Salam Aidilfitri

Selamat menyambut lebaran kepada semua pembaca Darimejastabux!

KEDAI KASH : Khidmat Rekaan Grafik, Laman WEB dan Fotografi

BARU! Portal servis dan barangan online - GRAFIK, FOTOGRAFI, REKAAN LAMAN WEB. Klik untuk lebih lanjut!

Facebook Kash

Ingin tahu aktiviti harian saya, mana saya pergi, apa saya buat? Jadi kenalan saya di FB hari ini. :) Jumpa di sana!

Pages

Friday, February 27, 2009

Catatan Hari-Hari Terakhir

Menghabiskan hari-hari terakhir di Pulau Pinang, tidak sama seperti selalunya, buat saya terfikir, berat rasanya mahu meninggalkan- sungguh!

Tatkala berehat-rehat di E-gate, lepak menikmati ice blended dan stroganoff pie di Starbucks sambil mata membelah ke Jambatan Pulau Pinang, hati terasa bergenang.

Masakan tidak, biarpun kadang pahitnya terasa hingga ke penghulu kerongkong, namun bila ditelan, biar sedikit, (oh, terpaksa saya pejamkan mata), ada juga terasa manis dihujung-hujungnya.

Berbeza dengan kehidupan-kehidupan yang pernah saya lalui di tempat lain, Pulau Pinang banyak mengajar saya menjadi seorang manusia sebenarnya. Bergaul dan bercampur dengan mereka-mereka yang tahap akademiknya tertinggi di sini, jauh dari membuat saya kecil dan terasa kerdil. Sikap terbuka dan kasih-sayang wujud di mana-mana. Itu antara manis yang saya terima.

Tegakah saya untuk berhijrah (lagi)? Tidak jujur jika saya mengiyakan. Sukar juga untuk saya berjanji, mampukah KL menjadi saksi, hijrah terakhir saya sebagai penamat destinasi?

Saya cuba toleh ke belakang. Ada warna-warna muram yang berdiri di situ. Ya, saya tahu- betapa berat mata memandang.

Hidup ini panjang. Saya cuba untuk tidak siakan.

Stabuxguy.

Tuesday, February 24, 2009

Magis PGL Yang Menjadi dan Bright & Breezy AM Di PD

"Kemaskini" dan "bersarang". Dua perkataan yang acapkali saya dengar bila jarang-jarang saya menulis apa-apa yang terbaru. Sabar ya kawan-kawan. Bukan tak mahu, tapi kembali ke Kuala Lumpur banyak buat saya terkejar-kejar, lega juga sebaik semua yang dirancang menjadi, baik hal-hal peribadi, mahupun berkaitan orang-orang sekeliling.

Jujurnya kini, menulis "kemasukan" terbaru umpama merancang kenduri 40 hari, 40 malam payahnya. Buntu dan kadang-kala diperap berhari-hari lamanya. Pelik juga ya- entah kenapa, *ada kawan memberitahu, "faktor usia, barangkali?". Hahaha! Saya cuma tergelak sendiri. Enam tahun bergelar blogger masih buat saya tak serik-serik.

Blog umpama nadi. Itu jawapan saya.

Ok, ini cerita saya...

Jika ditanya perasaan, hati saya masih berbaur. Menghirup udara Kuala Lumpur, tidak sama seperti di Pulau Pinang. Kota yang membataskan peluang untuk berehat, semuanya harus dilakukan cepat-cepat. Terkedu juga tatkala memandu di jalanan, simpang-simpang yang sudah berubah tanda arah, duh, buat saya pening seketika.

"Bukit Bintang paling buat saya pening kepala. Lebih-lebih lagi jika keluar dari Terowong SMART mahu ke Paviilion."

Itu kawasan cari makan dulu-dulu katanya. Hahaha!

Apa pun semuanya okay, ya pasti okay. Itu saya katakan berkali-kali pada diri sendiri. Menjadi seorang dewasa yang harus membuat keputusan kendiri juga buat saya terasa kekok biarpun saya tahu ianya adalah suatu proses yang perlu ditangani dengan hati-hati.

Bayar bil, hutang-hutang kredit kad, tunggakan kereta, beli rumah- duh!

Persoalannya, bersediakah saya?

Puteri Gunung Ledang The Musical Musim Ke-3

Awal minggu lalu, saya berkesempatan singgah di Istana Budaya (IB) bagi menonton persembahan teater muzikal, Puteri Gunung Ledang (PGL). Terima kasih buat Zack, teman saya yang menjemput. Biarpun awal-awalnya tiada perancangan untuk menonton, namun jemputan Zack, ditambah dengan tiada apa yang ingin dibuat (tontonan di waktu siang), sekali lagi saya terhanyut di dalam cerita cinta Tuah dan Puteri. Syabas buat Tiara! Memang cinta mereka tidak pernah menjemukan saya, biarpun sudah masuk edisi ketiga.

