Monday, June 2, 2008

Catatan Di Kuala Lumpur

Macam-macam reaksi yang saya terima kesan dari catatan minggu lalu. Banyak yang memberi nasihat, tak kurang yang tertanya-tanya- Kash, apa yang terjadi?

Yang sudah-sudahlah. Saya okay kini. Pada yang menghantar komen/e-mail, terima kasih diucapkan. ZulQarnain, Hata Bright ( siapa pun ada, terima kasih!).

Tak lupa buat si dia a.k.a. Encik Lexus, terima kasih kerana menjadi kekuatan saya.

Saya sayang anda semua!

Ramai yang bertanya, Kash buat apa sepanjang minggu lalu? Banyak! Terlalu banyak aktiviti hingga buat saya tak cukup rehat. Sesekali punya masa dan kelapangan untuk menjengah
ke ruang ibukota buat saya tak jejak kaki- berlari ke sana-sini.

Tiba saja di airport Subang, hati saya sudah berkobar-kobar. Segalanya terbayang- Encik Lexus, AM, kawan-kawan. Tak sabar!

Bukan saja-saja saya nak bercuti. Selain ada sedikit tugasan kerja, janji saya dengan papa untuk hadir dan turut sama memeriahkan perkahwinan Fadzli, salah seorang sepupu lelaki saya. Meriah. Sangat meriah. Majlis yang diadakan di salah sebuah dewan di Taman Melawati ini menyaksikkan pengantin disandingkan di atas pentas bertemakan warna kegemaran kedua pasangan, Cream & Gold.

maaf! hanya gambar malam nikahnya aja yang saya ada. akan dikemaskini untuk baju gold saya.

"Shah*, kamu jadi MC tau nanti. Prepare pantun sekali." Awal-awal lagi Cik Nah saya, iaitu ibu Fadzli memesan.

*Shah = panggilan famili

"Hah, abang Fadzli kamu dah selamat, si Zul pun dah ada calon tu, kamu bila lagi?". Tergelak saya bila diaju soalan lazim sebegitu oleh saudara-mara. Takpelah. Mereka ambil berat tu. Saya buat-buat pekakkan telinga. Saya lebih risaukan baju. Apa pun tak cari lagi. Mujur Encik Lexus baik hati temankan saya. Kami ke Jalan TAR minggu lalu.

Seterusnya sepanjang beberapa hari, masa saya hanya diperuntukkan bersama-sama MCC.* Habis wedding, bersambung ke Hari Keluarga pula. Alang-alang memandangkan semua keluarga dari Kelantan (papa saya dari sana) dah berkumpul di sini (KL).

MCC = Membunga Clan Club (persatuan famili)

Khamis saya ke Temerloh pula. Dah lama Encik Lexus menjemput saya. Bertandang ke rumah barunya yang terletak di tengah-tengah pekan, saya sempat menjamah hidangan istimewa laksa johor versi Temerloh dan ikan patin masak tempoyak yang dimasak ibunya. Memang sedap. Itulah kali pertama saya merasa masakan ikan patin.

Terima kasih daun keladi ya aunty!

Sempat juga breakfast di Esplanade Temerloh yang terletak di tepi Sungai Pahang bersama Encik Lexus. Memang awesome view kat sini. Ha, Naz... jangan sangka Miri je ada Esplanade, Temerloh pun ada tau! Haks... mati la tak mo kalah katanya... huhuhu...

Sayang saya cuma semalam di sana, kerana esoknya harus gegas untuk kembali ke KL bagi menonton Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Terima kasih Encik Lexus kerana berusaha mendapatkan saya tiket. Sebuah persembahan yang bagus dan menghiburkan. Tak kering gusi saya dan Encik Lexus dibuatnya lebih-lebih beberapa adegan P. Ramlee bersama Saloma. Tahiah buat produksi terlibat. Juga buat Musly Ramlee khususnya selaku pembawa peran utama. Anda benar-benar hebat!

Habis sahaja teater, lewat malam, saya bertemu pula Karl, sahabat saya yang kini sukses dengan fulltime muffins dan cupcakesnya. Jika minggu lalu saya telah menempah cupcakes untuk dijadikan hadiah perkahwinan, kali ini saya telah memesan pula dua kotak muffins untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang. Di samping membantu, saya gembira sebenarnya melihat Karl berjaya. Dia seorang yang rajin.

