Monday, June 30, 2008

Selamat Datang Pelajar Baru!

Gambar baru... *miss bersukaria sama salah seorang pelajar mass comm* snap waktu pagi kat depan school before mula taklimat di dewan.

USM.

Hari ini masing-masing sibuk tentunya. Tak kira staf sokongan, pensyarah (lebih-lebih lagi) masing-masing awal-awal dah diberi tugas. You sana, i sini... buat itu-ini.

Penerangan kursus, tunjuk bangunan school, taklimat dan macam-macam lagi.

Apa pun di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

"SELAMAT DATANG KEPADA PARA PELAJAR BARU KAMPUS SEJAHTERA!"

Stabuxguy - Pelajar baru, tugas baru... attitude pun kena baru!

Thursday, June 19, 2008

Di Bawah Langit Langkawi (Edisi Bersama *Perempuan Lindungan Kaabah) Bhg. 1

*Miss Bersukaria

Kerja! Kerja! Kerja!

Sesekali melarikan diri- duh, ke mana pula destinasi saya kali ni?

Kata Miss Bersukaria @ MB, "Jom, Bali!!".

"Mana sempat. Kerja juga harus diutamakan." Huhuhu...

Takpa, kalau hari tu kami lari ke Jerejak (pulau paling dekat dan boleh feeling-feeling naik bot), kali ni kami langsung ke Langkawi.

Saya senyum gembira. Dah sebulan kami menempah tiket sebenarnya. Cuti, cuti juga. Tapi kerja tetap dibawa bersama. Cari idea untuk research dan sebagainya. Seronok juga bisa berkerja secara online ni ya. Hahaha...

Hari Pertama.

Habis sahaja waktu kerja, saya dan MB gegas mengambil penerbangan terakhir ke Pulau Langkawi. Kami tiba dah agak lewat. Dari airport terus ambil teksi dan check in di The Lanai Beach & Resort yang terletak di hujung kawasan Pantai Chenang berhampiran Awana Proto Malai.

Sengaja kami pilih untuk menginap di sini kerana suasananya yang lebih
privacy dan tenang.

Aktiviti malam pertama - makan!

Kami jalan kaki ke Sheela's, sebuah restoran berkonsepkan dalam taman yang terletak tidak jauh dari The Lanai. Memang best kat sini. Dengan lanskap dan ambience ala Bali, diiringi lagu-laguan merdu (dipasang sayup-sayup dan instrumental), terasa seakan kami bukan berada di Langkawi. Saya pandang langit. Terdetik betapa bertuahnya saya untuk dapat menikmati suasana ini, di sini.

Hari Kedua.

Island Hopping.


Awal-awal lagi saya dah beritahu MB, lupakan shopping. T
ujuan kami ke sini (selain rehatkan minda dan lari dari bebanan tugas di tempat kerja) ialah untuk meneroka sesuatu yang baru di Langkawi. Hampir sebulan saya melayari internet dan membaca buku-buku berkaitan untuk mendapatkan informasi berkaitan aktiviti di sini.

Sebaik bersarapan pagi, kami di bawa oleh pemandu van ke jeti berhampiran Awana. Dari sana, kami akan menaiki bot laju secara berkumpulan (7-10 orang) untuk dibawa mengikuti aktiviti Island Hopping.

Pakej Island Hopping ni merangkumi tiga tempat berasingan iaitu Tasik Dayang Bunting, Eagle Feeding serta Pulau Beras Basah dan boleh dibeli dari pihak hotel di tempat anda menginap atau penempahan secara online.

Harganya?

Tak mahal. Cuma dengan hanya membayar
RM40 seorang, anda bakal melalui pelbagai pengalaman menarik yang disediakan. Memang seronok memandangkan saya dah lama tidak menaiki bot. Pengalaman berada di tengah-tengah laut dan menikmati keunikan pulau-pulau kecil yang terdapat di sini memang menakjubkan.

Singgahan Pertama - Tasik Dayang Bunting.

Pertama kali saya ke mari. Dah lama bercita-cita sebenarnya. Tak sangka, percutian ke Langkawi kali ini telah merealisasikan impian saya. Jarak dari jeti (sebaik mendarat) ke kawasan tasik adalah kira-kira 500 meter (berjalan kaki). Pesan saya, jangan membawa terlalu banyak barangan. Cukup dengan hanya berkemeja-t dan berseluar pendek, beach sandle dan towel.

Biarkan diri anda bersantai. Island Hoping adalah terapi aktiviti untuk anda lepaskan diri sebebas-bebasnya. Ya, saya ulang, lepaskan diri anda sebebas-bebasnya!

Suasana di sini?

Memang segar dan nyaman. Jika selama ini Dayang Bunting hanyalah saya lihat dan baca melalui tv, internet dan gambar-gambar sahaja, nah, sekarang tasik dan keseluruhan isinya terbentang di depan mata.


Lagenda.


Menurut lagenda tempatan, pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting*. Entah betul atau tidak, tapi kesahihannya bisa anda lihat sendiri sebaik tiba di sini.

*sumber = wikipedia

Singgahan Kedua - Eagle Feeding.

