khamis
ogos 9 2007
7.27 pagi
macam-macam yang berlaku lately. lepas satu, satu. dr insiden A ke B, hinggalah yang terbaru semalam, terasa seperti hati disiat-siat. namun apa lah yang bisa saya buat. belum habis 'rumah saya terbakar', kini diserang pula secara psikologi dan kali ini keluarga jadi mangsa. ya, saya salah. jika saya salah kenapa keluarga dan nama baik yang dilibatkan?
sungguh saya tersilap mengenalinya. jika catatankash pernah terkubur gara-gara 'kuasa orang gila' ini, saya sesekali takkan biarkan dunia internet saya dicemar dan ditindas sekali lagi gara-gara serangan psikologi ini. dah la semua profil dan blog terpaksa diprivasikan (tak cukup lagi tu), dikutip pula e-mel-e-meil ahli keluarga untuk disebarkan, "lihatlah dunia... percayalah... si polan ini g** rupanya!". bahana gila apakah ini??
saya terkedu. mati kutu.
tak cukup kerana geramkan blog dan profil yang telah diprivasikan, digodam pula bog kawan-kawan, ternampak pula gambar-gambar waktu bersuka-ria dan saat-saat menghantar saya di KLIA, bertambah meluap-luap geramnya-
"kenapa aku tak diberitahu? kenapa tak dijemput aku untuk menghantar??"
"hina sangatkah aku ni..??".
wahai perempuan... tepuk dada. jawapan ada ada dirimu sendiri. manusia itu tidak HINA. cuma hatinya.
lalu e-mel nekad disebarkan... confirm! si polan ini G**! lihatlah kawan-kawannya... berparti sakan, minum tunggang-langgang- hanya disebabkan bacaan komen-komen humor yang tidak berasas (dia merujuk pada komen-komen gurauan saya dan teman-teman di myspace, friendster).
benci saya terhadap WANITA semakin berganda-
jika saya pernah membenci hawa kerana _______ dan _______ saya, kali ini benci dan anti-hawa saya bertambah-tambah, maaf, saya tidak maksudkan KESEMUANYA, pada yang okay, ya saya akui, kalian baik dan berhati mulia- jangan terasa!
saya maksudkan cuma sebahagian-
susah sungguh menjadi SEORANG SAYA, buat saya penat dan letih dengan diri sendiri. buat saya sering mengurung dan memecil diri sendiri. adakalanya itu lebih baik. anti-sosial, hidup cuma berlayar internet hari-hari, tanpa kawan-kawan, hiburan dan santai di kelab-kelab, kerana saya tahu, mana saya pergi, apa saya buat, orang akan memerhati dan bisa menjadi isu. macam-macam- dan buat saya penat.
saya kira peluang ke german adalah langkah terbaik, namun sebaliknya.
susah nak jaga hati semua orang kan?
benar kata kak wan saya, saya ambil resmi padi tapi zaman sekarang diam-diam berisi ni bahaya juga. kan ramai yang makan hati, dengki, macam-macam lagi lah. kadang saya kagum lihat kak wan dan AM saya, hidup mereka berjaya (sekadar mengambil contoh). punya kerjaya yang bagus, rumah dan tempat tinggal yang selesa. tak perlu bergantung dengan sesiapa. keluarga? ah, sekadar menutup muka dan bersuka-ria sahaja. dalam hati siapa yang tahu.
saya sayangkan keluarga, adik-beradik saya. namun apalah daya saya, lebih-lebih jauh di sini. kuasa 'orang gila' tu melebihi segala-galanya. keluarga satu-satunya senjata terakhirnya untuk menghapuskan seterusnya menjatuhkan saya. memalukan nama baik saya di kalangan keluarga- satu kepuasan baginya.
"aku dah 'print screen' dan akan sebarkan semua profil-profil kau di internet, kau ingat mereka takkan percayakan aku? now ini buktinya...".
saya terduduk.
tidak pasti saya akan pulang lagi ke malaysia. apa lagi yang tinggal?
jika ya, mungkin saya sudah tidak punya keluarga. saya sedih. mereka (lebih-lebih lagi adik-adik saya) adalah 'harta' yang saya ada. saya tidak peduli saudara-mara, ayah dan ibu saya (mereka sudah punya keluarga sendiri), adik-beradik saya adalah segala-galanya. tidak dapat saya bayangkan jika adik saya di alam shah membaca e-mel dan cerita terperinci tentang abang mereka, mimi, adik perempuan saya, saya sayangkan mereka, mereka begitu hormatkan saya. saya kasih mereka. namun itupun telah dirampas dari saya. sungguh saya tidak berdaya.
