Thursday, May 29, 2008

Cinta Dan Keutamaan... Sejauh Mana Kita Harus Berkorban?

Hidup ini sukar bukan? Terkadang kita harus memilih, siapa yang terbaik, apa yang mahu dilakukan. Ada di antaranya melibatkan soal hati dan perasaan. Kata orang, rambut sama hitam, manis di mulut, tak sama dengan apa yang difikirkan.

Ibarat menarik rambut di dalam tepung, tepuk jangan selerak, rambut jangan putus. Situasi mungkin berbeza namun impaknya sama.

Saya keliru. Barangkali kehidupan yang baik-baik sering tidak menyelebelahi saya. Meskipun dianugerahkan peluang dan nasib yang cerah sentiasa, dunia saya masih sesak dan kacau-bilau. Apa saya buat, ke mana saya pergi, apa saya fikir- ibarat semuanya harus dilaporkan kepada si polan si polan dan saya tidak punya kawalan (ke atas diri sendiri) secara total.

Saya penat membuat alasan- cukup-cukuplah.

"I'm sorry, i ada hal. Tak dapat join you petang ni...".

"Again, sorry tak dapat ikut you pergi situ-sini, jumpa sedara-mara...".

Saya cuba menjadi jujur kepada diri sendiri. Harus benar, biarpun pahit. Kesannya, memburukkan lagi situasi. Susah bukan?

Kata si dia, "cemburu!". Barangkali itulah perkataan terbaik. Terfikir juga, namun saya bukanlah seorang yang menyimpan pra sangka. Dia terlalu baik untuk saya menyimpan tanggapan yang bukan-bukan. Saya kenal dia, dia dan dia. Mereka barangkali punya cerita dan alasan sendiri. Sukar untuk nyatakan di sini- terlalu peribadi.

Buat mereka (yang merasakan dirinya terguris kerana saya dan keutamaan saya), saya hormat anda. Saya pasti anda sedang membaca tulisan saya. Samada anda bisa memahami dengan hati, atau cuba (sekali lagi) membuat penilaian anda sendiri, jujurnya itu bukanlah salah anda. Kita hanya manusia. Dan setiap manusia mempunyai pendirian dan tahap kecerdikkan yang berbeza. Ada yang lemah, ada yang pintar. Aga yang tega, ada yang goyah.

Saya tahu, adakalanya saya lemah. Kash cepat lari dari masalah. Ah, anda kenal saya. Bertahun-tahun saya besar di depan anda. Dari seorang budak lelaki yang naif hingga menjadi seorang dewasa yang kian betah membuat keputusan.

Saya bukanlah jenis yang suka menyesakkan diri dengan pelbagai masalah. Terlalu banyak karenah bisa membuat hidup saya pening dan bercelaru. Barangkali itu antara alasan mengapa saya ke Penang. Kurang komitmen dan beri saya lebih kebebasan untuk bersendiri.

Hidup mengajar saya menjadi seorang yang pasif. Dalam erti kata lain, saya menjadi seorang yang hanya memikirkan diri sendiri.

Keutamaan saya mungkin berubah. Ya, setiap manusia mempunyai kepentingan dan keutamaan dalam hidup mengikut peringkat masa dan keadaan. Itu normal. Salah sayakah jika keutamaan saya sekarang adalah sesuatu yang lebih saya hargai dan bukan anda? Bukan berniat melukakan hati, saya sayang anda. Tiada tempat untuk saya jatuhkan anda samada menjadi kedua atau ketiga. Itu fakta. Hakikat yang tak bisa berubah (biarpun anda sering meletakkan had dua, tiga tahun lagi setelah melihat saya berjaya).

Saya tahu anda, saya kenal anda, anda pasti memahami konteks tulisan saya ini dengan kesimpulan dan maksud yang berbeza. Pahit dan itu perkara paling saya cuba elakkan.

Kesimpulannya, hari-hari anda dan saya akan melalui sebuah fasa yang sama. Berbincang dan meluahkan perasaan, tapi hasilnya masih sama. Tanyalah ahli politik atau professor negara mana sekalipun, lambat-laun, boleh gila juga jadinya.

Buat seseorang, saya yakin, anda juga sedang membaca tulisan saya ini, terima kasih kerana sudi memahami dan menerima saya seadanya. Tak banyak yang bisa saya janjikan, biar masa yang menentukan. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih!

Baru saya sedar, cinta perlukan banyak pengorbanan.

Stabuxguy - Terbayang Bali di depan mata...

6 comments:

Anonymous said...

nak g Bali ke..bestnye.. :)beberapa kali plan ngan member tp tak jadi jer...hmm..terbayang view yg menarik kat tepi pantai tuh..

Anonymous said...

