Monday, June 16, 2008

Deutsch, Jemand?*

*German, anyone?

Saya ke
Borders di Queensbay Mall semalam. Sempat mendapatkan senaskhah Insight Guides edisi Germany berserta set audio German For Dummies (3 cds).

Serius! Ya, memang saya serius. Jika peluang sebelum ini tidak saya gunakan sebaiknya (untuk belajar dan sebagainya), diharapkan dengan bantuan beberapa medium ini, di samping sokongan padu rakan-rakan di Germany sendiri-
Martin, Frank, Omar yang tak sudah-sudah mahu saya kembali dan meneruskan pengajian di sana.

Saya akur, bukan senang jika anda bercita-cita atau kepingin menjejakkan kaki ke negara bekas Nazi yang berkapasiti 83 million ini.

Germany bukanlah negaranya jika sefasih mana pun ada bisa berbahasa Inggeris. Bahasa tempatan (German dan sedikit minoriti Frisian dan Sorbian) masih di tangga teratas. Di mana-mana pun anda pergi di sini, rakyatnya bangga dengan bahasa ibunda mereka. Percaya atau tidak, berdasarkan pengalaman saya, Bahasa Inggeris mungkin merupakan bahasa kelas ketiga.

Jika tiada aral, saya merancang untuk melawat Frank dan Martin, dua teman rapat saya di Bremen, Germany paling lewat pun pertengahan tahun hadapan. Mungkin akan tinggal bersama mereka untuk selama beberapa bulan sebelum kembali semula ke Malaysia. Saya tahu mereka adalah orang yang paling gembira menerima kedatangan saya setelah hampir setahun kami tidak bersua muka.

Kita tinggalkan dulu soal Germany dan rancangan saya, balik ke Malaysia- apa yang berlaku hujung minggu lalu?

Hah, nak tahu? Kash dah pindah rumah. Lokasinya- alamak, rahsiaa! Hehehe... takpe, nak tahu e-mail saya secara peribadi nanti ya. Hik! Apa pun saya masih di
Penang, dah masih berhampiran USM. Jeng... jengg....

Terima kasih pada yang telah membantu. Anda tahu, si polan... si polan. :)

Teringat saat-saat genting mengangkat almari- dari lif ke lif... lepas itu tak muat pula sewaktu mahu disumbat ke ruang bilik. Duh, bagaimana ya?

"Macam mana jika kita masukkan melalui balkoni?". Saya pandang teman saya dengan mata tak berkedip. Biar betul.

"Kita cuba...".

Berhempas-pulas juga kami menolaknya. Nasib baik lepas juga akhirnya. Tapi memang sukar untuk dipercaya. Tolak almari masuk ke bilik melalui balkoni? Jiran-jiran di blok depan siap berkumpul tengok show free katanya. Ala-ala rancangan fear factor gitu, buat-buat aksi gayat. Tak dapat saya bayangkan kalau almari kesayangan saya itu jatuh dari tingkat enam. Huhuhu...

Apa pun terima kasih ya pada yang membantu!


Yeay, Kash dah pindah rumah. Seronoookk... dari balkoni saya bisa pandang pool dan orang mandi-manda. Tepi rumah pun ada bukit- lebih sejuk dan nyaman gitu. Feeling ala-ala dok country height pula. Kalau sesapa nak join saya bermain tennis bebila, datang aja. Court pun kat sebelah blok je. Dekat dan bisa lihat orang bermain petang-petang.

Kash, nak tengok bilik kamu?


Opss! Nanti dulu... belum siap kemas lagi. Lain la Encik Lexus- bilik siap bercat segala. Saya ni biasa-biasa ja. Dah siap kemas-kemas dan susun barang nanti saya posting gambarnya di sini ya.

Oh, ya. Pada yang sering bertanya, "Kash, you ni buat grafik ke? Apa kerja you yang sebenar?".

Jawapannya, "Ya!". Buat masa ni saya sibuk dengan urusan peribadi dan kerja-kerja sampingan. Ada projek website dalam tangan, pun masih- ada yang minta, "Bisa buatkan logo company kami?", "Design kad kahwin abang saya?".

Nah, apa pun kemahuan dan kehendak anda (grafik sahaja ya!)- e-mail aja kepada kashatwork@gmail.com atau telefon saya sendiri (lebih mudah kan?) di talian 014 6000 441. Mana yang sempat, jika terluang, insya-Allah, akan saya penuhkan.

Okay guys. Mahu ke gym dan ofis dulu ya. Selamat menempuhi minggu baru!

Jumpa lagi.

"meskipun i dilarikan?".

"i sanggup mengejar...".

"biarpun i jadi hak orang?".

"i bisa rebut you kembali...".

"kalau i mati..?".

"i sanggup tikam dada dan mati bersama...". haha! dan kami sama-sama ketawa...

lucu. namun aku tahu betapa dia benar-benar sayang dan cintakan aku.

*Sedutan
BoyKL : The Story, Episod 1 : Malam Dan Kota Bharu

Stabuxguy - Masih gigih dok habiskan my citer BoyKL, The Story episod 4, 5 & 6. Sabar ya...

3 comments:

[danial][ma] said...

hej! kash...have a great time at a new place...

Anonymous said...

lumayanlah dapat tempat baru. boleh relax. Kira suasana mini vacation lah

Lawatan ke Germany.. pasti menyeronokkan.. saya sokong! Second Country as home kan! Berjumpa kawan ..memberikan human touch. Feeling .. shake hand, etc tidak dapat dilafazkan melalui email / chat.

Ingin saya ke France, Germany, US dan Korea bertemu rakan2 internet..

Suka sgt persahabatan universal. bagai melihat dunia baru dari jendela.

Mmm..teman seumur hidup... ingin ketemu orang yang mahu bersama2 hingga akhir hayat..tidak mahu ditinggalkan mahupun berpisah. Cinta harus bertahan.. Namun, akur kepada segala2 alasan manusia untuk berpisah dan cinta itu buta. Mmm...saya rasa.. cinta adalah dua pihak..keinginan kedua2 dan mengotakan janji mengjaga satu sama lain hingga akhir hayat.. "If love is true and not blind"

Boy KL the story.. suatu kisah yang menggambarkan perasaan dan kejujuran ( innocence) berdepan dengan segala isi kehidupan.. ada yang hitam, ada yang putih.. Saya suka benar kisah ni. :)

stabuxguy said...

danial,

thanks. i suka banget my new place nih. selain ada view nampak pool (yg awesome!), lebih privacy and tenang.

selamat datang ke kehidupan! haks.. :)

hata,

mini vacation... boleh dikatakan, ya. saya gemar suasananya biarpun a bit sendiri buat saya lonely terkadang. tambah si dia juga jauh kan, makin buat rindu hari2. :)

kawan2 di Germany, mereka baik. kawan susah-senang saya di sana.

boy kl- saya tidak kisah jika ada yang beranggapan ianya sebuah kisah yang benar.

imaginasi saya. ada realiti, ada tidak.

tepuk dada. :)

selamat membaca!

K.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...