangki bawah.

"Eh, minyak hitam mestilah hitam tauke, takkan kaler dia putih pulak."

Agak-agak anda macam mana rupa tauke tu bila saya berkata demikian?

Sementara menunggukan RD dibaiki dan servis, saya ke PJ untuk makan tengahari (makan pagi sebenarnya, saya belum sarapan lagi).

"Kash cuba tengok di Seksyen 14, ada ternampak iklan cari designer hari tu...", teringat yang ada teman memberitahu beberapa hari lalu.

Saya masuk ke Papa Rich Cafe. Kali kedua sebenarnya makan di sini. Mencuba buat pertama kali di cawangan di Bandar Permaisuri, sedikit mahal namun berbaloi. Lebih variasi berbanding Oldtown. Paling saya suka "Milo 'O' Dinasour"-nya (mesti cuba!).

Habis makan dan pusing-pusing kawasan sekitar, sedikit hampa (kerana gagal menjejak iklan kerja)- "Sudah habis barangkali," sms teman saya sebaik diberitahu.

Kembali ke kedai motor, "Macam mana RD? Sudah ok?". Saya test pusing-pusing kawasan blok kedai Salak Selatan.

"Ok la... dah smooth sikit bawak...". Bayar duit kat tauke- upah servis dan tukar bateri (melayang RM200) dan terus balik.

"Pas ni jangan wat hal lagi tau... not until ceq dah dapat kerja." Saya belai RD.

Plan-plan juga cari rumah. Dah ada yang sesuai sebenarnya. Cuma tunggu kena confirm ngan agen dan tuan rumah je. Takde aral saya akan pindah dalam masa terdekat ni juga. Lagi senang dah ada tempat sendiri. More privacy. Pening tengok barang-barang, mana nak letak. Paling tidak pun by end of month.

"Kash, i need your help. About the Nanny's packaging. Nak kena finalize for printing." Wardy sms. Kami jumpa tempat biasa. Mana lagi kalau bukan di KLCC. Senang, habis jumpa, meeting, discuss itu ini boleh jalan-jalan, gym, tengok movie.

Yess! Dapat duit freelance ni terus pindah.. huhuhu.....

Nak tengok final front cover kotak yang direka? Hahaha, boleh tapi sekerat je. Copyright katanya. Akan saya paparkan semuanya bila dah masuk pasaran runcit di Malaysia wokey!

Sebut pasal SULIT ni, teringat Akademi Fantasia. Kecuali Aril, jangan tanya saya apa-apa perkembangan berkaitan. Jujurnya, saya tidak menonton sama-sekali diari mahupun konsert edisi kali ini. Entah mengapa, sudah bosan mungkin? Atau masa banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti di KL serta juga melayari Facebook. Sesuatu yang menarik sebenarnya tentang Facebook- anda bisa memperolehi rakan-rakan baru setiap hari!!

Seronok lagi bila kita bisa memilih dengan siapa kita mahu berkawan, menolak permintaan untuk berkawan (mereka yang kita tidak suka) dan lain-lain aplikasi.

Biasanya saya hanya jadikan Facebook sebagai medium perantara- tempat saya dan teman-teman di KL, Penang mahupun di luar negara bertukar-tukar cerita, kehidupan (selain menukar status semasa).

Pesanan buat anda yang mahu menjadikan saya sebagai teman, "ADD" hanya jika anda rasakan benar-benar mahu berkawan dan punya cerita untuk dikongsi sahaja!

Esok adalah hari yang mencabar. Penentu hidup dan mati. Hehehe... takde la. Saja bikin suspen. Esok saya akan ke klinik gigi. Setelah seminggu menahan sakit, atas nasihat doktor dan juga teman-teman, akhirnya saya akur dengan saranan untuk membuat surgery.

"Sakitt... tapi kejap je. Lepas ni tak sakit lagi dah," motivasi Elly, sewaktu makan malam di Kunang-Kunang dua hari lalu. Saya pandang bubur di mangkuk. Ye tak ya jugak. Takkan selama-lamanya saya nak makan bubur. Huhuhu.

Kawan-kawan,

Terima kasih pada yang membantu. Yang beri saya semangat untuk teruskan kembali kehidupan di Kuala Lumpur. Buat si polan, si polan juga (yang namanya tidak perlu saya sebutkan di sini), terima kasih, terima kasih.

