seringkali saya gagal memberi cerita apatah menambah sesuatu untuk anda tatap dan baca. memang saya gemar bersendiri kebelakangan ini.
sibuk?
ah, tidak juga.
sekadar memenuhi ruang kehidupan sendiri (dengan sedikit privasi).
pulang aja dari Germany, saya atur langkah untuk mendiamkan diri. banyak yang harus saya sekat dari berkongsi.
saya tahu, ada di kalangan kalian (yang barangkali) berkecil hati (atau mungkin tidak peduli?).
ah, saya selesa begini. melalui hari-hari tanpa mereka yang dahulunya sering saya damping ke sana-sini.
ke Bali, ke utara-selatan, ke pentas-pentas seni, malah ke mana sahaja-
jujurnya, mobil saya jua hampir tidak berdering sepanjang hari.
sering juga dengar ada di kalangan teman-teman merungut, "dude, ada enam your number dalam my list, mana satu you guna?".
"dear, i'm using the new one. so you may delete the rest!".
ah, cara terbaik untuk lari dari masalah!
itulah saya.
sebetulnya, banyak perkara menarik yang berlaku. samada saya terlepas menwar-warkan di sini, atau memikirkan ah, biarlah ia menjadi hak eksklusif saya sendiri. ke mana saya pergi, apa saya buat-
"saya bukan artis." berkali-kali saya ingatkan diri.
anda cukup mengenali saya?
barangkali ada dikalangan anda yang tahu saya, siapa kawan-kawan saya, apa saya buat, malah mana saya tinggal (mungkin?).
cerita empat lelaki
empat tahun lalu, saya mengenali icky. kami pernah ke pangkor bersama. baru-baru ini kami bertemu lagi. kali ini di KLCC.
gaya baru, penampilan baru. sesuai dengan jawatan eksekutif yang disandang.
seperti biasa, icky kelihatan ceria. cuma lima belas minit untuk kami bertukar-tukar cerita.
"aku harus gerak. temanku menunggu."
"baik, jumpa lagi. jangan lupa text ya!". sempat kami bertukar-tukar nombor. melihatkan icky, hati saya terdetik, betapa masa bisa merubah perjalanan hidup seseorang. sungguh saya bangga dengannya.
pertemuan dengan icky hari itu buat saya buang jauh-jauh apa yang pernah terjadi.
life must go on. kena belajar untuk forgive and forget.
seorang lagi teman saya, alif. dari pelajar universiti, kini bergelar salah seorang peserta akhir (finalis) untuk pertandingan bakat baru anjuran sebuah majalah remaja tempatan.
hujung minggu lalu sempat kami ke karaoke dan menonton wayang bersama.
buat saya tertanya, "mengapa kami tidak melalui saat-saat indah ini dari dulu ya?".
saya kagum dengan alif. dari seorang yang naif, alif yang juga bakal peguam muda begitu sukses dalam merancang perjalanan hidupnya.
selain nasib, saya percaya peluang juga membuatkan akan sentiasa menjadi mereka yang bertuah.
alif. alif.
saya doakan yang terbaik buat anda.
"dear, u sibuk ya? bila lagi boleh lepak-lepak? let me know ya."
seorang lagi teman saya yang tak putus baik sms atau menghantar e-mail di myspace.
CJ. jejaka yang saya kenali hampir setahun lalu. kami rapat disebabkan beberapa perkara.
selain dari usia, CJ dan saya juga banyak berkongsi idea dan pemikiran yang sama. susah-senangnya, saya dianggap seperti saudara.
seperti CJ, saya juga senang dengannya. biarpun keputusan saya ke Germany sedikit merenggangkan kami namun CJ masih kekal menghubungi saya.
jarak bukan halangan untuk anda terus berkawan bukan?
buat CJ, selamat hari jadi buat anda (dah sama taraf kita ya!).
maaf kerana tidak dapat turut serta. saya percaya anda punya teman-teman yang hebat untuk meraikannya. moga sukses terus menjadi milik anda!
dan, seorang lagi lelaki hebat yang (juga) antara mereka yang tak pernah putus menghubungi saya (e-mail, friendster dan sebagainya) sepanjang saya di Germany.
Duta!
Duta- who?
cukup sahaja anda kenali beliau dengan nama Duta. ya Duta sahaja. orangnya simple, jarang keluar rumah (Duta kaki kerja) dan baik- cukup baik. juga sama seperti alif dan Cj, saya juga selesa dengannya.
kami pantang berjumpa, ada sahaja persoalan kerja yang dibincangkan.
oh, Duta juga seorang pereka grafik!
but then, there's something come up dan persahabatan kami 'terputus' seketika.
silap saya Duta, maaf ya. dan saya susun sepuluh jari mohon kemaafan dari anda (dan juga teman anda).
saya percaya jodoh itu datang bila-bila masa dan bisa menjadi milik siapa-siapa sahaja.
cerita empat lelaki ini- icky, alif, CJ dan Duta bukanlah saya reka-reka. mereka antara insan yang wujud di sekeliling saya. insan yang hadir dan menjadi (sedikit-sebanyak) sumber inspirasi saya. mereka antara teman saya yang ditinggalkan-
sahabat-sahabat saya.
banyak- terlalu banyak yang saya tinggalkan.
buat saya rindu saat-saat itu.
andai bisa saya putarkan waktu.
stabuxguy
6 comments:
Pertama sekali Cj nak ucapkan terima kasih dan rasa bangga kerana Kash sudi untuk menulis serba sedikit mengenai Cj di blogger ni.
Agak terkejut juga kerana ada seorang insan yang sudi memerhati, menilai dan menghardai diri sesorang yang dipanggil kawan. Berpatutan dengan budi pekertinya yang lembut, tulus dan ikhlas; Kash sememangnya seorang sahabat yang baik.
Lama juga kita tak bertemu ye Kash? Tapi Insya-Allah suatu hari nanti kita akan bertemu dan berbual panjang mengenai diri kita dan orang lain. Hahaha (Gurau)
Diharapkan Kash senitasa bahagia disamping insan-insan tersayang dan terus berjaya dalam mengecapi impian dan kejayaan.
salam sayang
cJ
to Cj..
tks for drop by. terharu 5 saat you sudi letak komen kat sini.
relaks la. kita kawan2, apa nak kisah. i pun dah lama tak jumpa you kan? again, tks for sudi kuar ngan i semalam. sonot kan dpt lepak2 cam dulu balik. bergosip, citer itu ini. hehe... nanti kita dinner sama lagi keh?
care!
K.
Oh My God.. I'm not in the list.. Hahahha
motif nak letak ko dlm list citer ni? huhuh... all this while kita keep in touch kan? aku tulis memana member yg terlost contact jap huhuhu...
now kebetulan pulak ada yg jumpa balik n kami mula dr awal...
that's life.
K.
huik
yeap kawan n sahabat sejati , mmg akan kekal di hati
icky mmg such a nice person yg buleh buat kawan
megat dah kawan ngan dier almost setahun jerk but rasa mcm dah bertahun2
huik makin bussy la budak tu skunk
huhuhuhuhuuuu
dah lama x-kluar melepek ngan dier kat klcc
idup lagi ker ???
hahahaha
Aidid
you're not in the list... I may not even in his mind... huhu..!
Post a Comment