cinta, cinta, cinta!
apa yang anda bisa ungkapkan tentangnya-
cinta itu di mana-mana, bila-bila masa. cinta hadir di dasar jiwa, dari hati menjadi rasa. ah, jiwangnya!
cinta pada si dia (indah?), cinta pada teman, pada saudara- cinta tak mengenal batas usia.
cinta juga kadang bertukar menjadi LOVE. ungkapannya lebih bermakna. lebih bererti bagi pasangan muda katanya. lebih urban.
"i love you."
"yes, i love you, too!".
ditto!
indah bukan?
kash, kenapa? kamu sudah jatuh cinta?
nope! saya geleng, tergelak.
cinta bukanlah keutamaan saya (buat masa ini). pada saya, cinta itu lebih pahit dari yang manis-manis (sungguh!).
cinta pernah melukakan saya. buat saya menjadi seorang jejaka yang sungguh kecewa. (mengulanginya? ah, saya tidak sanggup. sebolehnya.)
Cinta @ LOVE?
e-mail dari adila dari grand brilliance (yang sejak dulu begitu rajin menjemput saya) sejak dari tayangan perdana SEPET hinggalah ke CINTA, membuat pagi saya begitu teruja.
LOVE. ah, cerita apa pula nih? saya belek-belek suratkhabar di internet, google sana-sini-
murai, gua.com.my (mana lagi, dua portal hiburan kegemaran saya sejak akhir-akhir ini.)
LOVE. cerita CINTA versi Indonesia.
berbekalkan tagline yang hampir sama, "lima kisah, satu kota..".
menarik. saya baca lagi.
"... tiada yang lebih sempurna melainkan CINTA."
LOVE membawa kita kembali ke alam CINTA. terbayang watak-watak yg di bawa nani, pierre, fatimah abu bakar, rahim razali, rita rudaini dan lain-lain pemegang karektor utama.
saya menonton LOVE dengan hati yang terbuka sebenarnya (bohong jika tidak mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna dari CINTA). bersandarkan garapan dah hasil arahan pengarah yang sama, apakah hidangan LOVE lebih berbeza?
jawapannya- YA!
biarpun tidak 100%, namun jalan ceritanya, perkembangan watak-watak, suasananya (termasuk feel CINTA-nya) hampir sama. masih terdapat banyak babak-babak cantik dan manis seperti CINTA cuma diolah dalam naratif yang lebih baik (saya kira).
masih ingat beberapa babak penting seperti kesamaan waktu komuter dan ERL saling berselisih? atau tatkala muzik carefree (belaian jiwa) bergema (babak fasha dan eizlan di kedai buku) secara in and out? (teliti betul-betul, anda bisa dengar muziknya perlahan apabila eizlan di luar kedai, dan kembali normal sebaik melangkah masuk kembali).
ini juga diserap di dalam LOVE sewaktu babak awin (darius sinathrya) melamar tere (luna maya) di cafe. dengan angle shot yang cukup cantik (dari luar bangunan), anda bisa mendengar lagu tema filem ini, "sempurna" (nyanyian gita gutawa) yang digubah versi akuistik dan biola secara in and out.
ungkapan "saya sayang kamu" juga menjadi begitu bermakna sebaik rama (fauzi baadila) melafazkannya kepada lin (acha septriasa - watak yang sama dibawa sharifah amani) apabila mereka berpelukan di antara dua tren yang bergerak dari arah bertentangan. sebuah shot yang agak luarbiasa berbanding CINTA yang hanya berlatarkan sebuah lafaz kosong.
ada lagi. ya, ada. masih ingat babak di mana rambut rahim razali digunting tanpa menyentuh rerambutnya- sayu! serta, waktu fatimah mengekori rahim (hampir sepanjang jalan orang mengenalinya). kisah pasangan ideal dan paling cocok di dalam cinta. LOVE juga dijayakan dengan setaraf oleh sophan sophiaan (nugroho) dan widyawati (lestari), dua veteran hebat dari dunia perfileman Indonesia.
