Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Wednesday, August 29, 2007

Islamic Finder : Kemudahan Canggih Untuk Bersolat


"dude, memang saya bukan orang kuat agama. tapi kita hanya manusia sahaja bukan?"

seorang teman menyampaikan link ini kepada saya. jutaan terima kasih saya ucapkan kepada hamba Allah ini. memang saya leka. namun entah mengapa, terdengar sahaja suara azan bergema dari corong komputer riba, membuat hati saya menjadi sayu dan hiba. betapa saya akui kekuasaan Allah S.W.T.

"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!".

dalam hati, berkali-kali saya mengucap syukur kepada teman saya itu kerana memberikan link panduan ini kepada saya. rasa-rasanya mudah sekali selepas ini untuk saya memulakan Ramadhan pertama di sini. jauh dari perantaun, jauh dari segala kemudahan untuk bersolat dan sebagainya. tanpa alasan!

apa yang menarik?

- boleh disetkan kedudukan/lokasi tempat tinggal/negara/bandar/bahasa
- mendengar suara azan setiap kali masuk waktu
- mendengar bacaan ayat-ayat suci setiap masa
- panduan untuk menunaikan solat serta penerangan (lengkap dengan cara-cara berwudhu' dsbg.
- banyak lagi!

pada anda yang tercari-cari kemudahan ini di internet, segeralah log on ke IslamicFinder.com. segalanya terdapat di sini, dari kemudahan mendengar suara azan, waktu solat dan berbuka dan segala yang berkaitan. menarik sekali anda bisa memuat turun perisian ini secara percuma dari laman yang saya nyatakan di atas.

selamat berkongsi, semoga diberkati!

budak kopi a.k.a. stabuxguy,
germany

Tuesday, August 28, 2007

Andere Liga, Eine & The Dark

anda gemar menonton wayang? atau DVD mungkin?

semalam saya menghabiskan rehat usai makan malam dengan dua filem di rumah - berturut-turut!

satu di kaca tv (siaran ZDF - salah satu dari penyiar tempatan) dan satu lagi dar DVD yang saya pinjam dari pusat fitness.

keduan-duanya menarik. lebih-lebih lagi dari dua genre filem atau movie yang berbeza.

okay kita cerita tentang filem pertama dahulu.

Andere Liga, Eine

Andere Liga, Eine atau Another League adalah berkisar tentang pergolakan dalam diri seorang gadis remaja yang berasal dari Turki, yang juga merupakan seorang yang aktif dan bermain untuk sebuah pasukan bolasepak pasukan wanita di German.

beliau mengidap kanser payudara (yang diwarisi dari mendiang ibunya). mempunyai seorang bapa yang penyanyang dan begitu mengambil berat.

Hayat, gadis lasak tetapi cute ini akhirnya jatuh cinta dengan Toni, jurulatih pasukannya sendiri. saya tersenyum lucu melihat gaya Toni sewaktu memikat Hayat, dengan tulisan-tulisan "Jom Date Dengan Saya?", "Saya Suka Awak", "Okay, Saya Datang Lagi Esok!" di bajunya (dalam bahasa German tentunya).

Hayat yang jual mahal (pada awalnya) mula merasa rendah diri dan perasaan serba-salah mulai menebal dalam dirinya (kerana gangguan emosi dan tekanan kesan dari penyakit yang dihadapinya).

saya sukakan jalan cerita serta kesan dramatik yang dipaparkan dari filem ini. sebuah kisah kehidupan yang jarang (atau tidak pernah terlintas di pihak penerbit industri perfileman di Malaysia - mungkin?) untuk dipertontonkan kepada umum.

ya, kita ada Cinta, Persona Non Grata. itu baru dua. apa lagi judul beritahu saya - yang bagus (atau agak bagus?)

wanita dan barah payudara - barangkali hanya plot dan naratif biasa. namun garapan di dalam Eine Andere Liga menjadikan kisahnya amat luarbiasa - disokong dengan perjalanan cerita yang menarik dan begitu menyayat hati.

*kisah bagaimana seorang gadis yang baru menginjak dewasa berdepan dengan kematian ibunya akibat kanser, lalu dirinya sendiri juga disahkan mempunyai penyakit yang sama, kehilangan salah satu dari payudara - harta paling bernilai bagi wanita? serta dilemanya untuk menerima cinta seorang jejaka yang juga merupakan jurulatihnya sendiri?

mungkin agak perlahan dan plot sebegini sukar diterima (barangkali) oleh para penonton di Malaysia - tak komersil katanya. but it's okay. kita buat filem untuk universal bukan untuk pasaran tempatan sahaja. satu dunia bisa tonton dan hargai. tu lebih baik bukan?

filem kedua.


The Dark.

ramai tahu saya penggemar filem seram. ya, saya sukakan elemen suspen, perasaan sewaktu hantu atau bayangan-bayangan (ciptaan) itu menjelma/bakal - duh, siapa setuju?

sebuah filem seram dari United Kingdom dan hampir seratus-peratus penggambarannya dilakukan di Wales, UK. pemandangannya yang hebat, kesan latar serta emosi para pelakon yang begitu mengesankan.

tiada adegan rombongan pelajar sekolah, tiada cintan-cintun mahupun peluk cium, cuma lebih kepada kisah sepasang suami-isteri yang telah bercerai (dan berpisah) dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Sarah (Sophie Stuckey).

kisah bermula dengan Adèle (Maria Bello - Secret Window, Cayote Ugly) membawa Sarah bercuti di Wales untuk menemuinya bapanya, James (Sean Bean - Flightplan, LOTR, Troy) yang tinggal bersama salah seorang pembantunya.

anda akan dapat saksikan pemandangan atau view yang menarik di sini - teringat sewaktu sunset di Uluwatu, Bali. kawasan lereng dan pergunungan yang hampir sama.