jujurnya saya hampir putus asa untuk hidup di sini. jiwa saya lemah hari-hari. fikirkan itu, ini- masa depan saya sendiri. berat bahu memikul, berat lagi mata yang memandang. ingin saja saya jerit nama AM dan kak wan, saya mahu pulang. kak wan minta saya kuat. saya tak mampu nak khabarkan pada AM, dia mungkin ingat saya happy di sini, hakikatnya tidak. AM tahu semua-semuanya. namun cukuplah, saya tak nak lagi susahkan dia. otaknya sudah cukup berserabut dengan karenah perempuan gila ini dari dulu.
saya mungkin bersalah, namun dia tidak perlu menghukum saya dan menghumban saya sebegini dalam.
salah sayakah jika saya tidak bisa menerimanya? hatinya? jiwanya? cintanya??
salah sayakah jika naluri dan pendirian saya gagal untuk menjadi seorang lelaki sejati??
saya hanya manusia biasa. sesiapa pun tak bisa mengerti apa yang saya lalui.
saya cuba, namun bukan masanya. qadha dan qadhar, siapa lebih mengetahui?
wahai perempuan, kamu mahu bercakap soal ketuhanan? pasal hukum-hakam?
Dia sesungguhnya lebih tahu... tiap manusia yang dijadikanNya berbeza, punya takdir dan perjalanan hidup yang telah ditentukan. manusia tidak berhak untuk mempersoalkan, apatah lagi menghukum seterusnya memaksa untuk tiap manusia yang lain itu untuk berubah atau mengikuti telunjuk kamu.
mungkin doa orang seperti saya tidak dimakbul, namun saya pinta dibuka kan pintu hatinya. Tuhan itu maha mendengar bukan?
bukakan lah pintu hatinya untuk cuba menerima kenyataan, bukakanlah pintu hatinya untuk menerima cinta dan lelaki lain dalam hidupnya. bukakanlah pintu hatinya untuk bina kehidupan yang lebih aman... bersih dari segala kekotoran dan sifat-sifat dendam...
amin.. aminnn ya rabbul alamin...
saya berserah.
budak kopi,
germany

6 comments:
Stabuxguy
sekali pun terputus pertalian, hanya doa dan ingatan penyambung silaturrahim.. sekali pun dibenam dalam lumpur pekat busuk, hanya hati yang bersih dapat menyuci diri.. sekali pun diuji segunung dugaan, hanya iman dan sabar dapat mengatasi.. Sejahat mana seseorang itu, satu hari takkan dia terlepas dari pembalasan. Berserah pada tuhan.. Dia maha mengetahui dan memahami... Dia maha adil dan saksama...
aduiiii .. tabahkan hati jak Kash, I know how it feels to go through that :(. You are wonderful just the way you are. Bukan mudah untuk memenuhi kehendak dan kemahuan setiap orang, apatah lagi yang hakikatnya kita bukan untuk dia. Berdoa saja agar dia dapat petunjuk yang betul.
In the mean time Kash, dont let this disturb your day to day life. I know it's easy for us to say it, sedangkan bebanan itu dibahu Kash. I am sure all your friends (samada kenal you personally or not) juga turut berdoa agar Kash senantiasa happy and able to go through these difficult times.
God Bless you Kash. Times like this, ingat orang yang tersayang okay.
Jaga diri baik-baik, wahai kawanku.
Salam wan~! I harapkan u kena banyakkan bersabar dan berdoa kepada-Nya...minta petunjuk...i tahu wat u fell rite now..i faham sgt..i lalui perihal yg sama...kekadang sukar untuk kita memahami apa yg org lain nak tetapi senang pulak utk kita memahami perasaan org...mungkin ini ujian kehidupan dari-Nya...apa2pun teruskan usaha wan kat sana dlm mencapai cita2 wan tu...biarlah org nak kata apa...janji kita bahagia & kerna kebahagiaan kita itu lah menyeri hidup kita sendiri.....u take care yer myfren
My dear, semakin banyak ujian dari Allah, semakin kuat kita dan semakin matang kita dan semakin beriman kita kepadaNya...that's that.
In the final analysis, life belongs to us - not others.....people come and go but we still have our ownselves......that's that......
You pray, choose and decide - but you will never have to walk alone...rest assured.......lurrvee you.....
Who's the BITCH? Let me poison her SLOWLY.
Mr.Manager.....I would also lurrvee to poison her - slowly but surely.....but I shall give u all the pleasure...ha ha ha....
Post a Comment