Wednesday, September 5, 2007

Oldenburg Lagi

sebuah pagi yang begitu damai. sejuk namun mengusik hati saya untuk bangun.

selasa rabu yang cerah.

saya bingkas seawal jam tujuh, gosok gigi dan cuci muka. dalam hati, lega. kerana saya diberi peluang yang indah ini untuk kembali menjenguk dunia.

*kemaskini...

erk, sebenarnya ayat di atas tu untuk semalam, pagi ni saya 'dikacau' oleh panggilan kak wan. awal2 lagi menelefon...

"i'm stresssssss!!".

tahu muka siapa yang terlintas di kepala sebaik kak wan menyebut perkataan "stress"?

AM & Iskandar!

opss!

hari saya- seperti biasa. selain ke kuliah, saya ke pusat fitness berhampiran. hanya berjalan kaki (kalau larat), saya biasa ke mana-mana sahaja di bandar Oldenburg ini.

kak wan saya bertanya, "mana gambaq pekan? mahu lihat!".

saya terkekeh. bukan tidak mahu ambil, tapi hari-hari melilau di sini. lain kalau ke Hamburg atau Bremen. macam pelancong pula. sementelah dah ramai orang-orang di sini yang kenal saya. insyaalah, kata saya.

anda pernah ke sini? atau mungkin pernah mendengar (mungkin?).

baik, baik- jom saya cerita.

Oldenburg.

klik imej untuk view yang lebih besar

sebuah bandar yang unik dan tersendiri- terletak di bahagian barat
German, antara Bremen dan Gronigen di Netherlands (klik di sini), dan merupakan bandar keempat terbesar (di Lower Saxony) selepas Hanover, Braunschweig dan Osnabrück. dihubungkan sebatang sungai yang begitu popular dan dikenali sebagai "Hunte" (nadi utama bandar ini).

hampir dua bulan saya di sini, jelajah ke Bremen,
Hamburg mahupun ke Wilhemshaven, sebuah lagi pekan berhampiran, buat saya terpaksa mengakui, Oldenburg adalah antara yang terbaik. di sini segala-gala yang anda inginkan, gaya hidup, keramahan penduduk, pelajaran dan pelbagai pilihan sektor pekerjaan, menjadikan Oldenburg sebuah bandar atau kawasan yang ideal untuk didiami.

jarak saya ke universiti, dari rumah (jika malas berjalan bisa mengayuh basikal) hanya kira-kira lima belas minit sahaja. berbanding sewaktu tinggal di Wilhemshaven dahulu, saya terpaksa menaikit tren berulang-alik setiap hari (30 minit sekali perjalanan). tidak jauh dan anda bisa menikmati pemandangan menarik sepanjang perjalanan- kagum!

paling saya suka perkhidmatan trennya yang begitu efisien dan boleh dipercayai. maksud saya, penjadualannya tepat dan anda bisa merancang perjalanan ke mana-mana sahaja di ceruk German tanpa risau akan terlewat tiba atau sebagainya. itulah yang paling saya gemar tentang mesyarakat di sini. mereka berpegang teguh pada ketepatan waktu.

"no janji Melayu ya kat sini!!".

Oldenburg juga syurga jika anda mahu membeli-belah. pelbagai butik atau barangan pereka-pereke terkenal terdapat di sini.
Calvin Klein, Zara, Esprit (sorry, itu aje yang saya ingat! - bukan kaki shopping ya!). paling menarik anda bisa mendapatkannya dengan harga begitu murah dari di Malaysia!

pelbagai jenama yang bagus dan paling sesuai dengan trend anak muda juga banyak terdapat di sini. selain cafe-cafe kaki limanya yang bertaburan sekeliling bandar, Oldenburg juga menawarkan anda pelbagai rekabentuk dan struktur bangunan dari sekitar tahun 1502 (dijaga dan diberi pemulihan).

jarak ke Bremen (bandar terbesar di Utara German) pula hanyalah kia-kira 10 minit sahaja (tren) dan setengah jam (jika memandu). dari Bremen, anda bisa mengambil penerbangan ke Malaysia atau mana-mana destinasi dunia. saya sendiri telah memilih penerbangan
KLM (Netherlands Air) untuk pulang ke Malaysia Oktober nanti. sempat juga singgah di Amsterdam (insyallah!).

apa lagi ya?

Oldenburg. makanan- tak murah, tak mahal. biasa-biasa sahaja. kena la pandai pilih. kat sini ada Asian Market jadi senang juga untuk saya membeli barang-barang (terutama untuk memasak). kebanyakkan yang dijual adalah dari
Indonesia dan Thailand. dua komuniti negara paling popular di sini selepas Turki.

jarang saya dengar atau ternampak orang Malaysia di sini. barangkali Germany tidak begitu popular di kalangan orang Malaysia sendiri.

komunikasi- satu dari masalah di sini. sebagaimana Thailand, orang-orang German bangga dengan bahasa ibunda sendiri. bahasa inggeris jatuh nombor dua.

patriotik bukan?

Oldenburg buat saya tertawan. jalan-jalan di sini buat saya terlupa pada kesesakan di Kuala Lumpur. satu rutin biasa yang anda lihat, masyarakat di sini rata-rata berbasikal. baik tua, muda. basikal merupakan pengangkutan utama dan popular. anda tidak memerlukan kereta berjenama hebat untuk dilihat sebagai seorang yang bergaya dan mewah, Oldenburg tidak memerlukan semua itu (
peugeot, merc bersepah - dah macam proton). saya tidak arif tentang orang-orang di France (bisa tanya Ash, teman saya di sana nanti) namun saya yakin, ini merupakan faktor utama orang-orang Eropah hidup lebih lama. berjalan dan berbasikal. itu fakta.

kita di Malaysia?

jalan kaki KLCC ke Bukit Bintang?

"duh, makk! jauhlahh...". (lebih rela naik cab gitu...) *panas!*

itu saya. tidak kata orang lain. hakikat.

alah bisa, tegal biasa kata orang.

okay guys, jumpa lagi di lain catatan!

salam dari Germany...

stabuxguy

saya -
biasa-biasakan diri berjalan 4km sehari!

2 comments:

Arif Hassan said...

betul ke murah2 CK, Zara etc.. nanti beli utk i k.. opsss matilah demand2...

xoxo
arep

Vernon Kedit said...

That is a very big tree.

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...