Indahnya 'bercuti' - ada buku P.S. I Love You dan Confessions of a Shopaholic untuk saya habiskan. Juga The Alchemist (Paulo Coelho). Juga dua novel Stephen Meyer (Twilight dan New Moon) yang belum habis-habis.

Stabuxguy.

Monday, March 16, 2009

Diari Orang Sakit Gigi

Sakit gigi. Terasa hati seperti tergigit-gigit. Saya hanya bungkam di sofa.

Kata cik doktor, "Gigi bongsu anda sudah mahu tumbuh. Ada geraham yang menyekat. Now sudah jadi lubang. Kena surgery. Sabtu depan free?". Erk, surgery? Terbayang pisau dan alatan medik buat saya ngeri.

Pernah mengalami? Ada teman mengusik. "Gigi tu ingat you muda lagi kut..". Saya teragak-agak untuk ketawa.

Dari minggu lalu sebenarnya saya menahan sakit. Bermula dengan mengambil emping sarapan bersalut almond, sakit gigi saya bertambah-tambah. Duh, sekian lama saya mengelak dari memakan kacang (dan suku-sakatnya) sebenarnya- inilah akibatnya (pada yang menganggap saya demand sebab takut jerawat, sila buang jauh-jauh persepsi anda itu sekarang).

Dari hanya duduk-duduk di rumah, saya cuba-cuba ke gym untuk hilangkan rasa sakit (yang saya fikir biasa-biasa sahaja), hasilnya- amat-amatlah tidak membantu. Malah mood saya untuk bersenam 100% tersasar. Beberapa kali saya harus mengawal perasaan.

Habis sahaja gym, saya ajak Wardy ke Pavillion tengok wayang. KLCC terlalu ramai orang. Bisa buat saya pening.

"Kamu okay?". Tanya Wardy berkali-kali. Saya angguk. "Ok!".

Pavillion lebih besar. Juga ada Times, kedai buku yang kini menjadi tempat bersantai kegemaran saya jika berkunjung kemari.

Mahu cari saya di sini? Nah, langsung ke belakang sahaja di sudut fotografi mahupun computer & IT.

"Masih mahu menonton wayang?", soal Wardy.

"Jom! Apa cerita menarik?". Kami melihat-lihat senarai filem yang tertera di skrin GSC.

"Dragonball Evolution?", saran saya. Antara koleksi komik yang saya baca dan kumpul sedari zaman sekolah.

Dragonball Evolution

Jujurnya, anda hampa jika terlalu membandingkan siri komik dengan versi filemnya. Terlalu ringkas dan semuanya seperti mahu disumbat-sumbat dalam satu durasi.

Nasihat saya, tonton dengan hati yang terbuka.

p/s : lebih puas menonton Streetfighter : The Legend of Chun-Li di pawagam...

Beberapa hari lalu saya ter-YM dengan Ted. Bukan... bukan Ted Baker ya Rep... ni Ted lain. Teman saya juga, oh dan dia pandai membuat kad dekorasi. Cantik-cantik kadnya. Tak percaya? Sila klik laman ini. Terima kasih!!

*Ted, anda harus memberi saya sedikit saguhati nanti-

Ok, balik kepada pernyataan tadi. Kami ter-YM minggu lalu. Dia menjemput saya ke parti harijadi teman istimewanya. Saya kata ok. Boleh sahaja kalau diizinkan dan punya waktu yang lapang. Ted kedengaran gembira. Lama tak bersua-muka, ada cerita lain juga yang kami kongsi sebenarnya. Cerita kita-kita. Hahaha!

Untuk beberapa saat saya tergamam.

"Kamu benar ya Ted...", hanya itu ungkapan yang terkeluar dari bibir saya. Dalam hati senyum juga. Ted.. Ted... tak sangka saya. Itu rahsia. Janji saya pada dirinya.

Ted yang saya kenal setinggi Amy Mastura, buat saya geleng seratus lapan puluh darjah!

Habis tentang Ted.

Minggu pertama saya di Kuala Lumpur, Ikzal, teman yang saya kenal sewaktu di majlis berbuka puasa tahun lalu menghantar sms.

"Kash mahu join kami? Gathering bebudak UTP kat Bora Ombak malam nanti-".

