ahad, 8 april 2007
6.37 pagi.
sudah dua malam saya bersengkang mata, menyiapkan kerja-kerja- apa yang terdaya. mmg saya teruja. bukan soal wang atau ganjaran. ini tentang kepuasan. ya, saya puas.
meneliti kembali beberapa projek yang masih berbaris (dan ada yg masih pending) buat saya terduduk sebentar. rezeki. saya cuba yg terbaik.
"encik stabux, mana cerita F1? janji?".
oh, maaf- sorry. hujung minggu saya terperap sahaja di rumah. sukar hendak ke mana-mana- kasihan juga kak ngah saya. hasrat mahu menemaninya bersama ahli keluarga yang lain di hospital terpaksa saya pendamkan sahaja. mujur saya sempat menjengahnya seketika pada hari khamis lalu.
masih sihat, mundar-mandir dengan senyum dia melihat saya datang.
"tak sabar nak tengok baby. jaga kesihatan ya ngah ya!".
tunggu masa aje kak ngah saya tu sebenarnya. kata doktor, tak esok, lusa selamat la dia (bersalin). namun, hingga ke hari ini saya masih belum mendengar apa-apa berita dari mereka di hospital. jujurnya, ya, risau juga.
memang hubungan saya dan kak ngah rapat- terlalu rapat.
ingat lagi kecil-kecil kak ngah terlalu memanjakan saya- apa saja kehendak saya bisa ditunaikannya. meskipun kami cuma sepupu, namun kak ngah melayan saya sama seperti adiknya sendiri.
kami juga gemar berkongsi- baik barang mainan, hobi atau kesukaan. cuma bila menginjak dewasa je minat dan kecenderungan kami berubah. ye lah zaman-zaman kami tengah nak besar tu, kak ngah memang minat gila ngan backstreetboys. saya layan juga tapi takde la sampai fanatik. ingat juga yg dia gilakan si david duchovny dari siri x-files. hampir kesemua siri-siri x-files (buku & video) dibelinya. tak cukup dengan beli, siap direkodnya pula setiap siri yg keudara di tv2. hah, lucu sungguh.
dan saya? tak tahu kenapa saya begitu sukakan jee (fauziah latiff) waktu itu. pada saya, jee cantik. vokalnya juga menarik, lain dari yg lain. saya suka part husky manjanya itu terutama bila menyebut perkataan yang mempunyai huruf 's'. nah, waktu itu siti nurhaliza belum ada. siti naik bila 'mawarku' dan 'aku cinta padamu' meletup. dua hits terbaik siti yang mencetuskan revolusi (selain kejayaan raihan) dalam industri hiburan negara pada masa itu.
"stabux, apa cerita ni masuk bab raihan-siti pula. F1 takde ke?".
duh, sekali lagi- ampun ya! saya masih terkurung di rumah- menyiapkan kerja-kerja editing untuk video dan grafik. memang sibuk sekali.
kadang tu, rindu juga waktu dulu-dulu. yelah, zaman awal muda (heh!). ke sini-sana tanpa memikirkan buruk-baiknya. nak buat, buat je. menyesal later-later. now pun ada lagi (sikit, tapi tak banyak!). kita belajar dari kesilapan. jika dulu kita tak memikirkan masa depan, nah sekarang inilah masanya.
kembara saya masih panjang. sekurang-kurangnya saya sudah mampu bertapak- berdiri dan menjengah dunia. uh, begitu indah rupanya!
stabux
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Featured Post
Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!
Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...
-
Gabriel Banang Harvianto : Hari Hari Terus Berganti Hati Ini Semakin Gelisah Melihat Keadaan Sekolah Miring Muhammadiyah Tak ...
-
Mendengar war-war Muzikal The Secret Life Of Nora (TSLON) bakal dipentaskan kira-kira 3 bulan yang lalu, hati saya begitu teruja, l...
-
"Buat apa nak bercinta dengan orang miskin, kalau boleh bercinta dengan orang kaya?" Panasss! Oh, my Gucci- sabar, sabarr... janga...
Search This Blog |
No comments:
Post a Comment