Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Saturday, January 31, 2009

Kehidupan Baru & Emosi Yang Tidak Stabil

Biar tengkujuh datang selautan, saya tetap pagar dengan senyum yang menguntum. Semoga ini adalah pilihan.

Setiap kita punya musim luruh yang berlainan, bukan?

Cita, cinta dan cereka- madah yang kita pertontonkan di mana-mana. Ada gusar di dalamnya. Meskipun berkali-kali hati saya menebar, kejarlah cita, pilihlah cinta dan jalanilah cereka yang tersurat dan tersirat. Hidup bagai roda, setiap inci dari kita, mahukan yang hebat-hebat.

Jika saya berjaya dalam satu lapangan, ok, katakan dua lapangan, belum tentu saya berjaya harungi lapangan-lapangan yang lainnya. Cita yang sudah terkejar (setelah berhempas-pulas), cinta yang (mungkin) bukan pilihan, namun begitu membahagiakan, dan yang tinggal cuma cereka- hitungan cerita yang perlu saya tempuhi hari-hari. Lahir dari ulangan kisah yang sama- meski lelah, betapa saya terpaksa mengagahkan diri, oh! tidak mampu saya lampirkan dengan kata-kata.

Barangkali benar, hanya buat orang yang bisa kuat.

Sering saya berbisik pada diri, cuma untuk cita. Tidak boleh tidak, saya harus kuat. Meskipun ada si polan-si polan tidak sukakan si cinta, namun demi cita, hanya itu kekuatan yang saya ada. Buatkan saya bisa beredar seketika dari melalui hari-hari yang penuh duka.

Setia.

Persoalan yang sering saya aju pada diri sendiri- setiakah saya? Sebaik ombak Ferenggi menerjah (yang kesannya tidak mampu saya tepis), penah buat saya terdampar di lubuk yang tidak diketahui. Bangun dan berjalan, meneriak-neriak nama seseorang-

Di mana c.i.n.t.a.? Oh, jauh saya tinggalkan ejaannya terkebelakang.

Namun cinta tegar memafkan. Maaf kerana cintanya yang mendalam. Buat saya kembali merasakan, memilih cinta adalah pilihan yang tidak pernah silap. Meskipun ada yang sering menanya dan mempersoalkan, saya yakin dan mengangguk.

"Betulkan jalan anda dahulu, sebelum anda membetulkan jalan orang lain."

Kata seorang teman, "tiada yang sempurna."

Belajar terima kelemahan. Itu yang saya pegang.

Faktor-faktor emosi yang tidak stabil, trauma yang tidak berkesudahan, dua punca yang membuatkan kita berada dalam situasi yang kompleks.

Saya bukanlah individu yang rumit, jauh sekali sukar difahami. Biarpun mungkin bukanlah seseorang yang menjadi kesukaan sepanjang masa, namun hidup saya mudah. Mudah dalam erti kata, saya tidak perlu mengganggu atau menentukan perjalanan hidup orang lain. Apa si polan-si polan itu perlu buat dalam hidupnya, ke mana atau bila dia harus pergi, siapa yang harus dia kawan-

Saya dari jenis yang "Oh, you dah nak pergi ya? Ok! Jumpa lagi-" atau "Oh! Tak dapat jumpa ya this week? Ok, takde masalah. See you next time!".

Jujur dan jelas. Tanpa sindiran-sindiran yang tajam. Tanpa senyuman-senyuman yang 'menikam'.

Saya bencikan sindiran, dan ketahuilah, sindiran (lebih-lebih yang berbaur sinis) bisa mengganggu hidup saya sepanjang minggu!

Apatah lagi jika ianya dari seorang wanita-

*Maaf! Saya bukanlah anti-gender- jauhkan saya dari gelaran itu atau seumpanya. Terima kasih-

Saya cuma mahukan sebuah kehidupan baru yang lebih aman. Begitu banyak perancangan, begitu banyak yang mahu dilakukan, tanpa sebarang gangguan atau persimpangan . Jika cita-cita adalah separuh dari apa yang telah saya perolehi, yang telah banyak mengajar saya menjadi seorang yang lebih dewasa, juga memberi saya tiket untuk lebih berkeyakinan, menolak perkiraan-perkiraan emosi yang berlaku, tidak dapat tidak saya harus berterima kasih kepada anda, si dia yang telah banyak membantu, terlalu banyak jasa anda dalam hidup saya. Jarak ke Jupiter juga tidak mampu mengukur betapa impak yang anda beri dalam hidup saya.