Oh, terharu sebaik membaca. Ikzal yang saya temui kali kedua di rumah AM pada makan-makan Aidilfitri lalu sudi menjemput saya.

"Ada Izzu, Sasha, Edward, Zalina.....". Ikzal menyebut beberapa nama (antara yang saya kenal).

Rugi-rugi. Betapa saya mahu pergi, tapi dek kekangan yang tak dapat dielakkan, terpaksa saya batalkan hasrat.

"It's ok dear, next time kami buat you leh join lagi ya!". Saya senyum.

Paling seronok sebaik menonton mini-klip yang dimuatnaik keesokkannya di Facebook. Nak ketawa pun ada melihat gelagat Ikzal-Jez mengiringi Izzu menyanyi.

*Klik di sini untuk tonton klip. :)

Apa yang boleh saya katakan, Izzu punya suara yang bagus!

"Kash, macam mana dengan projek Nanny you? Bila keluar produk?".

Oh, pertamanya- bukan projek saya. Hanya jadi tukang design-nya sahaja. Nanny adalah projek adik-beradik milik Wardy dan Surya. Saya sekadar membantu mereka menyiapkan rekaan kotak dan logonya sahaja. Bakal melancarkan produk sabun susu kambing dengan label Nanny tidak berapa lama lagi, saya antara yang teruja. Masakan tidak, melihat produk yang direka berada di rak-rak di pasaraya, hati siapa yang tidak gembira.

Sebagai permulaan, Nanny bakal menyertai Putra Niaga@Bazar bertempat di Dataran Putra, UPM setiap hari bermula minggu hadapan.

"Kash, jangan lupa posternya. Jumpa you di The Apartment, KLCC jam 1.30 petang esok ya!". Berkali-kali Surya dan Wardy ingatkan saya.

"Dear, I kat KL hujung minggu nanti. Boleh jumpa kalau free." Terkocoh-kocoh, saya terima sms dari Acai pula. Teringat yang saya belum lagi memberi Acai gambar-gambar perkahwinan Ayu, adiknya pada November lalu.

Kami bertemu di Tenpayaki, Pavillion untuk makan malam.

Melihat Acai, saya sukakan gaya rambut terbaru beliau, disimpan sedikit panjang (namun kemas) di bahagian belakang. Acai kelihatan lebih matang.

"Ya, Acai saya kelihatan sedikit (bertambah) 'lebar'. Saya faham maksud anda-", ujar saya sambil menyeringai apabila dia mengusik keadaan fizikal saya. Lama tak berjumpa buat dia terkejut melihat saya barangkali.

Itu hakikat yang kena saya terima sejak kembali ke sini (buat masa ni). Bukan Acai sahaja, malah ramai yang menegur, AM lebih-lebih lagi. Saya cuba positif, biarpun terkadang serasa mahu kembali ke Pulau Pinang, tiada yang peduli tentang penampilan, mahupun berat badan.

Teringat ada seorang teman yang ditegur rakan-rakan kerana memakai baju yang berulang-ulang (dalam minggu yang sama). Duh, susah juga ya hidup untuk impress semua orang ni.

"It's all about being superficial la dear...". Saya pegang komen seorang yang rapat bila kami berbual tentang kehidupan di Kuala Lumpur.

"Gigi Kash. Masih sakit lagi?".

Itulah. Menulis membuat saya terlupa pada kesakitan.

"Kamu harus datang untuk surgery nanti. Ubat ini hanya mampu bertahan untuk beberapa hari sahaja." Sekali lagi saya tersandar ke sofa. Kata-kata cik doktor kembali terngiang-ngiang di telinga.

Saya kerling kotak tv. Oh-oh rancangan *Akademi Fantasia (konsert ulangan) sudah bermula. Maaf, kena sambung tulisan lain kali nampaknya.

*saya terlepas konsert livenya malam Sabtu lalu.

Jangan lupa Afundi Aril ya! Opss*

Jumpa lagi-

Stabuxguy.

Thursday, March 12, 2009

Catatan Hari-Hari Terakhir Bahagian 3 (Akhir)

Kembali dari Perlis, awal-awal Dr. Intan (mesra saya panggil Kak Intan) menghantar sms, "Kash free Selasa? Boleh datang tea kat ofis?".

Laju saya menekan-nekan kekunci huruf di telefon bimbit, "Ya! Ya!". Masakan saya mahu terlepas pelawaan Kak Intan.

