Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Tuesday, July 29, 2008

5 minit 4 U - Tag Dari Nazri

Hello ya anda! Ya, anda- siapa lagi? Para pembaca saya yang dikasihi. Sihat? Sudah makan? Pertama kali saya menanyakan soalan-soalan sebegini di sini. Entahlah, hari-hari teman-teman meng'sms' saya, "Kash, sudah makan? Kash buat apa, sibuk ke?".

Kadang terfikir juga, alangkah baiknya jika saya tidak perlu menggunakan handphone. Bukan satu kepentingan, namun fakta yang harus saya akui, dunia hari ini, handphone adalah satu keperluan- mahu temujanji, bertanya khabar, itu-ini.

Jujurnya saya bukanlah seorang yang rajin menjawab panggilan mahupun sms (Mati la, MB mesti tak percaya sebab dia asyik dok nampak saya 24 jam tangan dok ber'sms'. Kwang3x!).

"Hey, apa khabar cinta hati saya? Anda di mana, sihatkah?". Hmm, sekadar dialog contoh. Pendek kata mempermudahkan hidup.

Teringatkan semalam sewaktu makan malam dengan MB saya di Kenny Rogers di Lapangan Terbang Bayan Lepas, beliau ada merungut, syarikat pembekal servis telefon kerap menghantarnya text (sms) agar beliau segera menghabiskan "credit limit" penggunaan taliannya.

"I mana ada pakai sangat handphone. Bukan bergayut 24 jam macam si polan-si polan, paling tidak pun i text orang je!". Oh, no wonder payah nak habis. Saya tergelak. Lucu juga. Selalunya zaman-zaman student dulu, pulun dok tambah kredit handphone selang 2 hari (minima RM30 sekali top-up). Ini pakai postpaid pun orang call suruh cepat-cepat habiskan credit limit.

Kepada teman-teman yang rajin menelefon dan membuat panggilan/text, sekarang anda tahu, kenapa saya lambat membalas atau jarang mengangkat panggilan (tepat pada masanya). Alasan saya mudah, handphone tertinggal, dalam beg, i'm busy- office, gym selain i'm driving, bla.. bla... (Ok, ok- tolong percaya, kebanyakkan 80% darinya adalah benar!)

Tengahari ini saya di tag sekali lagi. Naz, kalau tak kerana you, maybe i ambil masa berhari-hari nak menjawab. Memandangkan tajuknya pun dah "5 minit 4 U", ok ok, saya cuba juga curi-curi masa ya.

Nak kenal saya?

Sila baca (dengan hati yang gembira!)

Siapa hero anda?
* Jika kecil-kecil dulu saya begitu sukakan watak Spiderman, namun sejak 2004, si cantik Carrie Bradshaw begitu inspirasikan saya. Err.. bisa saya namakan beliau sebagai HERO?

Ayat yang selalu dituturkan?
* "O.M.G!"

Perkara yang perlu sentiasa kena ingat?
* Saya yang jenis sentiasa lupakan barang- sering tertinggal handphone, kunci, beg duit. Merata-rata. Perlu ada yang ingatkan.

Dalam wardrobe, apa perlu ada?
* Hahaha... yang ini susah. Saya bukanlah branded-type person. Maaf, tiada Armani atau Gucci di dalam wardrobe saya. Err, adakah Esprit diambil kira?

Anda seorang yang branded?
* Dah jawab tadi. I'm not, well, perhaps not really. Saya lebih percayakan sesuatu yang bagus untuk dipakai/guna. Tak salah membeli jika selesa bukan?

Apakah rutin grooming anda?
* Gosok gigi dan cuci muka, selain shave setiap bangun pagi. I'm simple!

Dan, apakah yang paling penting dan perlu ada dalam beg anda?
* Wallet, buku, kamus (English, German), planner selain kunci-kunci & handphone.
Apakah impian anda untuk 5 tahun akan datang?
* Oh, tiada impian untuk berkeluarga. Mungkin punya kerjaya yang lebih bagus, pindah ke Germany dan hidup gembira. Itu sahaja!

Apakah yang paling anda suka mengenai bandar di tempat anda?
* Senang nak ke mana-mana- dekat, ada Egate (spot lepak yang paling saya suka suka- ada Starbucks, Subway, Sushi King etc), Queensbay Mall (Borders, Starbucks lagi, GSC), laut & err, Jambatan Pulau Pinang?

Sahabat susah & senang: sanggupkan kamu?
* Prinsip saya mudah, saya bisa menggembirakan orang, be there for her/him jika orang tak banyak kerenah dan easy going dengan saya. Paling penting, hormati privacy saya dan elakkan dari mengongkong.

Stabuxguy - Bakal sekali lagi berhujung minggu di Lumut, Perak. Ada sesiapa dari sana? Pangkor?

Friday, July 25, 2008

Sex And The City The Movie : Cinta Lahir Di Kota New York

Apabila sebuah cinta yang indah disatukan, magisnya, ia direncah dalam sebuah kota yang sesak dan sarat dengan segala macam cerita- dari label, fesyen dan rekaan para pereka ternama- lahirlah SEX AND THE CITY.

Carrie Bradshaw- ikon yang bagaikan hidup dalam pemikiran setiap pengikut setia siri ini, tidak terkecuali saya. Seorang penulis ruangan seks, cinta dan fesyen Majalah Vogue di Bandaraya New York. Berusia lewat 40-an (namun masih jelita).

Bermula musim pertama, Carrie mula menulis dan bercerita. Setiap apa yang diperkatakan, baik di cafe-cafe, party, percutian- semuanya menjadi bahan dan koleksi yang memperlengkapkan kolum dan ruang penulisannya.

Bergabung tenaga dengan tiga lagi nama dan tunjang utama siri paling popular dan glamor di saluran HBO ini, Kim Cattrall (Samantha Jones), Kristin Davis (Charlotte York) dan Cynthia Nixon (Miranda Hobbes), keempat-empat "gadis dewasa" ini melangkah dengan penuh bergaya di laluan runaway tahun ini dengan debut terbaru mereka, SEX AND THE CITY THE MOVIE.