Berfikir dengan hati yang waras, saya tahu semua yang anda lakukan adalah ikhlas, kata-kata anda juga ikhlas, dan saya harap anda benar-benar maksudkannya. Hanya terima kasih yang dapat saya berikan.

Biarpun hati saya keras, namun jauh di dasar, saya punya perasaan maha mikro yang lembut, ia jujur berkata, saya perlu sentiasa berada di sisi anda- menolak semua kejadian-kejadian yang berlaku, jujur juga saya membalas, betapa berat untuk saya meninggalkan momen selama setahun saya di sini, lebih-lebih lagi anda- seseorang yang mengutip saya di kaki pohon Frangipani, meletakkan di telinga dan membawa saya dengan bangganya ke hampir ke mana-mana ke setiap pelosok dunia akademik, menjadikan saya seorang manusia yang lebih yakin dan menghargai diri sendiri.

Perjalanan yang panjang, arus yang berlawanan-

Setiap kita punya musim luruh yang berlainan, bukan?

Hanya senyum yang membungakan saya harapan.

Stabuxguy

Tuesday, January 27, 2009

Kita Masih Ada Kenangan

Lama. Begitu lama saya tidak menulis di sini. Maksud saya benar-benar menulis. Luangkan masa memerah idea bukanlah sesuatu yang bisa saya buat sekejap-sekejap. Ia perlukan fikiran dan waktu yang benar-benar lapang dan tenang.

Kembali dari Bali, Indonesia minggu lalu buat saya (secara fizikal dan keseluruhannya) agak teruja untuk kembali mencatit sesuatu di sini. Macam-macam di kepala-

Dari majlis harijadi yang dianjurkan MB bersama teman-teman di Pulau Mutiara awal bulan lalu, bersambung ke parti bersama kawan-kawan di Amadesa (terima buat AM kerana sudi meminjamkan tempat!), percutian ke Bali, banyak cerita yang ingin saya kongsi sebenarnya.

Ya, banyak- terlalu banyak!

Apa pun sekali lagi, buat teman-teman, rakan taulan- samada di Pulau Pinang atau di Kuala Lumpur, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan di atas kesudian anda semua memperuntukkan masa bersama-sama saya berkongsi hari gembira. Tak lupa pada yang mengirimkan puluhan sms- terima kasih, terima kasih!

Diam tak diam, sudah 27 tahun saya rupanya. Terkadang berteleku, memandang ke langit luas, bisa buat saya tersenyum sendiri.

Tidak sedar begitu pantas masa berlalu. Masih tercari-cari arah, sambil merencanakan perjalanan yang bakal diredah- ah doakan saja saya mampu penuhi senarai azam 2009 ya!

Bali Yang Indah

Masih. Ya, Bali kekal begitu. Kecuali sekitar pantai Kutanya yang sudah sedikit tercemar dek pembangunan hotel dan peranginan, saya fikir Bali masih lokasi percutian terbaik buat anda yang mahukan sesuatu yang bersifat unik dan bebas dari kesesakkan. Percayalah, pada yang tahu menghargainya, Bali bisa menjanjikan anda suatu pengalaman yang luarbiasa-

Kalau tidak masakan saya sendiri sudah empat kali ke sana!

Apa kata sesekali anda lupakan shopping dan liburan, cari kelainan, mandi-manda sepanjang petang di Padang-Padang Beach, nikmati keenakkan Bakso Keju di Sanur, makan malam di Jimbaran- pesan saya, harus nikmati Bali sepuas-puasnya!

Tak lupa, thanks to Indra, teman saya di sana kerana memberikan suatu pengalaman yang cukup berharga pada kunjungan kali ini. Biarkan perkenalan kami sekejap, tapi serasa seperti sudah cukup lama saya mengenalinya.

Hubungi saya jika kapan ke Kuala Lumpur ya, nanti bisa kubawa pusing-pusing!

Hari ini saya bakal pulang ke Pulau Pinang. Rindu juga pada suasana dan hirup udara di sana. Apa khabar katil tempat saya beradu, ruang balkoni, pokok-pokok, bilik air, lebih-lebih si RD (scooter merah saya) yang telah hampir beberapa minggu saya tinggalkan.

