Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Saturday, September 27, 2008

Pra-Raya Di Paris...

Seawal jam sebelas pagi, selesai segala urusan, saya memandu bersama MB ke Perlis. Perlis atau 'Paris' (istilah yang digunakan MB bagi negeri kelahirannya) bukanlah asing bagi saya. Sejak zaman sekolah saya sudah biasa ke sini. Dua tahun di Beseri, buat saya betah- ke Padang Besar, Pekan Kangar, sesekali terlepas juga outing ke Alor Setar. Ah, teringat abang-abang senior sering memesan 'nasi ganja'. Ada sesiapa pernah cuba? Enak!

Sejak berhijrah ke Pulau Pinang awal Januari lalu, sudah beberapa siri juga saya berkunjung ke Perlis. Selain datang melawat Tok Su, nenek saudara kepada MB, jangan tak percaya, laksa kuala dan pulut ayam di Padang Besar antara faktor yang sering menambat kami untuk sering ke mari. Hanya tiga jam memandu, terasa Perlis-Pulau Pinang tersangat-sangatlah dekat.

Apapun, kedatangan saya kali ini sedikit berbeza dengan kunjungan-kunjungan sebelumnya. Selain dari niat untuk menemani Tok Su berbuka (sebelum pulang beraya di Kelantan), saya juga ingin merasa sendiri suasana menjelang Hari Raya di Perlis. Ralat sebenarnya tidak dapat beraya di sini, berkali-kali Tok Su seakan meminta saya berhari raya di Perlis, sementelah saya juga rapat dengan keluarga MB dan Tok Su.

Oh, ada peristiwa lucu sebenarnya berlaku semalam (sebaik kami tiba). Sebetulnya saya dan MB merahsiakan kedatangan kami kepada Tok Su. MB hanya menelefon Mak Ngah (anak Tok Su) sejurus sebelum kami bertolak. Itupun hanya untuk memastikan Mak Ngah tidak membawa balik Tok Su ke Alor Setar (Mak Ngah menetap di sana).

Sengaja untuk membuat kejutan (saya memang suka bergurau), kami ke Sg. Baru (kawasan penempatan nelayan) dulu untuk membeli ikan segar (baru naik dari laut) untuk dimasak malamnya.

Dari Sg. Baru, kami gerak pula ke Bazar Ramadhan yang terletak di perkarangan Stadium Kangar. Nak dijadikan cerita, kami bertembung kereta Mak Ngah di sana. MB dah siap gelak-gelak (sebab Mak Ngah dah perasan kereta dia juga). Saya dah gelabah sebab baru saja habis text ucapan Raya buat Mak Ngah dan Tok Su.

"Sorry Mak Ngah, Kash tak sempat jumpa dan beraya bersama tahun ni. Selamat Hari Raya to you!!".

Terus tak jadi kejutan yang kami rancang. Duh!

"Hah, itulah hangpa. Nasib baekk... buat lagi cerita kelakar seram. Nasib baik jumpa kat stadium. Kalau tak Mak Ngah dah angkut Tok Su ni pi balik Alor Setaq!".

Semalam juga, sebaik habis terawih, saya ajak MB dan Tok Su ke Pekan Kangar untuk membeli pelita dan lampu lip-lap. Gigih mencari dari satu kedai ke satu kedai, siap kedai basikal pun kami intai, mana la tau kot-kot ada dijual gak. Last-last dapat la jugak kat satu kedai ni, punyalah banyak kami beli, dekat selori gitu... hehehe takder la, 3 plastik je. 1 plastik ada 10 biji pelita. So kami ada 30 biji pelita now. Yippie! Waahhh harus terang-benderang rumah Tok Su menjelang malam raya nanti. MB sempat sambar lampu lip-lap juga untuk rumahnya di Penang.

Balik dari pekan, MB ajak pula keliling kampung untuk lihat-lihat rumah-rumah yang dipasang pelita sebelum kami singgah untuk sesi makan-makan di gerai Bang Li yang terletak tak jauh dari rumah. Saya order teh ais dan mee goreng (macam biasa, tanpa sayur+kering) sementara MB dan Tok Su berkongsi tom yam. Memang cung isteri Bang Li masak. Pertama kali MB bawak saya makan kat sini. Takpe, next time boleh datang lagi. Tengah makan, terbayang kerang rebus, segala macam spesis kuih-muih kat rumah yang belum disentuh. Duh, sah membazir. Puasa, puasa juga. Berapa banyaklah yang nak diisi- perut kami cuma bertiga.

Balik rumah, MB tolong saya pasang pelita. Kerjanya tak la rumit sangat, mudah je. Takat sumbat-sumbat sumbu dia masukkan dalam lubang sumbu tu, lekatkan pada pelita dan masukkan minyak tanah, pastu nyalakan- siap!

Saya letak sepanjang pagar utama. Terasa best pula raya kali ni. Pertama kali saya rasa seperti menyambut raya di kampung sendiri.

Sempat juga saya seloroh pada MB, "Rasa macam kita raya bertiga pula ek!".

Apapun saya harus pulang ke Pulau Pinang hari ni. Ada sedikit kerja lagi mahu diuruskan. Ahad besok adalah hari terakhir persiapan (kemas-kemas barang dan sebagainya) sebelum bertolak balik ke Kelantan pada hari Isnin. Penerbangan saya dari Pulau Pinang (terus ke Kota Bharu) ialah pada jam 12.40 tengahari.

