Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Friday, June 29, 2007

Malam, Pantai Dan Kota Bharu


hari kedua pulang dari kota bharu, saya ditimpa demam. hanya terlantar di rumah, tonton astro, layan dvd. ah, ada pro dan kontranya. paling bagus bisa rehat sepuas-puasnya. namun bosan juga terlantar begitu.

"you okay? mahu ke klinik?".

saya angguk lemah.

"siap now. i sampai nanti...". klik!

kata doktor, demam biasa-biasa sahaja. saya lega. mujur tidak terkena denggi or yang sewaktu dengannya.

"datang lagi dua hari kalau masih tak ok. kita buat ujian darah...".

saya menarik nafas lega.

di kampung, tiga hari berturut2 orang kesihatan datang menyembur racun mencegah denggi. satu rumah disembur mereka. kata sepupu, dah ramai yang terkena. mak jah, pak cik abas, satu famili terkena denggi. saya angguk. ni kira sindrom sekampung la ni.

kota bharu, oh! kota bharu

sepanjang pulang bercuti, biarpun tanpa ariff dan eidie, saya ditemani beberapa orang kawan baru - shrek, fifi dan abib. masih muda dan bergelar pelajar semuanya (terasa tua sangat bila lepak-lepak ngan diorang. yang bestnye semua tak tahu umur saya dah menginjak ke angka 25. hahaha...).

takpe yang penting, memasing berperangai gila-gila macam saya. dan port hari-hari kitorang mana lagi the one and only- kb mall. kebetulan fifi bekerja part time di salah sebuah butik di situ. puas pusing-pusing, jalan-jalan kami lunch di noodle station. best. terletak di tingkat paling atas kb mall, food pun okay, tak mahal dan yang pentingnya tempatnya agak privacy dan ala-ala secret recipe gitu. sambil makan bleh ushar2 orang main bowling. :)

*puas cuci mata sambil ngumpat gitu...

noodle station - apa yang menarik?

saya beri empat bintang untuk senarai menu dan food presentation-nya.

kenapa?

selain dari menu/pesanan yang diambil pelayan menggunakan gajet palm (macam O2), saya sukakan hampir kesemua jenis makanannya. sedap dan berbaloi dengan wang yang dikeluarkan. tak silap saya ini adalah cawangan kedua di kota bharu. satu lagi terletak berhampiran stadium sultan muhamad iv.

siapa kata aktiviti di kelantan membosankan?

malam tak pernah mati di kb. hari pertama, saya join shrek dan kawan-kawan lepak di mamak berhampiran kb mall (erk, mamak?). biarpun tak semeriah mamak di KL, tapi masih okay (ermm). dari situ, hampir ke jam dua belas, kami bergerak ke pcb (pantai cahaya bulan). saja ambil angin malam di tepi pantai sambil feeling lite-lite.

"you dah dah ngantuk? masih okay?". ujar fifi bimbang saya kepenatan.

saya follow aje. kami konvoi tiga kereta. saya tumpang abib. fifi sama shrek sementara sebuah lagi kawan-kawan mereka yang lain.

kami menghabiskan malam di pcb. seronok, borak-borak sambil mendengar hembusan angin dari laut china selatan. dengar shrek, fifi dan abib melawak, si faisal (gang dalam another group) pula menyanyi- hah, hilang stress saya seketika.

dan, jangan tak percaya, si fifi kena kacau malam tu. dia apa lagi, tambah seronok gitu. laku you ya, fi! hahaha...

"sini pun ala-ala tasik tau. you pose aje kat tepi-tepi air tuh sure ada yang ngorat...", ujar shrek sungguh-sungguh.

lama di pantai, saya tarik tangan abib. kami ke jalan-jalan di gigi air. beri saya peluang untuk lebih mengenalinya. muda dan kacak, wajah abib yang iras-iras si awal pelakon diva itu ternyata sedikit-sebanyak memikat hati saya.

saya suka lihat senyuman abib. dia malu-malu.