Sarah yang sering bertengkar dan tidak begitu gembira tinggal bersama ibunya, akhirnya lemas dan hilang di laut sewaktu bercuti.

beberapa pasukan marin cuba mencari mayatnya namun tidak ditemui. ini amat menyedihkan ibu dan bapanya.

bagaimanapun beberapa insiden pelik terjadi di rumah James sehingga memaksa Adèle untuk menyiasat situasi sebenar. bermula dengan suara-suara aneh di bilik atas rumah mereka, sehinggalah jelmaan seorang gadis kecil yang bernana Ebrill.

ini membuatkan Adèle begitu yakin yang Sarah masih hidup dan disembunyikan oleh sesuatu.

kerana begitu taksub dan mempercayai kewujudan Ebrill, Adèle hampir dituduh gila oleh bekas suaminya namun segala-galanya berubah apabila James juga terserempak dengan Ebrill.

apa yang menarik, Ebrill adalah hantu yang benar-benar wujud. beliau adalah penghuni asal di rumah yang James diami sekarang. beliau telah didera dan dibunuh dengan kejam oleh bapanya sendiri (seorang paderi berpengaruh). namun dijelmakan kembali secara ritual oleh bapanya dan hidup kekal (malah mampu berdarah!).

roh Ebrill terperangkap dan beliau hanya boleh hidup sekiranya tubuhnya ditukar ganti dengan nyawa individu lain.

menarik bukan?

selain jalan ceritanya yang begitu menyeramkan, The Dark juga menyaksikan bagaimana seorang ibu bertarung nyawa demi mendapatkan anaknya kembali sehingga sanggup menjadi galang ganti.

anda pasti terkejut di akhir cerita, di mana babak Adèle terselamat dan dari jauh dia memerhatikan Sarah berlari mendapatkan bapanya di rumah. Adèle cuba untuk menyentuh kedua-duanya namun kehadirannya seakan tidak dipedulikan.

babak ini amat menyentuh perasaan saya - setelah penat si Adèle berhempas-pulas - terjun dari lereng bukit (sebagai ganti nyawa Sarah), di dera dan di tarah otak oleh jelmaan Ebrill (demi mendapatkan Sarah kembali) akhirnya Sarah dan James tidak mempedulikan kehadirannya.

"i'm so sorry Sarah, but you mother are dead... she love you very much...".

ini sekali lagi mengingatkan saya kepada sebuah filem dari genre yang sama lakonan berkesan Nicole Kidman (The Others, 2001).

pasti anda sudah dapat membayangkan apa kesudahannya bukan?

apa yang menarik (mungkin kebetulan), kedua-dua filem ini adalah menyentuh tentang wanita.

ya, wanita dan kegigihan mereka. soal perjuangan dalam meneruskan survive.

bak kata pepatah melayu, "tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia!".

itu peribahasa yang masih saya ingat sewaktu Cikgu Faridah mengajar saya di darjah empat.

nah, siapa kata saya anti-wanita?

stabuxguy,
germany

Thursday, August 23, 2007

Terbang Helang

(kredit foto : tv smith)

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

hah, amacam, sesekali letak lirik kat sini. pada yg gemar pada rangkaian lagu-lagu lama, pasti siapa gerangan empunya lirik lagu di atas.

teringat e-mail kak bai beberapa hari lalu yang disertakan serangkap lagu nyanyian sharifah aini. gembira sungguh dia!

Bebas, bebas ku rasakan,
Inilah kedamaian
Dari jauh ku...
Irama cintaku

nah, siapa tidak kenal akan lagenda ini. percaya tak, terbang helang adalah lagu nyanyian saya waktu berbasikal ke sekolah suatu ketika dulu. hah!

dude, mimpi ke muzikal arabia ka?

hahah... takde lah. saja tiba-tiba hati terkenangkan Malaysia. ya, Malaysia. makanan Malaysia, orang-orang Malaysia, KLCC, LRT. semua itu bermakna sekali.

tak lama lagi juga genap 50 tahun Malaysia merdeka. tup, tapp tup tapp... kejap aje kan. umur saya pun tak sampai ke angka itu. saya pasti, ramai di kalangan orang-orang muda seperti saya tidaklah beriya-iya sangat menyambut merdeka. selain dr pesta sorak-sorak, lompat-lompat (bisa dilihat di dataran merdeka, bukit bintang selalunya), apa yang kami tahu? merdeka tak lebih dari sekadar sebuah pesta ala meyambut tahun baru. itu di KL. tempat lain saya tidak tahu.

tapi itulah Malaysia. suka atau tidak, itulah juga Malaysia. negara yang kita anggap hujan batu di tempat sendiri. kita tidak punya banyak pilihan sebenarnya. dilahir dan dibesarkan di sebuah negara yang makmur bernama Malaysia - ah, kita bertuah barangkali.

harus saya akui, menumpang di negara asing kadang buat kita rindu pada negara sendiri. betapa kita menghargai tiap saat sewaktu di bumi Malaysia.

Malaysia, Malaysia, Malaysia.

tanah tumpah darahku.

"SELAMAT HARI MERDEKA, MALAYSIA!!"

oh, kenapa saya begitu semangat sekali?

laksana lagu terbang helang,

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri...

ya, saya tak mahu "lemas sendiri". saya akan pulang. pulang ke Malaysia. biarpun hanya seketika, namun menyedut udaranya sudah cukup membahagiakan saya.

kawan-kawan, masihkah ada tempat saya di sana?

1hb okt 2007
6.20 petang
- bertolak dr Bremen, Germany
(transit di Amsterdam)

2hb okt 2007
2.40 petang
- tiba di Malaysia

2-7hb okt 2007
- puasa di Kuala Lumpur

7-8hb okt 2007
- puasa di Penang
- 8hb, flight ke Kota Bharu (dr Penang)

9-16 hb okt 2007
- puasa & raya di Kelantan
- 16hb petang, flight ke KL

17-22hb okt 2007
- Bali

23-26hb okt 2007
- Kuala Lumpur

26hb okt 2007
11.15 malam
- flight balik ke Germany

ah, rindunya!

budak kopi,
germany

Tuesday, August 21, 2007

Lena...