Lebih rencah, penuh drama dan gubahan lagunya pun lebih indah. Paling saya tabik dengan nyanyian Stephen Rahman-Hughes. Lebih meremang dengan vokal ala broadwaynya. Kredit juga buat Datin Seri Tiara Jacquelina, tidak sesia ilmu yang dicedok di luar negara. Nyata memberi impak yang luarbiasa kepada persembahannya. Dikatakan edisi ini bakal mengakhirkan peran sang Puteri ditangannya, pastinya berita sedih buat pengikut setia PGL dan para peminat setia Tiara khususnya.

Biarpun harus diakui, PGL musim pertama lebih melekat di ingatan saya, namun edisi kali ini adalah terbaik. Terbaik kerana serba-serbinya lebih teliti, kemas dan aturannya lebih terperinci. Babak demi babak berjalan dengan penuh emosi. Tidak perlu saya ulas panjang-panjang. Cukup mengatakan, PGL musim ketiga berjaya mencapai visinya. Bukan kata-kata kosong sebaik Tiara dan krew produksi melaungkan frasa lebih magis, sememangnya benar, peran sang Puteri itu sendiri suatu magis; apatah lagi yang lain-lainnya.

Paling ralit menunggu babak matahari muncul. Tragis dan hati ikut sama menangis.

Pada yang sudah menonton, saya percaya anda setuju dengan kata-kata saya.

Kash, mana cerita PD? Ada.. ada...

Ambil masa untuk susun dan memilih gambar satu persatu. Sony Alpha benar-benar membuat hidup saya bahagia. Melakukan editing juga buat saya bahagia. Pendek kata, apa-apa sahaja berkaitan dengan fotografi kini, buat saya bahagia. Hahaha!

Sabar ya pada yang masih menunggu gambar-gambar dari saya. *Sila log masuk ke facebook untuk kemaskini gambar-gambar terkini.

Ucapan terima kasih harus saya tuju buat AM saya yang telah bersusah-payah menjemput kami ke Port Dickson bagi meraikan hari ulangtahun beliau yang ke-**. Jika saban tahun dibuat di rumah, sesekali apa salahnya ubah angin, jauh dari hiruk-pikuk ibukota. Pantai barangkali memberi metafora perjalanan dan usia. Ah, itu hanya definisi saya.

Bright & Breezy di PD

Saya tiba di Desa Lagoon Resort Port Dickson kira-kira hampir ke jam empat petang. Lewat kerana gegas ke beberapa tempat mengambil cupcakes dan beberapa urusan lain.

Mahu saya gambarkan suasana di sana dengan perkataan?

Penuh warna dan meriah dengan gelagat kawan-kawan. Masing-masing melaram mengikut tema, oh tak kurang juga yang macam nak masuk tidur pun ada. Awalnya, lokasi kami berBBQ adalah berhampiran pantai. Namun dek kerana hujan yang turun secara tiba-tiba, terpaksa ditukar ke kawasan bawah apartment sahaja (tepi pool) sementara sesi potong kek dan games diadakan di dalam apartment.

Ada antara muka-muka yang baru saya kenal dan jumpa, selebihnya muka-muka biasa. AM barangkali bertuah dikelilingi oleh mereka yang hebat-hebat dan antara yang terbaik dalam hidupnya. Sesekali berkumpul dan bertukar-tukar cerita, kecoh jadinya.

Lebih-lebih lagi dengan adanya Kitt, si versetail yang penuh drama (err, hanya itu gelaran yang bisa saya fikir setakat ni- hahaha!).

Buat AM- terima kasih kerana masih menjadi sebahagian dari hidup saya. Selamat hari ulangtahun. Anda antara yang bermakna.

Esok saya akan kembali ke Pulau Pinang. Membawa arus dan gelombang Kuala Lumpur yang bakal saya jengah sepenuhnya menjelang Mac nanti- kita tunggu dan saksi.

Oh, ya, pada yang bertanya, ya- saya masih mencari kerja. Ada yang sesuai di mana-mana? E-mail saya segera. Terima kasih- :)

kashatwork@gmail.com

Budak Kopi a.k.a. Stabuxguy

Wednesday, February 18, 2009

Kash@GTN : Edisi Berlin, Germany

Hye!! Hello, ya apa khabar semua, ya anda- hari ini? Dah beli dan baca majalah GTN (Gaya Travel Nusantara) terbaru (keluaran Februari/Mac 2009) di pasaran? Pada yang tak tahu, GTN adalah sebuah majalah berkonsepkan kembara/pelancongan berbahasa Inggeris yang diterbitkan oleh Suri Media Sdn Bhd. Padat dengan info dan ruangan berkaitan dengan tempat-tempat menarik dalam dan luar negara, saya pasti GTN bisa menjadi panduan terbaik buat anda yang tercari-cari destinasi pelancongan seterusnya!