Dari Pulau Dayang Bunting, kumpulan kami dibawa pula untuk melihat dan merasai pengalaman" Eagle Feeding" di kawasan pulau berhampiran. Pertama kal
i saya menyaksikan sekumpulan helang jinak yang terbang di depan mata. Sesekali ada di antaranya yang menjunam menyambar beberapa ekor ikan sebagai santapan.

Jika anda amati betul-betul, anda berpeluang melihat beberapa ekor Helang Kawi (red brown eagle) yang juga menjadi simbol Pulau Langkawi, yang turut berlegar mendapatkan makanan di kawasan ini.

Singgahan Terakhir - Pulau Beras Basah.

Seterusnya, bot kami bergerak pula menuju ke Pulau Beras Basah. Ini hentian yang paling mengujakan saya. Oh, ada satu spesis pokok liar yang menarik mata saya sebaik kami menjejakkan kaki. Saya terus snappy-snappy. Kata tour guide kami, itu adalah keladi hutan. Tak pasti pula.

Jika di Dayang Bunting tadi saya terlepas peluang untuk mandi-manda (dek kerana asyik merakam foto), peluang singgah di pulau ini tidak saya sia-siakan. Airnya yang jernih (sehingga tampak pelbagai spesis batu karang di dasarnya yang agak cetek) begitu membuatkan saya tidak sabar-sabar untuk turun dan merasai pengalaman bermain air di sini.

MB awal-awal dah turun (siap bertudung dan berlengan panjang lagi- very the akak yang sopan gitu.)

Asyik! Terlupa seketika yang kami berada di Langkawi.

4.30 petang

Setelah hampir beberapa jam berehat dan makan tengahari, kami ke
Pantai Cenang pula, sebuah kawasan ala Kuta di Bali yang mempunyai deretan kedai-kedai barangan cenderamata dan hiasan. Pelik juga kerana hampir semua barangan di sini bukanlah perusahaan asli. Jika Bali bisa menghasilkan produk atau barangan sendiri, mengapa tidak Langkawi? Mungkin seseorang perlu memikirkan sesuatu dari hanya duduk bermalam di Four Season yang berharga sepuluh ribu. Ops! Matila politik...

Jarak dari The Lanai ke Cenang hanyalah kira-kira 1 kilometer. Bagus juga kami menyewa sebuah
scooter, dapat juga jalan-jalan pusing sekitar pantai. Takde la penat sangat.

Destinasi pertama yang kami singgah ialah
Underwater World. Seingat saya, pernah ke sini dulu pada tahun 2004. Saya teruja untuk menyaksikan kumpulan penguin. Waktu itu, bangunannya masih dalam pembinaan.

Saya sukakan Underwater World di awal-awalnya, setiap seksyen dibahagikan dengan tepat. Para pengunjung bisa menghayati sendiri proses kehidupan dari serata dunia dengan lebih realisitik. Namun masuk ke bahagian kedua (bangunan lama), saya sedikit kecewa. Persembahannya masih di takuk lama. Tiada pembaharuan dijalankan sebagaimana kunjungan pertama saya dahulu.

Sedih. Tapi itulah hakikatnya. Teringat sewaktu kunjungan saya ke
Muzium Negara sebelum berangkat ke Germany dulu, juga perasaan sama yang saya rasai. Terasa malu untuk membawa pelancong ke sana. Kita apatah lagi. Pameran di muzium-muzium mereka lebih hebat. Lebih patriotik. Semua itu dipelihara sungguh-sungguh.

Terfikir juga, apa kita di Malaysia ni tidak begitu menghargai atau tidak pandai dalam mengolah pelbagai bentuk khazanah- baik sejarah, hidupan dan warisan alam.

Jangan melatah. Itu hakikat. Fikir-fikirlah.

bersambung...

*Edisi akan datang - Ekspedisi ke
Pulau Payar

Stabuxguy -
Bak kata Kak Sam saya, "It's just tak lebih dari pameran ikan. Marii.. mariii... mari tengok ikan!". Hah, sapa nak jawab tu...

Monday, June 16, 2008

Deutsch, Jemand?*

*German, anyone?

Saya ke
Borders di Queensbay Mall semalam. Sempat mendapatkan senaskhah Insight Guides edisi Germany berserta set audio German For Dummies (3 cds).

Serius! Ya, memang saya serius. Jika peluang sebelum ini tidak saya gunakan sebaiknya (untuk belajar dan sebagainya), diharapkan dengan bantuan beberapa medium ini, di samping sokongan padu rakan-rakan di Germany sendiri-
Martin, Frank, Omar yang tak sudah-sudah mahu saya kembali dan meneruskan pengajian di sana.

Saya akur, bukan senang jika anda bercita-cita atau kepingin menjejakkan kaki ke negara bekas Nazi yang berkapasiti 83 million ini.

Germany bukanlah negaranya jika sefasih mana pun ada bisa berbahasa Inggeris. Bahasa tempatan (German dan sedikit minoriti Frisian dan Sorbian) masih di tangga teratas. Di mana-mana pun anda pergi di sini, rakyatnya bangga dengan bahasa ibunda mereka. Percaya atau tidak, berdasarkan pengalaman saya, Bahasa Inggeris mungkin merupakan bahasa kelas ketiga.

