Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Monday, March 24, 2008

F1 Terbaik Edisi Ke-10 : Berpanas Di Litar!

seminggu bercuti, macam-macam agenda saya. kembali ke situ sana sini, hidup di KL, life saya kembali rancak. bukan maksud di Penang saya tidak suka, tapi itulah bezanya. jika Penang membuatkan hidup saya 'menjadi orang biasa', KL menuntut saya untuk sentiasa berkejar sini sana. kadang-kadang rezeki yang datang bukanlah saya cari, namun peluang itu sentiasa terbuka. hidup dikelilingi mereka-mereka yang rapat dengan dunia media contohnya, baik hiburan atau politik, bisa memberi anda suatu pengalaman baru setiap masa.

"besok free?". soal AM dari hujung gagang. saya berkira-kira.

"free, kenapa?".

"nak jemput pi tengok F1. final race. mahu?". tak fikir panjang, awal-awal lagi saya terus bersetuju. jika musim lalu saya terlepas perlumbaan, pastinya tawaran AM kali ini tak mungkin saya lepaskan.

pagi ahad.

awal pagi kami dah bersiap. dari rumah meredah cuaca pagi ke KLCC. hujan lebat di KL seharian semalam membuatkan terowong SMART terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada sistem operasi banjir.

seperti biasa, pihak media dan para undangan PETRONAS telah ramai yang berkumpul di perkarangan lobi KLCC. beberapa buah bas juga telah sedia menunggu untuk membawa para penumpang ke SIC. saya pandang sekeliling. memang mood saya berkobar-kobar sedikit pagi itu.

di satu sudut, kelihatan para penumpang dan peminat setia F1 sedang diagih-agihkan senaskhah tabloid tiap seorang. percuma! saya menghampiri.

oh, Kosmo! rupanya. saya juga diberikan senaskhah.

"edisi khas. bacalah!". seorang 'brader' sibuk membuat promosi.

saya belek-belek. halaman demi halaman. wah, Kosmo! bagus. penuh dengan info dan penerangan tentang F1. boleh juga saya tambah dengan homework F1 yang dibaca melalui internet semalam. pertama kali saya merasa selesa dengan Kosmo! di tangan. *iklan*

kami bertolak dari perkarangan KLCC tepat jam sebelas pagi menggunakan laluan baru ke putrajaya-KLIA. awal-awal lagi kami telah diberitahu oleh pengurus bas, perjalanan bakal mengambil masa kira-kira sejam. kurang trafik, lancar dan selesa - tiga perkataan yang boleh digambarkan tentang highway KL-Putrajaya ini.

teruja juga. maklumlah, pertama kali saya menggunakan laluan ini. anda sudah cuba?

tiba sahaja di SIC, saya dan AM bersama wakil-wakil media dan para jemputan PETRONAS yang lain berjalan sejauh kira-kira 500 meter ke pintu masuk litar. di kiri kanan jalan penuh sesak dengan orang ramai, baik yang datang untuk menyaksikan F1 itu sendiri mahupun sekadar jenguk-jenguk dan memeriahkan acara di pintu masuk (pelbagai program menarik disediakan penganjur).

dari check in point (pintu masuk utama), kami terpaksa berjalan lagi sejauh 500 meter ke tempat duduk yang telah ditetapkan (diamond), yang terletak betul-betul berhadapan dengan Pit Building.

saya jamah perut. teringat yang kami belum breakfast. saya lihat AM dah gegas ke kaunter makanan. wah, laju je dia. lapar sangat la tuh.

ada dua set makanan, satu breakfast dan satu lagi lunch set. saya dan AM masing-masing memilih breakfast set. lunch? err, later la.

sambil makan, saya sempat membelek-belek Kosmo! yang entah ke berapa kali. saja mahu lihat, kot-kot ada info yang terlepas. memang saya mahu benar-benar khatam pasal F1 kali ni. setidak-tidaknya info musim ini sarat di kepala. *alang-alang dah datang kan, biar lah tahu hingga ke akar umbi, siapa pelumbanya, dari mana, siapa teratas dan sebagainya.

hampir ke jam satu tiga puluh. sekumpulan gadis litar, dengan baju rekaan pereka yang kian meningkat naik di Malaysia, jovian mandagie, keluar mengiringi Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi untuk merasmikan acara pit walk. pit walk ni merupakan acara wajib di mana para pelumba F1 diarak di atas kereta vintage mengelilingi kawasan litar. ala-ala catwalk miss-miss la lebih kurang.

sempat juga saya sms faizal, rakan saya yang juga bertindak menjadi pembantu jovian di pit building.