Ada yang sudah tiba di kampung ya? Pada yang memandu, terutama sepupu-sepupu saya, berhati-hati di jalanraya. Kita jumpa di Tanah Merah ya!

Cuti saya :-

29hb September-5hb Oktober : Tanah Merah, Kelantan
5hb-8hb Oktober : Kuala Lumpur

Stabuxguy

Thursday, September 25, 2008

Apabila Diva-Diva Bergosip Di Equatorial...

Hah, jangan tak caya. Petang tadi saya follow 'diva-diva' universiti berbuka di Hotel Equatorial. Terletak tak sampai 2km dari rumah (belakang USM), sesi berbuka di sini kali ni memang kecoh dan happening.

"Kash makan lamb tak?". Tiba-tiba saya dapat sms dari Dr. Intan.

"Tak sangat. Kalau masak, okay je." Balas saya.

"Daging lembu?". Dr. Intan sms lagi.

"Ok. Saya allergic seafood je. Lain-lain no hal."

Terharu lima saat sebaik Dr. Intan sms saya tanya benda-benda ni. Selalunya MB je kalau dia nak masak akan tanya saya macam-macam. "Eh, you makan biri-biri lamb tak? I nak masak special nih..".

Awal-awal lagi saya akan geleng.

Saya alah pada baunya. Period.

Rugi!

Ralat juga Dr. Intan (akak, nak panggil Kak Lynette boleh? Macam kena je... Hehehe..) tak dapat join kami, apa nak buat, keluarga nombor satu, mesti diutamakan, tak gitu kak? Takpe, besok kami akan serbu rumah Kak Lynette pulak. Pasti food-nya va va voom gitu... kan? kan?

Berbalik pada cerita berbuka tadi, saya dan MB tiba hampir ke waktu marghrib. Masuk je ke coffee house, dah nampak Kak Ida 'Susan' dah tunggu kami. Tak sempat cium tangan, saya terus ke meja makanan- duh, ramainya orang. Awal-awal lagi saya dah set di kepala, ambil lauk saja, ambil lauk saja... nasinya makan kemudian. Nanti tak boleh nak rasa semua. Hahaha... mati la tips katanya.

Saya ambil kuih dahulu bersama gado-gado. Entah la, macam best so try je la. Dulu masa ke Bali pernah rasa, best. Okay la, nanti later-later ambil lagi.

Saya duduk. Nampak KN pun dah siap dengan food dia. Tunggu nak baca "Allahumma laka shumtu.." je. Lama tak jumpa KN, saya bangun, salam dan cium tangan macam biasa.

"Eh, tadi tangan I you tak cium pun, tapi tangan KN you cium pula!". Usik Kak Ida 'Susan' tiba-tiba.

"Oh, ye ke? Sorry, kelam-kabut tadi dok tengok food. Takpe, meh saya buat ulang tayang..". Saya bangun kali kedua dan terus salam (sambil cium tangan) sekali lagi.

Kekeke... kelakar jugak Kak Ida ni. Memang kena saya gelar dia 'Susan'. Alah, Susan Mayer dalam rancangan Desperate Housewives tu...

Tengah rancak berbuka dan bercerita, Kak Sheila (hhmm... yang ni saya nak panggil apa pula ya...), oh- hah! Kak Sheila E.B. (Edie Britt - sebab dia cam lasak sket) muncul tiba-tiba dengan wajah yang "please-God-am-so-hungry". Dok borak tak sampai seminit terus bangun pi ambik makanan. Jalan jam katanya, tu yang lambat. Tapi dengar gak desas-desus, Ooo... pi buat rambut... hehehe...

Bestnye berbuka kat sini, kami siap dihiburkan oleh sekumpulan 'artis-artis antarabangsa' lagi yang diimport khas dari wilayah 'Black Wateq' (Ayer Hitam). Memang power dan meletup suara meka. Paling suka gelek dangdut salah seorang anggotanya, sampai termenari abang-abang askar TUDM yang turut berbuka bersama tadi. Siap request extra song lagi. Sempat juga saya dan diva-diva berfoto sebagai kenang-kenangan dengan mereka.

Lepas satu food ke satu food saya jamah dan cuba, MB a.k.a. Miss Bree (nama baru!) pun turut meng'over'kan diri macam sambut hari marilah-makan-sedunia gitu. Apapun tips makan lauk sahaja (dan kurangkan minum) yang saya praktik dari awal-awal tadi memang berkesan. Fuh, yelah, faham-faham sahaja la kalau dah berbuka ni kan... pantang tengok makanan, semua rasa nak makan. Walhal bukan semua mampu dihabiskan. Slow and steady kata nenek angkat jiran saya.

Dari satu topik ke satu topik, memang tak berhenti, sama la ngan makanan, dari awal berbuka, sampai ke tutup coffee house tu, kami berlima masih lagi pulun dok rancak berborak (lebih kepada gosip akak-akak sebenarnya). Gitulah kalau dah diva-diva berkumpul. Saya jadi tukang dengar dan tukang gelak je. Besok rumah Kak Lynette pula. Entah apa pula kisahnya. Bersedia aje lah Kak Lynette yer...

To akak-akak divas semalam, MB (USM), Kak Ida (USM), KN (UUM) dan Kak Sheila (OUM) terima kasih kerana meluangkan masa. Nanti tahun depan (Insyallah!) kita lepak-lepak berbuka di Equatorial lagi ek!