Jika tiada aral, saya merancang untuk melawat Frank dan Martin, dua teman rapat saya di Bremen, Germany paling lewat pun pertengahan tahun hadapan. Mungkin akan tinggal bersama mereka untuk selama beberapa bulan sebelum kembali semula ke Malaysia. Saya tahu mereka adalah orang yang paling gembira menerima kedatangan saya setelah hampir setahun kami tidak bersua muka.

Kita tinggalkan dulu soal Germany dan rancangan saya, balik ke Malaysia- apa yang berlaku hujung minggu lalu?

Hah, nak tahu? Kash dah pindah rumah. Lokasinya- alamak, rahsiaa! Hehehe... takpe, nak tahu e-mail saya secara peribadi nanti ya. Hik! Apa pun saya masih di
Penang, dah masih berhampiran USM. Jeng... jengg....

Terima kasih pada yang telah membantu. Anda tahu, si polan... si polan. :)

Teringat saat-saat genting mengangkat almari- dari lif ke lif... lepas itu tak muat pula sewaktu mahu disumbat ke ruang bilik. Duh, bagaimana ya?

"Macam mana jika kita masukkan melalui balkoni?". Saya pandang teman saya dengan mata tak berkedip. Biar betul.

"Kita cuba...".

Berhempas-pulas juga kami menolaknya. Nasib baik lepas juga akhirnya. Tapi memang sukar untuk dipercaya. Tolak almari masuk ke bilik melalui balkoni? Jiran-jiran di blok depan siap berkumpul tengok show free katanya. Ala-ala rancangan fear factor gitu, buat-buat aksi gayat. Tak dapat saya bayangkan kalau almari kesayangan saya itu jatuh dari tingkat enam. Huhuhu...

Apa pun terima kasih ya pada yang membantu!


Yeay, Kash dah pindah rumah. Seronoookk... dari balkoni saya bisa pandang pool dan orang mandi-manda. Tepi rumah pun ada bukit- lebih sejuk dan nyaman gitu. Feeling ala-ala dok country height pula. Kalau sesapa nak join saya bermain tennis bebila, datang aja. Court pun kat sebelah blok je. Dekat dan bisa lihat orang bermain petang-petang.

Kash, nak tengok bilik kamu?


Opss! Nanti dulu... belum siap kemas lagi. Lain la Encik Lexus- bilik siap bercat segala. Saya ni biasa-biasa ja. Dah siap kemas-kemas dan susun barang nanti saya posting gambarnya di sini ya.

Oh, ya. Pada yang sering bertanya, "Kash, you ni buat grafik ke? Apa kerja you yang sebenar?".

Jawapannya, "Ya!". Buat masa ni saya sibuk dengan urusan peribadi dan kerja-kerja sampingan. Ada projek website dalam tangan, pun masih- ada yang minta, "Bisa buatkan logo company kami?", "Design kad kahwin abang saya?".

Nah, apa pun kemahuan dan kehendak anda (grafik sahaja ya!)- e-mail aja kepada kashatwork@gmail.com atau telefon saya sendiri (lebih mudah kan?) di talian 014 6000 441. Mana yang sempat, jika terluang, insya-Allah, akan saya penuhkan.

Okay guys. Mahu ke gym dan ofis dulu ya. Selamat menempuhi minggu baru!

Jumpa lagi.

"meskipun i dilarikan?".

"i sanggup mengejar...".

"biarpun i jadi hak orang?".

"i bisa rebut you kembali...".

"kalau i mati..?".

"i sanggup tikam dada dan mati bersama...". haha! dan kami sama-sama ketawa...

lucu. namun aku tahu betapa dia benar-benar sayang dan cintakan aku.

*Sedutan
BoyKL : The Story, Episod 1 : Malam Dan Kota Bharu

Stabuxguy - Masih gigih dok habiskan my citer BoyKL, The Story episod 4, 5 & 6. Sabar ya...

Wednesday, June 11, 2008

Cerita Hidup Ini - Catatan Ringkas Di Perlis

Hampir dua jam memandu di lebuhraya. Mata saya masih segar (biarpun agak penat) dihidang pandangan sawah dan bukit-bukau yang menenangkan. Dalam hati asyik teringatkan Tok Su. Apa khabar nenek angkat saya itu agaknya?

Terbayang kudrat Tok Su yang masih kuat menyusun kayu-kayu di belakang rumah, sesekali mencantas anak pokok dan bercucuk-tanam di kebun kecil yang dibuatnya sendiri.

"Lapar?". Saya pandang Kak Sam di sebelah sebelum mengangguk.

"Kita singgah di Kuala la. Bungkus laksa dan makan kat rumah. Ok?".

Kami ke Kuala Perlis. Sempat ke kawasan pesisir membeli udang dan ikan sebelum ke gerai laksa dan rojak berdekatan.

"Cukup?". Hahaha! Ok la tu. Dah banyak sangat makanannya. Kang tak habis pula. Kalau ke Perlis tak sah rasanya kalau tak merasa dan makan macam-macam.

Hari dah hampir gelap bila kami tiba di rumah Tok Su. Dari jauh kelihatan Tok Su tersenyum sebaik ternampak kelibat saya. Kami bersalam dan berpelukan seketika. Rindu pada Tok Su terubat, sekurang-kurangnya.