Filem yang paling ditunggu-tunggu para peminat setia siri ini (khususnya), telah pun memulakan tayangan di Amerika (dan hampir seluruh dunia) pada Mei lalu, kini menjengah hamparan "karpet merah" di Malaysia dengan tayangan perdananya malam Khamis lalu.

Dengan dibantu barisan para pelakon asal lain seperti Chris Noth (Mr. Big), Jason Lewis (Jerry 'Smith' Jerrod), Willie Garson (Stanford Blatch) dan David Eigenberg (Steve Brady), kemunculan filem ini pasti menjadi buah tangan paling berharga buat para peminat Carrie dan rakan-rakannya.

Menarik lagi, filem ini turut diserikan dengan kemunculan khas Jennifer Hudson (Dreamgirls) yang memegang watak sebagai Louise, pembantu peribadi kepada Carrie selain beliau turut menyanyi salah satu lagu dari album runut bunyi, ''All Dressed In Love''.

Seorang yang kelakar, dinamik dan berpengetahuan, Louise bukan sahaja membantu Carrie malah mengajar wanita ini erti sebuah cinta sebenar. Louise yang berhijrah ke New York kerana desakan dan mahu mengubah hidup. Lebih lucu, Louise yang jujur gemar menyewa beg-beg rekaan pereka terkenal menerusi laman web 'bagborroworsteal.com'.

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini. :)

"It's a rental. Like Netflix for purses." Antara tagline si Louise yang pasti diingati mereka yang menonton filem ini.

Kisah bermula sebaik Carrie dan Mr. Big kembali ke New York dari percutian mereka di Paris (ingat lagi musim ke-6, episod 93, An American Girl in Paris?).

Seperti wanita bujang yang lain, perkahwinan (sesuatu yang bukan-Carrie sebenarnya) merupakan faktor pengikat yang akhirnya menjadi plot utama hampir keseluruhan filem ini.

Dari persiapan ala-Vogue, jemputan yang menginjak dari 75 orang ke 201 orang dah akhirnya menjadi konflik awal pencetus ketegangan antara Carrie dan Mr. Big.

Mr. Big yang termakan dengan kata-kata Miranda, "You two are crazy to get married. Marriage ruins everything," pada latihan makan malam perkahwinannya, gagal untuk muncul di saat-saat akhir menyebabkan Carrie kecewa dan marah.

Saya tabik kepada Samantha kerana biarpun dia agak gila-gila dan sukar diramal kadangkala, namun adalah sesuatu yang bagus untuk menggantikan honeymoon Carrie-Big dengan percutian mereka berempat ke Mexico.

Tetap dengan label stereotype-nya, pantang ternampak lelaki kacak, namun untuk versi filem, Samantha digambarkan lebih sopan dan setia kepada cinta.

Tersentuh dengan kasih-sayang dan perhatian Smith yang menjaganya sewaktu rawatan kemo (tonton balik siri - musim ke 6), Samantha mula lupakan diet dan berat badannya bertambah gara-gara mahu menghilangkan perasaan ghairah terhadap jirannya sendiri!

Kisah jenguk pula apa kisah Miranda. Bersama anaknya, Brady (yang kini telah pun memasuki usia lima tahun- empat tahun selepas siri tv berakhir), konflik perkahwinannya bermula sebaik Steve membuat pengakuan telah meniduri seorang wanita- dan hanya sekali tetapi telah mengguriskan hati Miranda.

Mereka "berpisah" dan Miranda membawa Brady pindah ke apartment baru.

Kehadiran Steve yang muncul di majlis latihan makan malam tambah memanaskan hati Miranda. Punca kenapa dia melontarkan kata-kata kepada Mr. Big (penyebab Big kembali sangsi dengan keputusannya untuk mengahwini Carrie dan muncul di majlis perkahwinan mereka keesokkannya).

Charlotte York, satu lagi karakter penting yang diperankan dengan begitu baik sekali oleh Kristin Davis. Seorang yang agak konservatif namun bijak, mementingkan kesempurnaan dan peraturan. Paling penting- dia satu-satunya di kalangan mereka berempat yang begitu mempercayai ikatan perkahwinan.

Dianugerahkan perkahwinan yang bahagia dengan Harry Goldenblatt (Evan Handler), lelaki yang sama sekali berlawanan dengan ciri-ciri yang diimpikannya- Harry seorang yang botak, pendek, berpendidikan namun agak bodoh kadang-kala (Harry merupakan bekas peguam peribadi Charlotte sewaktu penceraiannya dengan Trey McDougal, lelaki sebelumnya) dan mempunyai masalah bau badan.

Jika di musim terakhir episod, pasangan ini telah mengambil seorang bayi angkat dari China, untuk versi filem, Charlotte telah disahkan mengandung dan selamat melahirkan seorang bayi comel dari benihnya sendiri.

Memang puas sebenarnya menonton filem ini. Pelbagai suka-duka seakan kita turut berada di dalam dunia mereka, jika anda benar-benar penggemar setia, anda faham maksud saya.

Sungguh durasi 2 jam 28 minit tidak terasa. Seakan menonton episod sepanjang musim pula!

Oh- dengar-dengar bahagian kedua filem ini bakal menyusul nanti. Apa jadi dengan pasangan pengantin baru, Carrie-Big? Mampukah Miranda kembali pertahankan perkahwinannya dan memafkan Steve? Bagaimanakah pula Samantha, yang kini kembali menjalani hidup sebagai "wanita bujang" di usia yang mencecah 50 tahun? Juga Charlotte, dengan kelahiran bayinya- sempurna!

Percaya atau tidak, saya keluar dari pawagam dengan perasaan paling bahagia. 5.5 bintang untuk mereka!

Teringat kata-kata Samantha Jones, "Is a relationship saying his name fifty times more a day than my own?".

Stabuxguy - Bravo Samantha!

Thursday, July 24, 2008

The X-Files 2: Anda Mahu Percaya?