"jangan lupa snap pic pose-pose ngan gadis litar ya. nak letak kat blog."

"ekslusif katanya!". pantas faizal membalas sms saya.

acara sebenar perlumbaan bermula kira-kira jam 2 petang. saya cuba-cuba mengikuti, dari persediaan awal, ujian trek hinggalah ke pembukaan laluan pit.

pertama kali saya benar-benar menjadi seorang pemerhati. jika musim-musim yang lepas, F1 terasa begitu membosankan, tidak kali ini. ah, tak rugi jika kita belajar sesuatu yang baru dalam hidup.

genap pusingan keenam, AM (yang sekian lama gelisah) ajak ke bawah. bising katanya. sakit telinga. ternyata pemakaian alat khas menapis bunyi tidak memadai (alasan aje actually. *saya tahu dia bosan* hik!).

saya follow AM. kami lepak-lepak sambil jejalan di street walk. pelbagai gelagat dan ragam bisa dilihat. yang pasti suasana di sini tak ubah seperti di negara-negara eropah. sekali imbas macam ada pesta beer pula.

terjumpa hui ching, teman rapat Am saya. kami duduk borak-borak seketika.

"guys, i jalan-jalan jap. nak lihat hujung sana!". ujar saya kepada mereka. saja nak snappy-snappy sebenarnya.

siapa kata F1 ni untuk mereka yang berstatus elit dan berduit sahaja?

kikis tanggapan anda. di sini bermacam-macam status yang ada- dari loving couple yang biasa-biasa, pak cik tua yang membawa anaknya (siap bercat dan bercalit di pipi), mak budak (laram merah lagi), individu hinggalah ke rempit-rempit yang berlegar di kawasan 'berbayar'. tak mustahil jika mereka ini kelompok peminat F1 sejati. siapa sanggup menahan bahang dan berasak-asak di tengah panas begini? melabur sejumlah duit. bukan sedikit. jangan enteng. siapa tahu?

saya jalan lagi. tiba-tiba handphone bergetar. sengaja saya vibrate. takut tak dengar.

"ambil food. use your coupon. kita nak masuk dah."

tetiba baru teringat yang saya masih belum mengambil lunch. terus saya gegas kembali ke tempat AM dan hui ching.

lunch food.

not bad. ayam masak merah, nasi tomato, cupcakes (uuh, saya suka!).

"gemok!". usik AM. saya makan separuh. malas dijadikan bahan ketawa.
hampir ke pukul empat. F1 pun dah hampir tamat. saya kembali ke litar bersama AM. seperti yang dijangka ramai, kimi raikonnen (ferrari) mendahului senarai pelumba di tangga teratas diikuti robert kubica (bmw-sauber) sementara heikki kovailanen (mclaren-mercedes) cuma selesa di tangga ketiga.

tercari-cari juga nama-nama tersohor seperti felipe massa (ferrari) dan lewis hamilton (mclaren-mercedes). ah, di mana mereka?

"massa terbabas di selekoh keenam pada pusingan ke-31 tadi. tu la, terlepas!". ujar kak jue. kecewa juga tak dapat tengok. namun saya pulang dengan perasaan yang puas. F1 kali ini benar-benar memberi saya input, dari nama pemain, kedudukan mereka, selain suasana sebenar perlumbaan di litar sepang.

pada yang tak tahu, F1 musim depan bakal diadakan di waktu malam. hah, bagus juga. takder la panas sangat.

terima kasih sekali lagi kepada AM saya dan kak jue (perhubungan media, PETRONAS) kerana buat kesekian kalinya sudi menjemput.

stabuxguy.