Malam itu kami menikmati hidangan laksa Perlis di samping rojak udang dan pasembor yang dibeli tadi. Kenyang! Puas dapat borak-borak dan mendengar Tok Su bercerita. Satu slot yang wajib saya fokus bila berkunjung ke sini.

Tok Su gemar dan spontan bercerita. Dari kisah hidupnya hinggalah tentang politik dan isu semasa. Membuatkan saya bertambah kagum dan hormat pada ilmunya. Tak hairanlah jika Kak Sam dan adik-beradiknya yang lain juga mewarisi sikap dan keperibadian yang sama. Alangkah bagusnya jika saya juga dilahirkan di kalangan mereka.

"Takpe Wan*, Wan pun Tok Su dah angggap sebahagian dari keluarga. Rumah Tok Su ni, rumah Wan juga...". Terharu saya mendengar bila Tok Su berkata demikian. Saya pandang Kak Sam.

*Wan = panggilan Tok Su kepada saya

"Hai, nampaknya susahlah i pas ni asyik jadi warganegara dunia ketiga je. Tok Su dah mula sayang kat you nampaknya!". Seloroh Kak Sam membuatkan kami tertawa.

Esoknya, awal-awal lagi kami dah rancang untuk menikmati pulut ayam di Padang Besar. Pada yang tak tau macam mana rupa dan rasanya, hah kalau sesenang bebila dan singgah ke mari, boleh lah mencuba ya. Cuma pulut biasa yang di padankan dengan ayam goreng berempah. Enak lebih-lebih lagi jika dimakan panas! Salah satu dari hidangan kegemaran saya jika berkunjung ke mari.

Jarak rumah Tok Su ke Padang Besar takde la jauh sangat. Kira-kira empat puluh minit perjalanan. Itu pun tak rasa sebab ralit memandu dan menikmati penorama yang maha-awesome sepanjang jalan. Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami singgah ialah Tasik Timah Tasoh (terletak berhampiran MRSM - sekolah lama saya!), Gua Kelam dan juga Wang Kelian.

Tasik Timah Tasoh

Tak banyak perubahan yang wujud di sini kecuali terdapat bangunan peniaga dan gerai yang dibiarkan kosong. Sayang. Jika dulu guru-guru sering mengadakan perjumpaan dan aktiviti homeroom di sini. Paling saya suka pemandangan tasik yang kehijauan dilatari deretan bukit-bukau di belakangnya. Kata guru saya dulu, bukit-bukau itu adalah merupakan sempadan Malaysia-Thai.

Gua Kelam

Dari Tasik Timah Tasoh, saya meneruskan perjalanan untuk ke Gua Kelam pula. Dah lama saya teringin untuk singgah ke mari sebenarnya. Tak sangka Kak Sam sanggup temankan saya.

Sebaik meletakkan kereta, kami berjalan kaki untuk ke pintu gua. Ramai juga pengunjung tempat ini rupanya. Merupakan kawasan jeram dan perkelahan popular, antara sinonim lain di Gua Kelam selain tarikan gua batu kapurnya yang unik.

Dengan bayaran serendah RM2 sahaja, anda bisa kembali merentas ke awal zaman 1900-an di mana gua ini digunakan sebagai tujuan perlombongan bijih timah. Disebabkan saya mempunyai masalah Batophobia*, hanya suku daripada isi gua yang bisa saya teroka. Biarpun ralat, namun saya terpaksa akur dengan perasaan sendiri. Memang saya gayat!

*Batophobia - Perasaan takut bila berhadapan dengan bangunan/struktur tinggi/besar.

Wang Kelian

Pelik juga sebenarnya kerana kebanyakkan tempat-tempat di negeri ini bermula dengan perkataan 'wang'. Puas saya bertanya situ-sini maksud di sebalik perkataan ini. Ada yang berkata ianya bermaksud 'gua' atau pintu di dalam bahasa Thai. Tapi menurut laman internet yang saya baca, wang mempunyai kaitan dengan tin atau timah yang dikeluarkan oleh pelombong-pelombong dahulu.

Mungkin ada antara anda yang tahu. Berminat mahu berkongsi ilmu dengan saya? E-mail ya!

Berbeza dengan Padang Besar, Wang Kelian lebih kecil, biarpun barangan yang dijual di sini hampir sama, namun apa yang menarik untuk ke sini, anda terpaksa meredah turun-naik bukit (yang agak curam). Oh, jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan ladang tebu yang saujana mata memandang. Memang memukau!

Takjub saya seketika.

Padang Besar

Terlupa saya- Dari Wang Kelian, kami langsung ke destinasi dan agenda utama - beli pulut ayam di Padang Besar!

Hanya satu gerai yang saya tahu ada jual pulut ayam paling sedap di sini. Rasanya memang sedap dan merupakan antara hidangan popular penduduk di Perlis.

Tak sah kalau tak jalan-jalan dan membeli di Padang Besar. Teringat ibu dan nenek saya dulu-dulu, jika ke Rantau Panjang atau Wakaf Baru, mesti macam-macam yang dibeli mereka. Dari tudung saji, pinggan-mangkuk dan periuk (yang sebenarnya dah ada berkepuk-kepuk kat rumah) hinggalah ke toto (comforter) yang biasanya dijadikan tempat tidur.