Stabuxguy - Gigih update blog memalam buta. Takut esok dah basi ceritanya... kekeke...

Tuesday, September 23, 2008

Mood Raya : Airmata Syawal


Sayu...
Hati ini makin sayu
Rindu...
Terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda
Bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia
Hari raya...

Antara bait-bait lirik Airmata Syawal yang saban tahun meruntunkan saya. Pagi ini saya text beberapa orang kenalan untuk berkongsi perasaan. Hati saya sayu. Ya, di akhir-akhir Ramadhan ini, tidak dapat tidak kita akan terkenangkan macam-macam. Tak cukup dengan itu, semalam saya turut menelefon saudara-mara di kampung bertanyakan khabar.

"Isnin depan ada makan-makan. Semua balik. Kita berbuka ramai-ramai kat sini. Kamu dah balik kan?". Saya angguk. Sebak sebaik mendengar suara Tok di hujung gagang.

"Balik la cepat. Kami dah tak sabar nak tunggu kamu pulang!".

Sejuk hati mendengar. Sejak kecil saya rapat dengan mereka-mereka di kampung. Ya, biarpun saya bukanlah seorang family-man, tapi hati dan jiwa saya cepat tersentuh jika hal-hal berkaitan dengan keluarga. Saya diajar untuk mengutamakan mereka. Harta saya yang paling berharga.

Yang pergi berganti, saya kehilangan ramai mereka-mereka yang saya kasihi. Ada yang tak mungkin kembali, ada juga gara-gara perasaan jauh hati, lalu membawa diri.

Oh, ya. Minggu lalu Kak Long Ninie, sepupu saya telah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Comel macam si Nabil, abangnya juga. Lama saya tunggu, (dah siap teka macam-macam nama) nak tahu apa agaknya nama adik si Bil Bil ni, akhirnya Kak Long text juga bagitau nama baby ini ialah Izz Naim.

Terbayang nanti dua-dua akan panggil saya, "Ayah Shah... Ayah Shah...". Hahaha!

Tahniah buat Kak Long saya dan Abang Sham ya!

Nabil & Naim

Minggu terakhir ni, macam-macam aktiviti. Selain dari membeli-belah last minute, jemputan buka puasa sana-sini, kiriman kad raya pun dah mula saya terima. Terima kasih kepada yang sudi menghantar.

Tadi MB juga text, "Jangan lupa I dah book buka puasa kat Equatorial rabu sok tau! Noya (KN) dan Sheila akan join kita". Gulp! Kak Sheila pun ada? Lama tak jumpa dia.

Khamis pula berbuka sama family Dr. Intan kat rumah dia. Dr. Intan ni kawan baik MB, pun bloggers jugak, aktif menulis pasal kehidupan dan anak-anak dia, Arif, Iman dan Ehsan serta hubby tercinta, Mr. Baker.

Mereka-mereka inilah 'keluarga' saya di sini sebenarnya. Biar jauh dari saudara-mara, sekurang-kurangnya saya ada mereka ini- susah sakit saya, demam ke, nak pengsan lite-lite ke, at least ada jugak orang yang nak tengok-tengok kan.

Ok, cukup tentang saya.

Mahu berkongsi cerita? Macam mana dengan puasa anda? Bila balik kampung? Persiapan raya? Tulis apa saja di bahagian komen nanti ya. Lucu, sedih- InsyaAllah, akan saya balas satu-persatu. Seronok juga dapat dengar sekali-sekala.

Dan khas buat anda juga, saya "utuskan" sekeping kad raya pengganti diri. Ringkas tapi bermakna, dari hati saya.

[ Klik imej untuk MUAT TURUN - Terima kasih. ]

Terima kasih, terima kasih, terima kasih kerana masih terus singgah di sini. Salam penuh kemaafan dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.

Selamat kembali ke tanahair buat Aidit, sahabat saya di Dubai. Kita jumpa raya di Kelantan dan Kuala Lumpur ya!

Stabuxguy - Mohon diri. Tak terbuat nanti kerja bertimbun yang perlu dibereskan sebelum bercuti panjang.

Friday, September 19, 2008

Hi, Nama Saya Kash. This Is My Card!

Ya, saya gila berfoto. Kredit to diri sendiri ya! Ahaks.

Dah petang. Saya lihat jam. Ah, awal lagi. Saya langsung ke Queensbay. Tak jauh, terfikir-fikir untuk melihat dan merasa mood raya. Jika di KL, selain Jalan TAR, saya gemar ke KLCC. Musim-musim raya camni- meriah!

Masuk sana sini, masih tiada apa yang bisa menangkap saya untuk membeli. Singgah Borders, tak sampai lima minit saya keluar. Pi plak GSC kat tingkat atas pun cam takde perasaan nak tengok wayang. Queensbay seakan lesu hari ini. Deko raya yang membosankan, percayalah, tak meriah langsung- ala konsep padang pasir gitu, ngah khemah-khemah bagai, letak dua ekor unta kiri kanan- siap! Hari raya la sangat...