"takde pengalaman...", aku abib jujur.

dari jauh, saya lihat shrek dan yang lain-lain bermain air. seronok pula!

ternyata balik kampung kali ni telah mencipta suatu kenangan baru buat saya. selain dari menjadi titik terakhir (sebelum berangkat ke germany minggu depan), ah, ada sesuatu yang rasanya... hmmm... biarlah saya simpan sendiri. moga ianya membuat saya lebih berhati-hati selepas ini. pesan saya, jika anda mencintai seseorang, janganlah ragu-ragu terhadapnya. usah lakukan sesuatu yang bisa merugikan hubungan dan diri anda sendiri. percaya, itu kunci- nescaya cinta itu kan menjadi milik anda berdua. buat kalian... ya kalian, anda dan dia- maafkan saya! maafkan saya! maafkan saya! (gaya intonasi milik rita rudaini dalam cinta).

A - saya tak berniat untuk menghancurkan. pertemuan dan peluang mengenali anda membahagiakan saya. cuma mungkin jarak dan usia yang menjadi penghalang- saya kira. moga anda ketemu si dia yang lebih dan benar-benar memahami...

B - terima kasih untuk 'cinta' ini. biarpun anda dan saya lebih memahami, hakikatnya kita juga tak mampu untuk saling memiliki. biarlah... biarlah saya semat cinta dan diri ini dan bawa bersama merentasi tiap inci dan jurang benua... ada jodoh, ada lah.... saya terima...

"dude, demam cemana, dah okay?".

saya yang ralit dikejutkan dengan bunyi beeping di YM. bang rudy menegur. Rudy Bluehikari. saya tersenyum lucu. dari insiden 'belek kamus'. saya angguk sambil jari pantas menaip perkataan.

"dah okay sikit. semalam ke pusrawi...".

mujur juga ada aral yang sudi menemani saya ke hospital. sibuk-sibuk dia pun masih sempat mencuri masa untuk saya.

"thanks...".

"untuk apa?".

"teman i-lah...".

"eh, dah jadi tanggungjawab kan...".

saya senyum aja seraya melihat ke depan. betapa saat ini bakal saya rindukan. sementelah berada di perantauan nanti, entah masih utuh atau tidak hati ini. oh, perasaan, berhentilah.

seketika saya terasa kejap di tangan. aral menggengam erat.

"jangan lupakan i...".

sekali lagi saya tersenyum. masih memandang ke depan. saat itu juga terasa kebah tiba-tiba. demam saya hilang entah ke mana. dan kenangan di pantai malam itu kembali menjelma...

stabuxguy - selamat kembali kak wan saya! selamat kembali dari New Zealand- selamat pulang ke tanahair dengan selamatnya...!

Wednesday, June 20, 2007

Malam Itu

malam yang indah. biar agak larut, mata bagai susah nak dipejam. selesai mandi, saya kembali mengadap laptop, menyambung singgah ke blog, melawat laman teman-teman. erm, baru sedar... sudah beberapa hari saya tidak update blog sendiri rupanya. nasib baik belum bersawang!

okay, apa yang menarik lately ya? hmm...

saya ke klcc siang tadi. seperti dijanji, bertemu pelanggan, naz yang baru menubuhkan syarikat sendiri - Mentari. beliau meminta saya mereka logo buatnya.

hampir seminggu, kata saya. biar tak cukup masa, saya cuba juga. banyak-banyak yg saya buat - hasilnya, seperti yang anda lihat di bawah ini. simple namun sesuai dengan konsep dan jenis pilihan produk/perniagaan yang bakal diusahakan oleh beliau. nak tahu apa jenis perniagaannya? haha, kena la hubungi sendiri ya.

terima kasih juga kepada naz kerana sudi menemani saya ke TGV menonton Fantastic 4. sequel yang memang saya nanti-nantikan sebenarnya. jujurnya, edisi kedua ini tidaklah terlalu mengecewakan. puas hati kata orang. cuma siri pertama lebih menghiburkan saya. takpe, kita tunggu pula serangan transformer minggu depan ya... dan, oh! jangan lupa - harry potter. akan datang. jaga-jaga...

habis menonton kami berpecah. saya sempat singgah di tower records membeli runut dari filem Diva. pertama mendengar sedutan lagu dari trek ke 6, "padamkan ragu" buat hati saya meronta-ronta mahu segera mendapatkan album penuhnya. ternyata langkah saya ke tower records tidak sia-sia. jika minggu lalu saya membeli dvd filem "Cinta", kali ini runut Diva pula menjadi pilihan saya. biarpun mendapat undangan dari pihak astro shaw untuk bertandang ke tayangan perdana (dijadualkan awal pagi tadi), namun saya dengan rendah diri terpaksa menolak. cukup-cukuplah saya menulis seratus-peratus tentang hiburan. di stabuxguy cuma sekadar catatan harian. saya harap tiada yang terkeliru dengan tulisan saya di catatankash. stabuxguy dan catatankash adalah dua medium yang berbeza (saya kira). saya lebih selesa jika stabuxguy bersifat sedikit peribadi (biarpun tidak 100%).

di tower, saya menerima sms dari amal, saudara merangkap sepupu saya. terkejut juga pada mulanya.