Oh, ya- nak baca dan tengok gambar-gambar eksklusif sewaktu kunjungan saya ke Berlin, Germany dulu? Hanya di Majalah GTN (Gaya Travel Nusantara). Dapatkan segera ya! :-*

Klik imej untuk baca/paparan saiz sebenar

Klik imej untuk baca/paparan saiz sebenar

Klik imej untuk baca/paparan saiz sebenar

Klik imej untuk baca/paparan saiz sebenar

Klik imej untuk baca/paparan saiz sebenar

Klik imej untuk baca/paparan saiz sebenar

Laman web rasmi GTN : http://www.gayatravel.com.my

St4buxguy

Sunday, February 15, 2009

Apabila Hati Terusik... Selamat Tinggal Bukan Perkataan Terbaik :*

Saya tidak tahu apa yang harus di tulis. Tatkala hati begitu bercelaru, antara berat hati mahu meninggalkan- oh baru sahaja mendapat perkhabaran tentang pemergian ayahanda Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor tanahair. Takziah buat Siti dan keluarga. Semoga roh Allahyarham Encik Tarudin B. Ismail dicucuri ramhmat hendaknya- Amin.

Itu cerita Siti. Lain padang, lain belalang. Saya melalui minggu yang benar-benar hebat kebelakangan ini. Kunjungan Wardy minggu lalu, diikuti dengan kedatangan Sam dan KN, dua teman rapat saya dari Universiti Utara Malaysia (kami sering mengatur pertemuan demi pertemuan sebenarnya), menebalkan lagi rasa rindu untuk meninggalkan tempat ini.

Puas membawa Wardy berjalan-jalan, dari makan-makan di Teluk Tempoyak, membeli dvd dan melawat Ferenggi (saya harap anda senang hati!), berkaraoke buat terakhir kali bersama teman-teman USM di Majlis Post-Graduate Colloqium, Dinner & Culture Show malam Jumaat lalu, diakhiri dengan majlis meraikan Harijadi Sam dan MB serentak malam tadi, benar-benar memberi saya impak yang bukan kepalang.

Terima kasih kepada KN yang telah bersusah-payah menyediakan Ketam Masak Lemak dan sayur cung, tak lupa kepada MB juga untuk Butter Prawn dan Shepard Pie yang memang (selalunya) awesome! Oh- tak lupa Dr. Juliana juga yang telah sudi menjemput dan memasak nasi lemak di rumah barunya sempena meraikan pra-harijadi MB minggu lalu.

Nikmat hidup di Pulau Pinang, selalu dapat merasa makanan-makanan cung- peww, masakan badan saya tidak naik mendadak!

Sebut pasal makan, ralat juga saya tidak dapat menjengah ke rumah baru Kak Ida (yang baru siap direnovasi) minggu lalu. Bertemu Abang Hensem sewaktu singgah bersarapan di Astaka (deretan restoran yang terletak di belakang Hotel Vistana), baru saya teringat pasal 'janji' pada Kak Ida sewaktu tayangan filem Berbagi Suami oleh KANITA di DKA, USM (Dewan Kuliah A). Oh, untuk pengetahuan, Abang Hensem a.k.a. Abang Zack adalah suami Kak Ida. Very lovely couple. :*

"Datangla, nanti kami masak masakan yang cung-cung untuk you...".

Dalam hati berkobar-kobar. Memang tak sabar. Teringat Blueberry Cheese Cake yang dihadiahkan Kak Ida sewaktu harijadi saya lalu (peringatan, dimasak dengan penuh kasih-sayang ok)- wah memang sedapp. Kak Ida memang pandai masak.

Pada Kak Ida dan Abang Hensem, maaf bebanyak. Kash benar-benar lupa. Nanti ke Pulau Pinang lagi Kash singgah lawat ke rumah baru you all ya!

Berbalik pada sambutan harijadi Sam dan MB malam tadi, memang meriah habis. Cukup kami berenam sahaja, kata MB, enam kepala, enam latar-belakang yang berbeza, macam-macam cerita, berkumpul dan bisa duduk makan bersama.