Ya! Percaya atau tidak- setelah hampir enam tahun berlalu (siri X-Files berakhir pada tahun 2002), Mulder dan Scully kini kembali dengan sebuah lagi sekuel terbaru filem "X-Files : I Want To Believe".

Memang awalnya saya langsung tidak mengetahui kewujudan filem ini sehinggalah ternampak "trailer" di tayangan Hellboy tempohari. Rindu menyaksikan Dana Scully dan Fox Mulder beraksi, saya mengajak MB menonton tayangan perdananya malam tadi.

Gabungan klasik keduanya dari siri popular penyiasatan paranormal sekitar pertengahan tahun 90-an hingga 2000 (X-Files memulakan siri pertamanya pada tahun 1993 - episod Pilot & Deep Throat) dan telah mencipta impak dan fenomena demam siri televisyen yang paling luarbiasa ketika itu.

Masih ingat, waktu siri ini popular, saya masih di sekolah rendah. Nak kata follow sangat tak juga tapi memang cerita-cerita pasal alien @ makhluk asing tak banyak waktu tu, plus mana la ada Charmed, Heroes jauh sekali Gossip Girl kan. Huhuhu...

Berbalik pada siri ini, pernah menyaksikan si Fox Mulder (David Duchovny) menarik diri dalam musim ketujuh, dan kembali bergabung untuk bersama-sama Agen Scully (Gillian Anderson) dan lain-lain karakter asal untuk dua musim terakhir.

Saya Mahu Percaya!

Antara kata-kata yang sering diulang di dalam filem ini, selain "don't give up!". Ia merupakan "key" atau kunci utama ke arah penyelesaian kes yang dihadapi Mulder dan Scully.

Sinopsis

Cerita berkisar di mana beberapa tahun setelah musim X-Files berakhir, Agen Scully yang kini kembali menjalankan tugasnya sebagai doktor sepenuh masa di hospital, sementara Fox pula memecilkan diri kerana korupsi dan konspirasi FBI.

Bagaimana pun, Fox kini diperlukan kembali untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang agen FBI. Agen Dakota Whitney (Amanda Peet) yang bertanggungjawab memanggil Fox kembali. Atas pujukan Scully juga, Fox kembali bertugas dan cuba untuk menyelesaikan misteri kehilangan agen FBI berkenaan dengan bantuan seorang psikik!

Sukar untuk percaya, namun Fox yang terkenal dengan kekerasan hatinya, hingga hampir menggugat hubungannya dengan Scully.

Beberapa insiden malang terjadi, dan Fox sendiri hampir maut sepanjang menyelesaikan dan mengejar suspek kes.

Secara dasarnya, jalan ceritanya terlalu ringkas. Jauh tersasar dari apa yang saya harapkan. Jujurnya, saya ke panggung hanya untuk menonton "comeback" Duchovny dan Anderson. Tidak lebih dari itu.

Lupakan soal latar cerita- terlalu "mild" dan hampir tiada babak atau kesan khas yang boleh diingati di dalam sekuel X-Files kali ini. Anda kecewa? Nasihat saya, sila set-kan minda anda awal-awal, oh, saya hanya mahu menonton Mulder dan Scully. Ya, ulang berkali-kali.

Bak kata Duchovny sendiri di blog yang terdapat di dalam laman web rasminya "I Want To Believe" - "Saya mahu percaya yang peminat setia siri ini akan datang menonton filem terbaru X-Files ini (jumpa anda di tayangan perdana esok) dan membawa rakan-rakan yang belum pernah menonton siri X-Files, dan mereka akan memberitahu rakan yang lain, dan membawa lagi rakan-rakan serta peminat baru ke panggung. Ianya pasti akan bertambah sepanjang minggu. Lelaki seperti saya cuma berharap. Jumpa anda di sana!".

Peminat setia. Adakah anda sebahagiannya?

Info :

Kata Chris Carter, pengarah filem dan siri ini, beliau membayangkan untuk mengadakan filem ketiga X-Files di mana lebih mengfokuskan perihal mahkluk asing yang akan memulakan penggambaran selewat-lewatnya penghujung tahun 2012.

Stabuxguy - Masih tak puas lihat Agen Fox dan Scully beraksi.

Tuesday, July 22, 2008

Kuntilanak 3 - Ve! Apa Dah Jadi?

Sekuel ketiga dari siri filem ini yang paling saya nanti. Jika dua bahagian sebelumnya saya hanya sempat menontonnya di DVD (satunya diberikan sendiri oleh Ve Handojo, teman saya dari Jakarta yang juga menulis skrip filem ini), tapi tayangan Kuntilanak 3 (K3) di Malaysia yang bermula minggu lalu tidak saya lepaskan. Ingin tahu nasib dan perjalanan Samantha (Julie Estelle) seterusnya, saya teruja ke panggung untuk menonton.

Dengan harapan menggunung, ditambah dengan war-war si Ve, "Bahagian ini lebih angker. Kamu pasti teruja!".

Ve juga memberi saya beberapa spoiler tentang skrip angker terbarunya ini sejak beberapa bulan lalu. Buat saya tambah tak sabar mahu lihat tayangannya sendiri di Malaysia.

Setiap Kisah Memiliki Akhir.

Masuk babak pertama- hati saya sudah berdebar-debar, lebih-lebih dengan lakonan bersahaja Laudya Cintya Bella (Stella), yang melakukan cameo untuk filem ini (Laudya juga pemegang watak Dinda di dalam filem Love - adaptasi Cinta di Malaysia).

Laudya membuka tirai K3 dengan babak perkhemahan bersama tunangannya di dalam sebuah hutan misteri.

Angkernya bermula sebaik Laudya bercerita perihal Kuntilanak (Pontianak di Malaysia) namun tidak dipercayai oleh tunangnya. Seakan klise, keduanya menjadi mangsa pertama pembunuhan oleh Kuntilanak di kawasan berkenaan.

Itu sahaja babak untuk Laudya.