Saya tuju ke parking. Berkira-kira juga, juadah apa pula mahu dibeli untuk hari ini. Kebetulan saya sendiri. MB ke Kuala Lumpur dua hari ziarah Kak Marina, iparnya yang sedang sakit. Dalam kepala terbayang-bayang KFC. Haha... dah beberapa hari ni otak saya asyik kepingin menikmati ayam KFC. Terfikir juga untuk ke Swensen's atau Starbucks aje, tapi macam saya ni, mana la suka nak lepak makan sorang-sorang. To go sahaja boleh lah. What to do, saya tak ramai kawan di Penang, memang kena berbuka sendiri aje la nampaknya...

Teringat yang Ajami ada menjemput saya ke Majlis Berbuka Puasa Tayangan Unggul hari ni di Palace Of Gorden Horses. Kawan lama- ampun ya bro! Saya tak dapat turun ke KL minggu ni. Rindu juga teman-teman bloggers di KL tapi apa nak buat. Kita jumpa lepas raya aje ye...

Ok, takpe, KFC. Nanti balik ke rumah MB di Bayan Baru saya singgah di KFC dekat Sunshine. Eh, eh tiba-tiba terbayang juga Shepherd's Pie. Kebetulan ada Secret Recipe kat sebelah. Ok, ok- nanti kita beli, pujuk saya sendiri. Ish, susah tul bulan puasa, semua terbayang nak makan. Hahaha...

Siang tadi juga saya sempat menghantar salinan beberapa rekaan kad nama pelanggan untuk dicetak. Sekali hantar terus empat, lima gitu termasuk untuk diri sendiri. Kad saya pun dah lama kehabisan sebenarnya. Segan bila ada yang bertanya, "Ada contact?". Terkial-kial mencari kad di dalam wallet (yang sah-sah dah takde).

"Sorry, dah habis...".

Ada beberapa rekaan lucu dan menarik yang saya jumpa di internet. Tunggu, ya memang saya mahu berkongsi dengan anda. Tapi ada sedikit tips dari saya, pada anda yang mahu mereka kad sendiri, atau mungkin ingin membuatnya di kedai.

1. Manfaatkan kedua-dua belah bahagian (back & front). Bukan saja jimat (hanya tambah beberapa ringgit sahaja), malah berpotensi menarik lebih ramai pelanggan. Percayalah!

2. Pastikan kad ada menulis sesuatu (yang ringkas) unik, kreatif tentang anda/syarikat.

3. Informasi senang dibaca/tidak mengelirukan. Biarpun hanya sekeping kad berukuran 88x54mm, mesej kena tepat, jelas.

4, Untuk kesan tambahan, masukkan logo. Penting bagi pelanggan untuk mengenalpasti anda dan syarikat- produk/barangan tapi elakkan rekaan/logo yang terlalu sarat ya.

5. Akhir sekali, rekaan mestilah berbeza dan buatlah sesuatu yang berlainan; unik. Inilah yang saya cuba untuk tekankan di sini. Rujuk gambar-gambar di bawah, anda pasti faham maksud saya!

Jumpa lagi!

Jiwa pereka. Gabungan maklumat peribadi dan warna pantone. Kreatif- saya suka!

Rekaan oval yang simple tapi menarik. Kombinasi warna moden+retro

Nampak tak lubang huruf "O" yang bertebuk tu? Satu lagi idea yang kreatif!

Agak sarat tapi masih 'okay'. Hitam mengurangkan 'kesakitan' mata. Saya sukakan warnanya.

Saya percaya tak ramai malah mungkin sukar nak dapat kad nama macam ni di Malaysia. Kalau ada, simpankan saya satu ya?

Hah, yang ni pun best. Anda perlu mengoyak dulu ntuk melihat maklumat tuan punya kad. Cara berkesan untuk membuat pelanggan lebih mengingati. Kreatif.

Satu kad dibahagi dua? Yup! Untuk pasangan bercerai. Mudah- dua-dua dapat satu kad yang sama. Menarik bukan?

Paling saya suka! Ok, selain dari pilihan warna kegemaran saya (biru+putih), rekaannya yang simple serta teknik emboss yang digunakan. Transparent look mungkin sudah biasa di Malaysia, tapi emboss berwarna? Jarang saya lihat.

Stabuxguy

Monday, September 15, 2008

Sisi Gelap Saya... Jeng.. Jeng.. Jeng...

Sepatutnya saya buatkan tag dari si Ted dulu, teman saya yang juga gigih mengusahakan barangan kraf sekarang ini, tetapi memandangkan tag dari Helmi ini lebih simple (jangan marah ya Ted!) dan tak perlu nak 'usaha-tangga-kejayaan' sangat, jadi saya dahulukan mana yang senang lah yer (entah kali ke berapa saya di tag daa..).

Okay, pada yang nak baca, dipersilakan. Mana yang dah kenal saya, tapi mungkin ada few more things yang anda tak tahu, juga boleh pakat-pakat baca. Jom kita sama-sama selongkar...

15 Perkara Pelik/Peel/Fakta Ringkas (Dan Yang Sewaktu Dengannya) Tentang Kash

Jeng.. jengg... jengg...

1. Tak suka boleh tidur siang

Memang tak boleh walau mengantuk macam mana sekalipun. Saya akan buat la apa-apa yang patut, main games ke, tengok tv ke. Kalau dulu-dulu (waktu kecil) saya akan gentel-gentel hujung baju supaya terlelap tapi habit tu dah takde now. Tak pun saya akan isi masa dengan join my aunty main masak-masak kat rumah nenek. Yang tak bestnya saya lak kena jadi ayah. Boring tul...