Ya..Cinta mmg perlukan penantian, kesabaran demi orang yg ingin dicintai. Kesabaran.. dan setiap saat kesabaran adalah demi dia. Itulah Cinta. Bukan senang...perlukan kekuatan cinta..errmm mmg betul perlukan pengorbanan dari kedua-dua pihak. Di sebalik pengorbanan, ada saat kebahagiaan.. ingin melihat kejayaan dia...juga saat paling penting buat hidupnya... alangkah baik sekiranya dapat bersama-sama menikmati kegembiraan.

Anonymous said...

Setiap perjalanan hidup kita..pelbagai agendanya..anda boleh suka atau terpaksa menghadapinya.. Bagaimana menghadapinya...kita pernah dan cuba memikirkan jalan keluar.. dan membayangkan hidup yang tenang, segar tanpa dibelenggu "masalah-orang" lagi. Bolehkah kita? Kita akan sentiasa mencuba..kerasa kita tidak mahu hidup kita..diprogramkan.. Saya juga memahami..bila memang tidak dapat mengatasinya, kita cuba nak melarikan dari masalah.. bukan tujuan kita..tapi sekurang2nya REHAT..
Ermm.. memikirkan diri sendiri bukan salah..mengikut keadaan..menyintai diri sendiri..adakalaya ..terbaik untuk diri. Membuka peluang utk kita memahami diri sendiri..siapa kita, "Who am I actually?", Anda gembira?Anda pernah hidup dengan usaha anda sebaik-baiknya?, betul2kah and mahu hidup? cara terbaik anda hidup? Segala persoalan ni..adalah untuk kita mencari..identiti kita. Memerlukan MASA dan KEBEBASAN.. ya..kesuntukan masa dan stress membuatkan kita hanya mahu dengan diri sendiri akhirnya.. Bukan lah salah kita tapi juga faktanya..tiada orang yang mengatasi masalah sendiri lebih baik selain diri kita sendiri. Adakalanya, inilah jalan persiapan untuk "mengubati" diri sendiri. Errmm.. MASA ...masa untuk bersama2 dan masa untuk bersendirian. Namun, MASA..perlu digunakan sebaik-baiknya..apa pilihan kita..ikut keperluan hidup kita...hati kita minda kita. Semoga orang di sisi kita dapat memahaminya.. Kalau tak da yang memahami sekarang, tak apa lah buat sekarang..tapi kita boleh berpikiran positif..harap2 kita boleh menemui orang yang boleh betul2 menerima keadaan kita dan bersama2 menghadapi bersama. Maniskan? Akhir Kata; GanBate :) \(^-^)/

stabuxguy said...

wow hata... pjg lebar sgt yu komen.. anyhow thanks ya... good advice... again, thanks to ya...

Anonymous... bali jadi la... okt nanti pi... next trip mungkin jan pi lagi... ikot? hehehehe... :P

K.

Anonymous said...

Kehidupan adalah satu peluang bagi setiap insan... Setiap insan harus di berikan peluang dalam kehidupan untuk dirinya sendiri. Biar sepenting mana kita rasa kita dalam hidup nya, adalah lebih baik dan mulia jika kita mendoakan dan memberikan peluang terbaik baginya dalam kehidupan. Biarkan dia membuat pilihan dan jalan hidup yang di inginkan..

Dari bacaan saya, saya dapat lihat seolah anda tersepit di pertengahan di mana anda menjadi mangsa keadaan. Ia tidak sepatut berlaku. Secara peribadi saya berpendapat anda harus memberikan anda peluang untuk anda menikmati kehidupan anda. Isu nya mungkin 'keutamaan'.. Dalam kehidupan keutamaan boleh berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan. Benar kata anda. Bagi saya, anda melakukan terbaik dan perlu ada give and take dari pihak lain agar membenarkan kehidupan anda tanpa menjadikan 'keutamaan' sebagai isu utama. Kerana ia terletak pada anda. Insan lain tidak boleh memaksa dan mempertikai. sebalik nya harus akur jika mereka benar menyangi anda.

"Diterima" dalam satu kehidupan adalah perkara yang sangat mulia. "Menerima" segala yang berlaku dalam kehidupan adalah sesuatu yang cukup hebat!

Saya doakan kehidupan anda lebih bermakna. Just be strong for the time being. Give them time to accept changes in ur life. Sooner or later mereka pasti akan menerima. Saya doakan juga agar insan yang di sekeliling anda, menerima segalanya dengan hati terbuka dan berfikir secara professional dan matang.

Masalah dan kekusutan pasti terurai kerana itulah adalah kuasa memahami dan belajar menerima perubahan juga give and take..

All the best dan semoga anda terus kuat dalam mengharungi kehidupan yang masih jauh. Saya pasti anda mampu kerana setiap insan ada kelemahan dan mampu di atasi dengan kekuatan yang sungguh luar biasa.. Cari kekuatan itu kerana ia ada dalam diri anda.


::ZulQarNain::

stabuxguy said...

ZulQarnain,

seorang lagi reader- terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga krn sudi memberi respon di ruangan ini. anda betul.

"Cari kekuatan itu kerana ia ada dalam diri anda."

saya ingat itu. terima kasih, kawan!

K.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...