Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Monday, November 30, 2009

Merancang Kehidupan

Hujan yang mencurah, tidak sedar waktu yang kian menginjak.

November dan sebelum-sebelumnya mungkin bukanlah waktu yang begitu menggembirakan saya. Bersendiri menempuh hari-hari yang gelap bukanlah signifikasi yang indah bagi mereka yang berjaya. Hampir saya gagal mengikuti arus modenisasi, rakan-rakan yang kian memajukan diri, baik kehidupan dan karier, bukan iri tapi menjadikan api motivasi saya kian marak dan membuak-buak. Semoga kedatangan Disember bisa membuka peluang dan sebuah dimensi baru.

Saya yakin Januari tahun baru bakal menjadikan saya seorang manusia- yang fasih tentang makna-makna kehidupan, yang petah tentang pengalaman-pengalaman.

Saya biarkan pokok-pokok tak henti bergoyang, angin dan udara tak selalunya sama, ombak yang gemar menghempas cerita- sekurang-kurangnya bulan yang malap masih segar melempar cahaya.

Sabtu lalu, tidak sampai dua jam cuba berehat setelah menempuh perjalanan dari kampung halaman ke Kuala Lumpur (saya mengikuti jalan Gerik-KL), saya tersentak sebaik dikejutkan dengan berita pemergian datuk saudara.

Arwah begitu sinonim dalam hidup saya. Pernah waktu kecil-kecil tinggal bersama, didakap dan dipeluk bagai anak sendiri, biarpun ingatan saya samar-samar, namun masih jelas panggilan 'ayah' yang menggetip bibir kecil mungil.

Dewasa berlalu, saya kian melupakan kenangan itu, namun hubungan kami masih rapat, sementelah kami tinggal berdekatan. Dan dia (arwah) masih tegar menziarah, setia memanggil saya anaknya, membelai dan mengusap.

Saya perhatikan kedut-kedut tua di wajahnya, ada seribu satu keperitan inci-inci hidup yang dilaluinya.

Ralat hari-hari terakhirnya tidak diberitahu, saya terfikir, mengapa begitu senang orang yang bermakna meninggalkan kita? Kita fikir, kita punya waktu untuk mereka, hakikatnya masa kita sering tertangguh. Biar perih kerongkong memanggil, saya tahu, mereka hanya mampu tersenyum (mungkin) melihat, tanpa ada suara yang bisa (lagi) menyahut.

Buat arwah datuk saudara yang saya kasihi, biarpun perjalanan hidup kita tidak sama, saya sampaikan seberkas kerinduan buat anda. Kenangan-kenangan anda masih tetap di hati saya. Saya harap anda bisa tenang dan aman di sana.

Al-Fatihah selamanya, dari saya yang sentiasa memandang 'kesusahan' anda, namun hanya mampu berkata, "Alangkah baiknya jika saya mempunyai kudrat, bisa saya menghulurkan sepatu-sepatu yang berharga, buat anda sarung, bagi mencari sesuap kehidupan yang lebih baik untuk keluarga."

Semoga kehadiran bulan-bulan mendatang bisa memberi saya sebuah kematangan usia yang lebih baik. Mula merancang kehidupan, ada beberapa agenda yang bakal saya persiapkan. Sedikit peribadi, akan saya umumkan satu persatu sebaik tiba ketika dan waktu.

Salam persiapan tahun baru buat anda semua. Pada yang bakal bercuti, pastikan anda merancang sebaik-baiknya. Selamat bercuti dan selamat menempuh hidup dengan penuh gembira!

Stabuxguy - Hidup mesti terus...

Monday, November 16, 2009

Konsert Seribu Warna - Aura Teratas Siti Nurhaliza

Rutin yang padat, kadangkala buat kita stress di pejabat. Lari dari kesibukkan hari-hari berkerja biasa, saya ambil peluang untuk bersama beberapa orang teman menonton Konsert Seribu Warna Siti Nurhaliza di Stadium Malawati, Shah Alam malam sabtu lalu.

Konsert yang dimulakan tepat jam 8.30 malam itu adalah anjuran Hai-O Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat Siti sendiri, iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd.