2. Setia dengan sesuatu jenama

Untuk jangkasama yang (agak) lama, ya! tak kira lokal atau tidak, saya akan statik pada sesuatu barangan/produk baik dari segi kasut, beg, pakaian, jam tangan, cap dsbg. Kalau masa belajar-belajar nak bergaya dulu, saya mula mengenal Chargers (awal tahun 2001), then Giordano sampai la ke SEED (akhir 2006). Tapi sekarang, you-know-what la kan... haks!

3. Gila tonton filem seram

Tak kira lah seram tahap dewa ka, atau tahap pari-pari gred 3 je ke... asal ada unsur-unsur seram, mesti saya antara orang pertama yang tercangak awai-awai kat depan tv... peliknya, bukan tengok sangat, menyorok belakang kain bila kuar scene2 hantu/orang kena bunuh. Err, ada sesapa dah tonton 4Bhia? Perghh, seraammm amatt!

3. Obses dengan kaler biru/dark blue

Saya akan beli dan kumpul apa sahaja baik jenama minyak wangi, pakaian atau benda2 yang ada unsur-unsur 'semangat' dari laut nih. Kalau nampak keta yang ada lampu biru kat jalan-jalan pun saya akan jadi teruja. Tak tau napa cuma tahap keobsesan saya pada warna ni dah kurang sket now compare ngan zaman-zaman awal tau nak bergaya dulu, now more to warna-warna gelap lah... terutama kaler hitam. Kenapa? Ooo Arep, hang gelak ya!

4. Penggemar budu!

Hahaha... jangan tak tau saya kuat makan budu. Siap boleh buat cicah makan ngan keropok or taruk je dalam nasi ala makan ngan kicap gitu. Yum... yummm... sedappp! Cubalah!

5. Suka budak-budak

Tak semua tapi saya suka layan kanak-kanak, terutama bebudak yang kiut-miut. Suka nengok keletah diorang lebih-lebih lagi bebudak yang sopan dan dengar cakap.

"Uncle Kash! Uncle Kash! Nak melonnn...".

Hahaha! Comel kan....

6. Buta warna

Tak pasti pula bila ianya bermula, namun yang saya ingat saya mula keliru dalam hal mengenal warna ni sejak tadika lagi. Ingat lagi time tu bila kena je waktu melukis dan mewarna lukisan, habis laut saya warnakan purple, pokok pisang saya warnakan coklat. Duh!

7. Tak minat bola

Percaya atau tidak, saya bukanlah fans bolasepak, biarpun saya pernah melanggan majalah MU sewaktu di sekolah menengah. Tidak pernah menendang bola sejak dari darjah empat dan nak tahu apa perkara yang paling membosankan saya?

Musim World Cup!

8. Suka buat kerja last minute

Dah jadi habit gamaknya. Helmi, kita serupa! Sejak zaman sekolah menengah sampai la sekarang, satu tabiat yang sukar saya ubah. Lebih fun biarpun terpaksa berkerja keras tak cukup tanah.

9. Musuh ketat itik serati

Hahaha! Mati la mesti ada yang tak tau serati tu apa kan? Dari spesis itik jugak tapi lebih bengap. Diulanggg... bengap! (Geram nih..) Hohoho... memang dari kecil saya anti atau dengan kata lain musuh ketat ngan spesis nih. Apa taknya, pantang kita nak lalu je tepi dia, dibantainya nak kejar dan main sudu-sudu. Perasan sangat kita nak kacau anak-anak dia... gerammm, saya baling batu.

Kejamm...

10. Suka makan pisang

Yay! Apa-apa juga asal dibuat dari pisang- air pisang ke, goreng pisang ke, pulut, pengat, kek semua saya suka! Memang pantang nampak buah ni lebih-lebih lagi kalau tergantung kuning-kuning kat gerai-gerai buah tepi jalan tu, mesti nak beli walhal dah ada dua, tiga sikat kat umah belum usik. Huhuhu...

11. Cita-cita nak jadi pramugara

Err, dulu-dulu la. Cita-cita awal sejak di tingkatan dua. Pernah tiga kali pegi interview- satu kat Penang, dua kat KL. Semua lepas tapi last call kat KL yang dapat. Cuma sayang takder rezeki. Saya diberi kata dua oleh orang tua- habiskan belajar dulu dan baru kerja. Darah muda, biasalah suka buat benda-benda kelakar seram...

12. Pemarah tapi pemaaf

Cemana tuh? Huhuh... ya, saya ni baran juga orangnya. Cepat sangat naik darah terutama pada perkara-perkara mereng yang berlaku di sekeliling. Tapi marah saya kejap je, tak sampai setengah hari, saya cool balik. Pernah ada teman yang dimarah dulu, hairan sebaik saya menegurnya kembali tak sampai sejam kami bergaduh.

13. Saya pelupa!

Yup. Lupa tahap gaban peringkat 28. Paling sukar untuk saya ingat ialah kunci. Benda yang kadang-kadang membodohkan diri sendiri. Bayangkan saya pernah terkunci diri sendiri di tengah-tengah rumah gara-gara terlupa mengambil kunci yang tertinggal di meja. Pintu dah tutup, tapi grill belum buka. How?

14. Takut dengan labah-labah

Jangan main-main. Memang saya takut betul. Ah, geli nak tulis. Terasa meremang-remang dah ni...