Um mehr Bilder zu sehen, klick hier!
For more pictures, click here!

budak kopi,
germany

Budak Kopi Imej Baru

Tarikh : 20.08.2007
Tempat : Essannelle Salon, Ol


memula rambut kena potong... sayangnya, dah sebulan simpan!

puas hati? ok? cung? huhuhu...

proses kedua bermula... highlight!

siappss!

pose #1 - amacam?

pose #2 - ok? hahaha...

budak kopi,
germany

Saturday, August 18, 2007

Hari Ini Dalam Sejarah

dude, dua perkara terbaik berlaku dalam hidup saya hari ini.

nak tahu apa dia?

pertama- saya ke kota. seperti biasa, yes sendirian. dengan yakin, saya langkah ke pusat fitness yang terletak berhampiran "passage" (mall).

dah lama berkira-kira sebenarnya. sementelah tak banyak juga aktiviti sejak datang ke mari. juga telah lama meninggalkan gym, treadmill. jika dulu hari2 (rajin) ke menara Maxis, KLCC.

pernah berat saya menurun ke 64kg (!) dalam masa 3 bulan sahaja gara-gara "gila" ke gym!

teringat AM dan andre pernah menegur, "you look so kurusss dear! macam orang sakit."

pstt... percaya tak, menu harian saya waktu itu hanyalah sup dan sayur je hari2. tanya AM!

anyway, saya senyum sahaja. dalam hati happy sebenarnya. sekurang-kurangnya tak sesia saya ke pusat fitness hari-hari. tambah semangat tuh!

dan hari ini, setelah buat short survey dari minggu lalu, saya telah beranikan diri untuk mendaftar di salah sebuah pusat fitness di sini. apa yang best, pusat ini adalah merupakan cawangan kepada fitness first dari seluruh dunia (sama seperti di Malaysia). dari konsep, peralatan, rules & regulations (dan sauna, dan 'changing room'nya- oh, suka! suka! suka!).

paling bagus saya bisa menggunakan membership di sini juga di Kuala Lumpur.

ah, bertuahnya!

nak tahu berapa saya bayar?

hanya 59€ untuk jumlah pendaftaran (lifetime) sementara yuran bulanannya pula hanya kira-kira 39€ (dan ianya percuma untuk bulan pertama!).

ah, ini terlalu bagus untuk saya lepaskan.

saya juga bakal mendapat kit set percuma sama seperti di fitness first Malaysia (towel, bag dan sebagainya) serta khidmat trainer percuma selama sebulan.

itu sejarah pertama saya untuk hari ini (kira sejarah la sebab saya deal sendiri okay tanpa bantuan sesiapa- dan ini adalah pertama kali. hehehe!).

okay la tu kan dari budget tak tentu hala. ada juga faedahnya.

erm, nak tahu apa pula yang kedua?

sebuah gajet yang saya tunggu-tunggu sejak dari minggu pertama!

seronok! seronok! seronok!

dude, cepat la bagitau, apa dia?

sabarr... sabarrr... anda teruja... saya apatah lagiii...

tadaaa........ ini diaa! nokia navigator N95 baru.

tak sia-sia saya tunggu hampir beberapa minggu. ini antara alasan mengapa saya tak mahu membeli kamera di sini, awal-awal kami (pelajar yang dipilih oleh kerajaan negeri di sini) telah diberitahu bahawa anda bakal mendapat kemudahan 'benda alah' ini sorang satu.

"rezeki".

itu aje yang mampu saya tutur (dalam hati) sewaktu menerima pemberian ini.

cool bukan?

okay lah tak mahu cerita panjang. izin saya ke dapur untuk masak for my makan malam.

sambil tu for sure tonight tak boleh tidur nak belek2 "buku panduan" and cara how to guna this new gadjet. nanti boleh la kita kongsi (serba ringkas) tentang kelebihan serta ciri-ciri gadjet ini di posting akan datang ya!

p/s : oh, minggu ini saya akan jalan-jalan ke hamburg. mahu ke pesta DOM-Hamburger. sebuah pesta funfair terbesar di germany. jangan risau, nanti kita cerita ok!

budak kopi,
germany

Friday, August 17, 2007

Cerita Saya Dan Blog

saya bangun awal lagi hari ni (seperti biasa).

on laptop, klik ke laman akhbar2 harian Malaysia, baca e-mail- yahoo, hotmail, myspace, firendster- tak lupa blog teman-teman dr Malaysia.

ralit membuka blog vernon, terpandang ada tagboard (ruangan chat) di tepi bawah. duh! cemana saya boleh tak perasan sebelumnya. terus rasa TERGERAK HATI nak meninggalkan pesanan.

MM... i wait yr call dah 2 hari... takde pun... anything e-mail je la... ingat yu tak sihat ke.. or maybe ada prob n need someone to talk....

tak sampai few minutes, vernon call saya.

"duh, kamu online ya?". terkejut juga saya. pantas pula si vern ni. kalah DHL gitu.

kami borak-borak. rasa bersalah pula sebab masa nak datang dulu saya tak kasi detail pasal nak sambung blaja or datang ke sini. vern ingat saya main-main.

"tak nak kecoh-kecoh la vern...". hik!

saya kenal dia hampir dua tahun, namun baru awal tahun ini baru saya bertemu dan bertentang empat mata dengan orangnya. kelakar dan sinikal, tak sombong dan yang lebih penting vernon ni friendly orangnya. langsung tak nampak macam seorang 'Mr. Manager'. haks... cemana tu...

cerita pasal blog ni, teringat saya ketika di waktu awal saya bermula. waktu tu excited dengan musim akademi fantasia. sekitar tahun 2004 tak silap saya. waktu itu nama-nama sultanmuzaffar (super-senior saya dari beseri), klubbkidd, juandanza, elkapitan, judd (antara beberapa nama) tengah 'panas' dan ramai yang baca hasil penulisan mereka. saya tahu kerana saya juga antara followers. kami menjadikan mereka ini bahan rujukan untuk mengetahui 'lebih dekat' perkara-perkara berkaitan akademi fantasia dan juga dunia hiburan tanahair. satu kelebihan kerana ada di kalangan mereka ini merupakan di kalangan wartawan hiburan sendiri.

saya tidak tahu kenapa, namun hidup saya penuh dikelilingi wartawan (biarpun saya bukanlah artis), baik secara langsung atau pun tidak langsung. AM saya bekas wartawan (NST), kak wan saya juga dulu seorang wartawan (juga di NST) sebelum berhijrah ke USM, kak bai (juga NST sebelum ke bank negara), encik A saya dulu pun (apa khabar orang hillpark?) wartawan (berita harian), siapa lagi... juan... joe kidd... dan terbaru teman saya si eidie juga baru join team karangkraf di shah alam sebagai wartawan di majalah remaja terbaru (belum ada di pasaran).