Awal-awal lagi saya sudah menempah beberapa keping tiket, niat saya untuk pergi menonton bersama dua orang teman lama waktu di kolej, As dan Mokhtar, namun di saat-saat akhir, Mokhtar kurang sihat dan saya hanya ke konsert bersama As dengan ditemani beberapa orang teman kami yang lain.

Aura Siti masih teratas.

Permulaan konsert yang dibuka dengan begitu baik oleh artis berkumpulan di bawah naungan Siti Nurhaliza Productions (SNP) sendiri iaitu Kumpulan Coda memperlihatkan kematangan persembahan kumpulan ini biarpun begitu baru di dalam dunia hiburan muzik tanahair. Biarpun lagu-lagu mereka tidak begitu biasa didengar dan 'mesra-telinga', namun Coda tetap cool dan mempamerkan sebuah persembahan yang bermutu.

Konsert dihangatkan dengan kemunculan dua 'artis panas' baru SNP iaitu Saida dan Saerah yang berduet menyanyikan lagu Doktor Cinta dendangan asal kumpulan dari seberang, Dewi Dewi.

Jika ada yang masih ingat, Saida pernah membawakan lagu ini sewaktu di Konsert AF tidak lama dulu dan dikritik kerana stail tangan di kepalanya. Duet yang baik dan menghiburkan. Barangkali berkat tunjuk ajar dan pengalaman Siti, dua beradik ini tidak nampak kekok dan amat cemerlang di pentas.

Saida dan Saerah juga, masing-masing turut menyanyikan medley lagu-lagu popular dan baru mereka. Bukan sekadar memuji, tetapi saya begitu terkejut dengan alunan vokal kedua-duanya- lebih-lebih lagi Saerah. Tak mustahil, dengan sedikit masa lagi, jika kena acuannya, Saerah bakal muncul antara pelapis baru yang hebat. Kecoh juga antara saya, As dan Zaff di tempat duduk, masing-masing tergamam dan memuji 'penampilan baru' Saida-Saerah.

Seterusnya, yang di tunggu-tunggu, seakan tidak sabar, masing-masing penonton bertepuk dan bersorak sebaik Siti muncul di tengah-tengah pentas- dengan fesyen baju yang begitu funky dan nampak elegan, Siti memanaskan lagi stadium dengan dua lagu rancak popularnya, Kumahu dan Kumilikmu.

Susunan muzik yang segar dan baru, tambah menggamatkan lagi suasana, lebih-lebih lagi Siti dengan selambanya meniru gaya Beyonce menari di pentas.

"Kalau ada yang kemurungan atau sedih kerana tak dapat tengok konsert Beyonce, Siti harap, lagu itu dapat hiburkan semua," satu stadium riuh dengan jeritan penonton mendengar Siti berseloroh.

Paling menggamatkan dewan juga sewaktu melihat buat julung-julung kalinya di konsert sebegini, tiga Siti beraksi dan berkongsi pentas. Seakan menyaksikan sedutan persembahan live kumpulan Dreamgirls- dimulakan dengan Saida (Hey, Ladies!) dan diikuti dengan Saerah (Lelaki Buaya Darat) dan terakhir Siti (Pudar). Memang menarik dan sekali lagi saya tergamam melihat aksi cemerlang persembahan Saida dan Saerah.

Banyak lagi lagu-lagu menarik dan popular Siti nyanyikan pada malam itu. Paling mengujakan saya sewaktu Siti menyanyikan lagu Anuar Zain, Lelaki Ini bagi segmen tribute, selain Mahakarya Cinta (Faizal Tahir). Memang terangkat dan meremang bulu roma.

Duet Bukan Cinta Biasa dengan iringan tiupan seruling oleh Mohar juga menarik perhatian saya. Intro indah yang digubah semula, menyaksikan persembahan Siti yang sentiasa cuba mencari kelainan dalam menarik perhatian peminat-peminat setianya.

Puass!! Biarpun terpaksa meredah hujan yang sedikit lebat dari parkir ke pintu stadium (hampir kuyup baju saya!) tidak mematahkan semangat saya dan rakan-rakan untuk menyaksikan konsert Siti ini.

Ahad pagi, saya bangun dengan perasaan yang tersenyum.

Oh, Siti!! Cepat-cepat dikeluarkan album DVD konsertnya nanti ya!

