Monday, May 5, 2008

Selamat Datang Ke DIGI!

"selamat datang ke digi! nombor perhubungan terbaru saya ialah 014-6000 441."

"nombor perhubungan terbaru?".

ya! ramai yang merungut sebenarnya kerana agak mahal bila mahu menghubungi saya (di sini). oleh itu saya nekad ke digi dan mendaftar "nombor perhubungan terbaru" ini.

ringkas dan mudah untuk diingati.

khas buat anda (para pelanggan dan pembaca blog yang saya hormati)- saya war-warkan kepada anda (pada yang berminat ingin mendapatkan khidmat saya- (poster/banner/streamer), rekaan grafik, bina laman web, video editing (dialu-alukan!), atau sekadar berkongsi idea dan cerita (perihal) tempat-tempat menarik (pastikan benar-benar menarik ya!) di sekitar anda- travel/pelancongan. saya suka! *kash gemar berjalan situ sana sini.

melancong- ya, salah satu dari hobi saya.

ops! satu untuk makluman anda (wahai pembaca-pembaca) harap no ini tidak disalahguna. ini talian niaga saya. nadi antara saya dengan anda- sebarang gangguan atau sms yang tiada sangkut-paut dengan khidmat/perniagaan tidak akan dilayan.

jadi pastikan anda mempunyai tujuan sebelum menelefon atau sms ya.

#014-6000 441

"kash, minta createkan banner for my company event. logo, ya logo. mahu juga. bisa?".

"kash, you design call card tak? poster?".

noted!

hari-hari saya. minggu yang penuh kualiti saya kira. kian bisa bernafas dan mula menjenguk dunia. oh, apa khabar anda di sana? oooh.. macam itu rupanya.

now motor pun dah basuh sendiri. terpaksa la merajinkan diri. hehehe. hah, siapa yang belum kenal, inilah RD saya. pengakutan yang bisa buat saya mobile ke sana-ke mari. hampir dua bulan saya memiliki RD. merah, lasak. warna kegemaran saya. selain RD, saya kenalkan juga kepada anda, presario v3000, salah satu dari keluarga baru compaq- hitam dan dinamik.

dua persamaan 'orang kanan' saya ini, rekabentuk yang menarik dan moden (saya jatuh cinta dengan logo baru compaq dan rekabentuk si RD sebaik pertama kali menatap mereka).

RD dan presario benar-benar memudahkan hidup saya untuk berhubung dengan anda dan melakukan kerja-kerja grafik dan internet setiap hari. nadi yang menjadi keperluan (wajib) saya hari-hari.

jika hari pekerja (1 mei) saya habiskan masa dengan bersantai dan jalan-jalan bersama kak sam di pulau jerejak (klik untuk baca), semalam (sabtu) pula saya menemani anak-anak dr. juliana, pensyarah film & broadcasting di usm- iman dan danial pergi menonton wayang di queensbay mall. memang saya agak rapat dengan mereka lately, lebih-lebih lagi si danial yang agak nakal dan manja. petah bercakap, dan ada-ada sahaja kaletahnya.

habis saja sesi ke gym di waktu pagi, saya balik ke rumah- mandi dan makan tengahari. kebetulan asrul, housemate saya masak semalam. baik pula mood-nya hari ni. saham naik agaknya. hehehe.

lepas makan, kak sam saya datang jemput dan kami gerak pula ke rumah dr. juliana mengambil iman dan danial. seronok sekali saya melihat mereka. danial, macam biasa, tak henti-henti bercakap.

"uncle kash, lihatlah baju baru danial. mami beli kat indonesia!".

"nicee.. cantik!". puji saya.

"lihat jaket danial mami beli juga-". saya tersenyum. biasa la budak-budak. sesekali saya menegur iman. berbeza dengan danial, gadis sunti ini lebih banyak mendiamkan diri. iman hanya akan bertanya saya bila perlu sahaja.

"uncle kash, kita nak tengok cerita apa?". tanya danial tak sabar-sabar.

"iron man. kata nak tengok semalam kan?".

"hoorayyy!!". danial menjerit suka hati.

kami ambil tiket yang awal-awal dah ditempah di kaunter.

"4.10pm. ada masa lagi. jom lepak borders!".

budak-budak apa lagi. seronok sebab dapat lepak dan baca buku-buku kegemaran. saya pimpin danial sementara iman dengan kak sam saya.

sesekali bawak mereka ni keluar seronok juga. kebetulan dr. juliana juga dah saya anggap seperti sahabat saya di sini.

oh, pada anda yang mahu menonton iron man- pesan saya : pergi jika anda benar-benar fans dari watak-watak superhero komik sahaja!

pendapat saya? iron man okay. lain dari yang lain. lebih nyata dan bersifat realiti sebagaimana karakter batman.

jujurnya, saya bukanlah peminat komik, namun karakter-karakter dan filem seperti trilogi x-men, fantastic four, transformers adalah kegilaan saya. cerita kanak-kanak seperti narnia, wizards of oz juga membiarkan saya berfantasi. sementelah saya juga membesar dengan pinochio, cinderella, he-man, thundercats. (sekadar beberapa nama).

habis menonton, kami ke swensen's yang terletak di wing kanan bangunan mall. kebetulan saya memang terlalu lapar.

"sorry guys. i'm starving. mau makan steak!".

"kami nak ice-cream!".

"danial nak monster-cookies ngan mini burger ni."

hahaha! kecoh juga masing-masing nak order itu ini.

sudahnya, steak untuk saya, mini burger dan monster cookies untuk danial, choc-brownies untuk iman- "eh, you, makan apa?". saya pandang kak sam yang masih dok belek-belek menu lagi. *baca novel ke?

"hah, waffle- yap, waffle for me please."

habis makan, kami balik jam tujuh. saya drive hantar iman dan danial ke rumah mereka.

"you guys had fun?".

"yeahhh... terima kasih uncle kash!!".

mereka gembira, saya juga gembira. tak sangka saya ni penyayang juga rupanya. hahaha! mati la dah jadi uncle katanya...

stabuxguy

No comments:

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...