"kat mana? datang ke topshop now. aku keje sini."

hah, biar betul. sebaik membayar, saya pantas langkah ke topshop pula. tak sabar, lama benar tak jumpa dia.

dari jauh, amal dah senyum-senyum, sambil menggamit saya. sampai sahaja ke pintu topshop, dia pantas merangkul. tanpa hiraukan sekeliling, kami bepeluk-pelukkan seketika. memang macam tu la kalau dah lama tak jumpa. amal memang mesra. agaknya itulah yang membuatkan ramai yang senang dengannya.

"wah, makin kurus ya kau sekarang, mal. takut aku tengok. slimm sangatt!".

"makan hati beb... huhuhu...".

gitulah. susah jadi popular ni. tak sempat borak lama, aral pula menelefon.

"babe, i dah sampai isetan. wait you kat entrance now."

saya terpaksa tinggalkan amal.

"nanti aku call ya! jumpa kau break sok."

dari topshop, saya gegas sekali lagi ke tingkat atas isetan. aral senyum-senyum bila lihat saya. dah tiga hari tak jumpa. masing-masing busy.

"dari mana ni, lain macam ja?". pelik, selalunya aral simple aja.

"ofis la, tv3. ada meeting tadi. jumpa big boss". ooo.. patut lah.

"nak dinner kan? kg. baru jom... i banjer...". sekali-sekala offer diri. ah, bukan selalu. give and take lah. banyak kali dah saya bagitau dia.

"nope, babe. my tanggungjawablah...".

saya geleng, tak setuju.

"sama-sama...", tegas saya.

dah lama tak ke lala seafood. pernah saya bawa AM ke sana, tak pasti dia suka ke tak. tapi tak kisahlah. dari ke kawasan nasi lemak antarabangsa yang penuh sesak tu, baik saya bawa aral ke sini. lebih tenang dan privacy.

"orderlah. you should eat, muka dah exhausted tu...".

"tak habis you makan ek...".

erk! saya pula...

hampir sembilan malam, aral hantar saya ke rumah.

"singgah?".

"boleh juga. kejap je la. ada dumpling rumah nenek i jam sebelas."

"err, nak ikut?".

"hah? err...".

"i kan family jugak kan...".

nak terkekek saya lihat muka aral dah berubah.

"acah je lah...". berani dia nak bawak saya. hahaha...

kami habiskan menonton queer as folk (musim ketiga) bersama. tak sampai dua episod, saya ajak aral ke balkoni.

"lihat KL... cantikk!".

ya, cantik. dari balkoni apartment saya, KL umpama lautan neon yang memukau. dari eye on malaysia, ke KLCC... deretan flat-flat DBKL... semuanya bagaikan bersatu, mencipta suatu keindahan malam yang tenang.

"i'm gonna miss all this...".

"yeahh, i'm gonna miss you too...".

erk? hehehe...

stabuxguy : rasa cam nak tutup muka ngan bantal seketika...

Thursday, June 14, 2007

Petikan JELITA : E-mel Dari Christchurch

SUNYI sepi. Itulah gambaran pertama saya terhadap bandar Christchurch, New Zealand. Pesawat yang saya naiki dari Auckland mendarat kira-kira jam 5 petang. Selepas mengambil bagasi, saya menunggu Kam yang tidak saya kenali untuk menjemput dan menghantar saya ke rumah penginapan sepanjang tempoh kembara saya di sini.

Kam adalah bekas penuntut kawan saya di Malaysia. Kini, dia sedang menjalani pengajian ijazah kedoktoran di Universiti Canterbury.

