hai hai hai... jumpa lagi hari ni. ahad yang best, awal-awal lagi dah bangun (i'm a morning person btway) - cam biasa, terus ke dapur jenguk temparature hari ni - 17º!! aduh, matiii la dah masuk sebulan pun masih dok 17º je hari2!! sojukkkk.... kata summerrr... huhuhu...
belum lagi winter kan? huhuhu...
actually body cam tak larat lagi hari ni, semalam jalan sakan kat holland. opss, bukan amsterdam yer... groningen je. itupun dah dekat 2 jam drive dari rumah. best sangat. sempat singgah ikea lagi tuh. oh, kak wan sorry yek, tak pi muzium, art galeri segala, maklumla semua sibuk nak shop-shop ja... maybe next trip la kot.
err, dude... groningen? kat mana tu. nak tau? ok, jom kita citer...
belum lagi winter kan? huhuhu...
actually body cam tak larat lagi hari ni, semalam jalan sakan kat holland. opss, bukan amsterdam yer... groningen je. itupun dah dekat 2 jam drive dari rumah. best sangat. sempat singgah ikea lagi tuh. oh, kak wan sorry yek, tak pi muzium, art galeri segala, maklumla semua sibuk nak shop-shop ja... maybe next trip la kot.
err, dude... groningen? kat mana tu. nak tau? ok, jom kita citer...
groningen
bandar ni adalah bandar kedua terbesar (selepas amsterdam) dan terletak di utara negara holland (juga dikenali sebagai netherlands). majoriti penduduk kat sini berbasikal, so sapa yang berangan nak bawak keta (sbb malas jalan kaki) tu baik lupakan aje la niat anda sebab org kat sini (even kat germany pun) tak pandang sgt kalau berkereta mewah pun. semua org naik basikal and jalan kaki. agaknya sebab tu la orang-orang kat europe ni umur panjang dan hidup lama.
lagi satu info tentang gronigen ni, ianya adalah sebuah bandar akademik. banyak kolej dan universiti-universiti tertua di holland (dan di eropah sendiri) terdapat di sini. pendek kata, kat sini penuh dan sarat dengan student lah. asia, amerika, mexico dll.
cuaca semalam ok, tak panas, tak sejuk sangat. windy ala-ala iklan sunsilk gitu. rambut terbang lite-lite segala.
dari oldenburg, saya follow my foster family, mario ngan christa. tepat jam sepuluh pagi mereka dah muncul kat depan my apartment di kreyenbrük. si christa sibuk dok cakap rindu and sepanjang perjalanan asyik pujuk saya balik ke wilhemshaven. fikir-fikir gak, nanti-nanti la. heh.
dari oldenburg, perjalanan kami lancar. di kiri kanan jalan banyak view menarik dapat saya lihat. buat saya makin jatuh cinta dengan germany. rumah-rumahnya, ladang-ladang, kincir angin (ada yang bentuk rumah cam posting saya lepas dan juga untuk jana elektrik).
jam dua belas tengahari, kami sampai di groningen. mario park keta di kawasan parking berhampiran mcD. ada promosi oriental chicken kali ni tapi saya cam teragak2 nak try.
"we go eat in stadt. more food." kata christa.
*stadt=city
saya angguk sahaja.
kami jalan ke stadt. jaraknya cam KLCC ke bukit bintang gitu. jauh tak jauh la. tapi sebab windy dan sejuk, jadi panas matahari pun tak terasa sangat. siap berjaket lagi boleh. cadang awalnya nak ajak si mike, my flat-mate ikut tapi dia ada hal plak. dating ngan gf la apa la. so maybe lain kali bleh ajak dia lagi (teringat yang malam semalam layan dvd khabi kushi khabi gham beli kat saturn mall ngan si mike, siap nangis pas tu nari2 lagi boleh? hahaha!)
groningen ni lebih besar dari oldenburg. nak kata cam KL tak jugak sebab bandar2 kat eropah ni rata-ratanya berkonsep 'city center' gitu. maksudnya, semuanya terletak dalam satu area (berpusat). senang untuk kita membeli-belah segala. takat zara, esprit, dockers tu macam kedai-kedai tomyam kat tepi jalan di KL je kat sini. hahaha mati la bandingkan zara dengan kedai tom yam katanya.
port pertama kami ialah mall kat tengah2 town. pelik sangat nama dia tak reti nak sebut. singgah makan kat satu restoran siam. si christa la punya la nak jaga sangat saya takut rindu sangat lama tak makan masakan asia, beriya-iya ngajak makan thai food. saya order nasi dengan kuah lemak pastu campur sayur campur goreng. yang best tu sayur2nya kita boleh pilih sendiri. macam-macam ada, sama cam kat malaysia. excited jap. kuah lemak tu pun sebijik rasa dia cam masak lemak telur or ketam (eh, teringat kak crabby plak! kekeke).
habis makan, kami jalan-jalan lagi pusing stadt. saya takat tengok2 aje la. nak beli fikir dua tiga kali. tapi sempat jugak beli jaket ngant-shirt selai dua.
tak cukup katanya.
christa bawak kami ke gerai kraftangan. ada jugak dijual rempah-rempah dan bahan masak dari asia di situ. nak tahu apa saya beli? kicap manis, asam keping, gula melaka (manisan), rempah nasi goreng (mostly dari thai ngan indonesia). very the mak-mak gitu kan. paling best terjumpa serai ngan bunga cengkih (thx to aidit sebab remind saya). terus beli. dalam kepala dah terbayang dah besok petang nak buat pisang sira. eh ada lagi, hah, tauchu... hahahah pelik betul kan saya, orang lain ke groningen beli dan shopping baju, benda2 grand. saya shopping bahan masak!