Dah lama tak jumpa Kak Intan sebenarnya. Ada juga sesekali terserempak beliau dan keluarga di Pasar Malam Tun Sa'dun, sekadar bertegur-sapa sebelum masing-masing sibuk membeli juadah makan malam.

Selasa, 3 Mac 2009

Saya dan MB tiba tepat di pintu pejabat Kak Intan kira-kira jam 5 petang.

"Mana Kak Ida? Ingat dah sampai...". Saya menyoal Kak Intan. Jujurnya, hingga ke saat ini, saya masih mencuba untuk tidak terkeliru nama keduanya.

Caranya?

Kak Intan = saya bayangkan Mamachupan. Juga wajah-wajah Arif, Iman dan Ehsan.

Kak Ida = Saya bayangkan Abang Hensem @ AH. Atau? Blueberry Cheesecake yang awesome!!

"On the way... tengah dok bake cake lagi katanya...". Wah, ada cake lagi ke. Mesti special nih.

Saya berbual-bual sementara menantikan Kak Ida dengan keknya.

"Jemput makan, Kash. Jangan malu-malu. Hah, roti sandwich nih buat sendiri. Letak je semua dalam tu baru sedapp!".

Hmmmm... memang sedappp! Kena pula dengan roti adunan istimewa yang dibuat oleh Mr. Baker (suami Kak Intan). Masuk kali ni dah entah kali ke berapa saya berpeluang merasa roti buatan Mr. Baker. Sedappp dan terasa benar-benar dibuat dengan penuh kasih-sayang.

Sambil makan, saya sempat mengusik-ngusik ikan di dalam balang di ofis Kak Intan. Comel!

Setengah jam kemudian barulah Kak Ida tiba. Kasihan dia, termengah-mengah menaiki tangga.

"Sorry semua, terlambat dok tunggu kek masak ni hah," ujarnya seraya membuka tupperware. MB dan Kak Intan bangun membantu Kak Ida mengeluarkan makanan.

"It's ok la kak. Dah datang ni pun dah cukup baik." Ujar saya sambil mula menjeling kek. Tengok-tengok juga, mana la tau ada blueberry cheesecake ke... hehehe...

"Separuh untuk you all, separuh lagi kena bawak balik untuk AH!". Hahaha! Bagus Kak Ida ni. Saya suka dia. Apa-apa dia buat selalu ingat AH, suami kesayangan kat rumah.

Hampir ke lewat petang kami berkumpul dan berbual (sambil makan-makan tentunya!). Kadang riuh, kadang berselang dengan sesi mendengar dan meluah masalah, kebanyakkan topik petang tu berkisar tentang kami- dari perihal anak-anak Kak Intan, rumah baru Kak Ida, perpindahan saya ke Kuala Lumpur, MB dan hal-hal kat ofis.

Dalam hati, terasa sedih juga mahu meninggalkan semua-semua nih. Kehidupan di dunia akademik yang tak pernah saya terfikir akan saya tempuh sepanjang setahun di sini, mengenali mereka-mereka yang berjiwa hebat seperti mereka bertiga- Kak Intan, Kak Ida dan MB (yang begitu banyak membantu) serta mereka-mereka yang lain sememangnya sesuatu yang amat-amat berharga yang sukar ditukar nilainya dengan wang ringgit.

"Esok kalau Kash free, datang la singgah di rumah akak pula. Boleh tengok-tengok rumah." Pelawa Kak Ida.

Jika beberapa minggu lalu, saya terlepas untuk menjenguk ke rumah barunya (silap saya- ayark, sorry ye kak!), ajakan Kak Ida kali ini ibarat disorongkan bantal.

"Ni ada hadiah for you. Bukalah!". Hulur Kak Ida. Duh, apa pula ni. Susah-susah je. Saya buka kertas pembalutnya- oh, bekas cd rupanya!

Terima kasih!

"Okay set! Petang sok Kash singgah ngan MB!". Ujar saya dengan penuh senyum.

"Psstt..!! Jangan lupa aktiviti karaoke malam ini-", bisik MB. Oh, hampir terlupa saya.

"Dah call Dr. Ju? Fariz jadi ikut?". Teringat si Fariz yang sempoi dan selamba sewaktu makan-makan harijadi saya yang lalu di rumah MB.