Kredit foto : mStar Online & Calmille

Stabuxguy - Simpan senyum melihat Siti sepanjang minggu :)

Thursday, November 12, 2009

Tutorial Grafik : Langkah Mudah Membuat Efek “Glossy” Pada Teks

Hai!

Ops- jangan terkejut. Ya, kali pertama, setelah bertahun-tahun menulis tentang cerita kehidupan, mulai hari ini, saya akan mula berkongsi menyiarkan tips-tips ringkas dan tutorial menarik menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator.

Anda sudah bersedia?

Khas buat anda yang meminati senireka grafik khususnya, untuk tips/tutorial pertama ini (yang telah saya praktikkan sendiri), saya kongsikan dengan anda cara-cara untuk membuat efek "glossy" pada teks.

Beberapa langkah mudah tutorial ini adalah menggunakan perisian Adobe Illustrator.

Mari kita cuba!

Perisian diperlukan : Adobe Illustrator

Langkah-langkah :-

1. Create Outlines

a) Buka perisian anda dan pilih teks yang diinginkan.
b) Tukarkan teks kepada outline (create outlines).
c) Cara :

Type>Create Outlines.



d) Ini adalah hasil setelah anda memilih "create outlines" :


2. Pilih Offset Path.

a) Seterusnya, buatkan langkah kedua pula iaitu "offset path".
b) Pilih Object>Path>Offset Path. Rujuk rajah di bawah :

b) Masukkan nilai seperti di bawah ini bagi menjadikan "offset" anda berada 'di dalam' teks asal.

Klik OK dan anda kini bersedia untuk langkah seterusnya. Rajah yang di zoom di bawah ini ialah hasilnya bila anda menetapkan "-2px offset path" :

3. Isikan Path anda dengan warna putih.

a) Untuk langkah ketiga ini pula, anda haruslah memilih keseluruhan teks "path" baru di atas, dan isikan warna "fill" di dalamnya dengan putih.

Saya memilih putih kerana ianya adalah warna umum bagi "glossy".

4. Buatkan Potongan.

a) Ini adalah bahagian kesukaan saya- pilih kotak atau 'rectangle' (yang berwarna putih), sejurus pilihan anda masih aktif, pergi ke Select>Same>Fill Color dan anda kini akan mendapat keseluruhan bahagian teks yang ingin anda 'potong'. (Lihat rajah di bawah)

b) Sebelum membuat pemotongan, pastikan anda memilih bahagian "path" yang betul.

c) Seterusnya, cari butang "Crop" pada bahagian menu Pathfinder, dan klik bagi membuang bahagian "path" yang tidak diperlukan. (Window>Pathfinder)

d) Inilah bentuk baru yang terhasil pada teks :



5. Aturkan opacity

a) bagi mendapatkan kesan atau efek yang betul, setkan "opacity" pada teks mengikut pilihan dan kehendak yang sesuai.


b) Untuk tujuan ini saya telah setkan opacity pilihan kepada "60%".
c) Anda kini dapat melihat perbezaan warna bagi bahagian teks atau "path" yang dipotong tadi berbeza dari warna teks asal.
d) Lihat hasilnya!


Selamat mencuba!

Hubungi saya bagi sebarang pertanyaan/pendapat/komen :

Kash
Graphic Designer/Freelance Writer/Photographer
Kuala Lumpur, Malaysia

+artwork : http://kashatwork.blogspot.com
+photoblog : http://www.photoblog.com/stabuxguy
+e-mail : kashatwork@gmail.com
+h/p : +6017.394.0759

Tuesday, November 10, 2009

My New Favourite Track... Owl City by Fireflies

Jika berkerja di rumah, tak sah jika tidak memasang siaran MTV. Selain video-video terbaru, himpunan lagu-lagu hebat terkini, MTV turut menjadi peneman saya kala bersendiri. Itu terapi yang saya terapkan hari-hari.

Langsung menonton, saya terpaku sebaik dimainkan klip video Fireflies dari persembahan Owl City. Muzik elektronik yang santai dan mudah, buat saya terasa ingin menari dan terbang.

"'Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance..."