Banyak persoalan bisa diajukan di sini, apa yang dibuat keduanya di tengah-tengah hutan misteri berkenaan (yang ceruk dan terpencil)?

Nyata berani Laudya membawa padah. Keduanya hilang menjelang pagi lalu dicari oleh sekumpulan rakan-rakannya.

Cerita sebenar bermula.

Sekumpulan anak-anak muda (yang tentunya kacak dan ganteng gitu) terdiri dari Herman, lakonan Reza Pahlevi, Darwin (Mandala Shoji), Asti (Imelda Therine) dan Petra (Laura Antonietta). Mereka yang juga merupakan anggota SAR (search and rescue) telah ditugaskan untuk mencari Stella (Laudya) dan tunangnya yang dikhuatiri telah hilang.

Misi pencarian ini telah menemukan mereka dengan Samantha (Julie Estelle), pemegang peran utama siri Kuntilanak sebelunya. Saya sukakan kostum yang dipakai kali ini. Nampak lain dan lebih bersifat gadis moden yang misteri gitu. Nak kata ala Sailormoon pun leh gak.

Samantha yang juga mempunyai misi yang tersendiri berkaitan wasiat ibunya adalah dalam perjalanan ke Desa Ujong Sedo (rujuk Kuntilanak 2). Dia bersedia membantu dan mengikuti kumpulan SAR sebaik dipujuk oleh Asti.

Tidak banyak yang dapat saya huraikan tentang filem ini. Berbeza dengan dua bahagian sebelumnya, K3 adalah sebuah adunan berbeza.

Saya sedikit hampa sebaik sahaja setengah jam pertama berlalu, tampak yang K3 hanyalah sebuah naskhah seram yang dibuat secara tergesa-gesa. Plotnya longgar dan bisa dipersoalkan (setiap babak) kenapa dan kenapa? Dan, oh- bagaimana ya?

Ibarat "aku-mesti-habiskan-ending-siri-ini-segera", nyata Ve dan sang pengarah, Rizal Mantovani telah mengecewakan saya (dan tak mustahil pengikut dan penggemar siri ini keseluruhannya).

Pada saya, lebih baik jika Kuntilanak berakhir pada siri yang kedua. K3 adalah sebuah cerita lain. Tapi ditempiaskan sedikit cerita Samantha dari sambungan sebelumnya (dan sungguh tidak perlu sebenarnya melainkan ceritanya amat-amat bagus!).

Jika Kuntilanak 1 lebih saya sifatkan umpama video klip Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti, sinematografinya tip-top, terbaik- bisa dimaafkan meskipun jalan ceritanya "tak berapa seram" dan lebih fokus kepada awalan perkembangan watak Samantha dan kebolehan luarbiasanya untuk memanggil Kuntilanak.

Kuntilanak 2, cerita menjurus kepada kekuatan, sifat dan sisi hitam Samantha. Juga kematian kekasihnya, Agung (Evan Sanders) yang tragis. Plotnya menarik dan bisa merentapkan jantung anda. Evan Sanders memberikan lakonan yang jitu untuk penampilan kali kedua ini berbanding yang pertama. Lebih beremosi. Nyata Evan tidak menggunakan paras rupa sebagai tarikan semata-mata.

Jika anda pernah mengikuti siri Anak Pontianak (sambungan filem Pontianak Harum Sundal Malam 2) di TV3 sedikit masa dulu, bagi yang perasan, ceritanya lebih kurang sama dengan naskhah di dalam Kuntilanak 2. Saya tak fikir ianya kebetulan. Hmm... siapa nak jawab tu?

Tepuk dada tanya selera. Penonton Malaysia dah bijak menilai saya kira.

Berbalik kepada K3, Samantha kali ini lebih lemah dan tidak banyak bermain dengan emosi. Kebolehannya juga tidak digunakan sepenuhnya, malah trademark memanggil Kuntilanak juga tiada sama sekali dalam filem ini.

Saya berani katakan, wataknya sekadar tempelan. Tidak seperti dua siri sebelumnya, Samantha penuh dinamik dan padat dengan gaya-lakon yang berkesan. Agaknya pengarah atau pembuat filem lebih mahu menjual nama-nama hebat para model mereka yang kacak-kacak dan cantik barangkali.

Mujur juga keempat-empat karakter baru yang difilemkan kali ini mampu berlakon dan tidak kaku. Pujian harus diberikan kepada si pengarah. Selain Reza Pehlevi (Herman) yang terpaksa berendam lumpur hidup (menyerupai struktur sebenar), babak si Laura Antonietta (Petra) juga terpaksa membenamkan tangannya ke dalam perut seekor lembu (yang telah dikosongkan) untuk mengambil bayi Kuntilanak.

Saya akui, sesetengah adegan bisa menyeramkan penonton dan membuatkan jantung anda berdegup tanpa henti. Cuma bagi penggemar siri ini, saya rasakan Rizal dan Ve mampu untuk mencipta kelainan (dari segi penceritaan) dengan cara dan jalan cerita yang lebih baik.

Kemunculan nenek tua yang mengandungkan bayi Kuntilanak (kelihatan sedikit fake dan agak bodoh kostum-nya) dan penamat cerita ini amat dangkal dan tidak begitu memberi impak kepada saya. Penamat dengan moral amatlah tidak saya jangka. Kemunculan kembali Yeni, gadis kecil yang sudah mati (di dalam K2) dan sekumpulan kanak-kanak juga membingungkan saya- dari mana dan siapa mereka?

Hanya diakhir-akhir cerita barulah saya sedar pengaruh dan trademark Rizal, si pengarah (berdasarkan visual ala video klip yang ditampilkan sewaktu babak Samantha mahu terjun membunuh diri dari waterfall)- sebuah ending yang begitu menghampakan!

T
ak perlu rasanya dragging dan babak feeling-feeling begitu terlalu lama.

Pendek kata dragging filem ini di mana-mana. Dragging time-frame untuk hantu muncul, dragging untuk perkembangan watak-watak, cara mereka mati dan lain-lain. Seolah-olah untuk mencukupkan durasi sedangkan isi ceritanya sedikit sahaja.