ada bagusnya punya ramai teman di kalangan wartawan ni, pertama- anda tak perlu lagi membeli majalah hiburan atau suratkhabar. samada anda bisa memperolehinya secara percuma hari-hari (terima kasih encik A!) atau pun gosip2 off record para artis. tapi nama pun off record kan, so selalunya kita borak among us aje la.

bagus bukan?

berbalik pasal blog tadi, blogger terawal yang saya close dan jumpa personally ialah juandanza. tak silap masa AM membawa saya ke konsert merdeka KLCC (2004). waktu tu joe kidd pun ada tapi sorry ya joe... waktu tu saya masih tak kenal wajah anda. huhuhu...

sempat saya tegur juan (biarpun agak malu) and borak2. gembira sangat sebab jumpa someone yang selama ni saya follow tulisan-tulisannya di blog secara empat mata (akhirnya).

juan lah orang yang memberi saya inspirasi dan keyakinan untuk membuat blog sendiri. dari cuba-cuba, akhirnya saya serius untuk join nama-nama 'panas' ini- biarpun tidak secara total, namun hasil-hasil penulisan mereka terutama SM dan juan sendiri memberi saya satu dunia baru yang tak terbayang selama ini.

maka lahirlah 'catatankash' (CK). sebuah blog peribadi yang saya lakar dari kehidupan diri sendiri. ya, saya menulis tentang artis, namun tak semua. saya tulis apa yang saya suka, saya minat- grafik, hal-hal di kolej, seni- pementasan teater puteri gunung ledang misalnya, ataupun ulasan (dari view saya) tentang filem 'Persona non Grata' lakonan erra-hans.

biarpun CK berkubur, namun saya happy. CK telah memberikan saya suatu pengalaman yang tak ternilai untuk saya ungkap dengan kata-kata. suatu pengalaman yang tak mungkin orang biasa seperti saya bisa mendapatnya. hadir ke pelancaran filem-filem dan album baru, majlis-majlis selebriti, buat saya sedikit dikenali dan juga bisa merapati beberapa nama besar dalam industri.

mungkin ditakdirkan CK harus pergi.

menyesal? ah, tidak sesekali.

it's about time barangkali. saya kira cukup rezeki saya. saya happy. dengan CK, saya masih punya teman-teman yang memahami.

waktu berlalu, saya bangunkan pula darimejastabux (DMS) ini. sebuah laman yang awalnya hanyalah untuk mereka-mereka yang terapat- tempat kami berkonsi cerita dan kegembiraan hari-hari, hampir juga DMS ini menjadi ala-CK, kian dikenali dan sementelah saya juga ada mengulas sedikit tentang beberapa teater di IB serta konsert p. ramlee siti baru-baru ini.

hasilnya, saya cuba kembali berpijak ke bumi. cukuplah menjadi seorang yang dikenali, buat saya penat dan oh, ya- perlu lebih berhati-hati sebenarnya. dunia saya tak mudah, laluan saya agak payah. tak ramai yang gemar melihat kita di atas, adakalanya mata-mata yang suka melihat kita ditendang dan jatuh tersungkur.

itu antara sebab saya membuat keputusan untuk hijrah ke sini, ke bumi eropah yang tak punya siapa-siapa, mahupun apa-apa.

namun saya yakin, rezeki manusia itu ada di mana-mana. itu pesan kak wan saya.

syukur saya masih ada mereka. AM, kak wan (yang begitu rajin menelefon bertukar khabar), wardy serta rakan-rakan yang tak putus menghantar berita - kak bai, xis, aiman, ariff, eidie (maaf, sekadar beberapa nama) baik di e-mail mahupun di YM. buat saya terasa sama seperti berada di Malaysia.

buat vernon, terima kasih sekali lagi sebab menelefon. really appreciate that.

and vern, honestly... your blog tu makin 'daring' lah... hehehe tu je la nak ckp... opss!

jumpa oktober nanti di Malaysia!

budak kopi,
germany

Thursday, August 16, 2007

Catatan Malam Ini

semalam saya sempat menelefon salah seorang teman di london, nobi atau min. pertama kali mengenalinya, sempat dia menceritakan sedikit-sebanyak tentang kehidupan dan persekitaran london kepada saya. memang seumur tidak pernah saya jejakkan kaki ke sana, namun insyallah jika ada rezeki berkira-kira juga. sementelah bremen-london cuma 25 minit sahaja.

nobi banyak bercerita, dari hari raya, malaysia hall, fotografi hinggalah ke bilangan adik-beradiknya (oh, kami senegeri rupanya!). namun apa yang paling saya teruja, koleksi foto-foto yang dimiliknya.

"hobi sahaja...". begitu nobi merendah diri kepada saya.

"hobi pun bisa buat hati terasa lapang...". saya suka!

klik di sini untuk fotopages nobi.

lain-lain fotopages pilihan saya. :P

wazari
taufiqshariff
scharewl

bremen

di sini, sebuah bandar terbesar di bahagian utara germany, banyak terdapat warisan-warisan lama, dari keindahan struktur bangunannya, hinggalah ke persekitarannya yang saya kira bisa membuatkan kita merasa takjub, kagum dan anda silap jika merasa masyarakat german kurang mesra atau sombong. jujurnya saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah di sini (kecuali sedikit dari segi komunikasi), mana sahaja anda pergi, jangan segan, masyarakat di sini dengan senang hati bisa membantu anda.

minggu lalu saya ke bremen, saja jalan-jalan. sayang saya tidak mempunyai kamera. teringin juga menjadi seperti nobi, punya kamera berkualiti dan bisa petik (saja) untuk merakamnya dalam memori. ah, saya mesti mendapatkannya satu nanti. tentu!

"kamu mahu aiskrim?". saya angguk. tentu saja!

"favourite? banana?". ya! ya... lama tak makan. saya pantas follow mike dan jens (disebut "yens" - *j dalam bahasa german disebut "y") ke sebuah kedai aiskrim di tengah-tengah bandar bremen. seronok jalan-jalan dengan mereka. mike adalah teman apartment saya, sementara jens pula saya kenali sewaktu makan-makan di rumah salah seorang kenalan beberapa minggu lalu. kedua-dua baik melayan saya, jens lebih-lebih lagi.

saya anggap semuanya bonus. sementelah AM saya dan kak wan jauh- mereka inilah teman-teman saya. kami ke bandar dan kuliah bersama (saya dan mike, jens telah bekerja). namun tak selalu juga mike bersama saya lebih-lebih lagi kami berlainan kursus. waktu saya lebih fleksibel kerana saya hanya mengambil bahasa (wajib sebelum memilih kursus pilihan) sementara mike dalam bidang kejuruteraan. genap tiga bulan (hingga habis summer) saya bakal pulang ke malaysia dan kembali semula ke sini untuk menyambung kursus pilihan.

dari minggu lalu christa meminta saya kembali ke wilhemshaven. saya borak-borak juga dengan mike-jens. tanya pendapat mereka. jens lebih-lebih lagi, seperti berat nak lepaskan saya.

