Wednesday, August 6, 2008

Rindu Seorang Teman...

Hampir menangis saya.

Ya, saya bukannya kuat. Hati saya rapuh jika disentuh.

Entah kenapa tiba-tiba saya tergerak untuk membuka laman myspace seseorang.

Kami pernah berkawan rapat. Kebetulan rumah pun berdekatan. Mungkin ada di kalangan anda yang mengenalinya.

Cj teman saya. Kawan lama. Pernah saya menulis posting tentangnya di sini dulu (masih ingat Cerita Empat Lelaki?). Lama kami tidak berhubungan. Akibat satu insiden salah faham (ya, saya akui saya agak sensitif) saya jauh hati dan membuat keputusan untuk berhenti menghubunginya. Lama saya diam, masing-masing pun membawa haluan.

Namun hari ini saya beranikan diri. Melihat kembali gambar-gambarnya di laman myspace sebentar tadi buat saya terfikir sejenak, "Cj teman yang baik. Tidak untung jika saya terus menjauhkan diri."

"Tak salah mengalah." Itu kata hati saya.

Lalu saya mendail nombornya (yang masih tersimpan di dalam phonebook).

"Hello, siapa di sana?". Saya kelu.

"Err, Cj ya? Busy?".

"I'm driving la dear. Bisa call balik?".

"Ya, okay okay. Sorry ya. But i really need to talk to you."

"I know. It's ok. You ada masalah ya?". Terharu saya bila Cj bertanya begitu. Masih seperti dulu. Mengambil berat. Terasa seperti kami kembali rapat sebagaimana dulu.

Nyata semuanya salah saya. Cj sama sekali tidak berubah. Cuma saya yang terasa selama ini barangkali.

Atau mungkin juga dia terlupa?

Stabuxguy

1 comment:

Anonymous said...

Saya suka membaca section ni. Well, Segalanya bergantung kepada minda anda dan keperluan masing2. Keberanian merupakan courage..elemen yang amat diperlukan untuk perhubungan melupakan egois manusia.

Mungkin dia terlupa? .. mungkin kehidupan membuat kita sesat mahupun lupa diri.. ataupun moving on ke fasa hidup seterusnya.. tidak ada fasa hidup dapat kita duga...bertemu siapa mahupun berpisah.. sebaik2nya..menghargai setiap pertemuan ..memandangkan pertemuan dengan seseorang....ada aturannya..di kalangan populasi manusia yang billions... tidak datang dengan mudah... setiap pengembaraan sudah pasti ada puncak, lembah, cerunnya..
Apa yang pasti...siapa yang paling menyayangi kita..dan sanggup menempuh bersama.. cuma ada satu jawapan.. Life partner..susah dan manis dirasai bersama.

teringatkan.. lagu Olimpik Seoul Korea.. "Hand In Hand"..

Selamat Menempuh Hidup... buat K dan kawan K. :)

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...