Pages

Wednesday, August 29, 2007

Islamic Finder : Kemudahan Canggih Untuk Bersolat


"dude, memang saya bukan orang kuat agama. tapi kita hanya manusia sahaja bukan?"

seorang teman menyampaikan link ini kepada saya. jutaan terima kasih saya ucapkan kepada hamba Allah ini. memang saya leka. namun entah mengapa, terdengar sahaja suara azan bergema dari corong komputer riba, membuat hati saya menjadi sayu dan hiba. betapa saya akui kekuasaan Allah S.W.T.

"Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!".

dalam hati, berkali-kali saya mengucap syukur kepada teman saya itu kerana memberikan link panduan ini kepada saya. rasa-rasanya mudah sekali selepas ini untuk saya memulakan Ramadhan pertama di sini. jauh dari perantaun, jauh dari segala kemudahan untuk bersolat dan sebagainya. tanpa alasan!

apa yang menarik?

- boleh disetkan kedudukan/lokasi tempat tinggal/negara/bandar/bahasa
- mendengar suara azan setiap kali masuk waktu
- mendengar bacaan ayat-ayat suci setiap masa
- panduan untuk menunaikan solat serta penerangan (lengkap dengan cara-cara berwudhu' dsbg.
- banyak lagi!

pada anda yang tercari-cari kemudahan ini di internet, segeralah log on ke IslamicFinder.com. segalanya terdapat di sini, dari kemudahan mendengar suara azan, waktu solat dan berbuka dan segala yang berkaitan. menarik sekali anda bisa memuat turun perisian ini secara percuma dari laman yang saya nyatakan di atas.

selamat berkongsi, semoga diberkati!

budak kopi a.k.a. stabuxguy,
germany

1 comments:

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!