Sunday, November 2, 2008

Cerita Pagi Yang Hujan

Hujan pagi menyedarkan saya. Renyai gerimisnya sedikit menyentakkan hati.

Ahad yang sedikit sepi. Sebuah penceritaan hidup yang saya tinggalkan, kesan emosi yang tidak berkesudahan sekali lagi menjerat saya di ruang waktu. Bangkit dalam keadaan yang kusut-masai, saya langsung ke kamar mandi. Meraup muka seadanya, melihat diri sendiri yang kusam di cermin. Sedikit keluhan terpancar, saya sendiri di sini- patah hati membawa ke dasar berkecamuk paling dalam.

Sms si dia turut meruntunkan saya. Saya tersepit. Andai saya mampu membahagiakan setiap hati di dunia, pasti akan saya percakan satu-persatu di setiap pelusuk jiwa. Di utara, di selatan, malah ke mana-mana- andai itu bisa buat tiada jasad yang akan kecewa.

Saya kembali ke meja, menaip rangkap-rangkap perkataan sementara menunggukan waktu untuk menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih menimbun. Celaru juga memikirkan, mana satu untuk dimulakan.

Ah, sekole nescafe barangkali bisa buat saya tenang. Saya ke dapur- bancuh sendiri.

Hati sedetik bertanya- sampai bila saya harus bersendiri, begini?

Oh, pagi- bawalah saya pergi...

4 comments:

ceritakuceritamu said...

jangan kau sedih kerana renyai hujan ini adakalanya diiringai sang pelangi..
warnanya tertebar jauh..
indah...dan mempesona..
...percayalah, walau hadir hanya dlm 7 warna..mata manusia tetap akan memandangnya melebihi dada langit biru yang luas terbentang....

Anonymous said...

Benar kata ceritakuceritamu, jangan tangisi di kala hujau. Kerana ia adalah rahmat. Cuba lihat langit yang kita begitu indah, tetapi kita tidak mampi capai sampai ke penghujung. Begitu juga hidup kita kita tidak dpt capai segalanya apatah lagi seperti kehendak kita... Tabah kan hati dan kuat kan hati. Saya juga percaya, si dia kamu pasti mahu kan yang terbaik untuk kamu dan tidak mustahil mungkin si dia cuba membawa kamu pergi dari masalah seperti pergi nya pagi pabila matahari berdiri tegak..

Saya doakan kamu akan melihat pelangi yang indah yang muncil selepas hujan nanti...

Anonymous said...

Sunflower tetap sunflower.. Panas, Terik, Hujan,.....Kita Lalui Bersama… Haha..
Tetap Hidup Sunflower.. Pilihlah and Jalanilah Hidup dengan keyakinan dan ceria. :)

http://farm4.static.flickr.com/3116/2676989453_e944097e5c.jpg?v=0

http://farm2.static.flickr.com/1350/1401366477_6ed0d05dc9.jpg?v=0

Bukan semua Sunflower adalah sama. Ada yg sgt unik.

http://farm2.static.flickr.com/1168/1171400525_68f0e01864.jpg?v=0
http://static.flickr.com/12/187190811_fe628da85c.jpg

There are more than one sunflowers. You and your many friends certainly are.

Anonymous said...

siapakah???

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...