Saya pun tak alah. Berpusing-pusing dari satu kedai ke satu kedai.

"Ada pjama untuk lelaki tak?". Soal saya selamba seraya menunjukkan ke arah Kak Sam. Dia pandang saya terkebil-kebil. Garu kepala penjual tu dibuatnya.

Kami balik hampir jam tiga. Kasihan tinggalkan Tok Su lama-lama di rumah. Dah ajak, tapi berkali-kali Tok Su tolak. Tak larat nak jalan-jalan katanya.

Petang saya tertidur. Dek penat barangkali. Lena sangat dapat lelap di kampung. Saya sedar sebaik jam hampir ke marghrib. Teringat yang Tok Su ada meminta tolong mengalihkan kayu pintu lama yang terletak di atas alang di sebelah rumah. Kata Tok Su, dah tiga puluh tahun kayu-kayu itu di situ (diletakkan oleh arwah suaminya) tanpa sesiapa pun datang mengusik.

"Takpe Wan. Kasihan kat kamu. Kayu-kayu tu berat. Mana larat kamu nak angkat sorang-sorang. Tok Su dah upah orang kampung datang buat nanti. Kamu rehat ya." Saya pandang Kak Sam. Ralat pula sebab tertidur.

"Takde apalah. Tok Su kasihankan kamu tu. Dah pegi mandi. Nanti kita minum petang!".

Malam itu kami makan beramai-ramai. Ada Mak Ngah dan Rina yang baru datang dari Alor Star. Mak Ngah ialah anak Tok Su, juga ibu saudara kepada Kak Sam. Rina, anak tunggal Mak Ngah seorang yang agak pendiam. Sesekali saya cuba mengusik dan bercerita macam-macam.

"Terima kasih...".

"Untuk apa?". Soal Rina.

"Pajeri nih. Sedap you masak!". Puji saya. Kak Sam buat-buat tidak peduli. Dia sibuk dok bersembang dengan Mak Ngah.

"Bukan i lah, Tok Su dan ibu yang buat. Rina tolong kacau je tadi." Ujarnya malu-malu.

Esoknya, hari terakhir di Perlis. Mak Ngah dan Rina telah pulang semalam. Saya dan Kak Sam akan hantar Tok Su ke Alor Star hari ni sebelum kami bersambung balik ke Pulau Pinang.

Saya puas biarpun sekejap di sini. Terkenang malam sebaik habis sesi makan-makan, saya, Kak Sam dan Tok Su, kami bertiga duduk di sofa di luar rumah, berbual-bual dan paling menarik, Tok Su banyak berkongsi kisah muda-mudanya. Ada yang buat saya senyum sendiri, tak kurang yang buat saya bersyukur yang saya hidup di zaman teknologi.

Saya tak pasti sampai bila saya akan terus bisa mendengar Tok Su bercerita. Baik Tok Su mahupun Kak Sam sendiri, mereka sudah bagaikan keluarga saya. Biarpun ada kisah-kisah kami yang tak dapat dicerita, ah, terlalu kompleks saya kira- namun, antara sedar dengan tidak, itulah sebenarnya nadi yang semakin menguatkan hubungan kami. Tarik nafas dan lepas perlahan-lahan. Sekali lagi, buat saya tersenyum sendiri.

Stabuxguy - Never ending story...

Tuesday, June 10, 2008

Tag, Oh Tag!

Kena Tag- bukan tak pernah, masuk kali rasanya entah yang ke berapa kali cafe saya ini di tag. Macam-macam bentuk dan cara. Seronok (dan adakalanya kelakar juga soalannya) tapi maaf ya, [Y]- teman saya (kami kenal sewaktu belajar di kolej yang sama dahulu). Kerana mengambil terlalu lama masa untuk menjawab. Nasib baik tag you kali ni simple-simple je soalannya.

Mahu kenal lagi saya dengan lebih dekat?

Selamat membaca!

1 Jam Yang Lalu Apa Anda Buat

- google, baca paper, kerja dan teringatkan seseorang!

1 Hari Yang Lalu Apa Anda Buat

- bersukaria di Pariss... opss! Perlis... seronok! Saya dan Kak Sam asyik makan aja. Ke Padang Besar...

1 Jam Lagi Apa Anda Akan Buat

Lunch? Duh! Perut saya dah berkeroncong...

1 Hari Lagi Apa Anda Akan Buat

- menanti seseorang & pindah rumah... yeay!

1 Orang Terakhir Yang Sms Kamu

- encik Lexus!

1 Orang Terakhir Menelefon Kamu

- encik Lexus!

1 Makanan Yang Baru Dibeli

- belum keluar ke mana-mana. Dari pagi saya di bilik aja. Hanya makan sekeping roti. Huhuhu...

1 Barang Yang Baru Hilang

- Eh, macam tau-tau pula. Kasut. Ya, saya baru aja kehilangan kasut gym saya berjenama Nike jumaat lalu. Salah saya. Siapa suruh letak di pintu luar. Ralat pula...