Sama seperti sambutan harijadi saya yang lalu, kali ini kami tetap meneruskan acara bertukar-tukar hadiah sesama sendiri. Menariknya, setiap barangan yang dibeli haruslah mencerminkan ciri-ciri individu dan tak lebih dari RM10.

Memang kecoh habis sebaik acara bermula. Ada yang mendapat cutton bud, penerap biskut, berus gigi, dam ular, key chain, set manicure, brooch, cermin, hahaha dan macam-macam lagi.

Paling kelakar bila Juliana menghadiakan MB setin biskut cream cracker (sempena harijadi).

"Khas untuk you, sebab makanan ruji katanya...". Selamba Juliana berkata sambil kami semua ketawa terbahak-bahak.

Memang malam yang penuh bermakna dan adegan-adegan kelakar seram.

Terima kasih, terima kasih kepada semua.

Dan pagi tadi buat pertama kalinya saya membawa MB menaiki RD. Kami sama-sama bersarapan di Astaka. Selain pilihan makanan yang variasi dan mudah dikungjungi, memang niat saya dari awal untuk mengajak MB menaiki RD. Sekali lagi saya bakal meninggalkan RD. Pulang ke Kuala Lumpur kali ini adalah paling lama saya kira.

Masih berkira-kira untuk menjual semula RD atau tidak. Saya sayangkan RD. Sepanjang setahun RD menemani saya ke mana-mana. Ada rezeki, kita jumpa lagi RD ya?

Ok la. Saya harus ke lapangan terbang sekarang. Banyak agenda juga bakal menanti saya di Kuala Lumpur. Harijadi AM di PD minggu depan, selain bertemu kembali kawan-kawan.

Oh, Mac nanti juga saya bakal ke Pulau Perhentian bersama AM dan teman-teman. Nantikan update seterusnya ya!

St4buxguy :*

Friday, February 6, 2009

Meraih Matahari

Hari yang lebih bahagia. Penuh berganda dan berbunga-bunga. Sepanjang minggu yang harum

Maaf, itu tulisan semalam yang tak sempat saya habiskan. Perasan itu bisa berubah-ubah. Yang pasti, Jumaat saya tidak begitu menggembirakan.

Silap saya jika menelah menjelang hari-hari terakhir di sini bisa memberi saya (tak banyak pun sedikit jadilah) satu perasaan yang indah, oh- saya pasti kenangan bisa menyemarakkan lagi hubungan. Bayangkan lagi sepuluh tahun anda akan bertemu kembali dengan si polan-si polan.

"Ingat bila kamu tersemburkan kopi ke mukaku?".

"Ya, ya- lucu sekali waktu itu ya. Hampir merah padam mukaku menahan malu!".

Namun, tidak semua yang dari kita akan melalui yang indah-indah. Samada sedar atau tidak, memori juga bisa terencat dengan calar-calar yang tidak sepatutnya.

"Pahit, tapi harus belajar untuk melepaskan...".

Begitu sukar rupanya menjadi individu yang optimis. Anda mungkin seorang yang mudah didekati, namun tanya kembali diri sendiri, "Adakah saya disenangi?".

Kadang saya berfikir, kenapa ada antara kita yang tidak bisa berubah? Sukar?

Zaman kanak-kanak saya juga bukanlah sesuatu yang menggembirakan. Penuh momen pahit yang adakalanya tidak begitu enak untuk diceritakan di sini. Impaknya terlalu besar sehingga mampu merubah jatidiri dan pemikiran. Pesan saya, elakkan dari menjadi individu yang terlalu kompleks atau ada bisa keseorangan sepanjang hayat.

"Pernahkah kau bermimpi, berada di tempatku...".

Itu kata Siti. Memetik lirik yang sama, terasa sukar untuk saya jelaskan perasaan yang saya lalui. Mungkin ada yang bisa mengerti namun berapa kerat yang sudi memahami.

Saya cuba meraih matahari. Meskipun cahayanya terik menyilau pandangan, namun masih gagal untuk saya genggam.

Secara logiknya, selaku dewasa yang sudah pintar mengatur kehidupan, saya selayaknya bisa memilih kehidupan yang saya mahukan, dengan siapa untuk berkawan, ke mana-mana, dan secara logiknya juga, tiada siapa harus menyekat pandangan-pandangan, atau sebarang perlakuan, samada salah atau benar, kerana menjadi dewasa itu bebas. Tidak perlu tekanan yang menyusahkan.

Tiap kita mahukan sesuatu yang aman. Pandang ke langit depan, ya yang berwarna biru laut itu (menolak faktor buta warna yang tidak berapa serius), nah apa yang anda lihat sekarang- kedamaian bukan?

Mengapa saya tidak bisa mendapatkan yang itu?

Stabuxguy.