"jauh nanti, susah nak jumpa", jens seperti sedih. hai, semacam je. saya pandang mike. dia macam okay je.

"oldenburg ngan wilhemshaven- setengah jam je drive. we can go there." ujar mike seakan memujuk.

frankly, saya suka di sini. dekat ngan bremen. hari-hari boleh datang. kalau naik tren cuma sepuluh minit sahaja. akses pun senang. bus stop pun depan rumah je. tapi sunyi. bukan hari-hari saya dapat keluar macam ni. seminggu sekali. kalau di KL hari-hari. lepak KLCC, starbucks, tengok movie.

sepanjang kat sini belum pernah saya jejakkan kaki ke mana-mana panggung wayang. kata mike, semuanya dalam bahasa german. mati kutu saya dibuatnya nanti.

oh, ya. selain membeli kamera (seperti nobi!), saya juga bakal join gym nanti. saja nak penuhkan aktiviti. kelas cuma tiga kali seminggu. selebihnya saya banyak habiskan masa jalan-jalan, pusing stadt (bandar) and lepak ngan mike ngan jens aje. nasib baik juga jens punya kereta, bisa bawak kami makan sana-sini dan jalan-jalan.

"dude, takde cuti ke? bila balik malaysia?".

susah nak cakap. kak wan saya pun selalu tanya. takde aral, oktober saya balik. mungkin awal, mungkin pertengahan. depends pada kelas. harap-harap takde la saya kena masak ketupat di sini. please not this year. saya masih mahu raya di Malaysia. huhuhu...

okay lah, guys. hampir ke jam dua belas. mata pun dah ala-ala pejam celik, pejam celik nih. nanti kita cerita lagi kay?

to kak bai, nanti saya e-mail kan logo baru untuk INCEIF tu ya. terima kasih kerana bersabar.

salam dari saya.

budak kopi,
germany.

Sunday, August 12, 2007

Sehari Di Gronigen

hai hai hai... jumpa lagi hari ni. ahad yang best, awal-awal lagi dah bangun (i'm a morning person btway) - cam biasa, terus ke dapur jenguk temparature hari ni - 17º!! aduh, matiii la dah masuk sebulan pun masih dok 17º je hari2!! sojukkkk.... kata summerrr... huhuhu...

belum lagi winter kan? huhuhu...

actually body cam tak larat lagi hari ni, semalam jalan sakan kat holland. opss, bukan amsterdam yer... groningen je. itupun dah dekat 2 jam drive dari rumah. best sangat. sempat singgah ikea lagi tuh. oh, kak wan sorry yek, tak pi muzium, art galeri segala, maklumla semua sibuk nak shop-shop ja... maybe next trip la kot.

err, dude... groningen? kat mana tu. nak tau? ok, jom kita citer...

groningen

bandar ni adalah bandar kedua terbesar (selepas amsterdam) dan terletak di utara negara holland (juga dikenali sebagai netherlands). majoriti penduduk kat sini berbasikal, so sapa yang berangan nak bawak keta (sbb malas jalan kaki) tu baik lupakan aje la niat anda sebab org kat sini (even kat germany pun) tak pandang sgt kalau berkereta mewah pun. semua org naik basikal and jalan kaki. agaknya sebab tu la orang-orang kat europe ni umur panjang dan hidup lama.

lagi satu info tentang gronigen ni, ianya adalah sebuah bandar akademik. banyak kolej dan universiti-universiti tertua di holland (dan di eropah sendiri) terdapat di sini. pendek kata, kat sini penuh dan sarat dengan student lah. asia, amerika, mexico dll.

cuaca semalam ok, tak panas, tak sejuk sangat. windy ala-ala iklan sunsilk gitu. rambut terbang lite-lite segala.

dari oldenburg, saya follow my foster family, mario ngan christa. tepat jam sepuluh pagi mereka dah muncul kat depan my apartment di kreyenbrük. si christa sibuk dok cakap rindu and sepanjang perjalanan asyik pujuk saya balik ke wilhemshaven. fikir-fikir gak, nanti-nanti la. heh.

dari oldenburg, perjalanan kami lancar. di kiri kanan jalan banyak view menarik dapat saya lihat. buat saya makin jatuh cinta dengan germany. rumah-rumahnya, ladang-ladang, kincir angin (ada yang bentuk rumah cam posting saya lepas dan juga untuk jana elektrik).

jam dua belas tengahari, kami sampai di groningen. mario park keta di kawasan parking berhampiran mcD. ada promosi oriental chicken kali ni tapi saya cam teragak2 nak try.

"we go eat in stadt. more food." kata christa.

*stadt=city

saya angguk sahaja.

kami jalan ke stadt. jaraknya cam KLCC ke bukit bintang gitu. jauh tak jauh la. tapi sebab windy dan sejuk, jadi panas matahari pun tak terasa sangat. siap berjaket lagi boleh. cadang awalnya nak ajak si mike, my flat-mate ikut tapi dia ada hal plak. dating ngan gf la apa la. so maybe lain kali bleh ajak dia lagi (teringat yang malam semalam layan dvd khabi kushi khabi gham beli kat saturn mall ngan si mike, siap nangis pas tu nari2 lagi boleh? hahaha!)

groningen ni lebih besar dari oldenburg. nak kata cam KL tak jugak sebab bandar2 kat eropah ni rata-ratanya berkonsep 'city center' gitu. maksudnya, semuanya terletak dalam satu area (berpusat). senang untuk kita membeli-belah segala. takat zara, esprit, dockers tu macam kedai-kedai tomyam kat tepi jalan di KL je kat sini. hahaha mati la bandingkan zara dengan kedai tom yam katanya.