1 Cerita Yang Baru Ditonton

- Maksud kamu, wayang? Superheroes Movie. Bagus di permulaan cerita tapi kian bosan dengan pelbagai slapstik yang tipikal. Sekadar berhibur, boleh la...

1 Hal Yang Terakhir Digossipkan

- Hahaha... tiada rasanya. Tidak punya teman-teman di sini untuk bergossip seperti di Kuala Lumpur... sekadar bercit-cat di YM aja...

1 Kata Yang Ingin Diluahkan

- "Bisa awak menjaga saya, selama-lamanya?".

1 Buku Yang Sudah Dibaca

- Paulo Coelho - Like The Flowing River (Bagus!!)

1 Penyakit Yang Sering Datang

- Angau! Hahaha... takder la. Saya sering diserang gastrik. Tapi cuma bila degil menolak breakfast. *wink wink*

Ok, [Y] saya dah jawab tag anda. Harap soalan-soalannya bisa memuaskan hati anda ya. K lah. Mahu sambung kerja.

Jumpa lagi!

Stabuxguy - Menghitung hari...

Monday, June 9, 2008

Kehidupan Bermula....

Hampir sempurna...

Ya, sebuah kehidupan baru bakal bermula. Dan ini, dua pokok ini jadi saksinya. Hehehe...

Kash, apa ni... buat suspen aja. Takpe, tunggu dan lihat aje kay.

Oh, saya pun dah tak sabar ni!!

Stabuxguy - Penat memandu dari Perlis malam tadi. Tunggu cerita di next posting ya!

Thursday, June 5, 2008

Stabuxguy@GTN : Sarawak's Apple District

Keluaran Jun 2008 - Di Pasaran Sekarang!

Masih ingat posting saya tentang tentang kerangupan epal dan pengalaman di Ba' Kelalan di blog ini beberapa bulan lalu? [ Klik ] Ya! Beberapa hari lalu ada beberapa teman dari Kuala Lumpur menelefon.


"Kash! Kash! Your article dah keluar. Penuh satu majalah!". Kawan A.

"Hey, pic you. Banyaknya pic you!". Kawan B.

Saya senyum dengar gelagat kawan-kawan yang teruja. Terus-terang saya sendiri belum melihat mahupun membaca keluaran terbaru Gaya Travel Nusantara (GTN). Nasib baik Encik Lexus ada mengirim (e-mail) keratan majalah yang di scan untuk tatapan saya. Terima kasih ya, Encik Lexus!

Nah, khas buat anda, saya lampirkan di sini artikel berkenaan (beberapa muka darinya) untuk kita kongsi bersama. Buat GTN khususnya Encik Nuar selaku editor majalah, terima kasih kerana memberi peluang dan mempercayai saya. Next project kita berkerjasama lagi ya!

Enjoy!

Opss! Nak baca lagi artikel? Haks... dapatkan GTN di pasaran ya!

Stabuxguy - Ba' Kelalan. Tak kenal, maka tak cinta...

Wednesday, June 4, 2008

Malam Yang Gila

PUTRAJAYA 4 Jun - Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Balik rumah, saya layar balik Utusan edisi online hari ini- Berkali-kali saya angguk. Ooo... patutlah. Memang saya ada buka dan baca pagi tadi. Tapi mungkin terlepas pandang isunya.

Belum pun habis waktu pejabat, saya redah balik ke rumah. Tak jauh, hanya sepuluh minit dari kawasan universiti. Bertemankan RD, entah kenapa semangat saya berkobar-kobar mahu ke gym hari ini.

Dalam perjalanan, sempat saya berhenti di suatu sudut dan mengarang sms.

Mengenali awak yang terindah,
Mencintai awak adalah terindah,
Awak adalah yang terindah dalam hidup saya!

Dua kali saya berhenti. Sekali untuk mengarang, dan sekali untuk menjadikannya sebuah lagu.

Tiba di Priority Fitness (terletak di tingkat atas bangunan Ivory plaza - berhadapan USM), Darren, tuan punya gym menegur saya. Lagi 3 hari saya perlu renew keahlian rupanya. Nasib baik juga. Hampir terlupa pula.

Gym di sini tak mahal. Pun berdekatan rumah. Antara alasan terbaik mengapa saya tak perlu berfikir panjang. Hanya dengan bayaran serendah RM210, saya bisa kekal menjadi ahli untuk selama tiga bulan. Cukup berbaloi saya kira. Berbanding dengan sewaktu menjadi ahli di Fitness First (FF) KLCC dulu, saya perlu memperuntukkan sebanyak RM156 untuk setiap bulan. Diulang, setiap bulan!

Belum lagi dikira bayaran untuk pendaftarannya. Ya, anda betul. FF fasilitinya lebih canggih dan moden tapi impaknya sama sahaja jika tahu dan pandai menggunakannya. Saya beruntung kerana di gym ini, saya mempunyai Rahman, gym instructor yang bila-bila masa sahaja bisa membantu saya dengan senang hati.

RM210, saya menambah lagi RM169 untuk harga minuman protein- perlu. Itupun setelah puas bertanya situ sini. Teringat juga yang Encik Lexus pernah nasihatkan saya. Pulihkan tisu dan otot yang koyak katanya (kesan dari terlebih workout).

