Thursday, July 10, 2008

Di Bawah Langit Langkawi (Edisi Bersama *Perempuan Lindungan Kaabah) Bhg. 2

Hari Kedua.
Pulau Payar.

Awal-awal lagi MB* dah kejutkan saya di bilik sebelah.


*MB=Miss Bersukaria

"Bangun, breakfast! Kang lambat kena tinggal ngan bas...".


Teringat yang semalam dah janji ngan si Jeff, pemandu pelancong kami yang akan membawa saya dan MB ke Pekan Kuah. Dari sana, kami akan menaiki sebuah lagi bot ke Pulau Payar.

Untuk info, Pulau Payar ni terletak di tengah-tengah antara Pulau Pinang dan Langkawi. Anda boleh ke sana dari kedua-dua arah.

Terdapat banyak hidupan marin yang cantik-cantik di sini. Syurga bagi penggemar skuba (diving) dan snorkling.

"Ok, ok... i bangun sekarang. You pergi la breakfast dulu. Nanti i join." Saya menggeliat malas-malas. Masih ngantuk sebenarnya.


Sebuah bas persiaran datang mengambil kami kira-kira tepat jam sembilan setengah pagi. Ada beberapa orang pelancong lagi (dari hotel ya
ng sama) yang turut bersama kami.

Bas bergerak ke arah Pantai Cenang dari The Lanai (sesekali berhenti mengambil penumpang dari hotel ke hotel) dan seterusnya ke Pekan Kuah.

Bagus juga kami mengambil pakej ke Pulau Payar ni, dapat juga singgah dan melihat-lihat Pekan Kuah sementelah tiada dalam perancangan sebenarnya.


10.30 pagi
Jetty Point, Kuah


Perjalanan dari Pantai Cenang ke Pekan Kuah tak lama, hanya mengambil masa kira-kira tiga puluh lima minit sahaja.

Teruja juga seketika sebaik tiba di Jetty Point. Macam-macam ada kat sini- dari kedai serbaneka, makanan segera hinggalah butik-butik pakaian dan kedai pinggan-mangkuk.

Saya suka rekabentuk bangunan di sini, selain tampak moden, ianya kemas dan tersusun.
Saya jalan-jalan seketika sambil merakam foto keliling sementara menunggu Jeff uruskan tiket dan pakej perjalanan kami. Terasa lapar pula tetiba. Jamah breakfast pun cukup syarat je tadi. Nak cepat punya pasal.

Terpandang Starbucks. Saya cuit MB.

"Jom!".


Hehehe... bagus kan. Mana saya pergi pun Starbucks ada di mana-mana. Saya dan MB order some foods and drinks. Kata Jeff, perjalanan dari jeti ke Pulau Payar mengambil masa agak lama juga. Ha
mpir dua jam.

"Yeahh... sempat la kita kroh.. kroohh atas bot!", ujar MB sebaik mendengar penerangan Jeff.

Mati-mati saya ingatkan bot yang akan kami naiki adalah sama dengan bot yang digunakan untuk Island Hopping kelmarin. Jenuh jugakla kalau dua jam naik bot tu. Heh!

Bot ke Pulau Payar nyata lebih besar dan mempunyai tiga dek (tingkat) yang berbeza fungsi. Sekali pandang nampak macam bot mewah atau StarCruise gitu. *berangan jap*

Dek Pertama - paling atas. Ruang bersantai/menikmati panorama laut

Dek Kedua - berbumbung. Lebih kepada ruang makan/piknik

Dek Ketiga - Ruang utama/paling bawah. Sesuai kalau nak pose-pose (kalau rasa diri cung la) dengan kopi dari Starbucks... Hahaha...

"Duduk je mana-mana, free seating ya!". Seorang petugas memberi arahan. Saya dan MB memilih tempat duduk di belakang sekali. Bukan apa, senang nak "kroh-kroh" dan bergosip - ala-ala privacy gitu! Heh heh heh...

"Sila ambil tempat masing-masing. Selepas lima belas minit bot bergerak baru anda boleh naik ke dek atas...". Sekali lagi petugas yang sama memberi arahan.

Gambar kenangan... Rizal, Tasya dan saya sewaktu trip kami ke Pangkor (2004)

Kali kedua sebenarnya saya menaiki bot sebesar ini. Teringat pengalaman ke Pangkor bersama Icky, Tasya dan Rizal (sekarang membaca berita di siaran AWANI) beberapa tahun dahulu, juga bot yang bersaiz (hampir) sama.

Satu pengalaman menarik di atas bot ini, apabila Jeff menawarkan kami untuk ke kabin kapten. Saya tak lepaskan peluang, capai kamera dan terus mengikut Jeff ke tingkat atas.
Kami bukan sahaja berpeluang menemubual "kapten", malah juga berpeluang untuk "mengemudi" bot berkenaan. Awalnya takut-takut juga. Masakan tidak, mengemudi bot sebesar ini yang bermuat beberapa puluh penumpang di dalamnya.