15. Suka makanan manis

Nama pun orang Kelantan kan? Selalu juga ada yang hairan bila nampak saya campurkan gula dalam kuah kacang atau kari bila menikmati roti canai di kedai-kedai. Juga bila saya campurkan kicap dengan gula (ditambah bawah putih) untuk dicicah dengan goreng pisang.

Pernah MB bertanya, "orang Kelantan memang suka makan cicah-cicah ek?".

Budak Kopi

Thursday, September 11, 2008

Teringat Dulu-Dulu... Wanita-Wanita Dalam Hidup Saya

Baru-baru ni pulang ke kampung, saya terlupa menceritakan suatu peristiwa. Insidien pertemuan kembali saya dengan seorang sahabat lama.

Ceritanya, saya ke kedai membeli barang, tiba-tiba terlihat kelibat seseorang. Serba-salah, diamati betul-betul, sah wanita itu saya kenal. Dia juga tersenyum lalu tak semena terus meluru masuk ke kereta saya. Panik juga- namun jangan salah faham. Wanita itu ialah Erney, sahabat lama saya- gadis manis yang saya kenali sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Erney, bertudung litup, manis orangnya. Masih tak berubah, karakternya yang bersahaja- buat saya terpinga-pinga.

"Apa khabar? Lama tak jumpa!".

"Ya, ya!". Angguk saya. Gelabah tiba-tiba.

"Erney!". Gugup saya lagi.

"Yelah, aku lah. Siapa lagi?".

"Erney! Apa khabar?", ulang saya soalan yang sama.

"Miss ya...". Hahaha! Gelak saya... gadis ini masih lucu, macam dulu-dulu.

"Aku ke USM minggu depan. Sambung belajar di Penang."

"Ya, bisa jumpa dan tukar-tukar cerita!". Erney senyum seraya mengangguk.

Kami saling bertukar nombor telefon.

"Call aku tau!". Sepantas itu Erney berlalu pergi. Gegas mahu membeli juadah berbuka katanya.

Pertemuan sekilas saya dan Erney mengimbau kenangan sewaktu di sekolah rendah. Malah kami juga sempat beberapa ketika di sekolah menengah (sebelum saya bertukar sekolah ke MRSM).

Waktu di sekolah dulu-dulu, selain Erney, nama Shahaneem, adalah antara mereka yang begitu sinonim dalam hidup saya. Kami membesar bersama, tinggal sekampung, ke tuisyen, malah saya juga 'ketua' mereka semasa memegang jawatan abang Pengawas di sekolah (waktu tengah gila kuasa.. hehehe).

Oh, ya! Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dah SELAMAT PEGANTIN BARU BUAT SHAHANEEM (masih belum terlambat rasanya!). Ralat juga saya tidak berkesempatan hadir ke majlisnya baru-baru ini. Diam-diam, dah kahwin rupanya cik mek molek sorang ni. Saya geleng kepala. Shahaneem yang gila-gila, dah jadi isteri orang akhirnya.

Ingat lagi waktu kami sama-sama mengecat kawasan taman di sekolah (setiap kelas diberi satu kawasan untuk diperindahkan)- momen paling best waktu di Sekolah Dato' Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah. Oh ya, waktu di darjah enam, pertama kali kami 'melawan' pop-kuiz di padang sekolah- soalan-soalan yang bombastik. Akhirnya saya tewas dengan soalan yang diambil dari kotak MILO. Hahaha!

Teringat wajah Pijah, seorang lagi sahabat saya (lawan dari kelas sebelah) yang gembira bukan kepalang waktu itu- Yes, kami menang!! Begitulah- kenangan waktu sekolah.

Pijah yang berwajah nakal dan selamba juga sering membuat saya tertawa. Periang dan gemar berterus-terang, terakhir saya melihatnya, sewaktu ke Universiti Malaya dulu. Seingat saya, sekitar tahun 2004. Ke mana agaknya Pijah sekarang?

Erney, Shahaneem dan Pijah- ada lagi beberapa nama yang saya masih ingat, namun cukup sahaja saya simpan di dalam hati. Saya bukanlah seorang yang suka menikmati kenangan, lebih-lebih momen yang indah-indah- bisa buat hidup saya 'terganggu' beberapa hari.

Cukup sekadar nostalgia.

Eh, kenapa saya menulis semua ini? Terima kasih kepada Friendster.

Jumpa lagi!

Wednesday, September 10, 2008

Catatan Awal Minggu Ramadhan Bhg. 2

KL! KL! KL!

Terakhir saya ke Kuala Lumpur ialah kira-kira dua bulan yang lalu. Tak banyak aktiviti yang saya buat kali ini selain dari memenuhi jemputan berbuka puasa saudara-mara dan di rumah AM sendiri.

Masa yang terhad, jadual yang padat- duh! Bagaimana ya? Teringin juga mahu jalan-jalan di KLCC namun bukan rezeki saya kali ini. Hari pertama di rumah aunty di TUDM Subang, hari kedua di rumah baru Fadzli, sepupu saya di Kajang. Ahad terakhir baru di rumah AM- itupun hanya sebilangan rakan-rakan rapat yang diajak. Kawan-kawan AM, juga kawan-kawan saya.