Dari gym saya ke Kopitiam Roti Bakar di tingkat bawah menunggu Erin, sepupu saya. Order fresh milk dan telur separuh masak, berminggu-minggu Erin merungut susah mahu bertemu saya. Nama je sedara, duduk sepulau pun jarang-jarang baru dapat jumpa. Silap saya. Sibuk fokus pada kerja.

"Kau makin bulat!". Itu ayat pertama yang keluar dari mulutnya sebaik muncul dihadapan saya. Apa nak buat, sengih sahaja. Dalam hati, "takpa, lagi tiga bulan kau tengok lah... hahaha".

Saya pandang ke muka jalan. Jalan jam teruk petang ni. Pelik. Selalu tak gini.

"Ada kemalangan agaknya kat depan sana tuh...". Getus saya dalam hati terus menghirup fresh milk yang hampir larut.

Teringat janji untuk melihat rumah... err, bilik sebenarnya. Jam lapan, Gambier Height. Apartment yang sama, cuma berlainan blok sahaja. Dah lama saya mencari ruang master. Lebih selesa dan punya toilet sendiri.

Jika di Kuala Lumpur, anda bisa pilih dan tinggal di mana-mana sahaja, di sini agak susah. Berbulan-bulan saya menunggu. Mahu ruang kamar yang selesa dan bersih- bukan senang kecuali jika anda sanggup berbelanja lebih. Banyak faktor yang perlu diambil kira, tambah lagi saya masih tidak punya siapa-siapa di sini selain beberapa orang kenalan yang bisa dihitung dengan jari (err, Kak Sam a.k.a. Miss Bersukaria- tak kira you ye!).

Ok, dah tengok rumah. Puas hati. Punya ruang balkoni yang agak besar. Jumaat baru dapat jawapan kerana dah ada somebody yang dah tengok dulu. So kena ikut priority lah. Rasa-rasanya, lapan puluh persen kamar itu bakal menjadi milik saya. Tingkat lima, facing pool view- nah apa lagi yang saya mahu. Dah terbayang-bayang saya melayari internet di balkoni sambil menghirup milo panas di hari minggu. Duh!

Hidup saya di sini hampir sempurna sebenarnya. Ada RD yang saban hari menemani saya ke sana-ke mari, Encik Laptop di samping Maxis Broadband (USB) untuk saya melayari internet, di samping kemudahan-kemudahan di pejabat (universiti) yang sepatutnya membuatkan saya bersyukur dan senang hati.

Malam.

Bosan tiba-tiba. Saya renung siling kamar tanpa henti. Laptop saya biarkan memasang lagu 11 Januari yang baru dimuat turun. Asyik. My housemate, Asrul pun tak balik-balik lagi. Kak Sam ada bengkel di Frenggi sampai Jumaat. Saya capai beberapa helai baju. Ambil kasut, handphone, wallet dan kunci RD. Tidur di Bayan Baru.

Jalan masih jam. Saya garu-garu. Oh, teringat sms yang harga petrol bakal dinaikkan selepas tengah malam. No wonder. Tak pernah saya lihat jam seteruk ini dan orang ramai berpusu-pusu mengasak stesen petrol. Rakyat Malaysia sudah gila agaknya. Saya batalkan niat untuk memenuhkan RD, malam-malam atau esok masih boleh. RM10 tak banyak beri saya kesan. Lainlah jika anda membawa tangki berkapasiti besar. Saya cuba serelevan boleh.

Oh, hampir kemalangan sebenarnya. Sebaik mahu membelok di hadapan Pasaraya Sunshine, ada simpang empat traffic light di situ. Tuhan masih sayang saya dan RD.

Balik rumah, saya layar balik Utusan edisi online hari ini...

Oh, esok hari yang indah. Saya tidak sabar!

Stabuxguy - Teringat waktu malam-malam kayuh basikal di Germany...

Monday, June 2, 2008

Catatan Di Kuala Lumpur

Macam-macam reaksi yang saya terima kesan dari catatan minggu lalu. Banyak yang memberi nasihat, tak kurang yang tertanya-tanya- Kash, apa yang terjadi?

Yang sudah-sudahlah. Saya okay kini. Pada yang menghantar komen/e-mail, terima kasih diucapkan. ZulQarnain, Hata Bright ( siapa pun ada, terima kasih!).

Tak lupa buat si dia a.k.a. Encik Lexus, terima kasih kerana menjadi kekuatan saya.

Saya sayang anda semua!

Ramai yang bertanya, Kash buat apa sepanjang minggu lalu? Banyak! Terlalu banyak aktiviti hingga buat saya tak cukup rehat. Sesekali punya masa dan kelapangan untuk menjengah
ke ruang ibukota buat saya tak jejak kaki- berlari ke sana-sini.

Tiba saja di airport Subang, hati saya sudah berkobar-kobar. Segalanya terbayang- Encik Lexus, AM, kawan-kawan. Tak sabar!