Kami saling memandang. Dan saya menegur dahulu “Kam? Saya Azwan”. Kam seperti kurang percaya dan terus berkata: “Oh..saya ingatkan lelaki kerana namanya Azman”. Kami ketawa serentak. “Saya sudah agak. Kakak saya bertanya adakah Kam tahu yang saya wanita dan saya katakan tidak pasti. Kakak saya risau jika gender akan menjadi isu untuk berkongsi rumah…ha ha ha,”. Kam berkata, itu tidak menjadi hal walaupun masih terperanjat dengan hakikat bahawa Azman adalah wanita....

(baca cerita selanjutnya dalam JELITA keluaran JUN 2007)

teringin nak berkongsi. maaf ya, kak... lambat posting petikan-petikan ini. seronok membacanya! pada anda yang teringin nak tahu kehidupan dan gambaran sebenar di negara Kiwi, nah klik aja di imej (untuk view yang lebih besar) ya...


stabuxguy : nanti tunggu e-mail dari germany pula ya... haks!

Sunday, June 10, 2007

Dari Bakaugruv, Morib Ke Lantai IB

hujung minggu saya benar-benar terisi kali ni. dari bulan lalu saya merancang untuk ke morib, selain jalan-jalan, habiskan sisa-sisa di malaysia - teruja melihat dan membaca tentang kisah menarik seorang lelaki yang begitu humor sifatnya, penuh semangat dan paling penting, dalam versi usianya, lelaki itu nyata istimewa.

kak sam kata,"dude, jangan lupa to call him bapak ya. for sure he will so happy to see you dear...".

tambah semangat saya.

jangan keliru. bapak ialah ayah kak sam saya. saya pasti kak sam gembira kerana saya bukan sahaja ke morib menziarahi bapak, malah saya, AM serta kak bai, kami turut membawa bapak sebiji cheesecake - khas dari dapur secret recipe! hmm yumm.. yumm....

"apa buah tangan yang bapak paling suka?".

"hang tak payah bawak apa-apa, dear... cukup aje kalau kasi bapak hadiah sebiji cheesecake. dia pasti suka!".

bagus juga idea tuh. sementelah juga harijadi bapak semalam kan, tukas saya.

awalnya mahu bersama teman serumah, namun ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, namun nasib baik juga AM menawar diri untuk turut bersama di saat-saat akhir. ah, bagus juga. dah lama juga saya tak habiskan masa dengan AM. memasing busy dengan kerja dan kehidupan seharian.

kami tiba di morib hampir tengahari. sempat singgah di tanjung sepat untuk sarapan pagi (yang sepatutnya dah dikira lunch). hehehe...

kak bai : laperrrr....

saya : ya, laperrrrr jugekkk!

habis makan, kami terus ke bakaugruv. kelihatan bapak sekeluarga telah sedia menunggu kedatangan kami. saya meluru dan mendakap bapak.

jujurnya, itulah kali pertama kami bersua muka - terasa seakan telah lama kami saling mengenali. bapak begitu baik melayan. senyum ketawa tak pernah lekang dari dirinya. ada sahaja benda atau perkara yang ingin diperkatakannya. benar kata kak sam, bapak seorang yang sentiasa ceria, cool dan happy. saya senyum sendiri. mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

tak tunggu lama, AM segera mengeluarkan cheesecake. nampak wajah bapak bertambah ceria. kami celebrate sama-sama. masing-masing menyanyikan lagu 'happy birthday' buat bapak. akak, best sangat kalau akak ada time nih. tak dapat digambarkan perasaan saya dengan kata-kata - betapa saya amat rindukan saat-saat seperti ini dalam sebuah keluarga. rapat dan mesra.

buat bapak, tahniah kerana mempunyai sebuah keluarga yang aman dan bahagia. tahniah juga kerana lewat usia begini, bapak masih mampu mengukir senyum dan bergelak ketawa bersama kami. tahniah, tahniah dan tahniah!

bapak, SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN YANG KE 69!!