Habis menonton, saya cuba-cuba menelefon Ve di Jakarta.

"Di mana kamu?".

"Baru keluar sinema. Nonton Dark Night buat kali ketiga!".

"Oh, okay. Btway, aku baru aja habis nonton filem K3 kamu."

"Duh! Bagus nggak? Kamu suka?".

"Nggak. Baca aja komentarnya nanti di blog aja ya!".

Stabuxguy - Dah dapat jemputan filem Susuk minggu depan. Terima kasih, Adilla (TV3).

Tuesday, July 15, 2008

BBQ, Hujung Minggu Di Perlis

Antara agenda utama saya ke Perlis minggu lalu ialah mengadakan BBQ bersama Sam dan Kak Noya.

Ikutkan, Mak Ngah dan Rina akan menyertai kami, tetapi di saat-saat akhir, Mak Ngah terpaksa pulang ke Alor Setar (ada urusan yang tak dapat dielakkan).

Kecewa juga. Tapi takpelah. Lain kali boleh buat lagi. Anyway, thank you Mak Ngah kerana membantu menyediakan masakan tengahari yang cung petang itu- my fav, kari terung. :)

Padang Besar.

Kata orang, kalau ke Perlis, tak sah jika tak ke Padang Besar. Dan tiap kali itulah, pantang pulang ke Perlis, saya dan MB akan ke Padang Besar. Tujuannya? Hah, tak lain tak bukan, beli pulut ayam. Rasanya dah pernah saya siarkan posting pasal pulut ayam ni sebelumnya. Memang sedap. Tapi kalau makan selalu muak juga. Sesekali boleh lah. Hehe.

Kami ke Padang Besar dengan kereta Kak Noya. Pertama kali saya naik Waja hitamnya. Tak shopping apa pun, saya lebih banyak snappy-snappy je kali ini. Macam-macam pose kami ambil. Dari pose ala-ala manja lite-lite Kak Noya hinggalah gaya Si Sam yang siap berlakon jadi pak cik kedai lagi- konon-konon jual beg Adidas gitu.

Petangnya, balik dari beli pulut ayam dan window shopping di Padang Besar, kami snappy-snappy lagi kat depan rumah Tok Su. Dah penat segala, barulah Sam bantu saya- kami mula memasang tempat memanggang BBQ (yang baru dibeli di Tesco masa kat Penang).

Mudah aje nak pasang benda alah tu, tambah pula menggunakan cordless screwdriver (yang juga dibeli di tempat yang sama). Cepat dan jimatkan masa.

8 Malam.

Kami mula BBQ. Kak Noya bantu saya hidupkan api sementara MB pula sibuk dok sediakan bahan-bahan mentah (makanan laut) untuk BBQ di dapur.

Ada udang, sotong, daging dan tomato.

"Wan, letak sabut kelapa ni hah, baru senang nak bakar api tuh!". Laung Tok Su dari rumah.

"Takpe Tok, dah ada fire starter ni hah! Kejap lagi api naiklah...". Degil. Nak jugak guna fire starter katanya.

Hampir tiga puluh minit, api masih juga belum naik. Saya hampir putus-asa. Lucu juga. Ini kali ketiga sebenarnya cubaan saya untuk menghidupkan api BBQ. Teringat pengalaman pertama dengan Abang Long di rumahnya di Kelana Jaya- itu okay le jugak sebab Abang Long pun ala-ala terer lite-lite. Kat rumah bapak di Morib lagi lah, berpeluh-peluh saya nak tunggu api menyala. Malu semua orang dah tunggu dan pandang semacam.

"Letak sabut, Kash. Nanti nyalalah api tu...", ujar Kak Noya mengulang arahan Tok Su. Saya terus ambil sabut kelapa, ah memang benar- sekejap sahaja api dah menyala. Hehehe. Itulah memang kata orang tua-tua ni kena ambil peduli. Jangan nak buat ikut kata sendiri aje.

Itu pengajaran. Tapi it's okay. Saya sekadar mencuba. Yelah, dah sah-sah kat paket tu dia tulis fire starter. Next time kalau nak buat BBQ, saya akan pastikan bawak sabut kelapa banyak-banyak. Hehehe...

Memang seronok BBQ malam tu. Walaupun cuma kami berlima, tapi momen tu yang penting. Pertama kali kami dapat berkumpul camni- borak-borak, tukar cerita.

Hujung minggu kali ini juga memberi saya peluang untuk lebih mengenali Kak Noya. Memang orangnya baik, sopan-santun- bak kata MB, cakap pun lemah-lembut. Saya kira dia amat-amat lah penyabar orangnya. Masakan Sam, sahabat saya kini menjadi teman rapatnya di UUM!

Lama juga kami dok lepak berlima malam tu. Sampai muka memasing dah ngantuk, Sam jadi tukang kemas pinggan. Rajin pula tetiba. Hahaha.

Masuk rumah, mandi dan siap-siap nak tidur. Tapi ada lah pulak "makhluk paling seksi" yang dah pasang DVD citer hantu lah kan (Indon). Sudahnya MB yang dok terketaq sorang-sorang. Yang lain? Dah berghazal, berinang semua... ZZzzz....

Esoknya, awal-awal lagi Kak Noya dan Sam balik ke Sintok. Ada kelas katanya. Kedah kan keje Ahad.

Hmm... terasa sedih pula tiba-tiba. Later, saya pula akan kembali ke Penang bersama dengan MB.


Saya tak punya ramai kawan-kawan sebenarnya di Penang. Kebanyakkan masa saya (selain dari di pejabat), baik tengok wayang, keluar membeli-belah, makan, jalan-jalan- banyak dihabiskan bersama MB. Susah-senang saya (walau ada masa kami bertegang urat juga), dia banyak membantu. Baik dari segi moral, belanja wayang kadang-kadang hehehe...