Bukan saja-saja saya nak bercuti. Selain ada sedikit tugasan kerja, janji saya dengan papa untuk hadir dan turut sama memeriahkan perkahwinan Fadzli, salah seorang sepupu lelaki saya. Meriah. Sangat meriah. Majlis yang diadakan di salah sebuah dewan di Taman Melawati ini menyaksikkan pengantin disandingkan di atas pentas bertemakan warna kegemaran kedua pasangan, Cream & Gold.

maaf! hanya gambar malam nikahnya aja yang saya ada. akan dikemaskini untuk baju gold saya.

"Shah*, kamu jadi MC tau nanti. Prepare pantun sekali." Awal-awal lagi Cik Nah saya, iaitu ibu Fadzli memesan.

*Shah = panggilan famili

"Hah, abang Fadzli kamu dah selamat, si Zul pun dah ada calon tu, kamu bila lagi?". Tergelak saya bila diaju soalan lazim sebegitu oleh saudara-mara. Takpelah. Mereka ambil berat tu. Saya buat-buat pekakkan telinga. Saya lebih risaukan baju. Apa pun tak cari lagi. Mujur Encik Lexus baik hati temankan saya. Kami ke Jalan TAR minggu lalu.

Seterusnya sepanjang beberapa hari, masa saya hanya diperuntukkan bersama-sama MCC.* Habis wedding, bersambung ke Hari Keluarga pula. Alang-alang memandangkan semua keluarga dari Kelantan (papa saya dari sana) dah berkumpul di sini (KL).

MCC = Membunga Clan Club (persatuan famili)

Khamis saya ke Temerloh pula. Dah lama Encik Lexus menjemput saya. Bertandang ke rumah barunya yang terletak di tengah-tengah pekan, saya sempat menjamah hidangan istimewa laksa johor versi Temerloh dan ikan patin masak tempoyak yang dimasak ibunya. Memang sedap. Itulah kali pertama saya merasa masakan ikan patin.

Terima kasih daun keladi ya aunty!

Sempat juga breakfast di Esplanade Temerloh yang terletak di tepi Sungai Pahang bersama Encik Lexus. Memang awesome view kat sini. Ha, Naz... jangan sangka Miri je ada Esplanade, Temerloh pun ada tau! Haks... mati la tak mo kalah katanya... huhuhu...

Sayang saya cuma semalam di sana, kerana esoknya harus gegas untuk kembali ke KL bagi menonton Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Terima kasih Encik Lexus kerana berusaha mendapatkan saya tiket. Sebuah persembahan yang bagus dan menghiburkan. Tak kering gusi saya dan Encik Lexus dibuatnya lebih-lebih beberapa adegan P. Ramlee bersama Saloma. Tahiah buat produksi terlibat. Juga buat Musly Ramlee khususnya selaku pembawa peran utama. Anda benar-benar hebat!

Habis sahaja teater, lewat malam, saya bertemu pula Karl, sahabat saya yang kini sukses dengan fulltime muffins dan cupcakesnya. Jika minggu lalu saya telah menempah cupcakes untuk dijadikan hadiah perkahwinan, kali ini saya telah memesan pula dua kotak muffins untuk dibawa pulang ke Pulau Pinang. Di samping membantu, saya gembira sebenarnya melihat Karl berjaya. Dia seorang yang rajin.

"I malas nak kerja betul-betul. Malas nak pi interview segala. Buat muffin ni semua pun dah tak menang tangan i hari-hari kat rumah." Yakin Karl menjawab setiap kali saya mengajukan soal kerja kepadanya. Karl juga seperti saya, lulusan senireka grafik cuma kami berlainan institusi. Kerana minat barangkali, dia membuat keputusan untuk berjinak-jinak dalam bussiness. Tak kisahlah. You pun masih muda kan. Saya doakan anda berjaya ya!

Hari terakhir di KL. Biarpun ralat kerana rancangan untuk bersama teman-teman terpaksa saya korbankan, ditambah pula dengan sedikit insiden (yang tak enak dicerita di sini) minggu lalu, namun saya akur. Masa dan keadaan berubah, manusia tak terkecuali. Ada yang bisa men
erima pembaharuan, ada yang tidak. Jika saya ditakdirkan untuk kehilangan semua orang-orang yang saya sayang, tiada apa yang bisa saya lakukan selain dari pasrah dan berserah. Berat untuk memilih- tak pernah terniat untuk membeza-beza, apatah lagi melebih-lebihkan sesiapa.

Dunia, akhirat- kalian tetap di hati saya.

*Kredit
banner http://www.mohdismail.net/blog

Stabuxguy - Teringin menonton tayangan perdana filem SEPI, arahan Kabir Bhatia minggu hadapan. Ada sesiapa dah dapat jemputan? Ajami? Budiey?

"Kalau tak da yang memahami sekarang, tak apa lah buat sekarang..tapi kita boleh berpikiran positif..harap2 kita boleh menemui orang yang boleh betul2 menerima keadaan kita dan bersama2 menghadapi bersama. Maniskan?"

Hata Bright

"All the best dan semoga anda terus kuat dalam mengharungi kehidupan yang masih jauh. Saya pasti anda mampu kerana setiap insan ada kelemahan dan mampu di atasi dengan kekuatan yang sungguh luar biasa.. Cari kekuatan itu kerana ia ada dalam diri anda."

ZulQarnain

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...