Rabu, 4 Mac 2009

Teruja sebaik melihat kelibat Kak Ida dan AH membuka pintu, saya benar-benar tak sabar untuk melihat ke rumah mereka yang baru sahaja siap direnovasi ini.

"Cantik..", itu adalah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya sebaik melangkahkan kaki. Kak Ida senyum.

"Terima kasih...".

Berkonsepkan modern living, serba-serbinya dari ruang tamu, hinggalah ke bilik air dibuat dengan kemas dan teratur. Paling penting dekorasinya banyak dibuat bagi memudahkan pergerakan keduanya. Saya suka!

Duduk berbual-bual dengan Kak Ida dan AH, banyak juga cerita yang kami kongsi. Mendengar AH berceloteh, jujurnya, saya suka melihat gelagat keduanya, usik-mengusik, mereka kelihatan gembira dan begitu manis bersama.

Dalam dok bergelak-ketawa, AH sempat juga mengajar dan memberikan saya beberapa tips dan ilmu fotografi. Hampir tak berkedip saya mendengar setiap penerangannya. Begitu terperinci.

Sayang kami harus meminta diri. Saya melihat jam. Hampir ke enam setengah petang. Sudah berjanji dengan Dr. Ju dan keluarga pula untuk ke pasar malam dan dinner di rumahnya pula. Tak sabar berjumpa Danial dan Iman, kami bersiap-siap untuk beredar.

Alangkah bagusnya jika saya masih punya banyak waktu.

Rumah Dr. Ju agak tidak jauh, namun kami langsung ke USM sebelum keluar ke Minden untuk ke tapak pasar malam berhampiran.

Nasib saya agak baik hari itu, kelihatan Kak intan dan keluarga juga baru tiba. Dapat juga saya bertemu Mr. Baker dan anak-anak buat kali terakhir, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.

Dari jauh lagi, Mr. Baker tersenyum melihat saya. Sempat juga saya menegur Arif, Iman dan Ehsan yang agak malu-malu, maklumlah jarang benar kami bertemu-muka.

Dari pasar malam, saya dan MB dinner sekali lagi di rumah Dr. Ju. Hmmm... kalau dah beli di pasar malam tu, tak sah kalau tak penuh satu meja. Merasa nak kena habis semua. Dari martabak, nasi kerabu, otak-otak, sate, semuanya ada. Kalah makan berbuka di bulan puasa.

Makan-makan, borak-borak, sempat juga memberikan Danial dan Iman hadiah. Sekadar tanda ingatan kenang-kenangan. Saya lihat Danial gembira. Iman juga.

"Terima kasih, Uncle Kash!", ujar keduanya serentak.

Mengucapkan selamat malam kepada Danial dan Iman sebelum mereka masuk tidur, untuk kesekian kali saya merasa sebak.

Esok hari adalah terakhir saya di Pulau Pinang. Penerbangan ke Kota Bharu, bertemu keluarga di Tanah Merah, seterusnya menyertai AM dan kawan-kawan ke Pulau Perhentian sebelum kembali ke Kuala Lumpur.

Hidup baru, hari baru. Yang pasti, sebuah lagi perjalanan kini bermula. Yang panjang dan penuh selekoh yang tidak ketahuan. Moga ada harapan di setiap persimpangan. Moga juga perjalanan saya tidak begitu diperpayahkan.

Kuala Lumpur, bukalah pintu. Kuala Lumpur, cekalkanlah hatiku.

Stabuxguy.

Thursday, March 5, 2009

Perlis : Memori Terakhir

Dari Rumah Dr. Ju, kami bertolak ke Perlis. Jam hampir menunjukkan ke pukul lapan malam. Kasihan Tok Su, pasti dia resah menunggu kedatangan kami.

MB tanya saya, "larat memandu?". Saya cuma tersengih. Masih terasa terawang-awang lagi ni hah. Teringat yang lesen memandu saya bakal tamat tempoh keesokkannya. Mati la belum renew.

Perlis

Kami tiba hampir jam dua belas tengah malam. Melihat Tok Su yang sudah tersengguk-sengguk, namun masih ceria menyambut kedatangan kami. Ada perasaan lega di matanya.

"Ngah, Wan tutup pagar ya nanti, Tok Su dah nak tidur." Pesan Tok Su sebaik habis berborak. Kami angguk. Masing-masing pandang muka.

