
cukup mudah jika mahu ke sini. terletak hanya di bahu jalan, laluan yang sama jika anda mahu ke ferenggi atau gurney.
seperti nazri dan irwan, pertama kali juga miss bersukaria bawa saya ke mari. hati teruja sebaik saja melangkah masuk. berkonsepkan hutan rimba dan lanskap ala-ala naili's di sentul, disambut pula dengan dendangan muzik ala bb dan musicteque. terus rasa nak menari gitu.
saya lihat-lihat menu- laaa! confirm adik-beradik naili's jugak rupanya. dari hidangan ubi rebus (my fav!) ke nasi lemak (rendang daging & ayam), cucur ikan bilis- semuanya sama. tukar nama aje.
tapi ops! tunggu dulu- banding dengan naili's (baik di sentul atau ampang) makanan di jemputree jauh lebih sedap (berganda-ganda) dan tak rugi jika anda singgah ke mari. boleh pilih, nak makan atas pokok ke, bersila cam kat tepi sawah ke or santai ala-ala kat tepi pantai.
paling cung desert yang diorder nazri dan irwan, 'ais kacang pelangi' (hah, pakai taruk je nama)- very the colourful gitu. huhuhu...



lewat juga kami balik malam tu. masing-masing pun mata dah kuyu tak boleh nak bukak. sempat miss bersukaria bawak lagi kami pusing-pusing town ngan keta. habisla nasi kandar line clear dia tunjuk, little india, chinatown, masjid tu, bangunan ni, hah termasuklah bangunan standard chartered si nazri pun dia tunjuk.
"siang panas- ramai orang. memalam camni la best. tak sesak. baru dapat feel the real life kat penang!". tu dia. real life kat penang katanya. memang tourist guide sejatilah la miss bersukaria nih. saya pun ikut menghafal sama nama jalan dan tempat-tempat menarik kat sini. bagus.. baguss...
jujurnya, jika anda bertanya saya, hanya dua tempat yang saya tuju hari-hari selain dari balik rumah dan usm, kalau tak queensbay mall, egate. shopping, makan-makan, wayang. itu sahaja. sibuk katanya.
hari ketiga.
sedih juga petang nanti both nazri dan irwan dah nak pulang ke kuala lumpur. hari terakhir, kami bersarapan di deretan gerai makan (foodcourt) berhampiran hotel vistana (area bukit jambul). memang cung tempat ni. kata miss bersukaria, kat sini semua makanan asli penang- roti benggali, kue teow goreng, apa lagi?-
"must try!", ujarnya bersungguh.
saya order western ajelah- roti bakar dan telur. tak larat nak makan macam-macam. try sikit-sikit dah le. yang pentingnya tetamu. saya kat sini, hari-hari boleh ke mari.
destinasi hari ni?
habis breakfast saya pandu mereka ke kampung gertak sanggul yang terletak di kawasan perkelahan teluk kumbar. tak jauh. hanya dua puluh minit memandu jika anda dari lapangan terbang antarabangsa bayan lepas. saya singgah di airport untuk nazri snappy-snappy.
cuaca sangat baik hari ni. sesuai untuk kami berlibur dan bersukaria sambil tangkap-tangkap gambar.


masih ingat lagi, inilah tempat pertama yang miss bersukaria bawa saya seawal saya ke mari dulu. masih sama.
actually, tempat ni ialah sebuah perkampungan nelayan. rata-rata penduduk di sini berbangsa cina.
habis snappy, kami ke relau pula. si nazri awal-awal dah bagitau nak beli jeruk dan jenis-jenis yang sewaktu dengannya. kata miss bersukaria, kat sini popular kalau nak beli jeruk-jeruk dan pala ni semua. ramai yang tak tahu. mostly among local people aje lah and word by mouth. thank god saya ada tourist guide bertauliah kan. hahaha. terima kasih tak terhingga buat kak sam saya a.k.a. miss bersukaria kerana tak henti melayan kerenah kami bertiga.
habis memborong jeruk dan buah pala, saya bawa mereka ke usm pula. tak lengkap kalau ke penang jika tak singgah di usm a.k.a. 'universiti cemerlang' bak kata kak sam.


"nasi kandar la. ok supir, cepat kita ke town ya. kapitan please!". miss bersukaria dah mula beri arahan. sayalah 'supir' tu. jawatan tak rasmi katanya. huhuhu.
kali kedua saya makan di kapitan. terletak berhampiran restoran nasi kandar kassim mustafa dan little india.
apa saya makan?
bryiani claypot yang tak claypot (dah habis katanya so served dalam pinggan aje bleh gitu) sementara nazri dan irwan ambil ala-carte. nak tak nak, jika ke penang anda mesti cuba (at least sekali) nasi kandar di sini. rasanya memang lain. tak sama dengan masakan mamak-mamak di kuala lumpur.
apa lagi?
kenyang? ya, kenyang tapi sempat snap pic lompat-lompat versi little india pula. hahaha!

saya harap mereka happy sepanjang di sini. saya juga happy dan bahagia mengenali kalian. nazri dan irwan- dua sahabat baru saya.
"jangan serik lagi ke sini ya!", terdengar kak sam saya mengingatkan nazri. saya pandang irwan. saya tahu, dia juga sedih untuk tinggalkan penang dan memori sepanjang di sini.
singkat tapi bermakna.
mengulang kata-kata kak sam saya, "guys, jangan serik lagi ke sini ya!".
stabuxguy.
4 comments:
Membaca entry ini buat saya tersenyum terkenang saat di Penang tempohari.. masih terbayang bertapa gembiranya bercuti.. Biar singkat begitu tetapi sungguh seronok, enjoy dan bermakna..
Trip kamu tidak akan semeriah ini sekiranya tidak kerana jasa Kak Sam dan Kash yang membawa kami kehulu kehilir.. Seriouly saya tidak tahu bagaimana lagi untuk mengucap jutaan terima kasih yang tidak terhingga...
Will see you guys again in Penang.. Jgn serik na melayan kami! Pulun habihh bejalannnn... LOL
encik irwan,
jangan begitu. saya patut merasa untung jika tak kerana kedatangan anda berdua bersama nazri, tak lengkap rasanya kemeriahan hujung minggu saya di penang.
yup! harap jangan serik lagi ya. terima kasih sekali lagi buat kunjungan kalian!
K.
Amboi wan... mentang mentanglaaa kat peneng makanan sedap - sedap kan.. badan kau pun dah 'sedap' sekarang kan.. Awas.. jaga pemakanan anda.
campak aku sebulan kat peneng, harus mengembang badan aku kat sana.
Anyway seronok baca..
wah~~! interesting pictures!! suke tgk gmbr! *^^*
Post a Comment