sama seperti mak bi (rubiah/fatimah) dan amin di dalam CINTA, saya masih tersentuh sebaik lestari menegur arief (gading marten), cucu kepada nugroho (yang mengidap alzheimer) yang "datuknya" itu sudah mengingati namanya dipenghujung cerita. sebak seketika.
pertambahan dua, tiga atau pengubahsuaian babak adalah biasa. samada untuk menjadikan LOVE lebih baik atau sesuai dengan selera dan suasana di Indonesia. it's ok. LOVE masih cantik di hati saya. masih bersifat Mira dan Khabir Bhatia. tiada cacat celanya.
babak-babak menarik.
ada dua babak yang menarik hati saya. babak di mana awin dikejutkan tere. babak yang sama eizlan kejutkan fasha. bezanya di dalam LOVE, karakter ini diterbalikkan- LOVE antara seorang penulis (novelis) terkenal dengan seorang penjaga kedai buku. romantisnya ianya tidak diadakan secara berlebihan sebagaimana CINTA. bisa anda bayangkan candle light dinner di satu ruang di kedai buku, dan menunya? oh, KFC!
ah, lucu tapi romantis!
"kamu order delivery KFC ya?". keduanya tergelak. manis. ditambah dengan ayunan biola (gaya je lebih, hasil rakaman sebenarnya!) oleh bos si budak penjaga kedai yang sporting.
babak kedua- sewaktu awin melafazkan "i love you" kepada tere di cafe. terpancar wajah sugul dan simpati awin mengharapkan tere menerima cintanya kembali. teringat babak eizlan melutut memohon maaf dan melakukan perkara yang sama di dalam erl. antara babak yang pasti diingati dalam sinema melayu.
jika fasha sering mengulang "OK" di dalam CINTA, tere pula tak lekang dengan "terserah" -nya. perkataan yang berbeza tapi bermaksud serupa. nyata khabir dan mira seboleh mungkin masih mahu mewujudkan identiti CINTA (biarpun tak secara total) di dalam LOVE. semacam trademark pula.
hampir ke pertengahan cerita. tertunggu-tunggu juga, mana watak que dan nanu? sayang "mereka tiada di dalam filem ini", sebaliknya diganti dengan kisah LOVE seorang pelajar kolej dengan seorang gadis pengidap kanser. masih tragik dan mampu memberi kesan yang sama. airmata!
restu (irwansyah), seorang yang periang dan romantik, berusaha memikat dinda (laudya cintya bella), gadis ayu yang ditemuinya saban hari di dalam bas ke kolej (terdapat semacam elemen HEART pula di sini). namun dinda punya rahsia. rahsia yang dirasakan bisa menggugat hubungan mereka. subjek kanser dijadikan penghalang cinta mereka. namun, LOVE mereka hingga hujung nyawa. antara babak airmata terbaik dalam LOVE.
jika CINTA menyaksikan saya begitu tersentuh dengan beberapa adegan rashidi-rita rudaini (masih ingat babak "i'm sorry, i'm sorry" rita?), entah mengapa adegan-adegan antara gilang (surya saputra) dan isterinya, miranda (wulan guritno) tidak begitu memberi kesan di hati saya. biarpun dibantu oleh adik marsya aruan (icha) yang berpenyakit austism, masih, tidak begitu melekat. entah di mana silapnya. apakah kerana terlebih emosi (barangkali?)
apapun (jujur ya adila!), saya sukakan keduanya. baik LOVE mahupun versi asal CINTA, punya kekuatan yang berbeza. pesan saya, terimalah LOVE seadanya. sedikit berbeza, namun masih bersifat CINTA sepenuhnya.
saksi dan hayati. 24 april ini. siapa tahu anda bisa ketemu CINTA hati anda di sana?
terima kasih adilla. terima kasih grand brilliance.
*baca lain-lain ulasan filem LOVE :
1) budiey.com
2) bluehikari
stabuxguy.

2 comments:
Wow.. Sounds like a very nice story... I'll make sure there will be seat for me for Love...
Thank you for sharing.
best giler suasana dan pemandangan kat sini..neway sy view blog dari izwan seremban..nice to meet yr...
Post a Comment