Cuma kebelakangan ini sahaja, setelah beberapa bulan di sini, saya betah melakukan semuanya sendiri- baik ke gym, jalan-jalan, beli-belah selain cuba-cuba untuk rapat dengan sepupu saya, Erin yang telah hampir lima tahun berkerja di sini (Penang). Masalahnya, saya agak kekok dengannya. Dan kami tidaklah serapat mana.

Sudahnya, mana-mana saya pergi, tetap mengajak MB. Dia seorang kakak dan teman yang baik.

Sedar tak sedar, dah hampir tujuh bulan saya di sini. Sesekali Sam datang temankan saya. Kadang ada juga dia bertanya, "Tak nak balik KL dah ke?". Saya diam. Cuba mencari jawapan yang paling sesuai.

Sesuatu yang mustahil saya kira. Punya kawan-kawan yang happening, party sana-sini, ke kelab tiap malam minggu, jalan-jalan dan tengok wayang di KLCC, semua itu memenatkan saya.

Tambah pula dengan suatu kejadian yang ingin saya benam dalam-dalam. Ada hati yang melukakan saya.

Jangan silap faham, si polan-si polan, saya hargai anda. Anda pernah menjadi teman saya susah dan senang. Ah, mungkin juga saya agak terlalu dewasa untuk bercakap soal berparti, sosial lagi.

Apa pun, Penang merupakan tapak peralihan saya sebenarnya. Saya berkira-kira untuk (kembali) ke Germany suatu hari nanti. Ah, angan-angan ya! Tidak juga. Agenda saya dirancang bermula pertengahan tahun depan. Hampir setiap malam saya rindukan Bremen. Terbayang naik keretapi dari Oldenburg, berbasikal keliling kota membeli pakaian Zara, ke kedai buku, aiskrim.

Moga-moga saya bisa kotakan.

Selamat menempuh hari anda ya!

Stabuxguy - Sepi itu indah, bukan?

Saturday, July 12, 2008

Pagi Di Perlis

Awal pagi. Entah mengapa saya begitu bersemangat hari ini. Dah berkali-kali merancang untuk berjogging di kawasan kampung tapi macam-macam alasan- tertinggal kasut la, lewat bangun la. Kunjungan ke Perlis kali ini, saya tak lepaskan peluang. Memang saya gemar ke sini. Selain faktor Tok Su, makanan yang sedap-sedap (dan murah), Perlis juga memberi saya nostalgia sewaktu zaman-zaman persekolahan.

Cadangnya nak kejutkan MB sekali, tapi teringat yang kami tidur agak lewat semalam (kepenatan, dari USM terus drive ke sini). Takpelah. Jogging sorang-sorang pun best juga.

Saya minta izin Tok Su untuk keluar.

"Wan pi kat hujung bendang sana tu. Luas. Boleh tengok-tengok pemandangan." Saya senyum seraya memandang Tok Su. Dia demam hari ini. Tapi masih bersemangat bangun nak temankan saya keluar.

Matahari pagi.

Cantik. Memang cantik. saya melewati bendang-bendang dan rumah-rumah kampung. Terasa benar perbezaan banding ngan jogging di treadmill gym. Segar. Saya sedut udara puas-puas.

Bersama iringan lagu "Makhluk Tuhan Paling Seksi" di headphone, buat kesekian kalinya saya tersenyum.

Saya terus berlari...
Sedikit update tengahari : MB, Tok Su, Mak Ngah dan Rina (yang baru tiba dari Alor Setar) tengah gigih memasak - ada my lauk kegemaran, gulai terung, ikan termenung dan senangin goreng. Petang Kak Noya dan Sam dari UUM datang lak, kami akan buat BBQ ramai-ramai. Yippiee!

Stabuxguy - Mencari teman-teman lama dari Persatuan Kadet Bomba Negeri Perlis (Masih ingat, Jambori Terengganu 1999?)

Thursday, July 10, 2008

Di Bawah Langit Langkawi (Edisi Bersama *Perempuan Lindungan Kaabah) Bhg. 2

Hari Kedua.
Pulau Payar.

Awal-awal lagi MB* dah kejutkan saya di bilik sebelah.


*MB=Miss Bersukaria

"Bangun, breakfast! Kang lambat kena tinggal ngan bas...".


Teringat yang semalam dah janji ngan si Jeff, pemandu pelancong kami yang akan membawa saya dan MB ke Pekan Kuah. Dari sana, kami akan menaiki sebuah lagi bot ke Pulau Payar.

Untuk info, Pulau Payar ni terletak di tengah-tengah antara Pulau Pinang dan Langkawi. Anda boleh ke sana dari kedua-dua arah.

Terdapat banyak hidupan marin yang cantik-cantik di sini. Syurga bagi penggemar skuba (diving) dan snorkling.

"Ok, ok... i bangun sekarang. You pergi la breakfast dulu. Nanti i join." Saya menggeliat malas-malas. Masih ngantuk sebenarnya.


Sebuah bas persiaran datang mengambil kami kira-kira tepat jam sembilan setengah pagi. Ada beberapa orang pelancong lagi (dari hotel ya
ng sama) yang turut bersama kami.

Bas bergerak ke arah Pantai Cenang dari The Lanai (sesekali berhenti mengambil penumpang dari hotel ke hotel) dan seterusnya ke Pekan Kuah.

Bagus juga kami mengambil pakej ke Pulau Payar ni, dapat juga singgah dan melihat-lihat Pekan Kuah sementelah tiada dalam perancangan sebenarnya.


10.30 pagi
Jetty Point, Kuah


Perjalanan dari Pantai Cenang ke Pekan Kuah tak lama, hanya mengambil masa kira-kira tiga puluh lima minit sahaja.

Teruja juga seketika sebaik tiba di Jetty Point. Macam-macam ada kat sini- dari kedai serbaneka, makanan segera hinggalah butik-butik pakaian dan kedai pinggan-mangkuk.

