Wednesday, May 21, 2008

Malam Ini Saya Bermimpi...

Jarang saya mengingati mimpi sendiri. Perjalanan tidur saya terganggu malam tadi dek kerana terjaga kira-kira jam empat pagi. Saya terkejut, lalu menangis. Pantas saya mencapai handphone. Dalam keadaan yang masih terkebil-kebil, saya mendail ke nombor seseorang.

"I takut...".

"Kenapa nie? You okay?".

"I takutt...".

"Please, cerita kat i. What happen?".

Dalam nada yang tersekat-sekat, saya ceritakan padanya dari awal hingga akhir.

"You mimpi jer tuh. Please, jangan macam ni. I'm here for you. Everything's gonna be okay. Tidur kay. Jangan takut. I teman you dari sini...".

Apa saya mimpi?

Realistik (dan buat jantung saya berdegup tanpa henti). Terasa seolah apa yang saya lalui dalam mimpi malam tadi benar-benar terjadi.

Hmm.. dari mana nak mula ya?

Kisah di mana saya hidup di zaman kejatuhan British di Malaya. Saya dan keluarga terpaksa melarikan diri dari ancaman yang samar-samar; berlari dan berlari. Dipulaukan penduduk setempat, serangan bertubi-tubi tentera Siam (kampung saya bersempadan dengan Thailand).

Pada satu bahagian, kami sudah terkepung dan masing-masing telah kepenatan. Ibu menyuruh saya melarikan diri dengan membawa adik bongsu saya (masih bayi dan belum mengerti apa-apa) untuk menyelamatkan diri. Saya dengan berat hati pada mulanya membantah dan degil untuk meninggalkan mereka semua. Saat itu saya menangis dan melihat ke wajah anggota keluarga lain yang sudah tidak berdaya, pastinya saya benar-benar menangis waktu itu.

Demi menyelamatkan adik yang masih kecil (yang tidak saya ketahui namanya kerana tidak wujud di alam nyata) saya berlari dan berlari hinggalah bertemu dengan sepasukan tentera British lalu mengarahkan saya untuk menaiki sebuah bas bersama beberapa orang pelarian yang lain.

Bas menempuh dari sebuah kampung ke sebuah kampung hinggalah akhirnya kami disekat dan disoal-siasat sekumpulan tentera Siam. Saya yang ketakutan hanya membatukan diri di dalam bas berkenaan. Nasib tidak menyebelahi apabila tiba-tiba adik saya menangis dan merengek mahukan ibu kami. Menyedari 'kewujudan' saya, mereka terus memaksa saya turun dari bas. Saya takut dan merasa serba-salah. Hendak turun bimbang di apa-apakan kami lebih-lebih adik saya masih kecil. Mahu serahkan adik kepada para penumpang (pelarian) lain bimbang itu adalah amanah ibu saya dan sukar untuk kami bertemu lagi selepas ini (saya begitu sayangkannya dan kami mungkin akan terpisah selama-lamanya). Saya berteriak sekuat hati dan terus 'melompat' keluar dari mimpi kerana tak tahu lagi apa yang harus dilakukan. Saya sedih dan menangis kerana terpaksa meninggalkan adik saya sendirian tanpa sebarang ending atau kesudahan mimpi saya tadi. Itu jalan terbaik saya kira.

Tidak tahu apa yang harus saya perbuat.

Pertama kali saya mengingati mimpi sendiri dan menceritakan secara terperinci apa yang berlaku. Degup jantung saya masih kuat seawal jam lapan pagi. Nasib baik Kak Sam mengejutkan saya.

"Bangun pergi ofis lekas. You dah lambat datang kerja!". Terpisat-pisat saya seketika. Sekali lagi saya ceritakan perihal mimpi saya malam tadi.

"It's just a matter of fact. Maybe you masih ada tugas yang belum selesai. Suatu tanggungjawab yang diamanahkan...".

Kata-katanya buat saya termenung pagi-pagi.

Tugas yang belum selesai?

Stabuxguy

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...