Friday, October 17, 2008

Coklat Stroberi

"Ikut teoriku. Coklat-stroberi. Coba jadikan dirimu seperti coklat. Walaupun rasamu sebenarnya adalah stroberi."

Hahaha! Anda faham?

Maksudnya, jika sebanci* mana pun kamu, tunjukkan pada umum yang kamu juga seperti lelaki normal.

Agak keras bunyinya bukan?

*banci = lembut

Antara petikan dialog dari filem "Coklat Stroberi" yang baru saja saya tonton di DVD malam tadi. Biarpun runutnya telah saya beli setahun yang lalu, namun baru kali ini baru saya berpeluang menonton keseluruhan perjalanan ceritanya.

Key dan Citra, sementara Nesta dan Aldi- empat teman serumah yang terpaksa membahagi hati dan perasaan. Antara memberi dan menerima, cinta baru yang benar, sementara meninggalkan sebuah hati yang terluka.

Plot

Akibat tiada wang untuk membayar sewa, Key dan Citra terpaksa akur dengan kehendak tuan rumah mereka untuk membawa masuk dua penyewa baru. Sebaik mengetahui keduanya adalah lelaki, mereka tiada pilihan sementelah keduanya juga masih menuntut di kolej.

Biarpun tidak disenangi Citra, Key mula menyimpan perasaan terhadap Nesta tanpa mengetahui 'rahsia sebenar' keduanya. Nesta yang juga hanya ingin berpura-pura (demi menutup kepincangannya bersama Aldi) akhirnya terpaksa akur dengan perasaannya sendiri yang dia juga telah jatuh cinta terhadap Key.

Konflik bermula sebaik Aldi mengetahui hubungan Nesta dan Key. Mereka mula berantakan.

Namun cinta itu tak bisa dipaksa bukan? Lebih baik melepaskan dari terus saling melukai.

Aldi akhirnya melepaskan Nesta untuk mencintai Key.

Emosi saya mula bermain di saat ini. Dek kerana geram dengan keegoaan Nesta (ah, lelaki sering digambarkan begitu bukan?), saya berkeputusan untuk berpihak kepada Aldi. Dan, oh- terima kasih kepada Citra- anda rupanya penyelamat. Buat saya senyum sedikit di pengakhiran cerita.

Lucu juga bila melihatkan si Fauzi Baadilla dengan sportingnya melakonkan watak lelaki banci yang bertindik sana-sini.

Kisah yang mudah (dengan tema yang berat) tapi mampu memberi saya kesan emosi yang bukan sedikit. Bersama lagu latar yang begitu mengesan, setiap babak menjadi warna antara empat sahabat yang juga menjadi peran perdana filem ini.

Menarik juga, selain kemunculan Ungu (yang bermain sebagai live band di restoran Key berkerja), juga penampilan khas Fauzi Baadilla (lelaki bertindik yang juga rakan sekerja Citra di butik), Luna Maya (aktres dari Love kegemaran saya!) dan ramai lagi.

Saya tak pasti salinannya ada di jual di Malaysia. Jika punya teman-teman ke Jakarta, nah, kirim aja ya!

Budak Kopi - Suka 'coklat stroberi' beli di KLCC... yummyy!

1 comment:

reez said...

erm...
i wanna dis movie

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...