Apa khabar juga MB, dengar-dengar ada turun ke KL melawat bapak ya? Saya doakan bapak sentiasa dirahmati dan dijaga kesihatannya.

"masih sakit tapi semangatnya kuat...". teringat sms dari MB.

Ya, moga bapak bisa kuat.

Menerjah jauh ke utara, hati saya tertanya-tanya pula khabar KN dan Sam di Sintok? Kak Ida, Kak Intan, Juliana di Pulau Pinang- apa khabar?

Moga kalian sihat-sihat hendaknya.

Terbayang juga wajah Tok Su dan Mak Ngah sedang enak menjamu laksa. Gurau senda, bertukar-tukar cerita. Serasa saya ada bersama mereka.

"Kopi ya, Wan?". Mak Ngah menawarkan. Saya kaget namun cuba menghirup. Jujurnya saya bukanlah penggemar kopi tapi kopi Mak Ngah sedap. Lain dari yang lain.

Sekali lagi saya senyum mengingatkan wajah mereka-mereka di sana. Ada air jernih tiba-tiba bertakung di anak mata. Hati sedikit terusik.

Kenapa kita harus mencipta kenangan?

Ah, saya benci perpisahan!

SG.

Monday, January 26, 2009

Birthday Bash - Party@Amadesa!


Tarikh : 17 Januari 2009
Tempat : Amadesa Condo Resort, Desa Petaling, KL

Sesi buka hadiah- ada org tgh pose kempiskan perut!

Strawberry pie cake yg awesome! thx to Abang Shah!

Ayam & cuppies dr Karl, the rest masak sendiri jer... thanks to AM & Irwan

Cuppies yg cun-melecun dr Karl

Antara tetamu yg hadir! thanks to ya guys.. :)


Sunday, January 11, 2009

A New Chapter Of Life Begin...


Stabuxguy
.

Sunday, January 4, 2009

Happy Ol' Age To Me... :)


Dear family and friends,

Thank you for the doa, warm thoughts and kind wishes on my birthday, I pray for your good health, happiness, joy and safety wherever you are.

God bless.

Thank you, thank you.

Love,
Kash

Friday, January 2, 2009

Kek Pra Harijadi Yang Awesome


Terima kasih! Terima kasih kepada Dr. IDA (atau mesra saya panggil Kak Ida) kerana membuatkan saya buttercake yg amat-amatlah awesome ini (walaupun tak rasa lagi sebenarnya).

Berkali-kali MB ingatkan, IDA, IDA- isteri abang hensem, bukan MAMACHUPAN!

Hahaha, saya tertawa. Memang saya ada masalah untuk mengingati nama sesetengah teman-teman lebih-lebih jika mereka mempunyai nama yang hampir sama. Contohnya Kak Ida dan Kak Intan (Mamachupan). Jenuh juga saya mencuba namun masalah yang sama juga terjadi. Apapun terima kasih sekali lagi di atas susah-payah membuatkan kek ini ya.

*ok, now dah rasa- hmmm... memang awesomme!!

Saya kata awesome atas beberapa sebab- selain menawan selera (uhh- ada blueberry di atasnya!) pastinya kerana ianya dibuat dengan penuh kasih-sayang!

Kek pra harijadi katanya.

Harijadi?

Saya senyum. Tahun baru, bertambah lagi satu angka usia saya-

Stabuxguy .

Thursday, January 1, 2009

Panggung Stabux : Filem-Filem Hebat 2009

Tajuk Filem : DRAGONBALL EVOLUTION
Arahan : James Wong
Pelakon : Chow Yun Fat, Justin Chatwin, James Marsters, Jamie Chung
Tarikh Tayangan : 13 March 2009
Laman web : http://www.imdb.com/title/tt1098327


Tajuk Filem : TERMINATOR SALVATION
Arahan : McG
Pelakon : Christian Bale, Anton Yelchin, Sam Worthington, Bryce Dallas Howard.
Tarikh Tayangan : 28 May 2009
Laman web : http://terminatorsalvation.warnerbros.com


Tajuk Filem : TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN
Arahan : Micheal Bay
Pelakon : Shia LaBeouf, Peter Culen.
Tarikh Tayangan : 26 June 2009
Laman web : http://www.transformersmovie.com


Stabuxguy