"I malas nak kerja betul-betul. Malas nak pi interview segala. Buat muffin ni semua pun dah tak menang tangan i hari-hari kat rumah." Yakin Karl menjawab setiap kali saya mengajukan soal kerja kepadanya. Karl juga seperti saya, lulusan senireka grafik cuma kami berlainan institusi. Kerana minat barangkali, dia membuat keputusan untuk berjinak-jinak dalam bussiness. Tak kisahlah. You pun masih muda kan. Saya doakan anda berjaya ya!

Hari terakhir di KL. Biarpun ralat kerana rancangan untuk bersama teman-teman terpaksa saya korbankan, ditambah pula dengan sedikit insiden (yang tak enak dicerita di sini) minggu lalu, namun saya akur. Masa dan keadaan berubah, manusia tak terkecuali. Ada yang bisa men
erima pembaharuan, ada yang tidak. Jika saya ditakdirkan untuk kehilangan semua orang-orang yang saya sayang, tiada apa yang bisa saya lakukan selain dari pasrah dan berserah. Berat untuk memilih- tak pernah terniat untuk membeza-beza, apatah lagi melebih-lebihkan sesiapa.

Dunia, akhirat- kalian tetap di hati saya.

*Kredit
banner http://www.mohdismail.net/blog

Stabuxguy - Teringin menonton tayangan perdana filem SEPI, arahan Kabir Bhatia minggu hadapan. Ada sesiapa dah dapat jemputan? Ajami? Budiey?

"Kalau tak da yang memahami sekarang, tak apa lah buat sekarang..tapi kita boleh berpikiran positif..harap2 kita boleh menemui orang yang boleh betul2 menerima keadaan kita dan bersama2 menghadapi bersama. Maniskan?"

Hata Bright

"All the best dan semoga anda terus kuat dalam mengharungi kehidupan yang masih jauh. Saya pasti anda mampu kerana setiap insan ada kelemahan dan mampu di atasi dengan kekuatan yang sungguh luar biasa.. Cari kekuatan itu kerana ia ada dalam diri anda."

ZulQarnain

5 comments:

Anonymous said...

namun saya akur. Masa dan keadaan berubah, manusia tak terkecuali. Ada yang bisa menerima pembaharuan, ada yang tidak. Jika saya ditakdirkan untuk kehilangan semua orang-orang yang saya sayang, tiada apa yang bisa saya lakukan selain dari pasrah dan berserah.

Segala pertemuan adalah ditakdirkan. Kita tak bisa melenyapkan takdir ni bila kita sayang pada orang tu biarpun ada kalanya insiden yang tidak diingini berlaku. Begini sajalah cadangan saya..kurangkan stress..pendek kata kita sayang orang itu. jangan fikir bukan2 dan bagaimanapun tindakan kita mahupun lebih lebih lagi orang lain mengikut perasaan, sentiasa ingatkan..bila kita diam suatu masa mengimbaskan memori bersama orang yang kita sayang, kita akur bahawa kita sebenarnya amat sayang pada orang yang kita hargai.. Back to square and circle again. bersabar ya kawanku. manusia ni dasarnya lemah bila berasaskan feeling dan perasaan. Pada pendapat saya, cara terbaik; tunjukkan, fokus dan lafazkan kasih sayang.. "Love is bigger than problems and misunderstanding". Get a bigger picture dalam minda anda. Harapan.. your big heart will carry you through!

Ajami Hashim said...

Salaam bro..

ya i dah dpt jmputan ke prev. sepi.. so, u turun ker tak?.. btw, skrg tgh layann ost sepi by yuni shara!.. jiwangg gilerrr!!! huhu!.. u take care bro ;-)

WK said...
This comment has been removed by the author.
stabuxguy said...

hata bright,

"Love is bigger than problems and misunderstanding"

i shud agree wif that. thanks, bro!

ajami,

tu la... i pun dapat last wk invitation dr GB. rasa cam nak pi je but see how kalau ada cuti lagi i turun keh. kali ni leh seat betul2 ngan yu. dah lama tak borak2 kan... huhuhu...

K.

Cik Remyza said...

huh Karl mmg penjual muffins n cupcakes yg success...

huh... KARL KIMORA HILTON PJ

hahahahah...

uolss.. i nak pi Bangkok bercuti...
this friday... lalalalala

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...