port pertama kami ialah mall kat tengah2 town. pelik sangat nama dia tak reti nak sebut. singgah makan kat satu restoran siam. si christa la punya la nak jaga sangat saya takut rindu sangat lama tak makan masakan asia, beriya-iya ngajak makan thai food. saya order nasi dengan kuah lemak pastu campur sayur campur goreng. yang best tu sayur2nya kita boleh pilih sendiri. macam-macam ada, sama cam kat malaysia. excited jap. kuah lemak tu pun sebijik rasa dia cam masak lemak telur or ketam (eh, teringat kak crabby plak! kekeke).

habis makan, kami jalan-jalan lagi pusing stadt. saya takat tengok2 aje la. nak beli fikir dua tiga kali. tapi sempat jugak beli jaket ngant-shirt selai dua.

tak cukup katanya.

christa bawak kami ke gerai kraftangan. ada jugak dijual rempah-rempah dan bahan masak dari asia di situ. nak tahu apa saya beli? kicap manis, asam keping, gula melaka (manisan), rempah nasi goreng (mostly dari thai ngan indonesia). very the mak-mak gitu kan. paling best terjumpa serai ngan bunga cengkih (thx to aidit sebab remind saya). terus beli. dalam kepala dah terbayang dah besok petang nak buat pisang sira. eh ada lagi, hah, tauchu... hahahah pelik betul kan saya, orang lain ke groningen beli dan shopping baju, benda2 grand. saya shopping bahan masak!

christa cam faham je. dia yang sungguh-sungguh bantu saya siap tarik dari satu gerai ke satu gerai. mario cuma senyum je. nasib juga kedua-duanya sporting.

habis shopping my barang-barang, christa nak ke coffee shop pula, kat german nih, mostly orang-orangnya minum kopi pakai satu alat khas jenama senseo. so kena la beli kopi khas yang telah siap dipek dari kedai senseo tu sendiri. masuk je terus bau ala-ala starbucks. kak wan saya kalau dia masuk mesti excited. dalam kedai tu bukan aje kopi yang dijual, perkakas dan pinggan-mangkuk dan set untuk minum kopi pun dijual. semuanya ala berkonsepkan inggeris gitu. memang mahal.

jalan-jalan lagi.

yang popular kat sini ialah martini tower. menara tertinggi di groningen ini disambung dengan sebuah gereja tertua di holland. boleh naik dan lihat view hampir keseluruhan groningen dan kawasan sekitarnya. memang tinggi. ingat nak naik tapi bila tengok barisannya lebih panjang dari beratur nak beli tiket Harry Potter kat KLCC so saya cakap kat christa dan mario cancel je la. hari lain boleh datang lagi. maybe next trip boleh ajak mike pula.

tengok muzium, tapi alamak tutup la plak. kata christa, normally kat sini kalau saturday-sunday memang hari untuk shopping je. pelik kan? nak tak nak kami jalan je la sambil teruskan sesi menyopping. banyak temporary market dibuka kalau hujung minggu. ala-ala street market kat the curve, damansara gitu. macam-macam yang dijual.

dari stadt, kami jalan ke parking. penuh satu bonet keta barang yang diborong.

"okay, next... IKEAA!", jerit christa. saya lopong. larat lagi ke.

"have to go. for you... we go and find your new BOBO!". opss! mati la kalau kak wan baca ni. sure dia marah punya. sorry yek, not my idea. mario yang cakap saya rindukan bobo kat christa.

kalau nak kira, ikea di holland ni setengah kali ganda lebih besar dari yang di malaysia. barang-barang pun lebih banyak. paling best saya dapat beli balik the same breakfast table cam yang AM pernah beli kat aidit dulu. pernah cari kat malaysia tapi dah takde. pas ni boleh la guna untuk letak laptop and online dari atas katil (bestnye.. bestnye...). takde la sakit belakang lagik.

apa lagi saya beli ya di ikea? oh, pyjama dua pasang, satu kaler grey n satu biru. takde kat malaysia nih.

hampir sejam pusing-pusing (bahagian atas sahaja), kami lepak minum petang kat cafe di tingkat dua. ternampak pula menu sate (baru!) ngan fries. teringin nak cuba - even dah makan (and tak habis) tadi di thai restaurant.


rasanya?

hmmm... boleh la tahan. macam juga gulai masak lemak tadi, kuahnya kacangnya pun best. ada la rasa kacang and santan segala.

tu la.. kalau kat malaysia tak pernah nak appreciate benda-benda camni. dah kat luar negara baru la ala-ala kempunan gitu. tambah lagi saya ni orang kelantan kan. lagi la (tak termasuk AM okay. ops!)- jiwa dan sifat dari timur tu masih kuat even stay kat germany now.

what to do. :)

habis shopping kat ikea jam dah hampir ke pukul tujuh petang. masih lagi cerah. kat sini malam agak lewat. dah bagitau dulu malam start around 10pm gitu. jam 7pm ala-ala baru 5-6 petang kat malaysia.

honestly, sehari kat gronigen memang tak terasa. shopping tak penting sangat, janji pengalaman lihat tempat orang tu. rasa dan alami sendiri sikap dan budaya luar. itu yang mahal.

dari hari ke hari, banyak yang saya belajar di sini. bukan setakat di dalam kelas sahaja, pembelajaran dan pergaulan dengan masyarakat di sini lebih bernilai. now saya lebih menghargai mereka yang lebih dulu makan garam- AM, kak wan, kak bai, xis.

kalau dulu saya cemburu juga- entah bila la peluang saya agaknya? ada ke? tertanya-tanya juga. namun bila dah merasa sendiri suasana dan pengalamannya, buat kita lebih menghargai kehidupan.

ok, gtg. destinasi hari ini?

B.R.E.M.E.N.

salam dari saya.

jumpa lagi!

budak kopi,
germany.

Friday, August 10, 2007

Komen Logo : INCEIF University


Projek : Logo
Klien : INCEIF University
Keterangan :

Pemilihan warna skim bagi logo ini adalah mengikut logo koporat yang diberikan iaitu biru laut dan hijau. Memandangkan INCEIF adalah sebuah organisasi yang bercirikan islam, pemilihan warna hijau dititikberatkan.

