Tuesday, May 13, 2008

Penang : Edisi Pulun Bersukaria Bhg. 1

kawan-kawan. apa yang paling best bila berkumpul? gila-gila. hah, barangkali itulah perkataan paling tepat.

seperti dirancang, kunjungan irwan dan nazri, dua sahabat bloggers saya minggu lalu benar-benar menjadikan hujung minggu saya di sini kecoh dan meriah dengan gelagat mereka.

"hangpa bersukaria tak cukup tanah!", kata kak sam saya.

jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakam!

hari pertama tiba
makan malam di sri idaman seafood

pose control malu-malu dari tiga bloggers- miss bersukaria (kak sam), luaq dome espalande (nazri) & encik beta "the kingdom" (irwan)

irwan dengan skill makan ketamnya yang baru dipelajari dari miss bersukaria

hari kedua
breakfast & jalan-jalan di bukit bendera

antara shot-shot menarik yang disnap oleh nazri dan irwan. nice pics guys!

hari kedua- bangun awal pagi. kami gerak ke bukit bendera. rancangan awalnya mahu bersarapan di david brown's restaurant (breakfast cung sambil bleh feeling2 ala dok kat boston or christchurch gitu) tapi tutup plak restoran tu. ada private function katanya. terpaksa saya bawa irwan dan nazri ke bullevue penang hill hotel restaurant. not bad-lah jugak. bleh juga tengok-tengok view the whole georgetown dari atas.

mati la takde kena-mengena. kredit to nazri. saya suka pic nih. gambar post office kat atas bukit bendera. harus saya request sony alpha for my next birthday nanti... kuang... kuang... kuangg...

penat dok jejalan dan snappy-snappy kat atas tuh, kami turun sebaik habis breakfast. destinasi seterusnya- toy museum!

jujurnya, saya pun tak tahu wujudnya toy museum ni kat penang. sampai-sampai aje muka dah excited sebab nampak ada macam-macam karakter dan watak kartun kartun/superhero kat pintu masuk. kalau nak tau, toy museum ni terletak di kawasan tanjung bungah, macam on the way nak ke ferenggi juga. senang je nak cari tempat dia sebab terletak betul-betul di tepi jalan utama.

macam-macam watak kartun/superhero kat dalam ni. ada barbie (dari koleksi vintage hinggalah maryln monroe), spiderman, harry potter, starwars, batman, alien vs. predator, lara croft, ultraman dan pelbagai lagi. ralit juga saya sementelah memang peminat koleksi dan saya membesar bersama watak-watak ini. tak rugi jika anda ke sini, tambah lagi jika anda fans. sila tick dalam kalendar destinasi anda jika ke penang ya!

dari toy museum, kami ke queensbay mall yang terletak tak jauh dari kawasan perindustrian bayan lepas. si nazri yang beriya-iya mahu jalan-jalan bershopping pula katanya. habis satu butik ke satu butik kami masuk. sempat juga nazri dan irwan membeli beberapa koleksi tali leher.

"duh, lapar. jom makan!".

kami ke nando's yang terletak di ground floor. best juga dah lama tak lepak nando's. menarik kat sini, anda dah boleh refill air pulak dah (baru tau yer!). tapi terhad untuk coke dan ice lemon tea je la. kat sini kami sempat pose-pose ngan ayam nando's (siap bawak turun dari rak lagi- idea si irwan ok).

habis makan sambung shopping balik. kat sini macam-macam ada actually- topshop, padini store, esprit, gap, dome, starbucks dll.

nak tengok wayang pun senang- golden screen cinemas cuma di tingkat atas. kalau bosan boleh lepak baca buku di border's di tingkat 1 sambil minum vanilla frap atau secangkir latte. kena pula dengan sheperd pie - ummpp... yummy!

antara alasan mengapa saya suka penang.

habis shopping, kami balik ke hotel. tak jauh dari queensbay. kalau drive dalam sepuluh minit je. balik rehat-rehat. tak sedar semua ter-kroh (tertidur) sampai jam lapan malam.

lupa dah janji ngan miss bersukaria nak dinner malam ni kat jemputree di georgetown. masing-masing kelam-kabut bersiap dan mandi.

bersambung...

stabuxguy

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...