anda gemar menonton wayang? atau DVD mungkin?
semalam saya menghabiskan rehat usai makan malam dengan dua filem di rumah - berturut-turut!
satu di kaca tv (siaran ZDF - salah satu dari penyiar tempatan) dan satu lagi dar DVD yang saya pinjam dari pusat fitness.
keduan-duanya menarik. lebih-lebih lagi dari dua genre filem atau movie yang berbeza.
okay kita cerita tentang filem pertama dahulu.
Andere Liga, Eine
Andere Liga, Eine atau Another League adalah berkisar tentang pergolakan dalam diri seorang gadis remaja yang berasal dari Turki, yang juga merupakan seorang yang aktif dan bermain untuk sebuah pasukan bolasepak pasukan wanita di German.
beliau mengidap kanser payudara (yang diwarisi dari mendiang ibunya). mempunyai seorang bapa yang penyanyang dan begitu mengambil berat.
Hayat, gadis lasak tetapi cute ini akhirnya jatuh cinta dengan Toni, jurulatih pasukannya sendiri. saya tersenyum lucu melihat gaya Toni sewaktu memikat Hayat, dengan tulisan-tulisan "Jom Date Dengan Saya?", "Saya Suka Awak", "Okay, Saya Datang Lagi Esok!" di bajunya (dalam bahasa German tentunya).
Hayat yang jual mahal (pada awalnya) mula merasa rendah diri dan perasaan serba-salah mulai menebal dalam dirinya (kerana gangguan emosi dan tekanan kesan dari penyakit yang dihadapinya).
saya sukakan jalan cerita serta kesan dramatik yang dipaparkan dari filem ini. sebuah kisah kehidupan yang jarang (atau tidak pernah terlintas di pihak penerbit industri perfileman di Malaysia - mungkin?) untuk dipertontonkan kepada umum.
ya, kita ada Cinta, Persona Non Grata. itu baru dua. apa lagi judul beritahu saya - yang bagus (atau agak bagus?)
wanita dan barah payudara - barangkali hanya plot dan naratif biasa. namun garapan di dalam Eine Andere Liga menjadikan kisahnya amat luarbiasa - disokong dengan perjalanan cerita yang menarik dan begitu menyayat hati.
*kisah bagaimana seorang gadis yang baru menginjak dewasa berdepan dengan kematian ibunya akibat kanser, lalu dirinya sendiri juga disahkan mempunyai penyakit yang sama, kehilangan salah satu dari payudara - harta paling bernilai bagi wanita? serta dilemanya untuk menerima cinta seorang jejaka yang juga merupakan jurulatihnya sendiri?
mungkin agak perlahan dan plot sebegini sukar diterima (barangkali) oleh para penonton di Malaysia - tak komersil katanya. but it's okay. kita buat filem untuk universal bukan untuk pasaran tempatan sahaja. satu dunia bisa tonton dan hargai. tu lebih baik bukan?
filem kedua.
The Dark.
ramai tahu saya penggemar filem seram. ya, saya sukakan elemen suspen, perasaan sewaktu hantu atau bayangan-bayangan (ciptaan) itu menjelma/bakal - duh, siapa setuju?
sebuah filem seram dari United Kingdom dan hampir seratus-peratus penggambarannya dilakukan di Wales, UK. pemandangannya yang hebat, kesan latar serta emosi para pelakon yang begitu mengesankan.
tiada adegan rombongan pelajar sekolah, tiada cintan-cintun mahupun peluk cium, cuma lebih kepada kisah sepasang suami-isteri yang telah bercerai (dan berpisah) dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Sarah (Sophie Stuckey).
kisah bermula dengan Adèle (Maria Bello - Secret Window, Cayote Ugly) membawa Sarah bercuti di Wales untuk menemuinya bapanya, James (Sean Bean - Flightplan, LOTR, Troy) yang tinggal bersama salah seorang pembantunya.
anda akan dapat saksikan pemandangan atau view yang menarik di sini - teringat sewaktu sunset di Uluwatu, Bali. kawasan lereng dan pergunungan yang hampir sama.
Sarah yang sering bertengkar dan tidak begitu gembira tinggal bersama ibunya, akhirnya lemas dan hilang di laut sewaktu bercuti.
beberapa pasukan marin cuba mencari mayatnya namun tidak ditemui. ini amat menyedihkan ibu dan bapanya.
bagaimanapun beberapa insiden pelik terjadi di rumah James sehingga memaksa Adèle untuk menyiasat situasi sebenar. bermula dengan suara-suara aneh di bilik atas rumah mereka, sehinggalah jelmaan seorang gadis kecil yang bernana Ebrill.
ini membuatkan Adèle begitu yakin yang Sarah masih hidup dan disembunyikan oleh sesuatu.
kerana begitu taksub dan mempercayai kewujudan Ebrill, Adèle hampir dituduh gila oleh bekas suaminya namun segala-galanya berubah apabila James juga terserempak dengan Ebrill.
apa yang menarik, Ebrill adalah hantu yang benar-benar wujud. beliau adalah penghuni asal di rumah yang James diami sekarang. beliau telah didera dan dibunuh dengan kejam oleh bapanya sendiri (seorang paderi berpengaruh). namun dijelmakan kembali secara ritual oleh bapanya dan hidup kekal (malah mampu berdarah!).
roh Ebrill terperangkap dan beliau hanya boleh hidup sekiranya tubuhnya ditukar ganti dengan nyawa individu lain.
menarik bukan?
selain jalan ceritanya yang begitu menyeramkan, The Dark juga menyaksikan bagaimana seorang ibu bertarung nyawa demi mendapatkan anaknya kembali sehingga sanggup menjadi galang ganti.
anda pasti terkejut di akhir cerita, di mana babak Adèle terselamat dan dari jauh dia memerhatikan Sarah berlari mendapatkan bapanya di rumah. Adèle cuba untuk menyentuh kedua-duanya namun kehadirannya seakan tidak dipedulikan.
babak ini amat menyentuh perasaan saya - setelah penat si Adèle berhempas-pulas - terjun dari lereng bukit (sebagai ganti nyawa Sarah), di dera dan di tarah otak oleh jelmaan Ebrill (demi mendapatkan Sarah kembali) akhirnya Sarah dan James tidak mempedulikan kehadirannya.
"i'm so sorry Sarah, but you mother are dead... she love you very much...".
ini sekali lagi mengingatkan saya kepada sebuah filem dari genre yang sama lakonan berkesan Nicole Kidman (The Others, 2001).
pasti anda sudah dapat membayangkan apa kesudahannya bukan?
apa yang menarik (mungkin kebetulan), kedua-dua filem ini adalah menyentuh tentang wanita.
ya, wanita dan kegigihan mereka. soal perjuangan dalam meneruskan survive.
bak kata pepatah melayu, "tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia!".
itu peribahasa yang masih saya ingat sewaktu Cikgu Faridah mengajar saya di darjah empat.
nah, siapa kata saya anti-wanita?
stabuxguy,
germany

No comments:
Post a Comment