christa cam faham je. dia yang sungguh-sungguh bantu saya siap tarik dari satu gerai ke satu gerai. mario cuma senyum je. nasib juga kedua-duanya sporting.
habis shopping my barang-barang, christa nak ke coffee shop pula, kat german nih, mostly orang-orangnya minum kopi pakai satu alat khas jenama senseo. so kena la beli kopi khas yang telah siap dipek dari kedai senseo tu sendiri. masuk je terus bau ala-ala starbucks. kak wan saya kalau dia masuk mesti excited. dalam kedai tu bukan aje kopi yang dijual, perkakas dan pinggan-mangkuk dan set untuk minum kopi pun dijual. semuanya ala berkonsepkan inggeris gitu. memang mahal.
jalan-jalan lagi.
yang popular kat sini ialah martini tower. menara tertinggi di groningen ini disambung dengan sebuah gereja tertua di holland. boleh naik dan lihat view hampir keseluruhan groningen dan kawasan sekitarnya. memang tinggi. ingat nak naik tapi bila tengok barisannya lebih panjang dari beratur nak beli tiket Harry Potter kat KLCC so saya cakap kat christa dan mario cancel je la. hari lain boleh datang lagi. maybe next trip boleh ajak mike pula.
tengok muzium, tapi alamak tutup la plak. kata christa, normally kat sini kalau saturday-sunday memang hari untuk shopping je. pelik kan? nak tak nak kami jalan je la sambil teruskan sesi menyopping. banyak temporary market dibuka kalau hujung minggu. ala-ala street market kat the curve, damansara gitu. macam-macam yang dijual.
dari stadt, kami jalan ke parking. penuh satu bonet keta barang yang diborong.
"okay, next... IKEAA!", jerit christa. saya lopong. larat lagi ke.
"have to go. for you... we go and find your new BOBO!". opss! mati la kalau kak wan baca ni. sure dia marah punya. sorry yek, not my idea. mario yang cakap saya rindukan bobo kat christa.
kalau nak kira, ikea di holland ni setengah kali ganda lebih besar dari yang di malaysia. barang-barang pun lebih banyak. paling best saya dapat beli balik the same breakfast table cam yang AM pernah beli kat aidit dulu. pernah cari kat malaysia tapi dah takde. pas ni boleh la guna untuk letak laptop and online dari atas katil (bestnye.. bestnye...). takde la sakit belakang lagik.
apa lagi saya beli ya di ikea? oh, pyjama dua pasang, satu kaler grey n satu biru. takde kat malaysia nih.
hampir sejam pusing-pusing (bahagian atas sahaja), kami lepak minum petang kat cafe di tingkat dua. ternampak pula menu sate (baru!) ngan fries. teringin nak cuba - even dah makan (and tak habis) tadi di thai restaurant.
rasanya?
hmmm... boleh la tahan. macam juga gulai masak lemak tadi, kuahnya kacangnya pun best. ada la rasa kacang and santan segala.
tu la.. kalau kat malaysia tak pernah nak appreciate benda-benda camni. dah kat luar negara baru la ala-ala kempunan gitu. tambah lagi saya ni orang kelantan kan. lagi la (tak termasuk AM okay. ops!)- jiwa dan sifat dari timur tu masih kuat even stay kat germany now.
what to do. :)
habis shopping kat ikea jam dah hampir ke pukul tujuh petang. masih lagi cerah. kat sini malam agak lewat. dah bagitau dulu malam start around 10pm gitu. jam 7pm ala-ala baru 5-6 petang kat malaysia.
honestly, sehari kat gronigen memang tak terasa. shopping tak penting sangat, janji pengalaman lihat tempat orang tu. rasa dan alami sendiri sikap dan budaya luar. itu yang mahal.
dari hari ke hari, banyak yang saya belajar di sini. bukan setakat di dalam kelas sahaja, pembelajaran dan pergaulan dengan masyarakat di sini lebih bernilai. now saya lebih menghargai mereka yang lebih dulu makan garam- AM, kak wan, kak bai, xis.
kalau dulu saya cemburu juga- entah bila la peluang saya agaknya? ada ke? tertanya-tanya juga. namun bila dah merasa sendiri suasana dan pengalamannya, buat kita lebih menghargai kehidupan.
ok, gtg. destinasi hari ini?
B.R.E.M.E.N.
salam dari saya.
jumpa lagi!
budak kopi,
germany.
3 comments:
Wan...its interesting kan dpt jalan2 kat tempat org..disana laa kita dpt memerhati and belajar untuk kita kongsi bersama sekembali ke tanahair...teruskan usaha wan tu ekk...gudluck and take care..
-nazrie-
Nampaknya ada percobaan mau mencari BOBO baru dan melupakan "the one and the only BOBO & there's no other BOBO"!!! nampaknya! nampaknya! BOBO.....jom kita migrate ke Christchurch ke.........Bali ke.....jom Bobo.....jommmmmmmmmmmm.....
-there's only one & no other Freezy-
Freezy, lurrrveeeee u much- "no word can describe"....mwahh mwahhh mwahhhh
Wah gambar atas skali tu mcm taste sesangat sangat la.. Suka tengok. Cantik2 kan laa blog aku tau..
Post a Comment