*biarpun lambat wish, tak kira, tak kira, tak kiraa... nak wish gak.. hehehe....

dari rumah bapak kami ke belakang. saya, kak bai dan AM - kami tuju ke jeti menghala ke pantai. sempat snappy-snappy di anjung hujung. baru saya teringat (itupun setelah AM yang memberitahu), di anjung inilah bapak pose ngan wheelchair-nya dalam blog kak sam tu. oooo... a'ah. ye lah. hehehe...


apalagi, snappy-snappy la jugak.


dari anjung, kami bergerak kembali ke bakaugruv. bertemu abg azmarol (adik kak sam), dia dengan senang hati membawa kami ke jeti kedua (yang dah agak usang) untuk melihat pokok-pokok bakau dengan lebih dekat. sempat juga dia menunjukkan kami beberapa rumah kecil berbentuk A-shape yang dijadikan bilik-bilik bagi pengunjung yang ingin bermalam.

cool juga tempat ini. sesuai bagi sesiapa yang mahu relaks dan hilangkan stress. pantai pun dekat. kaki pancing pun sesuai kalau nak menginap di sini.

tapiii... opss! terpandang satu papan tanda khusus di satu sudut kolam.

"abaikan. itu kak wan hang la yang letak. aku tak campur...", ujar abg azmarol dengan selamba.

nak tahu apa dia?

nah, ini dia... tak pernah saya jumpa mana-mana papan tanda 'dilarang memancing' yang begitu cungg... (sopan gitu). opss!

puas dibawa abg azmarol jalan-jalan, kami lepak di cafe bakaugruv pula. saya memilih asam boi. fuuhh... lega. hilang dahaga!

cafenya agak luas. waktu kami minum2 tu, ada lagi sekumpulan pelajar motivasi yang turut join untuk makan tengahari.

erk, dah tengahari ya?

"ok, jom. kta pi pekena makan tengahari kat rumah pulak. depa dah masak tuh!".

kak bai, lapar lagi?

hehehe...

makan tengahari.

ikutkan memang dah kenyang sangat dah, tapi dek kerana tak elok la kan tuan rumah dah pelawa, tambah pula dengan lauk ikan kering sepat, kari ikan pari, ulam-ulaman dan macam-macam lagi lauk kampung - duhh, sebut pepagi ni pun buat saya kecur seketika!

AM awal-awal lagi dah ceduk nasi separuh (cam biasa) dan amik sikit lauk - wat cukup syarat dan terus pi duduk jejauh. nak makan sikit aje katanya.

saya dan kak bai?

hahaha... jangan tak percaya, bapak ngan abg azmarol punya pasal, (saya tak tahu kak bai) empat pinggan saya tambah hari tuh. duhh, kenyang tok sah cakap lah. rasa nak meletup perut. bapak happy sangat sambil suruh saya tambah-tambah lagi.

"err, sorry dah tak boleh dahh...". hahaha....

lauk memang sedapp. kredit tu kak mary (yang vouge) ngan tukang masak-tukang masak yang lain. honestly, hidangan tengahari tu memang lain dari yang lain. ikan sungai ke, ikan laut ke, segala jenis ulam-ulaman terus saya belasah. takder pantang-pantang dah.

yalah, bila lagi nak mencuba kan?

okay habis pasal makan.

selepas hampa semuanya dok tunggu berita pak lah (yang tak keluar-keluar), saya ajak reramai pose untuk blog. khas buat kak sam di negara kiwi yang kini sedang enjoy sakan dengan kak bedah maskara and sons... terima lah pose istimewa kami bersama bapak dari bakaugruv ni...


dari bakaugruv, kami bertolak ke pantai morib.

"masih nak main layang-layang ke?".

"mestilah. nanti nak show kat si xis tu. nak letak pic ngan lelayang jugak tayang kat blog." hahaha...

dah singgah dan main lelayang tuh, cam hilang pulak rasa kenyang tadi. enjoy sangat. AM saya beli dua layang-layang. oh-oh, kak bai pun beli satu ya. buat anak buah katanya.

kami main puas-puas.

"okay bang, now snap pic masa lelayang ni rendah plak. kasi nampak sema ya!". hahaha... gitulah betapa demandnya saya. tak mahu kalah ngan xis rupanya.

ah, kenangan sebenarnya. saya pasti rindukan saat-saat sama AM dan kak bai di morib kali ni. kali kedua kami benar-benar have a good time selepas bali.

"masih larat ke tengok URMI di IB?".

saya angguk.

"mestii...".