Hanya dengan bermain piano sepanjang durasi (tanpa sebarang pergerakan lain atau menampakkan muka), cuma mainan-mainan kecil di sekeliling yang menjadi objek atau latar lagunya. Comel!

Owl City, atau nama sebenar beliau Adam Young kini sudah pun menawan beberapa carta lagu terhebat dunia.

Inginkan info tentang Owl City, klik di sini.


Owl City
Fireflies

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep

'Cause they'd fill the open air
And leave teardrops everywhere
You'd think me rude
But I would just stand and stare

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems

'Cause I'd get a thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
As they tried to teach me how to dance

A fox trot above my head
A sock hop beneath my bed
A disco ball that's just hanging by a thread

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

Leave my door open just a crack
(Please take me away from here)
'Cause I feel like such an insomniac
(Please take me away from here)
Why do I tire of counting sheep
(Please take me away from here)
When I'm far too tired to fall asleep

To ten million fireflies
I'm weird 'cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said farewell

But I'll know where several are
If my dreams get real bizarre
'Cause I saved a few and I keep them in a jar

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

I'd like to make myself believe
That planet Earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
'Cause everything is never as it seems
When I fall asleep

I'd like to make myself believe
That planet earth turns slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I'm asleep
Because my dreams are bursting at the seams

Download MP3 Firelies di sini.

Stabuxguy - Dah tukar ringtone handphone ke intro Firelies. Saya suka lagu ini, ringkas, namun beri semangat yang mendalam.

Monday, November 9, 2009

Tanda (Jelas) Cinta Berakhir

Setiap pagi, selain dari rutin membaca sisipan-sisipan akhbar di internet, saya juga gemar singgah di blog kawan-kawan- sekadar melihat apa yang terbaru, selain membaca info-info menarik yang dipaparkan.

Ada yang berguna untuk dikongsi, tak kurang boleh dibuat ubat untuk ketawa pagi-pagi.

Ralit melayar ke sana-sini, info di bawah ini mungkin berguna buat anda yang mungkin tercari-cari atau masih berfikir, kenapa si Dia berubah? Apa yang tak kena agaknya? Nah, 10 Tanda Cinta Berakhir Untuk Anda...

Sekiranya kamu berasakan hubungan sudah ‘gawat’, cuba lihat tanda-tandanya, supaya kamu tahu apakah hubungan itu masih mampu diteruskan atau tidak.

1. Bila nombor telefon rumah atau handphone si Dia berubah.

Sudahlah begitu, kamu tidak diberitahu sama sekali. Di nombor lama, kamu cuma mendengar voice mail yang mengatakan bahwa nombornya sudah berubah.

2. Dia tidak lagi mencari kamu.

Kalau dulu setiapkali ada waktu terluang, ia selalu mencari-cari waktu berduaan dengan kamu, sekarang si dia lebih suka menghabiskan waktu terluangnya dengan orang lain atau teman-temannya.

3. Dia pindah rumah … tanpa memberitahu kamu

Alasannya, ‘lupa’. Hmmm, ini kamu harus tanya, “Lupa atau buat lupa ?” Ini tanda yang cukup berat, bererti si dia tak mahu berurusan lagi dengan kamu.

4. Bersikap Tidak Peduli Lagi.

Tiba-tiba saja si dia tak peduli lagi, kalau kamu merajuk serta tak menaruh perhatian terhadap apa yang kamu (tidak) sukai, dan apa pun yang kamu lakukan.

Pendeknya, kamu kamu mahu berontak pun, dia tetap tak peduli.

5. Foto kamu hilang.

Foto kamu yang selalunya berada di dompet, di meja belajar/kerja, atau di kamarnya sudah tiada lagi Ah, kalau begini, foto kamu tidak bererti apa-apa lagi, selain nostalgia di dalam laci atau di kotak kasut.

6. Dia lebih senang keluar bersama teman-temannya.

Ciri-ciri ini sudah sangat jelas , mana ada kekasih yang lebih suka menghabiskan waktu dengan teman-temannya sendiri berbanding dengan buah hatinya?

Sedarlah, kamu bukan lagi Nombor Satu dalam hidupnya.