Gabungan "I" dan "U" di dalam kotak (hijau) selain memberi maksud INCEIF University ianya juga memberi makna setiap warga universiti saling berganding bahu di bawah satu ciri sebuah universiti bersifat islamik dan berusaha untuk membawa nama IU ini ke pentas global (kotak kecil, biru).

Font hitam "University" pula bersifat elegan dan ekslusif selain untuk memberi fungsi tersendiri universiti selain dari INCEIF.

Keseluruhan imej logo ini adalah ringkas dan sesuai dengan sebuah institusi bertaraf global.

Info :

"Berkenaan INCEIF, we were set up by Bank Negara Malaysia to train professionals for the Islamic financial services industry not just in Malaysia but anywhere in the world which has an Islamic bank, Islamic insurance or needs anything to do with Islamic finance. The only programme currently being taught at INCIEF is the Certified Islamic Finance Professional (CIFP), which is a professional qualification programme for those who wish to gain an edge for a career in the Islamic financial services industry..."

maklumat/rujukan : http://www.inceif.org

*makluman :- logo ini bukan rasmi. minta kerjasama untuk tinggalkan komen/pendapat. terima kasih. :)

budak kopi,
germany

Thursday, August 9, 2007

Wad Sakit Jiwa

khamis
ogos 9 2007
7.27 pagi

macam-macam yang berlaku lately. lepas satu, satu. dr insiden A ke B, hinggalah yang terbaru semalam, terasa seperti hati disiat-siat. namun apa lah yang bisa saya buat. belum habis 'rumah saya terbakar', kini diserang pula secara psikologi dan kali ini keluarga jadi mangsa. ya, saya salah. jika saya salah kenapa keluarga dan nama baik yang dilibatkan?

sungguh saya tersilap mengenalinya. jika catatankash pernah terkubur gara-gara 'kuasa orang gila' ini, saya sesekali takkan biarkan dunia internet saya dicemar dan ditindas sekali lagi gara-gara serangan psikologi ini. dah la semua profil dan blog terpaksa diprivasikan (tak cukup lagi tu), dikutip pula e-mel-e-meil ahli keluarga untuk disebarkan, "lihatlah dunia... percayalah... si polan ini g** rupanya!". bahana gila apakah ini??

saya terkedu. mati kutu.

tak cukup kerana geramkan blog dan profil yang telah diprivasikan, digodam pula bog kawan-kawan, ternampak pula gambar-gambar waktu bersuka-ria dan saat-saat menghantar saya di KLIA, bertambah meluap-luap geramnya-

"kenapa aku tak diberitahu? kenapa tak dijemput aku untuk menghantar??"

"hina sangatkah aku ni..??".

wahai perempuan... tepuk dada. jawapan ada ada dirimu sendiri. manusia itu tidak HINA. cuma hatinya.

lalu e-mel nekad disebarkan... confirm! si polan ini G**! lihatlah kawan-kawannya... berparti sakan, minum tunggang-langgang- hanya disebabkan bacaan komen-komen humor yang tidak berasas (dia merujuk pada komen-komen gurauan saya dan teman-teman di myspace, friendster).

benci saya terhadap WANITA semakin berganda-

jika saya pernah membenci hawa kerana _______ dan _______ saya, kali ini benci dan anti-hawa saya bertambah-tambah, maaf, saya tidak maksudkan KESEMUANYA, pada yang okay, ya saya akui, kalian baik dan berhati mulia- jangan terasa!

saya maksudkan cuma sebahagian-

susah sungguh menjadi SEORANG SAYA, buat saya penat dan letih dengan diri sendiri. buat saya sering mengurung dan memecil diri sendiri. adakalanya itu lebih baik. anti-sosial, hidup cuma berlayar internet hari-hari, tanpa kawan-kawan, hiburan dan santai di kelab-kelab, kerana saya tahu, mana saya pergi, apa saya buat, orang akan memerhati dan bisa menjadi isu. macam-macam- dan buat saya penat.

saya kira peluang ke german adalah langkah terbaik, namun sebaliknya.

susah nak jaga hati semua orang kan?

benar kata kak wan saya, saya ambil resmi padi tapi zaman sekarang diam-diam berisi ni bahaya juga. kan ramai yang makan hati, dengki, macam-macam lagi lah. kadang saya kagum lihat kak wan dan AM saya, hidup mereka berjaya (sekadar mengambil contoh). punya kerjaya yang bagus, rumah dan tempat tinggal yang selesa. tak perlu bergantung dengan sesiapa. keluarga? ah, sekadar menutup muka dan bersuka-ria sahaja. dalam hati siapa yang tahu.

saya sayangkan keluarga, adik-beradik saya. namun apalah daya saya, lebih-lebih jauh di sini. kuasa 'orang gila' tu melebihi segala-galanya. keluarga satu-satunya senjata terakhirnya untuk menghapuskan seterusnya menjatuhkan saya. memalukan nama baik saya di kalangan keluarga- satu kepuasan baginya.

"aku dah 'print screen' dan akan sebarkan semua profil-profil kau di internet, kau ingat mereka takkan percayakan aku? now ini buktinya...".

saya terduduk.

tidak pasti saya akan pulang lagi ke malaysia. apa lagi yang tinggal?

jika ya, mungkin saya sudah tidak punya keluarga. saya sedih. mereka (lebih-lebih lagi adik-adik saya) adalah 'harta' yang saya ada. saya tidak peduli saudara-mara, ayah dan ibu saya (mereka sudah punya keluarga sendiri), adik-beradik saya adalah segala-galanya. tidak dapat saya bayangkan jika adik saya di alam shah membaca e-mel dan cerita terperinci tentang abang mereka, mimi, adik perempuan saya, saya sayangkan mereka, mereka begitu hormatkan saya. saya kasih mereka. namun itupun telah dirampas dari saya. sungguh saya tidak berdaya.

jujurnya saya hampir putus asa untuk hidup di sini. jiwa saya lemah hari-hari. fikirkan itu, ini- masa depan saya sendiri. berat bahu memikul, berat lagi mata yang memandang. ingin saja saya jerit nama AM dan kak wan, saya mahu pulang. kak wan minta saya kuat. saya tak mampu nak khabarkan pada AM, dia mungkin ingat saya happy di sini, hakikatnya tidak. AM tahu semua-semuanya. namun cukuplah, saya tak nak lagi susahkan dia. otaknya sudah cukup berserabut dengan karenah perempuan gila ini dari dulu.

saya mungkin bersalah, namun dia tidak perlu menghukum saya dan menghumban saya sebegini dalam.

salah sayakah jika saya tidak bisa menerimanya? hatinya? jiwanya? cintanya??

salah sayakah jika naluri dan pendirian saya gagal untuk menjadi seorang lelaki sejati??

saya hanya manusia biasa. sesiapa pun tak bisa mengerti apa yang saya lalui.

saya cuba, namun bukan masanya. qadha dan qadhar, siapa lebih mengetahui?

wahai perempuan, kamu mahu bercakap soal ketuhanan? pasal hukum-hakam?

