Thursday, June 19, 2008

Di Bawah Langit Langkawi (Edisi Bersama *Perempuan Lindungan Kaabah) Bhg. 1

*Miss Bersukaria

Kerja! Kerja! Kerja!

Sesekali melarikan diri- duh, ke mana pula destinasi saya kali ni?

Kata Miss Bersukaria @ MB, "Jom, Bali!!".

"Mana sempat. Kerja juga harus diutamakan." Huhuhu...

Takpa, kalau hari tu kami lari ke Jerejak (pulau paling dekat dan boleh feeling-feeling naik bot), kali ni kami langsung ke Langkawi.

Saya senyum gembira. Dah sebulan kami menempah tiket sebenarnya. Cuti, cuti juga. Tapi kerja tetap dibawa bersama. Cari idea untuk research dan sebagainya. Seronok juga bisa berkerja secara online ni ya. Hahaha...

Hari Pertama.

Habis sahaja waktu kerja, saya dan MB gegas mengambil penerbangan terakhir ke Pulau Langkawi. Kami tiba dah agak lewat. Dari airport terus ambil teksi dan check in di The Lanai Beach & Resort yang terletak di hujung kawasan Pantai Chenang berhampiran Awana Proto Malai.

Sengaja kami pilih untuk menginap di sini kerana suasananya yang lebih
privacy dan tenang.

Aktiviti malam pertama - makan!

Kami jalan kaki ke Sheela's, sebuah restoran berkonsepkan dalam taman yang terletak tidak jauh dari The Lanai. Memang best kat sini. Dengan lanskap dan ambience ala Bali, diiringi lagu-laguan merdu (dipasang sayup-sayup dan instrumental), terasa seakan kami bukan berada di Langkawi. Saya pandang langit. Terdetik betapa bertuahnya saya untuk dapat menikmati suasana ini, di sini.

Hari Kedua.

Island Hopping.


Awal-awal lagi saya dah beritahu MB, lupakan shopping. T
ujuan kami ke sini (selain rehatkan minda dan lari dari bebanan tugas di tempat kerja) ialah untuk meneroka sesuatu yang baru di Langkawi. Hampir sebulan saya melayari internet dan membaca buku-buku berkaitan untuk mendapatkan informasi berkaitan aktiviti di sini.

Sebaik bersarapan pagi, kami di bawa oleh pemandu van ke jeti berhampiran Awana. Dari sana, kami akan menaiki bot laju secara berkumpulan (7-10 orang) untuk dibawa mengikuti aktiviti Island Hopping.

Pakej Island Hopping ni merangkumi tiga tempat berasingan iaitu Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding serta Pulau Beras Basah dan boleh dibeli dari pihak hotel di tempat anda menginap atau penempahan secara online.

Harganya?

Tak mahal. Cuma dengan hanya membayar
RM40 seorang, anda bakal melalui pelbagai pengalaman menarik yang disediakan. Memang seronok memandangkan saya dah lama tidak menaiki bot. Pengalaman berada di tengah-tengah laut dan menikmati keunikan pulau-pulau kecil yang terdapat di sini memang menakjubkan.

Singgahan Pertama - Tasik Dayang Bunting.

Pertama kali saya ke mari. Dah lama bercita-cita sebenarnya. Tak sangka, percutian ke Langkawi kali ini telah merealisasikan impian saya. Jarak dari jeti (sebaik mendarat) ke kawasan tasik adalah kira-kira 500 meter (berjalan kaki). Pesan saya, jangan membawa terlalu banyak barangan. Cukup dengan hanya berkemeja-t dan berseluar pendek, beach sandle dan towel.

Biarkan diri anda bersantai. Island Hoping adalah terapi aktiviti untuk anda lepaskan diri sebebas-bebasnya. Ya, saya ulang, lepaskan diri anda sebebas-bebasnya!

Suasana di sini?

Memang segar dan nyaman. Jika selama ini Dayang Bunting hanyalah saya lihat dan baca melalui tv, internet dan gambar-gambar sahaja, nah, sekarang tasik dan keseluruhan isinya terbentang di depan mata.


Lagenda.


Menurut lagenda tempatan, pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting*. Entah betul atau tidak, tapi kesahihannya bisa anda lihat sendiri sebaik tiba di sini.

*sumber = wikipedia

Singgahan Kedua - Eagle Feeding.

Dari Pulau Dayang Bunting, kumpulan kami dibawa pula untuk melihat dan merasai pengalaman" Eagle Feeding" di kawasan pulau berhampiran. Pertama kal
i saya menyaksikan sekumpulan helang jinak yang terbang di depan mata. Sesekali ada di antaranya yang menjunam menyambar beberapa ekor ikan sebagai santapan.

Jika anda amati betul-betul, anda berpeluang melihat beberapa ekor Helang Kawi (red brown eagle) yang juga menjadi simbol Pulau Langkawi, yang turut berlegar mendapatkan makanan di kawasan ini.

