Wednesday, June 4, 2008

Malam Yang Gila

PUTRAJAYA 4 Jun - Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Balik rumah, saya layar balik Utusan edisi online hari ini- Berkali-kali saya angguk. Ooo... patutlah. Memang saya ada buka dan baca pagi tadi. Tapi mungkin terlepas pandang isunya.

Belum pun habis waktu pejabat, saya redah balik ke rumah. Tak jauh, hanya sepuluh minit dari kawasan universiti. Bertemankan RD, entah kenapa semangat saya berkobar-kobar mahu ke gym hari ini.

Dalam perjalanan, sempat saya berhenti di suatu sudut dan mengarang sms.

Mengenali awak yang terindah,
Mencintai awak adalah terindah,
Awak adalah yang terindah dalam hidup saya!

Dua kali saya berhenti. Sekali untuk mengarang, dan sekali untuk menjadikannya sebuah lagu.

Tiba di Priority Fitness (terletak di tingkat atas bangunan Ivory plaza - berhadapan USM), Darren, tuan punya gym menegur saya. Lagi 3 hari saya perlu renew keahlian rupanya. Nasib baik juga. Hampir terlupa pula.

Gym di sini tak mahal. Pun berdekatan rumah. Antara alasan terbaik mengapa saya tak perlu berfikir panjang. Hanya dengan bayaran serendah RM210, saya bisa kekal menjadi ahli untuk selama tiga bulan. Cukup berbaloi saya kira. Berbanding dengan sewaktu menjadi ahli di Fitness First (FF) KLCC dulu, saya perlu memperuntukkan sebanyak RM156 untuk setiap bulan. Diulang, setiap bulan!

Belum lagi dikira bayaran untuk pendaftarannya. Ya, anda betul. FF fasilitinya lebih canggih dan moden tapi impaknya sama sahaja jika tahu dan pandai menggunakannya. Saya beruntung kerana di gym ini, saya mempunyai Rahman, gym instructor yang bila-bila masa sahaja bisa membantu saya dengan senang hati.

RM210, saya menambah lagi RM169 untuk harga minuman protein- perlu. Itupun setelah puas bertanya situ sini. Teringat juga yang Encik Lexus pernah nasihatkan saya. Pulihkan tisu dan otot yang koyak katanya (kesan dari terlebih workout).

Dari gym saya ke Kopitiam Roti Bakar di tingkat bawah menunggu Erin, sepupu saya. Order fresh milk dan telur separuh masak, berminggu-minggu Erin merungut susah mahu bertemu saya. Nama je sedara, duduk sepulau pun jarang-jarang baru dapat jumpa. Silap saya. Sibuk fokus pada kerja.

"Kau makin bulat!". Itu ayat pertama yang keluar dari mulutnya sebaik muncul dihadapan saya. Apa nak buat, sengih sahaja. Dalam hati, "takpa, lagi tiga bulan kau tengok lah... hahaha".

Saya pandang ke muka jalan. Jalan jam teruk petang ni. Pelik. Selalu tak gini.

"Ada kemalangan agaknya kat depan sana tuh...". Getus saya dalam hati terus menghirup fresh milk yang hampir larut.

Teringat janji untuk melihat rumah... err, bilik sebenarnya. Jam lapan, Gambier Height. Apartment yang sama, cuma berlainan blok sahaja. Dah lama saya mencari ruang master. Lebih selesa dan punya toilet sendiri.

Jika di Kuala Lumpur, anda bisa pilih dan tinggal di mana-mana sahaja, di sini agak susah. Berbulan-bulan saya menunggu. Mahu ruang kamar yang selesa dan bersih- bukan senang kecuali jika anda sanggup berbelanja lebih. Banyak faktor yang perlu diambil kira, tambah lagi saya masih tidak punya siapa-siapa di sini selain beberapa orang kenalan yang bisa dihitung dengan jari (err, Kak Sam a.k.a. Miss Bersukaria- tak kira you ye!).

Ok, dah tengok rumah. Puas hati. Punya ruang balkoni yang agak besar. Jumaat baru dapat jawapan kerana dah ada somebody yang dah tengok dulu. So kena ikut priority lah. Rasa-rasanya, lapan puluh persen kamar itu bakal menjadi milik saya. Tingkat lima, facing pool view- nah apa lagi yang saya mahu. Dah terbayang-bayang saya melayari internet di balkoni sambil menghirup milo panas di hari minggu. Duh!