Jangan tak caya, ini memang betul-betul bawak okay. Nampak pulau kat depan tu... memang excited habis... muka control katanya... Huhuhu...

Bersungguh-sungguh MB merakam gambar-gambar saya memandu bot- bukti katanya. Tapi semua nampak keras (kaku). Saya gelak bila tengok gambar sendiri. Ala-ala control gitu. Memang saya nervous habis.

Apapun, terima kasih kepada Jeff kerana membuka peluang ini kepada kami. Dari Island Hopping semalam pun dia memang dah rapat dengan kami. Rancak berborak lebih-lebih dok melayan MB yang
asyik dok meraban*.

Jeff lah yang promote dan beriya-iya mengajak saya dan MB menyertai trip ke Pulau Payar ni. Kebetulan saya juga ada terbaca di risalah dan juga internet.


Dengan bayaran minimum hanya RM150 seorang, anda juga bisa mengikuti trip ini. Segala-galanya akan diuruskan termasuklah pengangkutan pergi-balik dari hotel ke jeti, hinggalah ke pulau. Makan-minum juga disediakan (set lunch) termasuk peralatan untuk snorkling dan menyelam. Amat berbaloi saya kira. Bagus bukan?


*meraban = merepek

Hah, kalau nak tahu yang ni lah Jeff- tourist guide kitorang yang very the peramah tu (tgh control jalan kat belakang)... punyalah banyak dibawaknya kelengkapan menyelam...

Cuaca begitu baik sekali. Kami tiba di Pulau Payar hampir ke jam sebelas pagi. Awal lagi, desis hati saya.

Sekali lagi kami diberi penerangan- dari hal-hal keselamatan, bentuk aktiviti yang boleh dilakukan hinggalah ke jenis-jenis hidupan marin, akuatik yang terdapat di situ. Ralit juga saya mendengar. Berkali-kali Encik Nik, selaku ketua penyelaras (dengan telor Inggeris-Kelantannya), memberi amaran kepada pengunjung agar tidak menyentuh dan merosakkan karangan laut dan ikan-ikan yang terdapat di situ.

"Ikan-ikan di sini adalah jinak. Bermainlah sepuas-puasnya. Tetapi jangan sesekali kamu cuba ambil atau menangkapnya. Pulau Payar adalah Taman Laut Negara...". Ujar Encik Nik dengan tegasnya.

Dia ni nampak aje serius memula, tapi tak sampai sejam borak-borak ngan kami, dua kali lima si Jeff juga perangainya. Boleh tahan kaki meraban jugak.


Habis sahaja sesi taklimat dan penerangan, semua dah tak sabar. Apalagi, terus ambil goggles dan flippers. Aktiviti yang paling saya tunggu-tunggu- snorkling!

Bercakap pasal aktiviti di sini, ralat juga kerana tidak dapat mengikuti aktiviti diving (menyelam). Berkali-kali Jeff memujuk dan mengajak saya, namun mengingatkan yang saya mempunyai batophobia (saya alah melihat karang dan batuan laut yang besar-besar), saya batalkan sahaja niat. Lagikan snorkling di tepi-tepi pun saya dah takut-takut.

Untuk diving di sini, anda tidak perlu mempunyai lesen atau pengalaman yang khusus. Cukup diajar asas dan anda bakal dipandu oleh juruselam berpengalaman.

Pada yang berani, dengan hanya sedikit bayaran tambahan, saya menyarankan anda mencubanya. Tanda nota perjalanan anda jika ke Langkawi ya.
Jangan lepaskan peluang!

Oh, bagi yang hanya ingin (atau gemar) bersnorkling bersahaja (seperti saya!), jangan kecewa. Beratus-ratus ikan akan datang mengelilingi anda (dengan jinaknya) sebaik anda menjejakkan kaki ke gigi air. Jangan lupa membawa roti atau biskut untuk dijamu kepada ikan-ikan di sini. Pelbagai spesis dari nemo (clownfish), batfish, butterflyfish hinggalah ke barracuda dan jerung.

Jangan risau, jerung-jerung di sini tidak merbahaya. Mereka bukan dari kelompok agresif.


Kebiasaannya jerung-jerung di sini sudah mempunyai jadual makan mereka sendiri di mana para petugas akan memberi mereka ikan-ikan segar sebagai habuan setiap hari (bermula jam satu tengahari).


Berita baik untuk penggemar snorkling juga, (pada mereka yang inginkan lebih pengembaraan), anda boleh mendaftarkan diri kepada mana-mana petugas untuk mengikuti sesi snorkling berkumpulan sambil dibawa mengelilingi pulau (2-3 jam).


Sekali lagi Jeff datang dan memujuk saya. Saya pandang MB.

"Why not?". Duh, yakin betul Miss Bersukaria nih...