Saya suka rekabentuk bangunan di sini, selain tampak moden, ianya kemas dan tersusun.
Saya jalan-jalan seketika sambil merakam foto keliling sementara menunggu Jeff uruskan tiket dan pakej perjalanan kami. Terasa lapar pula tetiba. Jamah breakfast pun cukup syarat je tadi. Nak cepat punya pasal.

Terpandang Starbucks. Saya cuit MB.

"Jom!".


Hehehe... bagus kan. Mana saya pergi pun Starbucks ada di mana-mana. Saya dan MB order some foods and drinks. Kata Jeff, perjalanan dari jeti ke Pulau Payar mengambil masa agak lama juga. Ha
mpir dua jam.

"Yeahh... sempat la kita kroh.. kroohh atas bot!", ujar MB sebaik mendengar penerangan Jeff.

Mati-mati saya ingatkan bot yang akan kami naiki adalah sama dengan bot yang digunakan untuk Island Hopping kelmarin. Jenuh jugakla kalau dua jam naik bot tu. Heh!

Bot ke Pulau Payar nyata lebih besar dan mempunyai tiga dek (tingkat) yang berbeza fungsi. Sekali pandang nampak macam bot mewah atau StarCruise gitu. *berangan jap*

Dek Pertama - paling atas. Ruang bersantai/menikmati panorama laut

Dek Kedua - berbumbung. Lebih kepada ruang makan/piknik

Dek Ketiga - Ruang utama/paling bawah. Sesuai kalau nak pose-pose (kalau rasa diri cung la) dengan kopi dari Starbucks... Hahaha...

"Duduk je mana-mana, free seating ya!". Seorang petugas memberi arahan. Saya dan MB memilih tempat duduk di belakang sekali. Bukan apa, senang nak "kroh-kroh" dan bergosip - ala-ala privacy gitu! Heh heh heh...

"Sila ambil tempat masing-masing. Selepas lima belas minit bot bergerak baru anda boleh naik ke dek atas...". Sekali lagi petugas yang sama memberi arahan.

Gambar kenangan... Rizal, Tasya dan saya sewaktu trip kami ke Pangkor (2004)

Kali kedua sebenarnya saya menaiki bot sebesar ini. Teringat pengalaman ke Pangkor bersama Icky, Tasya dan Rizal (sekarang membaca berita di siaran AWANI) beberapa tahun dahulu, juga bot yang bersaiz (hampir) sama.

Satu pengalaman menarik di atas bot ini, apabila Jeff menawarkan kami untuk ke kabin kapten. Saya tak lepaskan peluang, capai kamera dan terus mengikut Jeff ke tingkat atas.
Kami bukan sahaja berpeluang menemubual "kapten", malah juga berpeluang untuk "mengemudi" bot berkenaan. Awalnya takut-takut juga. Masakan tidak, mengemudi bot sebesar ini yang bermuat beberapa puluh penumpang di dalamnya.

Jangan tak caya, ini memang betul-betul bawak okay. Nampak pulau kat depan tu... memang excited habis... muka control katanya... Huhuhu...

Bersungguh-sungguh MB merakam gambar-gambar saya memandu bot- bukti katanya. Tapi semua nampak keras (kaku). Saya gelak bila tengok gambar sendiri. Ala-ala control gitu. Memang saya nervous habis.

Apapun, terima kasih kepada Jeff kerana membuka peluang ini kepada kami. Dari Island Hopping semalam pun dia memang dah rapat dengan kami. Rancak berborak lebih-lebih dok melayan MB yang
asyik dok meraban*.

Jeff lah yang promote dan beriya-iya mengajak saya dan MB menyertai trip ke Pulau Payar ni. Kebetulan saya juga ada terbaca di risalah dan juga internet.


Dengan bayaran minimum hanya RM150 seorang, anda juga bisa mengikuti trip ini. Segala-galanya akan diuruskan termasuklah pengangkutan pergi-balik dari hotel ke jeti, hinggalah ke pulau. Makan-minum juga disediakan (set lunch) termasuk peralatan untuk snorkling dan menyelam. Amat berbaloi saya kira. Bagus bukan?


*meraban = merepek

Hah, kalau nak tahu yang ni lah Jeff- tourist guide kitorang yang very the peramah tu (tgh control jalan kat belakang)... punyalah banyak dibawaknya kelengkapan menyelam...

Cuaca begitu baik sekali. Kami tiba di Pulau Payar hampir ke jam sebelas pagi. Awal lagi, desis hati saya.

Sekali lagi kami diberi penerangan- dari hal-hal keselamatan, bentuk aktiviti yang boleh dilakukan hinggalah ke jenis-jenis hidupan marin, akuatik yang terdapat di situ. Ralit juga saya mendengar. Berkali-kali Encik Nik, selaku ketua penyelaras (dengan telor Inggeris-Kelantannya), memberi amaran kepada pengunjung agar tidak menyentuh dan merosakkan karangan laut dan ikan-ikan yang terdapat di situ.

"Ikan-ikan di sini adalah jinak. Bermainlah sepuas-puasnya. Tetapi jangan sesekali kamu cuba ambil atau menangkapnya. Pulau Payar adalah Taman Laut Negara...". Ujar Encik Nik dengan tegasnya.

Dia ni nampak aje serius memula, tapi tak sampai sejam borak-borak ngan kami, dua kali lima si Jeff juga perangainya. Boleh tahan kaki meraban jugak.


Habis sahaja sesi taklimat dan penerangan, semua dah tak sabar. Apalagi, terus ambil goggles dan flippers. Aktiviti yang paling saya tunggu-tunggu- snorkling!

Bercakap pasal aktiviti di sini, ralat juga kerana tidak dapat mengikuti aktiviti diving (menyelam). Berkali-kali Jeff memujuk dan mengajak saya, namun mengingatkan yang saya mempunyai batophobia (saya alah melihat karang dan batuan laut yang besar-besar), saya batalkan sahaja niat. Lagikan snorkling di tepi-tepi pun saya dah takut-takut.

Untuk diving di sini, anda tidak perlu mempunyai lesen atau pengalaman yang khusus. Cukup diajar asas dan anda bakal dipandu oleh juruselam berpengalaman.