Sempat kami ke Putrajaya, membeli juadah berbuka. Sesekali mahukan kelainan, bosan asyik membeli di kawasan yang sama sahaja. Lebih banyak pilihan lagipun.

AM dengan aksi tunjuk-tunjuk makanan di Bazar Ramadhan Putrajaya

Sebelum itu, paginya, AM ada mengajak saya menemaninya ke jualan warehouse di kilang Pensonic di PJ. Teragak-agak juga untuk pergi awalnya, namun saya beralah juga memandangkan Kak Bai, Abang Shah dan Abang Irwan juga akan turut join kami. At least boleh juga jumpa diorang sambil-sambil.

Memang saya tak tahu apa-apa pun pasal jualan ini- ingat tempat apalah. Namun sebaik tiba, saya pun turut excited. Kesemua barangan elektrik (berjenama Pensonic) yang dijual adalah separuh dari harga sebenar, malah ada yang berkali ganda jauh lebih murah dari yang dijual di pasaraya!

Lihat sahaja 'kegilaan' mereka di sini (gambar)- hampir kesemuanya memborong apa sahaja untuk kegunaan Hari Raya dan diri sendiri. Hahaha!

Malamnya, sebaik habis berbuka, saya gegas pula ke Restoran Naili's di Ampang untuk bertemu Wardy dan adiknya Suria, bagi berbincang mengenai rekabentuk produk barangan keluaran syarikat mereka.

Baru kali ini saya berpeluang bertemu mereka, alang-alang dah datang KL ni kan, saya cuba juga curi-curi masa untuk berjumpa.

Itulah, sedikit-sebanyak catatan saya sepanjang 'menghilang' seminggu yang lalu. Maaf pada yang tak sempat untuk saya jumpa- Helmi, Sarah, Ted, Abang Nazri, Abang Ezra, Aerill, Affie, Ieja, Echa, Alif dan rakan-rakan yang lain. Pada yang masih mengingati saya, (terutama teman-teman di Kuala Lumpur) terima kasih dan SELAMAT BERPUASA saya ucapkan buat semuanya.

Salam Ramadhan yang mulia.

Ikhlas,
Kash Stabuxguy a.k.a. Budak Kopi

Monday, September 8, 2008

Catatan Awal Minggu Ramadhan Bhg. 1

Hari ini saya terasa penat sedikit. Berkelana dari Subang ke Pulau Pinang- biarpun menaiki penerbangan, duh! Puasa-puasa camni, terasa juga jerihnya.

Ke mana saya menghilang? Ya- ramai yang bertanya. Ada, saya di Malaysia juga. Tidak ke mana-mana.

Sebaik pulih dari demam dan keluar dari hospital minggu lalu, saya mengambil peluang untuk pulang bercuti ke kampung halaman di Tanah Merah (cepat Google lokasi. Klik di sini!).

Lama juga saya tidak menjengah ke sana. Sesekali menjenguk nenek dan saudara-mara di kampung, terasa terisi juga puasa saya kali ini. Sementelah terdetik di hati, langsung saja saya menempah penerbangan ke Kota Bharu.

"Kita pulang jumpa Tok Su dulu ya? Buka kat sana hari pertama." Tukas MB. Saya teruja. Nampaknya kali ini, saya bakal menjelajah ke banyak tempat untuk berbuka.

Perlis.

Awal-awal lagi KN sudah berjanji untuk turut bersama saya dan MB berbuka di hari pertama Ramadhan di Perlis. Dari Pulau Pinang, kami singgah di Jitra untuk mengambil KN. Perjalanan diteruskan. Sempat juga singgah di beberapa kedai termasuk di Pekan Kangar dan juga pasar malam di Utan Aji. Tak banyak yang kami beli, hanya sedikit untuk makan malam dan selebihnya untuk sahur esoknya.

Menariknya, saya dan KN bertukar-tukar resepi. Dia dan MB, masing-masing memasak makanan kegemaran saya- taucu daging ala Kelantan!

Yumm... yummm... terima kasih ya!

Hanya dua malam saya di Perlis. Tok Su nampak gembira menerima kedatangan saya. Maklum juga, dia sendirian di sana. Hanya Mak Ngah dan Rina, nasib baik juga mereka kerap balik menjengah.

Satu insiden yang tak dapat saya lupa di malam awal puasa sewaktu di sana, rumah Tok Su dimasuki air hampir ke buku lali. Habis melimpah satu rumah!

Malang juga waktu itu kami (saya, MB dan KN) tiada di rumah kerana keluar minum-minum di salah sebuah restoran di Pekan Kangar. Hujan lebat amat. Terpaksa kami lepak lebih lama di situ.

Sebaik tiba, kelihatan Mak Ngah, Rina dan Tok Su sedang berhempas-pulas cuba untuk mengeluarkan air yang bertakung di dalam rumah. Terkejut juga, hmm... rasa kelakar pun ada- sebab esoknya sahur, dan kami ramai-ramai kena kerja keras malam ni sebab satu rumah dah digenangi air!

Pulang saja ke Pulau Pinang, saya gegas siapkan barangan untuk di bawa pulang ke Kelantan. Tak banyak yang saya bawa- cuma satu beg sahaja. Laptop pula saya tinggal memandangkan kali ini cuma mahu rehat sahaja puas-puas. Maklumlah, baru baik demam kan. Badan pun masih lemah-lemah lagi sebenarnya.