"okay, tido la jap. dah tua-tua ni, tak larattt...", celah kak bai.

hehehe...

untuk cerita di IB, tak perlu saya ulas lanjut (dah tak larat nak taip actually... hehehe!). thanks to xis (akhirnya!) sebab rajin - klik sini untuk baca. *lurve yu xis!

jujurnya, saya teruja sebab si chedd dan err, siapa sorang lagi, ermm.... samantha. ya samantha schubert. bukan samantha kakak saya di new zealand tu ya. haks, siapa mereka ni? well, i met them personally before, sorang di launch buka puasa red kebaya, dan sorang di konsert ke-2 AF5, tapi tak sure la mereka masih ingat saya ke tak... hahaha....

ceritanya simple (plot berbahasa inggeris) dan pada yang meminati atau mengikuti karya-karya shakespere pasti tahu bagaimana perjalanan cerita dan konsepnya. cukup sahaja saya memberitahu yang menonton malam itu, saya, xis, kak bai, AM dan armin, teman serumah saya.

sekali lagi, klik di sini untuk baca ulasannya ya...

duh, sabtu yang penat namun menyeronokkkan!

*kredit buat bakaugruv. untuk maklumat, sila hubungi encik zul di talian 603-3148 1562 bagi penempahan dan penginapan. website BAKAUGRUV KAMPUNG RESORT.

stabuxguy - dalam URMI, teringat waktu menonton tarian kecak bersama kak sam dan AM di uluwatu... dari konstum, konsep, kecak dancers. sama! arghh... baliii. rinduuuu... :P

Friday, June 8, 2007

Guten Tag! Mein Name ist Kash! (",)


German For Dummies uses the renowned Berlitz approach to get you up and running with the language – and having fun too! Designed for the total beginner, this guide – with dialogue and pronunciation audio CD included – will introduce you to basic grammar, then speedily have you talking about:

Dining out
Shopping
The office
Planning a trip
Recreation
Partying
Trains, planes, and automobiles

In addition to the audio conversations, fun and games sections ease your way into German fluency, while phonetic spellings following expressions and vocabulary improve your pronunciation, and helpful boxes and sidebars cover cultural quirks and factoids. And, in trademark For Dummies fashion, you’ll go beyond expressions for checking train schedules or buying potatoes to learn:

Things never to say in German
Ways to pick up German quickly
Phrases that make you sound German
Holidays to remember
Emailing and Internet vocabulary
German TV and movie vocabulary
How to browse and window-shop in Germany with style

Whether you’re just looking for a greeting besides “Guten tag,” or you want to host a foreign exchange student, or want to become one yourself, German For Dummies gives you what you need to learn the language – as much as you like, as fast as you like. Gehen wir! (gehn veer) (Let’s get going!)

p/s : saya sempat hafal 3-4 mukasurat balik dr KLCC tadi. diulanggg.. hafalll ok?! hahaha...

stabuxguy - masih tensi beratur nak naik lrt ngalahkan nak mengundi pilihanraya...

Thursday, June 7, 2007

Buat Rahman


saja. suka-suka.

*aral, hope you don't mind ya... :)

ceritanya...

duh, dude! siapa pula ni?

*lihat - AM saya dah angkat kening!

teman.

teman?

ya, teman. hanya teman.

erm, mana kenal? bila kawan?

er, lama. rahsia!

[ saya tersenyum. ketawa. ]

malu tapi mahu.

moral saya - jika anda sukakan seseorang, cepat-cepat ya - melepas!

"hai, boleh kawan. nama siapa?".

"It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful it makes me wanna cry..."


stabuxguy - teringat lagu lama - "jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama.. opss!

Tuesday, June 5, 2007

Cuti

dear....... kalau online msg sama aku ya? ini website cadanganku untuk aktiviti kita di hujung minggu...... kamu mahu ke pantai bukan?


Stabuxguy - Cuti-cuti Malaysia!

Sunday, June 3, 2007

Cheng Lock - Pejuang Yang Dilupa


maksudnya?

ya, terlupa. hampir terlupa malah kadang tidak mengenal (mahupun mengingati) - siapa cheng lock? laksamana melaka? pejuang politik?

hampir tepat.

dia wira dari melaka. pejuang merdeka. ya, wira dan pejuang yang kita sendiri hampir terlupa dek nama-nama yang lebih segar dan terbiasa dek telinga.

"tiada rumah, tiada negara".

saya tertarik dengan ungkapan berkali-kali yang diperdengarkan sepanjang muzikal berlangsung. durasi hampir dua jam langsung tak terasa. iringan muzik gubahan pak ngah, dengan arahan tari oleh anthony meh kim chuan berjaya membawa saya dan para aundiens yang lain terbuai dalam lipatan sejarah seketika.

oh, awak... awak kembali....

mengulas teater pula?

