Friday, August 3, 2007

Oldenburg

rabu, 1 ogos 2007
12.07 t/malam

suatu hari yang agak ribut. minggu yang sedikit huru-hara. dari satu daerah ke satu daerah, saya berkalih dengan sebuah harapan yang baru. biarpun sedikit kacau pada mulanya, namun saya betah. memiliki kawan-kawan yang memahami serta sudi berada dalam susah-senang (biarpun kami baru saling mengenali). bagaikan sebuah keluarga, saya dilayan bagai menatang minyak di sini.

benar kata pepatah, benih (benih?) yang baik kalau jatuh ke laut mana sekalipun akan menjadi pulau. maaf, sama sekali saya tidak (berniat) letakkan diri saya sebagai 'benih' (mahu pulau sekalipun), sekadar menanam maksud yang di mana pun juga saya berpijak, saya bisa untuk survive (selalunya). dikelilingi mereka yang memahami (namun awas, mungkin juga punya agenda tersendiri), saya dikira bertuah - baik di sini mahupun di malaysia sendiri.

belum sebulan saya di sini nyata mereka bukan sahaja tak lokek membantu malah lebih dari itu.

"dude, sudah kenal seseorangkah? sudah jatuh cinta?".

hahaha... perangkap! soalan itu saya letak di tepi. tolak jauh-jauh. saya tahu tujuan dan maksud saya ke mari.

saya pandang freezy, satu-satunya 'teman saya' dari malaysia (yang dipinjam kak sam). kami saling memahami. siang-malam saya mengulitnya di sini. *oh, bobo! saya masih belum lupakan anda. selamat bergembira di penang ya!

oldenburg

serasa seakan sebahagian hidup saya sudah lengkap di sini. hari ini saya berpindah ke sebuah apartment mini (ala studio) di sebuah daerah bernama oldenburg. "burg" di dalam bahasa german bermaksud "castle" atau istana. "olden" pula adalah bermaksud "old" atau lama. sebuah daerah (juga boleh dianggap negeri) di utara german yang kedua ter(paling) hot dan happening selepas bremen. baru lima hari di sini sedikit-sebanyak saya sudah rasakan angin perubahan yang dibawa di bandar ini. jika di tempat lama agak terpencil dan lebih bersifat luar bandar (country side) namun oldenburg bakal menjanjikan sesuatu yang baru buat saya. baik dari segi perubahan suasana, masyarakat mahupun orang-orang sekitarnya.

11.21 pagi

perasaan yang bagus bermula. saya bangkit dengan gembira sepanjang malam. menerima panggilan dari si dia merupakan sesuatu yang saya tunggu-tunggu dan bisa membuatkan rabu ogos saya berbunga sepanjang hari. tidak terkata.

oh, saya akan ke netto sebentar lagi. membeli sedikit barang-barang keperluan. netto- supermarket ala-giant di kawasan perumahan saya (ala perumahan dalam siri desperate housewives) cuma kira-kira 7-10 minit berjalan kaki. dekat. untuk ke universiti saya cuma perlu menaiki bas (basikal dah kena pulang) yang letaknya berhampiran bandar, juga tak jauh. hanya 20 minit camtu. segalanya mudah dan cepat di sini. tambahan dengan orang-orangnya yang ramah.

ramai yang berpesan kepada saya semasa di malaysia, "dude, hati-hati ya di german. orangnya agak kasar, tidak mesra...".

saya anggap cuma sekadar pesanan. mungkin tak semua. ah di mana-mana pun sama. kalau over peramah pun susah juga kan?

balik dari netto, saya akan ke kampus. lihat apa yang berlaku- pendaftaran semula kelas bahasa dan lain-lain. kali ini lebih besar, lebih ramai pelajar. mungkin untuk 2-3 bulan saya akan di sini, belum tahu destinasi seterusnya. ah, lihat dan tunggu sahaja. sementelah tiket saya sebagai pelajar luar-negara, layak sahaja untuk lihat-lihat dan belajar budaya serata negara.

"dude, cinta... ceritalah...".

hahaha... seperti yang saya tulis malam tadi (oh, ini sambungan ya?). *ya, kawan-kawan, sebelum terlelap dan berbual (agak lama) dengan kak sam. :)

saya letak di tepi, tolak jauh-jauh. belum masa. cukup ya komennya? hahaha.

"dude, gambarnya!".

maaf untuk gambar2. saya belum punya kamera. sini harganya aduh mak, bisa membeli borong 4-5 pasang zara atau fcuk di malaysia. nanti-nanti lah. punya wang, saya beli dan snap gambar banyak2 untuk kalian ya. ampun!

ok dulu, mahu gerak dan ke netto. jumpa lagi di lain tulisan!

salam dari saya!

freezy - muah! muah! muah! untuk kak sam & bobo!

budak kopi,
germany.

2 comments:

Xis said...

Stabuxguy
have a pleasant day there... take care. :)

Arif Hassan said...

kash, dari kota bharu "new castle" ke kota lama kannn.. kat kelantan pun ada nama tempat kota lama..

cinta? menang FFM.. ahaks..

pastu.. awat x bawak camera dr Msia ari tu???


xoxo..
arep

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...