MB hantar saya ke lapangan terbang. Sedih juga nampaknya dia. Tambah lagi now MB plak cam nak demam. Saya pesan suruh makan ubat berkali-kali.

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu hampir ke jam 1 tengahari. Saya jalan-jalan dahulu di KB Mall sementara menunggu untuk ke Tanah Merah. Sempat masuk ke Watson's dan beli Oreo Cheese di Secret Recipe.

Tanah Merah.

Nyata pekan kecil ini dah banyak berubah. Dah banyak kedai-kedai dan bangunan baru yang didirikan. Merupakan pusat laluan masuk utama dari negeri-negeri di Utara dan Selatan Semenanjung, juga popular dengan kenderaan rasminya iaitu keretapi ke Singapura dan Kuala Lumpur. Jika dulu, saya sering juga menggunakan perkhidmatan ini. Senang dan mudah, cuma 10 minit dari rumah.

Bertolak lewat petang, awal pagi dah tiba di KL Sentral. Itupun kalau takde masalah banjir dan rail rosak lah.

Kebiasaannya, saya akan mengambil koc tempat tidur. Lebih selesa.

Namun masa berubah. Selain faktor menjimatkan masa, kos yang lebih murah (atau setara) juga memungkinkan saya untuk membuat pilihan menaiki penerbangan.

Pada yang tak tahu, jika bercadang nak ke Pulau Perhentian juga boleh singgah di sini. Tipsnya, ambil keretapi malam dari Kuala Lumpur dan anda akan tiba awal pagi di sini. Anda boleh bertanya kepada mana-mana pengusaha teksi di sini untuk ke jeti di Kuala Besut. Jaraknya tak jauh, hanya kira-kira tiga puluh lima minit dari Bandar Tanah Merah. Harganya pun murah. RM20-25 untuk satu teksi.

Selama 4 hari, 3 malam saya di sini. Bersama nenek dan keluarga tersayang, entahlah. Beri saya seribu satu macam rasa. Seperti yang saya nyatakan tadi, masa berubah. Tak banyak yang saya bisa buat di sini. Sementelah saya juga sudah terputus hubungan dengan kawan-kawan dan teman sekampung. Jika ada pun, ramai yang sudah bekerja atau masih belajar di luar. Adatnya, hampir ke Aidilfitri nanti, baru kampung kembali meriah.

Percaya atau tidak, saya dibesarkan dalam kelompok keluarga yang agak besar- sepupu-sepupu sahaja (dari satu generasi) sudah mampu membentuk satu pasukan bola. Rumah pun tak jauh, semua dalam satu kawasan. Faktor yang 'menyekat' kami dari bergaul dengan budak-budak kampung yang lain. Bila dah besar, semua dah ada komitmen sendiri, sunyilah jadinya.

Di hari ketiga (Khamis, 4hb.), saya usul semua saudara-mara (mana yang menetap di sini) datang berbuka di rumah nenek. Kasihan juga ada yang tinggal berdua, bertiga (anak-anak semua di Kuala Lumpur). Nak tunggu semua pulang lambat lagi, jadi elok juga kalau saya ajak now kan, at least mereka takderlah rasa sedih atau terkilan sangat. Berkumpul ramai-ramai ni seronok. Tambah lagi berbuka bersama.

Oh, ya- jika semalam saya ke pasar ramadhan di Bandar Tanah Merah, oh lupa nak cerita. Makanan semua best-best kat sini. Yang penting tiada yang masak setahun sekali atau baru cuba-cuba nak memasak kat sini (even kalau ada pun, masakan diorang tetap tip-top). Cuma ralatnya, ketara sangat, makanan semua dah mahal-mahal sedikit berbanding dulu. Orang Kelantan pun dah pandai naikkan harga. Heh.

Ada dua menu di sini yang menarik perhatian saya- bubur lambuk dan perut percik (perut ayam yang dicucuk dengan lidi satay dan dimasak percik). Sedapp!

Hidangan popular masyarakat Kelantan terutama waktu berbuka... tapi bubur lambuk? Oh, pertama kali saya melihatnya- di 'import' dari Kampung Baru lak tuh. Huhuhu...

Okay back to aktiviti hari ini, saya ikut my aunty ke pasar besar. Banyak juga yang kami beli. Nak tahu apa menu berbuka nanti? Nasi Kerabu Kuning. Hahaha... my kegemaran tuh!

Tak susah nak buat Nasi Kerabu Kuning nih actually. Blend je kunyit, amik airnya dan rendam bersama beras. Lain-lain ialah kerabu, budu, solok lada (wajib ada) dan keropok. Terpulang juga kalau ada yang nak tambah ayam percik ke, ikan goreng tepung ke. Perghh... puasa-puasa ni, kecur liur ya!

Dari Kelantan, saya mengambil pula penerbangan tengahari ke Kuala Lumpur. Sama seperti Pulau Pinang-Kota Bharu, kali ni saya masih memilih Firefly.

Untuk pengetahuan, now Firefly dah pun melancarkan aircraft terbaru mereka, ATR 72-500 di mana mampu memuatkan kapasiti penumpang seramai 72 orang berbanding Fokker 50 cuma 50 penumpang. Selain harga promosi yang murah (waktu terhad sahaja), faktor kelebihan Firefly ialah lokasi lapangan terbangnya yang terletak tak jauh dari Kuala Lumpur (Subang Airport).

bersambung...