Teragak-agak juga saya. Biarpun bukan diving, but still, kami akan dibawa ke tengah-tengah laut.

Sama seperti diving, kumpulan snorkling juga akan dibawa mengelilingi keseluruhan pulau, sambil diberi beberapa penerangan tentang keadaan sekitar, dan diakhiri dengan aktiviti snorkling di tengah-tengah laut.

Melihatkan MB yang beriya-iya, saya beranikan diri. Berbaur juga seketika. Memang dalam!

Saya adalah antara orang terakhir yang terjun ke laut.
Jarak antara permukaan hingga ke dasar rasa-rasanya setinggi 10-15 meter. Tambah pula dengan kumpulan batu-batu karang yang besar-besar buat saya hampir menjerit seorang diri. Mujur seorang pelancong Singapura datang menenangkan saya. Dia cuba membantu dengan memberikan beberapa tips untuk relaks. Saya tarik nafas dalam-dalam. Lepaas... dan selamm!

Cantik. Memang cantik. Sebuah pemandangan dasar laut yang begitu menakjubkan. Saya cuba abaikan kumpulan karang-karang besar, sebaliknya hanya fokus kepada sekumpulan ikan yang berenang-renang di sekelilingnya. Tak lama. Beberapa saat sahaja saya kembali panik. Hahaha!

Memang saya gagal memberi perhatian. Batophobia masih kuat mengekang saya nampaknya. Takpe. sekurang-kurangnya saya berjaya juga mengikuti aktiviti ini. Suatu pengalaman yang tak mungkin bisa saya lupakan sampai bila-bila.

Bersantai di atas dek sewaktu perjalanan balik ke jeti...

Malam,
The Lanai.

Habis tengok sunset dan snappy-snappy di kawasan pantai The Lanai, terfikir-fikir juga, mahu ke mana kami malam ini?

MB dah pun janji dengan Odie, sepupunya yang berkerja di Langkawi untuk dinner bersama malam ini.

"Kita pusing-pusing area Cenang aje lah. Mana tau terjumpa tempat cung macam Jimbaran kat Bali." Cadang saya.

Kami naik scooter ke Pantai Cenang. Dari satu lorong ke satu lorong kami redah. AB Motel, Langkapuri, hah, jangan tak tau kat sini pun ada nasi kandar tau. Besar-besar terpampang- Nasi Kandar Tomato. Kami cuba lorong bersebelahan Hotel Bestar pula. Macam cung je sini. Ada cafe ala-ala Bali gitu mengadap laut.

Tiba-tiba MB terpandang pula sebuah lagi cafe berhampiran yang lagi dekat dengan laut. Siap makan sambil boleh jejak pasir lagi. Yes, this is the one, ujarnya bersungguh. Sebijik macam kat Jimbaran Bay.

Saya order Chicken Set je. Tak lalu dah nak makan nasi. In fact, sepanjang kat Langkawi ni, memang saya avoid makan nasi pun. Saja nak feeling-feeling western katanya.

Kami tunggu Odie dan his wife datang sambil layan lagu-lagu yang dimainkan. Memang best ambience kat sini. Paling asyik lagu-lagunya- semua dari koleksi chillout dan world music.

Lama kami tunggu. Odie dan isterinya muncul sejam kemudian. "Sorry lambat! Kami dari Kuah...".

"Hah, lama tunggu hangpa. Cepat order. Makan apa?".

"Hey, Kash makan apa?".

"Chicken set. Cungg!".

"Hah, sama- er, awak makan apa?". (soalan untuk isterinya)

"Tak seleralah. Dah kenyang tadi. Kita share aje lah ye bang!". Dengar tu... share katanya. Romantik tak... hahaha...

Odie ni sebaya saya. Baru je kahwin. Tak silap bulan Mac hari tuh. Sempat saya jadi "pak andam terjun" masa kenduri dia kat Perlis.

Lama kami lepak. Borak sambil dengar lagu-lagu kat tepi pantai. Susah nak dapat feel camni.

Besok akan ke Cable Car lak. Rasanya tak yah la update. Ramai yang dah biasa pegi kan. Nothing much la kat sana. In fact, saya tak berapa suka sangat. Gayat. Memang serik. Tobat sekali naik udah la... Hahaha...

Insyallah saya akan ke Bali lagi sekitar Oktober nanti. Tengah buat persediaan nak fit kan body nih. Nak feeling-feeling jadik Asyraf Sinclair nanti. Boleh? Muahahaha...

Jumpa lagi!

Stabuxguy - Tunggu "Bunga" saya datang...

3 comments:

Anonymous said...

Pengalaman yang indah... Haha..mencuba.. dapat mencari perasaan baru yg belum dieksplor lagi. :)

Anonymous said...

batophobia katanya... salah la u ols

Cik Remyza said...

teringat time naik.. cabel car..!!

huh scary pon scary jugak..!! tapi perghh best..!!!

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...