Singgahan Terakhir - Pulau Beras Basah.

Seterusnya, bot kami bergerak pula menuju ke Pulau Beras Basah. Ini hentian yang paling mengujakan saya. Oh, ada satu spesis pokok liar yang menarik mata saya sebaik kami menjejakkan kaki. Saya terus snappy-snappy. Kata tour guide kami, itu adalah keladi hutan. Tak pasti pula.

Jika di Dayang Bunting tadi saya terlepas peluang untuk mandi-manda (dek kerana asyik merakam foto), peluang singgah di pulau ini tidak saya sia-siakan. Airnya yang jernih (sehingga tampak pelbagai spesis batu karang di dasarnya yang agak cetek) begitu membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk turun dan merasai pengalaman bermain air di sini.

MB awal-awal dah turun (siap bertudung dan berlengan panjang lagi- very the akak yang sopan gitu.)

Asyik! Terlupa seketika yang kami berada di Langkawi.

4.30 petang

Setelah hampir beberapa jam berehat dan makan tengahari, kami ke
Pantai Cenang pula, sebuah kawasan ala Kuta di Bali yang mempunyai deretan kedai-kedai barangan cenderamata dan hiasan. Pelik juga kerana hampir semua barangan di sini bukanlah perusahaan asli. Jika Bali bisa menghasilkan produk atau barangan sendiri, mengapa tidak Langkawi? Mungkin seseorang perlu memikirkan sesuatu dari hanya duduk bermalam di Four Season yang berharga sepuluh ribu. Ops! Matila politik...

Jarak dari The Lanai ke Cenang hanyalah kira-kira 1 kilometer. Bagus juga kami menyewa sebuah
scooter, dapat juga jalan-jalan pusing sekitar pantai. Takde la penat sangat.

Destinasi pertama yang kami singgah ialah
Underwater World. Seingat saya, pernah ke sini dulu pada tahun 2004. Saya teruja untuk menyaksikan kumpulan penguin. Waktu itu, bangunannya masih dalam pembinaan.

Saya sukakan Underwater World di awal-awalnya, setiap seksyen dibahagikan dengan tepat. Para pengunjung bisa menghayati sendiri proses kehidupan dari serata dunia dengan lebih realisitik. Namun masuk ke bahagian kedua (bangunan lama), saya sedikit kecewa. Persembahannya masih di takuk lama. Tiada pembaharuan dijalankan sebagaimana kunjungan pertama saya dahulu.

Sedih. Tapi itulah hakikatnya. Teringat sewaktu kunjungan saya ke
Muzium Negara sebelum berangkat ke Germany dulu, juga perasaan sama yang saya rasai. Terasa malu untuk membawa pelancong ke sana. Kita apatah lagi. Pameran di muzium-muzium mereka lebih hebat. Lebih patriotik. Semua itu dipelihara sungguh-sungguh.

Terfikir juga, apa kita di Malaysia ni tidak begitu menghargai atau tidak pandai dalam mengolah pelbagai bentuk khazanah- baik sejarah, hidupan dan warisan alam.

Jangan melatah. Itu hakikat. Fikir-fikirlah.

bersambung...

*Edisi akan datang - Ekspedisi ke
Pulau Payar

Stabuxguy -
Bak kata Kak Sam saya, "It's just tak lebih dari pameran ikan. Marii.. mariii... mari tengok ikan!". Hah, sapa nak jawab tu...

5 comments:

Anonymous said...

Selamat Bercuti.. Semoga kembali nanti lebih tenang.

- En. Lexus -

stabuxguy said...

Encik Lexus,

Terima kasih. Seronok sebenarnya di sini. Seakan tidak mahu kembali...

Terbayang kerja dan tekanan, duh!

Langkawi memang awesome!

K.

Anonymous said...

Saya suka membaca catatan kali ni diiringi musik Bali Relaxation Lounge - Mang Koko. Salah satu favorite genre yang saya benar2suka.

Dapat feel...Seolah2 relax bagi mereka yang bisa ngan hidup metropolitan.

Nyaman, Segar, ketenangan, lanskap, ambience, alam yang indah.

Enjoy sepenuhnya! Play hard di tempat yang indah ni!

Anonymous said...

Catatan dan Pemerhatian yang menyeluruh dan menarik! Saya menikmati segala catatan.. awak bisa menangkap dan mengumpul moment moment yg indah. Pengetahuan berserta pengalaman sendiri. Mencari keindahan dan keunikan Pulau Langkawi... adalah keistimewaan .. setidak-tidaknya memuaskan perasaan!

Anonymous said...

yeyyyy..
saye juga sukekan Langkawiiiii...
tahun ni je dah 3 kali kesana... heheheeeeee

tapi, pantai Chenang sentiasa dihati. saya suke check in kat sunset beach resort dan Sandy beach resort.

enjoice bro...

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...