Hidup saya di sini hampir sempurna sebenarnya. Ada RD yang saban hari menemani saya ke sana-ke mari, Encik Laptop di samping Maxis Broadband (USB) untuk saya melayari internet, di samping kemudahan-kemudahan di pejabat (universiti) yang sepatutnya membuatkan saya bersyukur dan senang hati.

Malam.

Bosan tiba-tiba. Saya renung siling kamar tanpa henti. Laptop saya biarkan memasang lagu 11 Januari yang baru dimuat turun. Asyik. My housemate, Asrul pun tak balik-balik lagi. Kak Sam ada bengkel di Frenggi sampai Jumaat. Saya capai beberapa helai baju. Ambil kasut, handphone, wallet dan kunci RD. Tidur di Bayan Baru.

Jalan masih jam. Saya garu-garu. Oh, teringat sms yang harga petrol bakal dinaikkan selepas tengah malam. No wonder. Tak pernah saya lihat jam seteruk ini dan orang ramai berpusu-pusu mengasak stesen petrol. Rakyat Malaysia sudah gila agaknya. Saya batalkan niat untuk memenuhkan RD, malam-malam atau esok masih boleh. RM10 tak banyak beri saya kesan. Lainlah jika anda membawa tangki berkapasiti besar. Saya cuba serelevan boleh.

Oh, hampir kemalangan sebenarnya. Sebaik mahu membelok di hadapan Pasaraya Sunshine, ada simpang empat traffic light di situ. Tuhan masih sayang saya dan RD.

Balik rumah, saya layar balik Utusan edisi online hari ini...

Oh, esok hari yang indah. Saya tidak sabar!

Stabuxguy - Teringat waktu malam-malam kayuh basikal di Germany...

6 comments:

Anonymous said...

Mengenali awak yang terindah,
Mencintai awak adalah terindah,
Awak adalah yang terindah dalam hidup saya!


Baguslah awak dapat bertemu cinta ... :) Semoga terus bahagia menemui cinta yang benar2 baik,prihatin..buat selama lamanya.

alhamdullilah ..awak selamat dari kemalangan.

stabuxguy said...

Hata,

Terindah itu subjektif. Hakikatnya, ya, saya bahagia. Moga awak dan semua mendoakan saya. Teruskan membaca!

Kemalangan malam tadi- Ya, Tuhan benar2 masih sayangkan saya.

K.

Anonymous said...

:) Bagusnlah.. dah bahagia dengan dia. Sudah tentu dia sangat baik kan?

stabuxguy said...

baik. sangat baik. saya senang bila kami bersama. namun perjalanan masih jauh. saya bukanlah seorang yang gemar mendaki tinggi-tinggi, serik! bimbang jika jatuh, tersungkur. sakit. itu yang paling saya takutkan.

K.

Anonymous said...

ahh... saya kagum juga dengan pandangan u ni.. at least.. kebahagiaan bukan dilihat..dari sudut cinta-monyet atau luaran, kenikmatan yang dapat dibeli dengan kekayaan. Awak melihat dari sudut hati dan dalaman.. agar kebahagiaan awak tu kukuh. Saya rasa awak tahu menilainya…Betul juga, bangunan tinggi dan megah pun perlu foundation yang amat kuat. Dalam aspeks cinta, foundation tu bergantung pada segala-galanya dalam hati manusia.

Teruskan perjalanan tapi jangan mengambil terlalu masa.. Kalau nak jauh ke kutub tu; masa disia siakan. kaki pun patah nanti.. Nanti you pun dah tua. Hahaha. oops.. Insya Allah, dia adalah orang yang paling baik hati di dunia ni buat you dan sentiasa mengerti you terutamanya bila masa sentiasa mengubah corak hidup kita. Orang yang boleh cekal mengharungi ujian dan menerima segala-galanya termasuk perubahan berkaitan kehidupan you dari masa ke semasa adalah bakal memberikan kehidupan dan kebahagiaan paling bermakna dan bertahan..

Abir Abhar said...

HURM,
pasal minyak,
malam tuh org tersangkut dlm jam trok kat Kl..
x tau la plak.. abis plan nk pegi KLCC...

eyt,
bro in love ke?
weee

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...