Kategori : Teater
Tarikh : 25 Mei 07 - 03 Jun 07
Masa : 8.30 Malam

Pelakon:

KENJI SAWAHI
FELINA Cheah Teck Yong
JALALUDIN HASAN
LOUISA CHONG
ABON

Sinopsis (secara ringkas)

MENGISAHKAN mengisahkan perjuangan Tan Cheng Lock, seorang guru dari Raflles College di Singapura yang meletakkan jawatan dan kembali ke Melaka menguruskan perniagaan keluarganya. Beliau kemudian menubuhkan MCA dan bergabung dalam Parti Perikatan untuk bersama-sama pemimpin Umno, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan pemimpin MIC, Tun V.T Sambanthan memperjuangkan kemerdekaan tanah air dari British. Muzikal ini menyorot kehidupan Tan Cheng Lock, kisah cintanya dengan Yeok Neo dan terpaksa melarikan diri ke India kerana ancaman Jepun.

hahaha. ya, hampir lama juga saya berhenti. namun muzikal cheng lock merenjut-renjut hati saya untuk kembali memperkatakan sesuatu tentangnya.

(terima kasih buat azli - sekali lagi - kerana menjemput ke IB!)

arahan hebat lokman ghani @ lokgha (orang kuat teater) ini benar-benar membuat saya terpaku di kerusi IB. bersama laungan "merdeka!, merdeka! merdeka!" sebagai tanda simbolik kejayaan persefakatan malayan union oleh tunku abdul rahman (diperan oleh jalaludin hassan). saya dapat rasakan ada zarah tunku yang mengalir dalam jiwa jalalaluddin. tutur gayanya (pelat kedah), gerak langkah, semuanya tunku - buat kita benar-benar merasakan "roh" atau semangat tunku itu seolah-olah hadir di pentas IB.

memang jarang saya mengulas tentang politik. naratifnya, iya, ianya hanyalah sebuah pementasan politik - namun berjaya.

cheng lock berjaya dari segala segi. biarpun ia diangkat dari kisah perkembangan MCA (persatuan cina tanah melayu), namun garapan skrip oleh abdul wahid ini di skopkan sebegitu indah dan gah.

dari awal pentas dibuka, babak demi babak, saya seolah dibawa ke lipatan sejarah (adakalaya begitu asing pada saya). saya mungkin pelajar yang sering mendapat A dalam matapelajaran sejarah sewaktu di sekolah, namun cheng lock, uhmm... ummm... jujurnya, tak banyak yang saya ingat atau tahu tentangnya.

ada 3-4 babak yang saya fikir begitu cantik dan luarbiasa koreografinya (mungkin pernah ada dalam pementasan sebelum ini).

babak awal & penutup

meskipun pada awalnya saya agak terpinga-pinga dengan kemunculan jalaluddin sebagai tunku, namun anda akan faham dan tersenyum sendiri. babak ini bakal diulang kembali (secara penuh) pada akhirnya (penutup persembahan). seperti yang saya katakan tadi, aura kedua-dua babak ini begitu meresap. terasa seperti tunku benar-benar berada di pentas. laungan "merdeka" disusuli dengan para ekstra dan penari membawa serta mengibar bendera malaysia sambil membuat barisan panjang (sepanjang padang bola) ke belakang pentas. duh, baru saya sedar (meskipun telah berkali-kali ke sini) betapa pentas IB sebegitu besar dan panjang!

babak dua

satu antara yang saya masih ingat. babak di mana cheng lock di angkat sebagai pemimpin politik cina pertama di tanah melayu. babak ucapan beliau. bayangkan seorang negarawan sedang berucap, tiba-tiba semua watak dihentikan, dan beberapa watak utama (keluarga cheng lock) bergerak dan berkata-kata - menceritakan perihal dan kejayaan cheng lock. terkekek-kekek saya melihatkan watak louisa chong sebagai pengasuh cheng lock (waktu kecil) yang bermulut becok. ada-ada sahaja tuturnya yang bisa membuat kita ketawa. seterusnya watak bernyanyi dan kembali kepada posisi (dikerusi dewan). dan cheng lock kembali menyambung ucapan - "dan yang terakhir...".

