Tuesday, October 28, 2008

Rumah Terbuka MB, Senja Di Teluk Tempoyak dan Karaoke

Begitu cepat masa berlalu. Tak sedar Syawal telah pun sampai ke penghujung. Rasa saya, baru semalam umat Islam mula berpuasa.

Jika minggu lalu AM saya telah mengadakan rumah terbukanya di Kuala Lumpur, kali ini giliran MB dan kawan-kawannya pula mengadakan gathering beramai-ramai di kediaman beliau yang terletak di kawasan Bayan Baru.

Memang sebuah perhimpunan kawan-kawan yang mengujakan. Apa taknya, sesekali berkumpul begitu kecoh dengan macam-macam gelagat, selain pelbagai juadah dan hidangan (yang pastinya sedap-sedap!)- paling penting semuanya dimasak dengan penuh kasih-sayang.

Itu tagline popular MB yang sering disebut-sebut.

Macam-macam masakan ada- dari hidangan nasi beriayani, masak kerutuk dan ayam panggang, karipap, salad, muffins dan pelbagai lagi juadah. Ralit berfoto, buat saya lupa apa menu kami tengahari itu. Siap ada yang menjadi 'bahan kawalan' lagi-

Majlis yang dirancang bermula jam 12 tengahari telah dihadiri oleh beberapa orang kenalan dan kawan-kawan MB di universiti. Macam biasa, diva-diva bergosip ni memang tak boleh dok diam, ada sahaja topik yang menjadi perbualan terhangat di pasaran.

Tunggu juga kemunculan Abang Hensem a.k.a. Abang Zack (suami Kak Ida) sementelah sedari tinggal di Pulau Pinang, kami masih belum berpeluang bertentang mata. Sering saja saya mendengar cerita-cerita lucu Kak Ida dan suaminya, teringin pula berbual-bual dan berkongsi cerita. Kata Kak Ida, Abang Zack arif selok-belok pengiklanan dan fotografi.

Mujur Kak Intan datang membawa suaminya, Mr. Baker dan 'bala tentera'. Seronok saya melayan gelagat Arif, Iman dan Ehsan- pertemuan ketiga kami selepas pasar malam dan berbuka puasa Ramadhan lalu.

Saya tabik ketiga-tiganya kerana mereka bukan sahaja peminat fanatik dunia gusti, (tontonan melalui youtube, dvd) namun di dunia kanak-kanak lagi mereka telah didedahkan dengan pelbagai perkara.

Kagum kerana di zaman saya, masih ralit bermain teng-teng atau mengumpul tudung botol-

Lewat petang, sehabis saja acara gathering a.k.a. rumah terbuka di rumah MB, saya ke Teluk Tempoyak pula untuk mengambil gambar. Baru nak belajar-belajar.

Untung juga Max sudi menemankan saya.

"Minta diri dulu ya semua. Jumpa malam nanti- karaoke, jangan lupa!". Pesan saya sebelum keluar kepada kakak-kakak diva semua.

Dah lama tak ber-karaoke. Tak sabar pula mahu menunggu agenda malamnya.

"Sorry lambat!", ujar Max sebaik saya hampir ke kereta.

"No, it's ok. Belum sunset lagi. Nanti kita dinner di rumah MB ya- food masih banyak."

Kami menghala ke Teluk Tempoyak, sebuah kawasan penempatan dan pusat makanan laut yang cukup popular di sini. Tak jauh, terletak hanya kira-kira dua puluh minit dari kawasan perindustrian Bayan Baru.

Dua jam di sana- tidak terasa durasi berjalan. Pelbagai teknik saya cuba. Juga beberapa sudut untuk setiap gambar yang diambil. Jujurnya, pengetahuan saya masih di paras sifar. Sekadar bersuka-suka- semuanya bermula dari minat, bukan?

Teringat yang dulu sewaktu di kolej, kami diajar menggunakan kamera manual. Terkial-kial juga saya, ditambah pula harus ke kedai setiap kali untuk mencuci foto yang diambil.

"Bagaimana, ok?". Saya angguk, senyum seraya menunjukkan kepada Max beberapa slide foto.

"Cantik! Ambil gambarku pula, cuba!". Satu, dua, tiga- klik!

Saya menunggu hingga ke lewat senja. Beberapa siri senja buat saya terpegun seketika. Hampir keseluruhan kawasan Teluk Tempoyak disimbah menjadi kuning keemasan. Sungguh saya kagum dengan kejadian Tuhan.

"Kamu serius mahu mengajakku naik?". Soal Max sekali lagi sebaik saya mengajaknya untuk singgah makan malam di rumah MB.

"Kenapa tidak? Jom! Aku lapar. Kita makan ya." Max akur akhirnya. Buat pertama kalinya saya perkenalkan Max kepada MB dan kakak-kakak diva yang lain. Hanya KN, Kak Ida dan Juliana yang masih tinggal.

"So, jadi karaoke?".

"Yup- haruss! Ada orang dapat lampu hijau malam ni."

"A'ah. Jangan ada yang conquer mic sudah nanti. Pulun nak buat konsert sendiri." Masing-masing tergelak seraya memandang sesama sendiri.

Diva-diva kesayangan saya. Kakak-kakak yang sudah saya anggap seperti keluarga sendiri. Mungkin ada yang menganggap saya bertuah, dikelilingi diva-diva yang bukan hanya pandai bergosip, namun mereka tak lekang menasihati dan memandu arah perjalanan saya.

"Menjadi yang berguna." Terngiang yang MB pernah berkata.

Hidup ini cuma sekali. Jangan sia-siakannya.

Kenali mereka dengan lebih dekat :-)

MB - http://mybersukarialife.blogspot.com
Kak Intan - http://mamachupan.blogspot.com
Kak Ida - http://auntidasthots.blogspot.com
KN - http://lubokbatu-graffito.blogspot.com
Mr. Baker - http://warfman.blogspot.com

Capai saya :

Graphic Designer/Writer/Photographer
Penang+KL

"graf:x anywhere, anytime!"

+artwork : http://kashatwork.fotopages.com
+photoblog : www.photoblog.com/stabuxguy
+e-mail : kashatwork@gmail.com
+h/p : 014.6000.441

Budak Kopi.

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...