Dia sesungguhnya lebih tahu... tiap manusia yang dijadikanNya berbeza, punya takdir dan perjalanan hidup yang telah ditentukan. manusia tidak berhak untuk mempersoalkan, apatah lagi menghukum seterusnya memaksa untuk tiap manusia yang lain itu untuk berubah atau mengikuti telunjuk kamu.

mungkin doa orang seperti saya tidak dimakbul, namun saya pinta dibuka kan pintu hatinya. Tuhan itu maha mendengar bukan?

bukakan lah pintu hatinya untuk cuba menerima kenyataan, bukakanlah pintu hatinya untuk menerima cinta dan lelaki lain dalam hidupnya. bukakanlah pintu hatinya untuk bina kehidupan yang lebih aman... bersih dari segala kekotoran dan sifat-sifat dendam...

amin.. aminnn ya rabbul alamin...

saya berserah.

budak kopi,
germany

Friday, August 3, 2007

Oldenburg

rabu, 1 ogos 2007
12.07 t/malam

suatu hari yang agak ribut. minggu yang sedikit huru-hara. dari satu daerah ke satu daerah, saya berkalih dengan sebuah harapan yang baru. biarpun sedikit kacau pada mulanya, namun saya betah. memiliki kawan-kawan yang memahami serta sudi berada dalam susah-senang (biarpun kami baru saling mengenali). bagaikan sebuah keluarga, saya dilayan bagai menatang minyak di sini.

benar kata pepatah, benih (benih?) yang baik kalau jatuh ke laut mana sekalipun akan menjadi pulau. maaf, sama sekali saya tidak (berniat) letakkan diri saya sebagai 'benih' (mahu pulau sekalipun), sekadar menanam maksud yang di mana pun juga saya berpijak, saya bisa untuk survive (selalunya). dikelilingi mereka yang memahami (namun awas, mungkin juga punya agenda tersendiri), saya dikira bertuah - baik di sini mahupun di malaysia sendiri.

belum sebulan saya di sini nyata mereka bukan sahaja tak lokek membantu malah lebih dari itu.

"dude, sudah kenal seseorangkah? sudah jatuh cinta?".

hahaha... perangkap! soalan itu saya letak di tepi. tolak jauh-jauh. saya tahu tujuan dan maksud saya ke mari.

saya pandang freezy, satu-satunya 'teman saya' dari malaysia (yang dipinjam kak sam). kami saling memahami. siang-malam saya mengulitnya di sini. *oh, bobo! saya masih belum lupakan anda. selamat bergembira di penang ya!

oldenburg

serasa seakan sebahagian hidup saya sudah lengkap di sini. hari ini saya berpindah ke sebuah apartment mini (ala studio) di sebuah daerah bernama oldenburg. "burg" di dalam bahasa german bermaksud "castle" atau istana. "olden" pula adalah bermaksud "old" atau lama. sebuah daerah (juga boleh dianggap negeri) di utara german yang kedua ter(paling) hot dan happening selepas bremen. baru lima hari di sini sedikit-sebanyak saya sudah rasakan angin perubahan yang dibawa di bandar ini. jika di tempat lama agak terpencil dan lebih bersifat luar bandar (country side) namun oldenburg bakal menjanjikan sesuatu yang baru buat saya. baik dari segi perubahan suasana, masyarakat mahupun orang-orang sekitarnya.

11.21 pagi

perasaan yang bagus bermula. saya bangkit dengan gembira sepanjang malam. menerima panggilan dari si dia merupakan sesuatu yang saya tunggu-tunggu dan bisa membuatkan rabu ogos saya berbunga sepanjang hari. tidak terkata.

oh, saya akan ke netto sebentar lagi. membeli sedikit barang-barang keperluan. netto- supermarket ala-giant di kawasan perumahan saya (ala perumahan dalam siri desperate housewives) cuma kira-kira 7-10 minit berjalan kaki. dekat. untuk ke universiti saya cuma perlu menaiki bas (basikal dah kena pulang) yang letaknya berhampiran bandar, juga tak jauh. hanya 20 minit camtu. segalanya mudah dan cepat di sini. tambahan dengan orang-orangnya yang ramah.

ramai yang berpesan kepada saya semasa di malaysia, "dude, hati-hati ya di german. orangnya agak kasar, tidak mesra...".

saya anggap cuma sekadar pesanan. mungkin tak semua. ah di mana-mana pun sama. kalau over peramah pun susah juga kan?

balik dari netto, saya akan ke kampus. lihat apa yang berlaku- pendaftaran semula kelas bahasa dan lain-lain. kali ini lebih besar, lebih ramai pelajar. mungkin untuk 2-3 bulan saya akan di sini, belum tahu destinasi seterusnya. ah, lihat dan tunggu sahaja. sementelah tiket saya sebagai pelajar luar-negara, layak sahaja untuk lihat-lihat dan belajar budaya serata negara.

"dude, cinta... ceritalah...".

hahaha... seperti yang saya tulis malam tadi (oh, ini sambungan ya?). *ya, kawan-kawan, sebelum terlelap dan berbual (agak lama) dengan kak sam. :)

saya letak di tepi, tolak jauh-jauh. belum masa. cukup ya komennya? hahaha.

"dude, gambarnya!".

maaf untuk gambar2. saya belum punya kamera. sini harganya aduh mak, bisa membeli borong 4-5 pasang zara atau fcuk di malaysia. nanti-nanti lah. punya wang, saya beli dan snap gambar banyak2 untuk kalian ya. ampun!

ok dulu, mahu gerak dan ke netto. jumpa lagi di lain tulisan!

salam dari saya!

freezy - muah! muah! muah! untuk kak sam & bobo!

budak kopi,
germany.