menarik bukan?

babak tiga

watak tentera jepun menyerang tanah melayu.

gempak dan benar-benar membuat kita terasa seperti berada di zaman itu. feelnya sampai. saya pasti, pada yang sempat menonton, anda pasti teruja seperti saya. kemaraan tentera jepun (dari hujung pentas padang bola - hehehe saya suka guna frasa ini sekarang!), bedilan mesin gun, dentuman bom, efek dan imej kapal terbang jepun yang menyerang membangkitkan lagi suasana zaman itu.

seterusnya adegan jepun menyerang kaum cina, menyeksa dan membunuh mereka (biarpun ditampilkan dengan gimik ala artistik - dengan iringan kareograf, muzik dan lagu) namun masih terasa mengesankan. saya sukakan gerak yang simfoni dan teratur sebegitu. tidak nampak bercelaru. ah, nama pun teater muzikal bukan?

babak empat

cheng lock dan isteri (yeok neo) di india. akibat perang yang melanda, cheng lock di nasihatkan oleh pegawai british untuk menetap di india buat sementara waktu. ketika ini lah jiwa dan perasaan merdekanya memberontak. ungkapan "tiada rumah, tiada negara" sekali lagi ditutur olehya - lebih jelas dan menusuk ke hati para aundies. saya sukakan latarnya yang simple. cukup dengan hanya berlatarkan muzik gubahan india dan props ruang tamu (cheng lock dan yeok neo membaca buku sambil berbual-bual tentang darurat di tanah melayu).

lalu apa yang menariknya?

nanti. masih ingat kemaraan tentera jepun di pentas padang bola tadi?

ya. latarnya (di belakang cheng lock dan yeok neo) digambarkan suasana mereka (tentera jepun) bergerak-gerak dengan pola perlahan (sekali lagi) menyeksa dan menyerang orang-orang cina di tanah melayu. saya fikir, ianya adalah suatu idea yang menarik - tanpa melibatkan banyak kos dan mampu mencipta ruang dramatik yang kreatif.

tahniah buat lokman ghani serta para prokduksi/tenaga kerja teater muzikal cheng lock.

jujurnya (pada saya), muzikal cheng lock nyata lain dari yang lain. biarpun tidak mendapat liputan sehebat muzikal puteri ledang (PGL) atau ronggeng rokiah, cheng lock tetap punya sesuatu yang bisa memikat aundiens. saya tidak akan berkata begini jika cheng lock sama tarafnya dengan muzikal M! the opera yang pernah saya tonton bersama AM suatu ketika dulu. bayangkan, selama saya menonton teater di IB, itulah kali pertama saya (dan aundies lain juga) keluar sebelum penghabisan cerita. M! nyata memalukan. tiada intipati cerita dan sedikit bercelaru.

sebuah teater seharusnya bisa memikat hati para aundiens. seseni mana pun sesebuah teater, ianya tidak boleh lari dari sifat-sifat dan nilai-nilai komersil. lihat sahaja contoh-contoh berjaya seperti PGL sendiri. hang tuah berdarah inggeris? itu gimik yang 'luarbiasa' namun berjaya (dari tiara) saya kira.

oh, alamak. hampir terlewat saya. sesekali memandang jam. hampir ke jam sebelas. teringatkan temujanji hari ini.

istana budaya.

dude, menonton lagi?

oh, bukan- bukan menonton. tapi sebagai memenuhi jemputan. produksi tiara (enfiniti) menghantar e-mail minggu lalu.

“My Name is Remy”


Perjalanan hidup, Percintaan dan Inspirasi P. Ramlee

Sebuah lagi Teater Muzikal oleh Enfiniti Productions Sdn Bhd.

Jika anda berminat dan mempunyai bakat menyanyi, menari atau berlakon, sila hadiri sesi ujibakat di:

Tempat mendaftar : Bilik Media, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Tarikh : 1 Jun hingga 3 Jun 2007
Masa : 11 pagi hingga 5 petang

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Enfiniti Productions Sdn Bhd di 03 – 7958 7877.

anda berminat?

saya? nope. sekadar menghadirkan diri. tambah ada sedikit diskusi. projek baru.

doakan saya.

ya, hidup saya kembali sibuk.

*kredit buat
istana budaya & mStar Online (gambar)

stabuxguy - rezeki sebelum ke luar negara