Thursday, August 7, 2008

Aerill, Accident!

Terima kasih Tuhan kerana selamatkan dia.

Itu ayat pertama yang terpacul dari mulut saya sebaik melihat gambar-gambar Aerill yang lebih mesra saya panggil 'abang' tersenyum di katil hospital.

Entah kenapa saya rajin melihat-lihat myspace sejak-sejak akhir ini. Jika petang tadi saya tulis tentang Cj, bagaiman 'kuasa myspace' yang telah merapatkan kembali hubungan kami, malam ini lain pula halnya. Sedang saya ralit menyusun rakan-rakan di toplist, terlihat gambar kereta Gen 2 Abang Aerill (saya kenal dia melalui AM dan kami agak rapat) yang remuk teruk.


Hancur!

Jantung saya terus berdebar-debar.

Kerana ingin tahu, saya cuba klik ke laman myspacenya.

Berkali-kali saya amati, memang yakin itu Gen 2 kepunyaan Abang Aerill.

Terkejut- dan hampir buat saya terduduk seketika. Terus sahaja saya capai handphone dan menghubungi Abang Aerill.

Syukur! Saya lega sebaik mendengar suaranya. Masih terketar-ketar dan trauma dengan kejadian yang menimpa, Abang Aerill sabar melayan saya.

Kata Abang Aerill, dia baru je balik dari buat flight malam tu (KBR-KUL), sedikit penat- awal pagi sampai dan terus memandu pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan Pandan Jaya.

Malang tak berbau, keretanya terbabas dan telah melanggar tebing jalan dan terhumban jatuh ke kawasan dewan orang ramai.

Tergamam mendengar cerita, saya teragak-agak menyoal, "how come?".

"Pening, abang pening dah dua hari tak cukup tidur."

Saya telan liur. Terfikir jika saya di tempatnya. Nasib baik juga kejadian berlaku di awal pagi, ramai yang datang membantu.

Biarpun dah tiga hari kejadian berlaku (Abang Aerill baru sahaja keluar dari hospital sewaktu saya menelefonnya) namun saya percaya kesan dan impaknya masih terasa.

Apapun diharapkan Abang Aerill sabarlah, rehat banyak-banyak dan semoga cepat sembuh.

Nanti balik KL kita jumpa ya!

Stabuxguy

3 comments:

Anonymous said...

Hope Abang Aerill get well soon..

stabuxguy said...

tu la... teruk kan? nampak tak keta dia tuh... mmg amazing dia tak luka teruk sgt... kuasa Tuhan!

K.

Fizz Zaquan said...

Terkejut seketika bila tengok accident si Aerill nie..so dia masih hospitalized ke? kirim salam kat dia ekk if happen u jumpa/call dia..he know me..thanks beb~!

Featured Post

Coronavirus - Saat Getir Malaysia dan Jenaka Cik Kiah Yang Trending!

Jumaat, 27hb Feb 2020 10.25 malam Assalamualaikum... Ralit dari pagi, banyak juga hal-hal di guesthouse yang perlu saya ...