Pada yang berani, dengan hanya sedikit bayaran tambahan, saya menyarankan anda mencubanya. Tanda nota perjalanan anda jika ke Langkawi ya.
Jangan lepaskan peluang!

Oh, bagi yang hanya ingin (atau gemar) bersnorkling bersahaja (seperti saya!), jangan kecewa. Beratus-ratus ikan akan datang mengelilingi anda (dengan jinaknya) sebaik anda menjejakkan kaki ke gigi air. Jangan lupa membawa roti atau biskut untuk dijamu kepada ikan-ikan di sini. Pelbagai spesis dari nemo (clownfish), batfish, butterflyfish hinggalah ke barracuda dan jerung.

Jangan risau, jerung-jerung di sini tidak merbahaya. Mereka bukan dari kelompok agresif.


Kebiasaannya jerung-jerung di sini sudah mempunyai jadual makan mereka sendiri di mana para petugas akan memberi mereka ikan-ikan segar sebagai habuan setiap hari (bermula jam satu tengahari).


Berita baik untuk penggemar snorkling juga, (pada mereka yang inginkan lebih pengembaraan), anda boleh mendaftarkan diri kepada mana-mana petugas untuk mengikuti sesi snorkling berkumpulan sambil dibawa mengelilingi pulau (2-3 jam).


Sekali lagi Jeff datang dan memujuk saya. Saya pandang MB.

"Why not?". Duh, yakin betul Miss Bersukaria nih...

Teragak-agak juga saya. Biarpun bukan diving, but still, kami akan dibawa ke tengah-tengah laut.

Sama seperti diving, kumpulan snorkling juga akan dibawa mengelilingi keseluruhan pulau, sambil diberi beberapa penerangan tentang keadaan sekitar, dan diakhiri dengan aktiviti snorkling di tengah-tengah laut.

Melihatkan MB yang beriya-iya, saya beranikan diri. Berbaur juga seketika. Memang dalam!

Saya adalah antara orang terakhir yang terjun ke laut.
Jarak antara permukaan hingga ke dasar rasa-rasanya setinggi 10-15 meter. Tambah pula dengan kumpulan batu-batu karang yang besar-besar buat saya hampir menjerit seorang diri. Mujur seorang pelancong Singapura datang menenangkan saya. Dia cuba membantu dengan memberikan beberapa tips untuk relaks. Saya tarik nafas dalam-dalam. Lepaas... dan selamm!

Cantik. Memang cantik. Sebuah pemandangan dasar laut yang begitu menakjubkan. Saya cuba abaikan kumpulan karang-karang besar, sebaliknya hanya fokus kepada sekumpulan ikan yang berenang-renang di sekelilingnya. Tak lama. Beberapa saat sahaja saya kembali panik. Hahaha!

Memang saya gagal memberi perhatian. Batophobia masih kuat mengekang saya nampaknya. Takpe. sekurang-kurangnya saya berjaya juga mengikuti aktiviti ini. Suatu pengalaman yang tak mungkin bisa saya lupakan sampai bila-bila.

Bersantai di atas dek sewaktu perjalanan balik ke jeti...

Malam,
The Lanai.

Habis tengok sunset dan snappy-snappy di kawasan pantai The Lanai, terfikir-fikir juga, mahu ke mana kami malam ini?

MB dah pun janji dengan Odie, sepupunya yang berkerja di Langkawi untuk dinner bersama malam ini.

"Kita pusing-pusing area Cenang aje lah. Mana tau terjumpa tempat cung macam Jimbaran kat Bali." Cadang saya.

Kami naik scooter ke Pantai Cenang. Dari satu lorong ke satu lorong kami redah. AB Motel, Langkapuri, hah, jangan tak tau kat sini pun ada nasi kandar tau. Besar-besar terpampang- Nasi Kandar Tomato. Kami cuba lorong bersebelahan Hotel Bestar pula. Macam cung je sini. Ada cafe ala-ala Bali gitu mengadap laut.

Tiba-tiba MB terpandang pula sebuah lagi cafe berhampiran yang lagi dekat dengan laut. Siap makan sambil boleh jejak pasir lagi. Yes, this is the one, ujarnya bersungguh. Sebijik macam kat Jimbaran Bay.

Saya order Chicken Set je. Tak lalu dah nak makan nasi. In fact, sepanjang kat Langkawi ni, memang saya avoid makan nasi pun. Saja nak feeling-feeling western katanya.

Kami tunggu Odie dan his wife datang sambil layan lagu-lagu yang dimainkan. Memang best ambience kat sini. Paling asyik lagu-lagunya- semua dari koleksi chillout dan world music.

Lama kami tunggu. Odie dan isterinya muncul sejam kemudian. "Sorry lambat! Kami dari Kuah...".

"Hah, lama tunggu hangpa. Cepat order. Makan apa?".

"Hey, Kash makan apa?".

"Chicken set. Cungg!".

"Hah, sama- er, awak makan apa?". (soalan untuk isterinya)

"Tak seleralah. Dah kenyang tadi. Kita share aje lah ye bang!". Dengar tu... share katanya. Romantik tak... hahaha...

Odie ni sebaya saya. Baru je kahwin. Tak silap bulan Mac hari tuh. Sempat saya jadi "pak andam terjun" masa kenduri dia kat Perlis.

Lama kami lepak. Borak sambil dengar lagu-lagu kat tepi pantai. Susah nak dapat feel camni.

Besok akan ke Cable Car lak. Rasanya tak yah la update. Ramai yang dah biasa pegi kan. Nothing much la kat sana. In fact, saya tak berapa suka sangat. Gayat. Memang serik. Tobat sekali naik udah la... Hahaha...

Insyallah saya akan ke Bali lagi sekitar Oktober nanti. Tengah buat persediaan nak fit kan body nih. Nak feeling-feeling jadik Asyraf Sinclair nanti. Boleh? Muahahaha...

Jumpa lagi!

Stabuxguy - Tunggu "Bunga" saya datang...