Sunday, March 23, 2008

Edisi MOOD Cuti : F1 Hari Ke-3



Keputusan 10 Di Tangga Terbaik Perlumbaan 2008
*sumber : http://www.malaysiangp.com.my

Wednesday, March 19, 2008

Saya Dan MOOD Bercuti? Nikmatinya!

salam kekasih. salam semua cinta-cinta saya.

siapa? andalah. ya, anda! terkejut? jika bukan anda siapa lagi (yes, status saya single sebab tu berani hehehe).

tunggu! jika tak kerana anda, saya takkan kembali menulis di sini (siap tukar layout baru lagi). anda suka? dude, tak nak baca takpe. ARAHAN : sila klik butang 'X' hujung belah kanan ya!

*jarang saya bersikap sinikal. takpe, jom kita sama-sama senyum aja. pergilah buat kopi atau apa-apa sahaja. :)

kepada pembaca,

apa jua komen atau prejudis anda terhadap saya, (mungkin dr teman-teman lama, atau mereka yang pernah 'terasa' dan terluka dengan saya) sikit pun tak menjadi kudis buat saya. anda berhak marah atau berkata apa sahaja. saya mungkin alpa dan terlalai seketika. namun apa yg lepas, bagi saya ianya satu sejarah. yang penting, baik saya mahupun anda, sama-sama kita baiki keadaan dan hijrah ke suatu 'daerah' yang lebih baik. jika mahu, jagalah 'daerah-daerah' anda sendiri. usah biarkan ianya dicerobohi. tak perlu nak berperang atau saling menjatuhkan. rugi.

jika masih ada sisa-sisa dendam, kenapa tidak bersemuka sahaja? mengapa perlu membuat dan mereka-reka cerita? saya bukanlah sesiapa. dan anda juga sama seperti saya, manusia biasa. fikir-fikirlah. saya masih hormat anda. saya juga masih hargai tiap inci kenangan saya bersama anda. buang yang keruh. bukankah itu lebih baik?

emosi!

*tarik nafas seketika*

kalian tertanya? dude, anda itu untuk siapa?

*saya tergelak*

anda itu bukanlah untuk siapa-siapa. hanya untuk mereka-mereka yang saya kasihi, saya cinta dan saya hormat pendiriannya. terima kasih kerana menyedarkan saya. tanpa 'anda', siapalah saya.

alhamdulillah- dua minggu ini saya akan berada di kuala lumpur dan sarawak. 'bercuti' dari kekangan kerja buat saya benar-benar tenang dan gembira. rindu juga mengadap kerja namun saya kuatkan hati, bukankah ini yang saya tunggu-tunggu? dude, nikmatinya!

ya, nikmatinya. perkataan terbaik buat saya masa kini. sedar atau tidak, semakin dewasa kita, semakin besar tanggungjawab dan semakin banyak perkara yang perlu kita berhadapan.

saya juga, biarpun berkali-kali diketuk, baik oleh AM sendiri mahupun Kak Wan saya, masih jalan tersengguk-sengguk.

saya cuma harapkan sebuah kehidupan yang lebih baik. kawan-kawan yang membantu, bisa susah-senang bersama- karl darlin', yes including you, sweety!

terima kasih buat teman-teman yang masih mengingati, karl, alif, Cj, abg amir (antara yang sempat saya jumpa sejak dari hujung minggu lalu). minum-minum, borak-borak di KLCC.

abg nazri, wardy, helmi- anda masih hutang untuk bertemu saya!

p/s : punya apa-apa info tentang Miri? makanannya? tempat2 menarik? tips, petua? kongsi dengan saya. e-mail kepada stabuxguy@yahoo.com. terima kasih! (",)

*updated!*

e-mail dari pembaca...

e-mail satu

hej!

nice to have a chance to read your blog again. nice layout. i used to travel to city of miri and i really love to eat kolok mee...really nice and should try it...i think walking around town is good too but i already forgot the places that i've been last time except that i went up the hill and you can see the miri city from the top...ok, wish you have a great break...

cheers! danial - tyne & wear...

danial ma


stabuxguy : tak sabar nak merasa buah epal segar di ba'kelalan.