Thursday, August 16, 2007

Catatan Malam Ini

semalam saya sempat menelefon salah seorang teman di london, nobi atau min. pertama kali mengenalinya, sempat dia menceritakan sedikit-sebanyak tentang kehidupan dan persekitaran london kepada saya. memang seumur tidak pernah saya jejakkan kaki ke sana, namun insyallah jika ada rezeki berkira-kira juga. sementelah bremen-london cuma 25 minit sahaja.

nobi banyak bercerita, dari hari raya, malaysia hall, fotografi hinggalah ke bilangan adik-beradiknya (oh, kami senegeri rupanya!). namun apa yang paling saya teruja, koleksi foto-foto yang dimiliknya.

"hobi sahaja...". begitu nobi merendah diri kepada saya.

"hobi pun bisa buat hati terasa lapang...". saya suka!

klik di sini untuk fotopages nobi.

lain-lain fotopages pilihan saya. :P

wazari
taufiqshariff
scharewl

bremen

di sini, sebuah bandar terbesar di bahagian utara germany, banyak terdapat warisan-warisan lama, dari keindahan struktur bangunannya, hinggalah ke persekitarannya yang saya kira bisa membuatkan kita merasa takjub, kagum dan anda silap jika merasa masyarakat german kurang mesra atau sombong. jujurnya saya tidak pernah mempunyai sebarang masalah di sini (kecuali sedikit dari segi komunikasi), mana sahaja anda pergi, jangan segan, masyarakat di sini dengan senang hati bisa membantu anda.

minggu lalu saya ke bremen, saja jalan-jalan. sayang saya tidak mempunyai kamera. teringin juga menjadi seperti nobi, punya kamera berkualiti dan bisa petik (saja) untuk merakamnya dalam memori. ah, saya mesti mendapatkannya satu nanti. tentu!

"kamu mahu aiskrim?". saya angguk. tentu saja!

"favourite? banana?". ya! ya... lama tak makan. saya pantas follow mike dan jens (disebut "yens" - *j dalam bahasa german disebut "y") ke sebuah kedai aiskrim di tengah-tengah bandar bremen. seronok jalan-jalan dengan mereka. mike adalah teman apartment saya, sementara jens pula saya kenali sewaktu makan-makan di rumah salah seorang kenalan beberapa minggu lalu. kedua-dua baik melayan saya, jens lebih-lebih lagi.

saya anggap semuanya bonus. sementelah AM saya dan kak wan jauh- mereka inilah teman-teman saya. kami ke bandar dan kuliah bersama (saya dan mike, jens telah bekerja). namun tak selalu juga mike bersama saya lebih-lebih lagi kami berlainan kursus. waktu saya lebih fleksibel kerana saya hanya mengambil bahasa (wajib sebelum memilih kursus pilihan) sementara mike dalam bidang kejuruteraan. genap tiga bulan (hingga habis summer) saya bakal pulang ke malaysia dan kembali semula ke sini untuk menyambung kursus pilihan.

dari minggu lalu christa meminta saya kembali ke wilhemshaven. saya borak-borak juga dengan mike-jens. tanya pendapat mereka. jens lebih-lebih lagi, seperti berat nak lepaskan saya.

"jauh nanti, susah nak jumpa", jens seperti sedih. hai, semacam je. saya pandang mike. dia macam okay je.

"oldenburg ngan wilhemshaven- setengah jam je drive. we can go there." ujar mike seakan memujuk.

frankly, saya suka di sini. dekat ngan bremen. hari-hari boleh datang. kalau naik tren cuma sepuluh minit sahaja. akses pun senang. bus stop pun depan rumah je. tapi sunyi. bukan hari-hari saya dapat keluar macam ni. seminggu sekali. kalau di KL hari-hari. lepak KLCC, starbucks, tengok movie.

sepanjang kat sini belum pernah saya jejakkan kaki ke mana-mana panggung wayang. kata mike, semuanya dalam bahasa german. mati kutu saya dibuatnya nanti.

oh, ya. selain membeli kamera (seperti nobi!), saya juga bakal join gym nanti. saja nak penuhkan aktiviti. kelas cuma tiga kali seminggu. selebihnya saya banyak habiskan masa jalan-jalan, pusing stadt (bandar) and lepak ngan mike ngan jens aje. nasib baik juga jens punya kereta, bisa bawak kami makan sana-sini dan jalan-jalan.

"dude, takde cuti ke? bila balik malaysia?".

susah nak cakap. kak wan saya pun selalu tanya. takde aral, oktober saya balik. mungkin awal, mungkin pertengahan. depends pada kelas. harap-harap takde la saya kena masak ketupat di sini. please not this year. saya masih mahu raya di Malaysia. huhuhu...

okay lah, guys. hampir ke jam dua belas. mata pun dah ala-ala pejam celik, pejam celik nih. nanti kita cerita lagi kay?

to kak bai, nanti saya e-mail kan logo baru untuk INCEIF tu ya. terima kasih kerana bersabar.

salam dari saya.

budak kopi,
germany.

1 comment:

Fizz Zaquan said...

u dah kena tag by me~! gudluck~!

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...