Ya! Percaya atau tidak- setelah hampir enam tahun berlalu (siri X-Files berakhir pada tahun 2002), Mulder dan Scully kini kembali dengan sebuah lagi sekuel terbaru filem "X-Files : I Want To Believe".
Memang awalnya saya langsung tidak mengetahui kewujudan filem ini sehinggalah ternampak "trailer" di tayangan Hellboy tempohari. Rindu menyaksikan Dana Scully dan Fox Mulder beraksi, saya mengajak MB menonton tayangan perdananya malam tadi.
Gabungan klasik keduanya dari siri popular penyiasatan paranormal sekitar pertengahan tahun 90-an hingga 2000 (X-Files memulakan siri pertamanya pada tahun 1993 - episod Pilot & Deep Throat) dan telah mencipta impak dan fenomena demam siri televisyen yang paling luarbiasa ketika itu.
Masih ingat, waktu siri ini popular, saya masih di sekolah rendah. Nak kata follow sangat tak juga tapi memang cerita-cerita pasal alien @ makhluk asing tak banyak waktu tu, plus mana la ada Charmed, Heroes jauh sekali Gossip Girl kan. Huhuhu...
Berbalik pada siri ini, pernah menyaksikan si Fox Mulder (David Duchovny) menarik diri dalam musim ketujuh, dan kembali bergabung untuk bersama-sama Agen Scully (Gillian Anderson) dan lain-lain karakter asal untuk dua musim terakhir.
Saya Mahu Percaya!
Antara kata-kata yang sering diulang di dalam filem ini, selain "don't give up!". Ia merupakan "key" atau kunci utama ke arah penyelesaian kes yang dihadapi Mulder dan Scully.
Sinopsis
Cerita berkisar di mana beberapa tahun setelah musim X-Files berakhir, Agen Scully yang kini kembali menjalankan tugasnya sebagai doktor sepenuh masa di hospital, sementara Fox pula memecilkan diri kerana korupsi dan konspirasi FBI.
Bagaimana pun, Fox kini diperlukan kembali untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang agen FBI. Agen Dakota Whitney (Amanda Peet) yang bertanggungjawab memanggil Fox kembali. Atas pujukan Scully juga, Fox kembali bertugas dan cuba untuk menyelesaikan misteri kehilangan agen FBI berkenaan dengan bantuan seorang psikik!
Sukar untuk percaya, namun Fox yang terkenal dengan kekerasan hatinya, hingga hampir menggugat hubungannya dengan Scully.
Beberapa insiden malang terjadi, dan Fox sendiri hampir maut sepanjang menyelesaikan dan mengejar suspek kes.
Secara dasarnya, jalan ceritanya terlalu ringkas. Jauh tersasar dari apa yang saya harapkan. Jujurnya, saya ke panggung hanya untuk menonton "comeback" Duchovny dan Anderson. Tidak lebih dari itu.
Lupakan soal latar cerita- terlalu "mild" dan hampir tiada babak atau kesan khas yang boleh diingati di dalam sekuel X-Files kali ini. Anda kecewa? Nasihat saya, sila set-kan minda anda awal-awal, oh, saya hanya mahu menonton Mulder dan Scully. Ya, ulang berkali-kali.
Bak kata Duchovny sendiri di blog yang terdapat di dalam laman web rasminya "I Want To Believe" - "Saya mahu percaya yang peminat setia siri ini akan datang menonton filem terbaru X-Files ini (jumpa anda di tayangan perdana esok) dan membawa rakan-rakan yang belum pernah menonton siri X-Files, dan mereka akan memberitahu rakan yang lain, dan membawa lagi rakan-rakan serta peminat baru ke panggung. Ianya pasti akan bertambah sepanjang minggu. Lelaki seperti saya cuma berharap. Jumpa anda di sana!".
Peminat setia. Adakah anda sebahagiannya?
Info :
Kata Chris Carter, pengarah filem dan siri ini, beliau membayangkan untuk mengadakan filem ketiga X-Files di mana lebih mengfokuskan perihal mahkluk asing yang akan memulakan penggambaran selewat-lewatnya penghujung tahun 2012.
Stabuxguy - Masih tak puas lihat Agen Fox dan Scully beraksi.
No comments:
Post a Comment