Friday, August 17, 2007

Cerita Saya Dan Blog

saya bangun awal lagi hari ni (seperti biasa).

on laptop, klik ke laman akhbar2 harian Malaysia, baca e-mail- yahoo, hotmail, myspace, firendster- tak lupa blog teman-teman dr Malaysia.

ralit membuka blog vernon, terpandang ada tagboard (ruangan chat) di tepi bawah. duh! cemana saya boleh tak perasan sebelumnya. terus rasa TERGERAK HATI nak meninggalkan pesanan.

MM... i wait yr call dah 2 hari... takde pun... anything e-mail je la... ingat yu tak sihat ke.. or maybe ada prob n need someone to talk....

tak sampai few minutes, vernon call saya.

"duh, kamu online ya?". terkejut juga saya. pantas pula si vern ni. kalah DHL gitu.

kami borak-borak. rasa bersalah pula sebab masa nak datang dulu saya tak kasi detail pasal nak sambung blaja or datang ke sini. vern ingat saya main-main.

"tak nak kecoh-kecoh la vern...". hik!

saya kenal dia hampir dua tahun, namun baru awal tahun ini baru saya bertemu dan bertentang empat mata dengan orangnya. kelakar dan sinikal, tak sombong dan yang lebih penting vernon ni friendly orangnya. langsung tak nampak macam seorang 'Mr. Manager'. haks... cemana tu...

cerita pasal blog ni, teringat saya ketika di waktu awal saya bermula. waktu tu excited dengan musim akademi fantasia. sekitar tahun 2004 tak silap saya. waktu itu nama-nama sultanmuzaffar (super-senior saya dari beseri), klubbkidd, juandanza, elkapitan, judd (antara beberapa nama) tengah 'panas' dan ramai yang baca hasil penulisan mereka. saya tahu kerana saya juga antara followers. kami menjadikan mereka ini bahan rujukan untuk mengetahui 'lebih dekat' perkara-perkara berkaitan akademi fantasia dan juga dunia hiburan tanahair. satu kelebihan kerana ada di kalangan mereka ini merupakan di kalangan wartawan hiburan sendiri.

saya tidak tahu kenapa, namun hidup saya penuh dikelilingi wartawan (biarpun saya bukanlah artis), baik secara langsung atau pun tidak langsung. AM saya bekas wartawan (NST), kak wan saya juga dulu seorang wartawan (juga di NST) sebelum berhijrah ke USM, kak bai (juga NST sebelum ke bank negara), encik A saya dulu pun (apa khabar orang hillpark?) wartawan (berita harian), siapa lagi... juan... joe kidd... dan terbaru teman saya si eidie juga baru join team karangkraf di shah alam sebagai wartawan di majalah remaja terbaru (belum ada di pasaran).

ada bagusnya punya ramai teman di kalangan wartawan ni, pertama- anda tak perlu lagi membeli majalah hiburan atau suratkhabar. samada anda bisa memperolehinya secara percuma hari-hari (terima kasih encik A!) atau pun gosip2 off record para artis. tapi nama pun off record kan, so selalunya kita borak among us aje la.

bagus bukan?

berbalik pasal blog tadi, blogger terawal yang saya close dan jumpa personally ialah juandanza. tak silap masa AM membawa saya ke konsert merdeka KLCC (2004). waktu tu joe kidd pun ada tapi sorry ya joe... waktu tu saya masih tak kenal wajah anda. huhuhu...

sempat saya tegur juan (biarpun agak malu) and borak2. gembira sangat sebab jumpa someone yang selama ni saya follow tulisan-tulisannya di blog secara empat mata (akhirnya).

juan lah orang yang memberi saya inspirasi dan keyakinan untuk membuat blog sendiri. dari cuba-cuba, akhirnya saya serius untuk join nama-nama 'panas' ini- biarpun tidak secara total, namun hasil-hasil penulisan mereka terutama SM dan juan sendiri memberi saya satu dunia baru yang tak terbayang selama ini.

maka lahirlah 'catatankash' (CK). sebuah blog peribadi yang saya lakar dari kehidupan diri sendiri. ya, saya menulis tentang artis, namun tak semua. saya tulis apa yang saya suka, saya minat- grafik, hal-hal di kolej, seni- pementasan teater puteri gunung ledang misalnya, ataupun ulasan (dari view saya) tentang filem 'Persona non Grata' lakonan erra-hans.

biarpun CK berkubur, namun saya happy. CK telah memberikan saya suatu pengalaman yang tak ternilai untuk saya ungkap dengan kata-kata. suatu pengalaman yang tak mungkin orang biasa seperti saya bisa mendapatnya. hadir ke pelancaran filem-filem dan album baru, majlis-majlis selebriti, buat saya sedikit dikenali dan juga bisa merapati beberapa nama besar dalam industri.

mungkin ditakdirkan CK harus pergi.

menyesal? ah, tidak sesekali.

it's about time barangkali. saya kira cukup rezeki saya. saya happy. dengan CK, saya masih punya teman-teman yang memahami.

waktu berlalu, saya bangunkan pula darimejastabux (DMS) ini. sebuah laman yang awalnya hanyalah untuk mereka-mereka yang terapat- tempat kami berkonsi cerita dan kegembiraan hari-hari, hampir juga DMS ini menjadi ala-CK, kian dikenali dan sementelah saya juga ada mengulas sedikit tentang beberapa teater di IB serta konsert p. ramlee siti baru-baru ini.

hasilnya, saya cuba kembali berpijak ke bumi. cukuplah menjadi seorang yang dikenali, buat saya penat dan oh, ya- perlu lebih berhati-hati sebenarnya. dunia saya tak mudah, laluan saya agak payah. tak ramai yang gemar melihat kita di atas, adakalanya mata-mata yang suka melihat kita ditendang dan jatuh tersungkur.

itu antara sebab saya membuat keputusan untuk hijrah ke sini, ke bumi eropah yang tak punya siapa-siapa, mahupun apa-apa.

namun saya yakin, rezeki manusia itu ada di mana-mana. itu pesan kak wan saya.

syukur saya masih ada mereka. AM, kak wan (yang begitu rajin menelefon bertukar khabar), wardy serta rakan-rakan yang tak putus menghantar berita - kak bai, xis, aiman, ariff, eidie (maaf, sekadar beberapa nama) baik di e-mail mahupun di YM. buat saya terasa sama seperti berada di Malaysia.

buat vernon, terima kasih sekali lagi sebab menelefon. really appreciate that.

and vern, honestly... your blog tu makin 'daring' lah... hehehe tu je la nak ckp... opss!

jumpa oktober nanti di Malaysia!

budak kopi,
germany

1 comment:

Xis said...

Stabuxguy
while you life is surrounded by journalists, mine is surrounded by celebrities and doctors... :) So, this Oct, coming back for good or just a few days...? huhuhu..

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...