Friday, April 20, 2007

Jujur


anda seorang yang jujur?

sesiapa juga bisa menjadi jujur.

biar saya ceritakan kisah yang menarik semalam.

terlebih dahulu terima kasih buat teman saya, zack dr istana budaya (IB) di atas undangan ke konsert istana cinta p. ramlee-saloma malam tadi. persembahan selama kira-kira satu jam tiga puluh minit oleh dato' siti nurhaliza dengan beberapa undangan itu nyata benar-benar menghiburkan saya. selain dr memberi saya definisi baru tentang lagu-lagu ciptaan allahyarham tan sri dr. p.ramlee serta puan sri saloma sendiri. suatu tribute yang berjaya saya kira. syabas buat siti dan pengurusan istana budaya!

dah lama tidak menyaksikan siti beraksi live sebegitu. jarak siti di pentas yang hanya kira-kira beberapa depa juga membuatkan saya bisa menatap wajah siti sepuas-puasnya. entah berapa juta kali saya cair dikerusi. alangkah bagusnya jika ada wanita di malaysia seperti biduanita ini, pastinya dialah orang pertama yang bisa merubah hati saya! [ dibaca, opss! ]

di IB juga telah menemukan saya dengan beberapa orang otai bloggers seperti fiebie, SM dah tak lupa pereka muda tanahair yang semakin meningkat naik, siapa lagi kalau bukan hatta dolmat. hatta, yang saya kenali (secara peribadi) hampir setahun yang lalu, ah orangnya masih sama. peramah dan mudah tersenyum. kami sempat borak-borak seketika di lobi sebelum persembahan bermula. mulanya terasa kekok juga. ramai yang bertanya, "dude, apa jadi dengan catatan?".

saya diam seraya tersenyum memandang hatta dan fiebie, bersilih.

"i'll update you later...", bisik saya pada hatta. dia mengerti.

dari IB, saya terus memandu pulang ke rumah. jarak dari IB ke rumah yang hanya kira-kira tak sampai lima kilometer memang memudahkan saya ulang-alik ke mari.

"makan dulu jom. lapar!".

armin, teman serumah saya hanya menurut. kami singgah di gerai berhampiran. leka menikmati hidangan, hujan turun tak berhenti. kami kalih ke dalam gerai. saya ambil kesempatan untuk berbual-bual dengan armin. banyak juga yang kami borakkan. yelah... ikutkan, memasing pun jarang berjumpa. bagus juga terperangkap dalam hujan begini.

malam, saya stay up hingga ke pagi. siapkan lagi few dvd yang sekian lama tertangguh. nak tak nak saya harus juga menyiapkan semua-semuanya seberapa cepat yang boleh. teringat juga yang birthday clip kak sam dan vcd bali untuknya belum lagi saya poskan ke new zealand. alamak... harus bising lagi dia. sorry kak ya. sah kena cop 'janji pelesu' lagi la nampaknya.

pagi ini saya terima lagi sms dari seseorang. hampir berbelas kali miss call (dari semalam) namun saya hanya membiarkan. teragak-agak juga. rasa bersalah pun ada. nak kawan-kawan okay lah tapi bila dah nampak nawaitunya (faham-faham aje lah), dilema juga saya.

melayan tak salah, tapi berpada-padalah.

akhirnya, dengan berat hati, saya cuba berlaku jujur. kata armin, kalau tak sekarang, bila lagi. lambat-laun (mungkin) ada hati yang akan (dan bakal) kecewa.

ok la saya jujur.

"dude, sorry gua tak leh terima lu lah...". [ hahaha! maaf, ayat ini telah diubahsuai tatabahasanya! ]

hasilnya?

si pemanggil diam seketika. saya tahu apa rasanya ditolak begitu.

"dude, we are still friends right?".

"dude...?".

klik! *talian diputuskan*

huh?

jika carrie bradshaw dari siri popular sex and the city pernah di tinggalkan teman lelakinya dengan hanya sekeping nota ringkas yang tertampal di sudut mejanya (ketika bangun pagi). *tonton balik musim keenam*

"i'm sorry. i can't. don't hate me!".

itu cara yang paling dayus saya kira.

sebetulnya saya cuba berlaku jujur dengan diri sendiri. menerusinya, saya juga bisa mempercayai diri saya sendiri. dan juga memberi peluang untuk orang lain turut mempercayai diri saya.

dari jauh, saya lihat si dia tersenyum gembira. ya, saya berusaha sebenarnya (demi hubungan). dan oh, hanya mereka yang kuat bisa mempertahankan cinta...

p/s : terpaksa tahan mata bila berjalan

stabux