Tengok apa kami makan... ambitious sangat order macam-macam... sian si Steve kena habiskan sorang-sorang!
Minggu ni saja dah masuk kali ke berapa saya ke Sri Idaman, sebuah restoran makanan laut yang terletak di kawasan Telok Tempoyak.
Makanannya boleh tahan. Jika tidak membawa teman, cukup hanya kami berdua, saya dan MB pasti juga akan ke mari- baik sekadar menikmati suasana senja atau makan malam.
Hari ini, MB membawa Steve, seorang jurugambar bebas yang berasal dari Melbourne, Australia. Steve yang dalam rangka percutian adalah kenalan Kak Vina, yang juga merupakan salah seorang teman rapat MB sewaktu bertugas di NST dulu (kini di NST Sabah).
Seronok berbual-bual dengan Steve. Orangnya baik, peramah dan boleh tahan juga gemar membuat lawak. Tak kering gusi kami dibuatnya.
Saya tak lepaskan peluang. Macam-macam soalan juga yang saya korek darinya (berkaitan fotografi).
Berminat. Ya, cukup berminat. Selain grafik dan senireka, fotografi juga adalah sebahagian dari hidup saya. Berkira-kira untuk mendapatkan DSLR sendiri nanti, mungkin sebelum percutian saya ke Bali, awal Oktober nanti.
Esok MB cuti- saya pun cuti. Kami akan bawa Steve jalan-jalan lagi keliling pulau. Kali ini mahu ke kampung-kampung dan ambil pemandangan di Balik Pulau.
Siapa mahu ikut? :)
Stabuxguy - Benar! Pulau Pinang telah "mengikat" saya...
No comments:
Post a Comment