7. Dia ‘lupa’ hari jadi kamu.

Dia tidak lagi ambil berat tentang hari-hari istimewamu. Malah hari jadi kamu yang dulunya disambut dengan penuh istimewa tidak lagi dia ingat. Itu tandanya dia sudah jemu atau bosan dengan kamu.

8. Dia banyak mendiamkan diri

Si Dia yang periang dan lucu tiba-tiba menjadi pendiam dan membosankan ketika bersama kamu. Malah dia lebih suka menyendiri dan jarang berkomunikasi dengan kamu walau melalui telefon. Kamu yang penat menelefon dia tetapi dia tidak pernah mahu menelefon kamu lagi.

9. Dia sudah punya kekasih baru.

Mahu ditunggu apa lagi? Adakah kamu mahu dimadu? Lupakan saja dia dan carilah orang lain yang lebih menghargai kamu dan mencintai kamu .

10. Dia berterus-terang mengatakan segalanya sudah berakhir.

Kalau hubungan ini secara jelas disebut sudah berakhir oleh kekasih kamu, ertinya memang sudah berakhir. Si Dia terang-terangan menunjukkan minatnya terhadap kamu sudah tidak bererti apa-apa. Lebih baik berundur dari terus merayu agar hubungan itu diteruskan.

Ada yang mengeluh? Tarik nafas anda.

Kata orang, cinta itu indah- pada awalnya- ya! Tapi bagaimana jika wujud perasaan-perasaan atau perkara-perkara seperti di atas?

Setiap dari kita pasti sering bertanya pada diri sendiri, adakah saya berada di landasan yang betul? Benarkah si Dia benar-benar milik saya? Masihkah ada cinta di hatinya?

Tidak kira apa pun jenis status hubungan anda-

Kata seorang teman, tidak guna bertahan jika hubungan sudah di hujung jalan. Pilih simpang yang terbaik. Perlu juga jadi selfish kadang-kadang.

Saya senyum simpul. Angguk tidak, geleng pun tidak. Tepuk dada, tanya hati.

Stabuxguy - masa untuk ke gym- cantikkan diri!

Friday, November 6, 2009

Pisau Cukur- Gandingan Yang Kecoh!

"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?"

Panasss!

Oh, my Gucci- sabar, sabarr... jangan ada yang tersalah tafsir. Perenggan di atas bukanlah dari luahan kata-kata saya.

Membayangkan gelagat gila-gila si Fazura, dan sisi lain Maya Karin, saya mengajak AM dan Ir menemani saya untuk sama-sama menonton Pisau Cukur malam tadi TGV, KLCC. Tepat jam sembilan malam, kami memasuki panggung. Orang agak ramai semalam, hampir sesak satu panggung. Ada yang datang berkeluarga, berkumpulan, tak kurang pasangan-pasangan bercinta. Wah, begitu ramai orang yang suka menonton filem Melayu sekarang ya?

Dimulakan dengan intro Fazura (Intan) yang sedang menghoskan rancangan 'Jejak Jenayah' di kaca tv, babak beralih kepada si jelita Maya Karin (Bella) yang sedang menunggu keputusan di pentas (uh lihat aksi gatal Maya- saya suka!) untuk diumumkan juara rancangan realiti, 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?'.

Menariknya, beberapa orang cameo (selebriti popular) muncul di sini, antaranya Norman KRU (sebagai jutawan), Nabila Huda (peserta/juara) dan juga Nabil (pengacara rancangan).

Gagal dalam rancangan 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?', Bella mengikuti Intan untuk bercuti dalam pelayaran kapal mewah.

Misi mereka?

Mencari lelaki-lelaki kaya yang berpangkat untuk dijadikan calon suami!

Penceritaan yang tampak mudah dan klise namun berbekalkan mutu skrip yang segar dan kreatif (kredit buat Rafidah!)- Pisau Cukur lain dari yang lain dan punya kisah yang tersendiri.

Lucu dan sinikal- sebagaimana Gol & Gincu, Pisau Cukur hadir dengan pakej yang hampir lengkap. Gandingan terbaik Fazura-Maya Karin (setakat ini) selain kemunculan ramai cameo selebriti popular tanahair juga tambah menjadikan Pisau Cukur lebih menarik dan seronok ditonton.