"Okay, i pun nak masuk tidur dulu. Soo- ngantukk!", ujar saya akhirnya. Laju tukar baju, badan terus melayang sebaik rebah ke tilam.

Pagi Isnin.

Awal-awal pagi lagi MB kejutkan saya. "Jommm- kita nak pi beli nasi lemak comel!".

Kata MB, KN dan Sam akan datang tengahari nanti.

"You nak masak apa hari ni?", soal saya sebaik mula perjalanan.

"You nak makan apa?". Hahaha mati la soalan kesukaan katanya. Hmmm nak makan apa ya??

"Ketam masak lemak!".

"Lagi?".

"Itu je so far. Lain-lain you buat aje la. I'm fine."

"Okay, nanti kita cari di Sungai Baharu."

Destinasi pertama kami ialah gerai nasi lemak comel, terletak dalam perjalanan ke Kuala Perlis. Memang sedap nasi lemaknya, wangi (mungkin kerana dimasak secara tradisi- dibalut dengan daun pisang bagai).

Seterusnya, kami ke Pasar Besar Kangar pula. Satu pasar kami pusing dok cari pak cik ketam tapi tak jumpa-jumpa.

"Bukan musim bulan mengambang, so payah nak jumpa." Saya diam mendengar MB berteori. Tak tahu pula saya nak beli ketam pun ada 'musim-musim' dia.

Di pasar, kami beli kuih-muih pula. Macam-macam ada. Paling saya suka ada satu kuih ni nama dia Qasidah. Mungkin ada yang tahu dan pernah dengar. Agak manis tapi sedap rasanya. Sama macam di Kelantan, kuih-muih di sini semuanya sedap-sedap dan tak rugi jika dibeli banyak-banyak. Tapi jangan tamak. Tips saya, beli je semua tapi campur-campur lah. Ambil satu-satu jenis. Alasan? Boleh rasa semua. Hahaha.

Satu makanan yang tak boleh saya terlepas beli jika ke sini ialah 'nasi ganja'. Teringat waktu belajar di Beseri dulu, kalau outing ke Kangar, senior-senior pasti menyuruh kami membeli nasi ganja. Kira amat popular lah waktu itu. Tapi sekarang namanya dah ditukar ke nasi kandar. Sama juga seperti nasi kandar biasa, tapi rasanya lebih enak dan boleh buat kita ketagih untuk membeli dan merasainya lagi sekali. Mungkin sebab tu la ia dinamakan 'nasi ganja'.

Seperti biasa, Tok Su menggeleng kepala sebaik kami tiba di rumah. Kiri-kanan, dua-dua, saya dan MB, penuh dengan makakan. Hahaha- mati la siapa nak habiskan.

"Takpe, nanti KN dan Sam tiba, mereka boleh habiskan!", seloroh MB.

Aktiviti hari ini?

"Mahu cuba ke Gua Kelam lagi sekali? I nak naik tren!". Dari hari tu tak dapat-dapat nak naik. Geram bila asyik terlepas peluang. Antara tarikan terbaru di Gua Kelam. Dinamakan Gua Kelam 2, perkhidmatan tren (merentas gua) ini beroperasi dari hari Selasa hingga Ahad sahaja.

"Ok, and you know what? Ada orang nak ke Padang Besar." Serentak, kami dua-dua memandang Tok Su.

"Yes, yes- pulut ayam!". Saya hampir terjerit.

"Argh, you pun??".

"Lastt- pas ni dah susah nak mai lagi. Hehehe...".

So aktiviti kami (seperti yang dirancang) hari ini ialah, naik tren di Gua Kelam dan makan Pulut Ayam (makan lagi??) di Padang Besar.

Tapi...

Jeng.. jeng.. jenggg...

Sama cam hari tu gak, takde satu manusia pun kat Gua Kelam sebaik kami tiba. Baru perasan kat pintu masuk tu dah ada tulis "Operasi Tren di Gua Kelam 2 ditutup pada hari Isnin" sebesar-sebesar alam. Ah, hampa lagi.

Takpe, destinasi seterusnya, Padang Besar!

Saya dah terbayang-bayang kemungkinan untuk shopping t-shirt sikit, hmm.. maybe short ke... boleh pakai waktu ke Perhentian nanti.