Diadun dengan agak baik, biarpun penggambaran dijalankan bukanlah di atas set kapal mewah sebenar (kos yang agak mahal), namun pengarah bijak menutup kelemahan berkenaan dengan memaparkan sebuah lakonlayar yang berkesan. Saya jamin anda pasti terlupa tentang kekurangan ini, sebaliknya terhibur dengan gelagat Intan/Bella serta kisah pencarian mereka.

Terdapat dua bahagian cerita yang bergerak 'selari' dalam filem ini, sesuai dengan watak dua heroin yang dibawa Fazura-Maya Karin.

Bahagian 1- Fazura (Intan)

Menyiasat kematian Datuk Zakaria Hitam/Zak (Datuk Rahim Razali).

Datuk yang mempunyai tiga isteri telah didapati meninggal dunia dalam pelayaran secara misteri dan mengejut. Ketiga-tiga isterinya, (dilakonkan oleh Khatijah Tan-Datin Wahidah, isteri pertama, Umie Aida- Naini, isteri kedua dan Sharifah Sofia- Sal, isteri ketiga) adalah suspek. Dibantu oleh Ari (Aaron Aziz), seorang penyiasat persendirian, Intan mula menyiasat punca sebenar kematian datuk.

Watak yang gedik dan sedikit 'kepoh', busybody pada awalnya, anda akan mula menyukai Intan di atas ketelusannya.

Paling saya suka beberapa 'dialog berjenama' yang menjadi 'trademark' Intan. Saya pasti dialog-dialog berkenaan akan menjadi popular sedikit masa lagi.

Bahagian 2 - Bella (Maya Karin)

Kecewa dengan kekalahannya dalam merebut gelaran juara sebuah rancangan realiti, Bella mengikut Intan belayar menaiki kapal mewah, Puteri Duyung. Misinya hanyalah untuk mencari lelaki kaya untuk dijadikan calon suami.

Beberapa lelaki cuba merapatinya, antaranya Datuk Zak sendiri. Menolak untuk dijadikan isteri keempat Datuk, Bella secara tidak sengaja telah bertemu pula dengan seorang peminat rancangan 'Siapa Nak Kahwin Jutawan?' yang mengenalinya, Faqir (Redza Minhat).

Kerana sindiran Faqir, Bella menolak untuk melayannya, sebaliknya bertemu cinta hati yang dicari-carinya, seorang jutawan kaya-raya berstatus duda. Beberapa rancangan dijalankan untuk mendekati Datuk Hisham (lakonan Eizlan Yusuff), si jutawan sehinggalah lelaki berkenaan akhirnya juga jatuh cinta kepada Bella.

Saya tertarik dengan lakonan Redza Minhat (Faqir), biarpun masih baru dan kelihatan agak kaku, namun watak Faqir tetap menarik dan cute. Faqir punya ciri-ciri seorang lelaki gentlemen yang baik dan tidak mustahil digilai ramai wanita. Namun kerana lebih melihat kebendaan dan wang, Bella telah tersalah pilih.

Rata-rata pelakon yang membintangi filem ini mempamerkan mutu lakonan yang baik dan berkesan. Sebagai contoh, Datuk Zak, walaupun hanya beberapa babak sahaja, tetapi impaknya juga kuat dan beliau merupakan punca segala kekecohan utama yang berlaku.

Fazura lebih hebat?

Saya tidak nampak mengapa isu ini harus timbul. Pada saya, baik Fazura atau Maya Karin, kedua-duanya hebat dengan watak masing-masing. Fazura yang agresif dan lebih gedik, sesuai dengan riak wajah dan karakternya, manakala Maya Karin lebih lembut namun agak gila-gila juga. Nampak keserasian mereka bila bergandingan bersama. Masing-masing bijak membawa karakter dan apa yang penting- serasi dan happening!

Sisi lain terbaik lakonan Maya setakat ini.

Dan Fazura, selepas Pisau Cukur... saya semakin, semakin... menyukai anda!

Oh, my Prada- haha!

Selamat menonton!

p/s : Tak sabar menunggu dua lagi filem mega tahun ni- 2012 dan New Moon. Ada yang mahu ikut saya ke panggung?

Stabuxguy

Ulasan Blogger lain :

Ajami Hashim