Guess what?? Sampai-sampai ke Padang Besar, gerai pulut ayam tu pun tutup. Duh, kempunan lagi nampaknya. Memang depa ni cuti sakan agaknya. Yelah, semalam kan hujung minggu.

"Takpa", kata Tok Su. " Kita pi makan kat gerai hari tu. Kuew Teow dia pun cung!".

"Nak shop-shop dulu ke or makan terus?", tanya saya pada MB.

"Shop dulu lah. You nak cari t-shirt kan?". Saya angguk. Ya! Ya! Kecewa sebab dua perkara tak dapat buat hari ni.

Masuk dari kedai ke kedai, dapat dua helai t-shirt transformers, kuning ngan merah, satu baik, satu jahat. Tak puas hati lagi ni. I want more. Hehehe...

Ternampak plak satu topi koboi yang ada design army.

"Ni askar melayu ko tentera siye??", soal saya selamba dalam loghat Kelantan.

"Hok tu askar siye be, ambik hok ni, askar malaysia." Positif. Boleh 'berbahasa ibunda' juga rupanya. I like.

"Ok, kawe ambik so. Berapo?".

"Sepuluh riya jah."

Hahaha- mati la yang tak faham pi lekas tanya sesapa member dari Kelantan ya!

Dah tawaf satu pusingan kat bahagian bawah tu, saya ajak Tok Su dan MB ke gerai favourite kami di bahagian luar. Gerai kepunyaan warga siam dari Patani ni memang sedap masakan dia. Order aje apa sahaja, dari sup tulang ke kuew teow, semua sedap. Nah apa lagi, pulut durian pun ada, som tam. Peww!

Apa kami order?

Sup tulang (yang awesome) dengan nasi (separuh je tau!) bersama som tam (betik) dan telur dadar. MB pula 'sup peruk' (that's how they pronounce) sama nasi (penuh satu pinggan ops!) sementara Tok Su pula hanya kuew teow sup sahaja.

Tok Su paling berselera. Gembira tengok Tok Su happy camtu. Bukan selalu kami dapat balik ke Perlis.

"You, wait jap. I nak masuk balik cari few more t-shirts."

Tak puas hati lagi. Kat bahagian atas belum naik. Takpe, itu je cara saya lepaskan geram hari ni. Tak dapat naik tren katanya. Pulut ayam lagi. Tak dapat Zara, Padang Besar pun jadi la.

Balik rumah, hantar Tok Su, duduk tak sampai setengah jam (sempat makan goreng pisang) kami keluar lagi sekali ke Sungai Baharu. Kali ni, misi mencari pak cik ketam pula. Nasib baik jumpa. Elok-elok je ada satu gerai masih buka. Kat sini anda boleh dapat pelbagai hasil laut yang segar-segar. Tapi kena datang awal. Ada yang buka di waktu pagi, tetapi kebanyakkannya mula berniaga di sebelah petang.

"Laksa, tak nak beli?". Saya cuba ingatkan MB.

"KN dan Sam dah tiba. I dah suruh mereka beli tadi kat Changlun."

Malam yang agak happening. Buat pertama kali Sam membantu KN dan MB memasak di dapur. Saya? Mati la jadik tukang rasa dan pak cik amik gambar je. Bertuah Tok Su ada tiga bibik sekaligus malam ni.

Kami makan malam hampir ke jam sepuluh. Maklumlah bibik-bibik memasak sambil bergossip girl katanya. Juadah kami? Ketam masak lemak (yang awesome juga!), ikan goreng (paling susah dimasak ye tuan-tuan), kari Ikan Duri, udang goreng cili, ikan rebus, budu bersama ulam (ni menu wajib).

Habis makan masing-masing menyambung lagi berborak. Tangan tak basuh lagi ni. Dari Tok Su habis makan, bangun hinggalah ke masuk tidur, kami masih lagi dok membuka warung kopi Azwan Ali kat meja makan.

"Okay, dah jam dua lebih lagi. Jom kemas and masuk tidurr!".

Nak masuk tidur, berborak lagi, kali ni topik cerita hantu plak. Tapi nak hilangkan takut, kami seklit-selitkan unsur-unsur kelakar seram kat hujung-hujung. Habiskan jadik cerita Senario The Movie gitu. Tak sedar saya tertidur jam berapa.

Pagi Terakhir di Perlis. Masing-masing kena bertolak pulang hari ni. Saya dan MB sempat ke Pasar Besar sekali lagi, kali ni lebih insaf. Beli apa yang nak dimakan je. Hik. KN dan Sam masih lagi kroh-kroh kat rumah.

Balik rumah, kejutkan KN dan Sam, kami bersarapan buat kali yang terakhir bersama Tok Su semua. Memang agak hening sedikit suasana kali ni. Masing-masing seakan gagal bercerita. Samada terkesan dek cerita hantu semalam ataupun sedih sebab lepas ni agak susah lagi kami nak berkumpul dan makan-makan bersama Tok Su camni.

Ingin sahaja saya jerit pada di depan KN, Sam dan MB, malah Tok Su sekali, "Jangan lupakan saya...".

Tak tertahan air mata sebaik saya memeluk Tok Su buat kali terakhir pagi itu.

Perlis, Perlis. Terlalu banyak memori yang saya cipta dan bawa pergi dari sini. Dari zaman sekolah di Beseri, Perlis menjadi rencah yang mendewasakan saya. Baik buruk dan sebaliknya, ianya suatu palit yang pastinya akan saya kenang sampai bila-bila.

Budak Kopi.

Tuesday, March 3, 2009

Catatan Hari-Hari Terakhir Bahagian 2

Nasi Bukhari, Rumah Baru Dr. Ju & Piknik Di Teluk Bahang

Dua hari yang menyeronokkan. Hujung minggu bersama Dr. Juliana (Dr. Ju) dan anak-anak, dari masak-masak di apartment barunya (saya berani cakap, Dr. Ju memang pakar masak-memasak) hinggalah berkelah di Teluk Bahang- melihat Danial yang girang bermain air, Iman yang tidak lagi malu-malu, seakan merestui rancangan saya mengajak mereka ke pantai petang Ahad yang lalu.

Sekian lama tertangguh, Dr. Ju, tanpa banyak soal menerima ajakan saya, dan MB, kami berkereta ke Teluk Bahang yang terletak hampir kira-kira tiga puluh lima minit dari rumah.

Puas berjamu nasi Bukhari di rumah, MB dan Dr. Ju membekal pula roti, kuih-muih (dibuat sendiri oleh ibu Dr. Ju di kampung) - paling suka karipapnya!

Pertama kali saya merapati Danial dan Iman, tidak seperti selalunya, kami bercakap, bergurau, dan pertama kali saya cuba mendalami diri keduanya.

Tersentuh sebaik Danial mendakap dan berkata,"Uncle Kash, kenapa baru sekarang uncle mahu take care pasal Danial? Nanti uncle dah nak tinggalkan Danial ya?".

Saya kelu melihat ke wajah mulusnya. Anak yang tidak mengerti apa-apa.

"Jom mandi. Kita lawan renang ya!". Saya tarik tangannya ke gigi air. Kami berenang sepuasnya.

Saya sukakan tempat ini. Jauh dari kesibukkan, dan berbanding dengan kawasan lain di Ferenggi, Teluk Bahang lebih privasi, dek kerana sedikit terpencil mungkin. Tidak banyak kemudahan namun sesuai untuk bersantai dan berehat-rehat di hujung minggu.

Puas bermain air, kami berfoto pula. MB tak habis-habis memetik kamera. Saya lihat Danial lari seketika ke arah anak sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain layang-layang. Dia ralit di situ. Saya cuma membiarkan. Menyertai Dr. Ju dan MB menikmati minum petang, kami duduk berborak.

Hampir ke lewat senja kami pulang. Tidak sedar malamnya mahu memandu ke Perlis pula. Sudah beberapa kali Tok Su menelefon. Bimbang takut terjadi apa-apa.

"Kena tiba sebelum Tok Su tidur. Kasihan dia. Tok Su pasti tunggu kita...". Ujar MB. Saya angguk. Kembali ke rumah Dr. Ju menghantar beliau dan anak-anak, saya dan MB bertumpang mandi. Hampir ke jam lapan malam, kami bergegas mula meninggalkan rumah Dr. Ju. Sempat Danial sekali lagi datang memeluk saya.

"Jangan lupa Danial ya!". Saya angguk seraya mengusap ke anak rambutnya.

Bersambung...