Pages

Tuesday, August 19, 2008

Saya, Kisah Ratu Filem Dan Kenangan

Mesti ada yang tak percaya pic ni di ambil di bandar Georgetown ya... di tepi salah sebuah bar di Jalan Penang...

Hujung minggu saya- tiada apa selain berehat-rehat dan menyelesaikan tugasan di rumah, menghitung hari untuk pulang ke Kuala Lumpur (cuti Merdeka & awal Ramadhan) selain MB menjemput dan memasak makanan yang best-best di rumahnya.

Oh, ya kami ada ke Little India membeli beberapa dvd filem-filem Hindi semalam. Ya, memang saya buang tebiat.

"Gigih!". Satu perkataan dari MB buat saya sewaktu memandu (dengan excited-nya) ke Georgetown semalam.

Sebut pasal filem Hindi, terima kasih buat beberapa pembaca Darimejastabux yang telah susah-payah menghantar e-mail kepada saya beberapa koleksi lagu-lagu Hindi popular. Tak sangka tulisan saya di posting Sarah Yasmeen semalam menarik perhatian anda. Terima kasih, terima kasih sekali lagi.

Ada dua perkara yang sempat saya catatkan di ruangan nota di telefon bimbit minggu lalu (sebaik teringat). Satu berkenaan idol saya di dalam dunia perfileman, dan satu lagi ialah kisah lucu sewaktu di zaman sekolah.

Mahu tahu?

Okay jom saya cerita satu-satu ya.

Sepanjang filem-filem yang telah di tonton, saya cukup gemar dengan gaya dan watak yang dibawa oleh mereka ini. Tolak Julia Robert, Sarah Jessica Parker dan Cameron Diaz, pada saya dua ikon yang akan saya sebutkan ini lebih memberi kesan di hati saya (dari segi gaya lakon dan karakter yang dibawa).

Pertama- Farida Jalal.

Hah, anda kenal siapa dia? Sesuai dengan mood filem-filem dan lagu-lagu Hindi minggu ini, saya paparkan khas buat anda- seorang pelakon Hindi kegemaran saya (sering membawa watak-watak ibu/mak cik yang baik hati). Foto di atas ialah diambil di zaman awal kemunculannya. Manis bukan?

Mula berlakon sejak di awal tahun 1960 hingga kini, Farida telah membintangi banyak filem-filem Hindi popular dan terbaik di negaranya, antara yang masih saya ingat ialah Bobby (1973), Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Chori Chori Chupke Chupke (2001) dan yang paling mengesan saya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001).

Masih terbayang babak Farida (Daijan/DJ) di dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham membantu Rohan (Hrithik Roshan) mengikat tali kasut sewaktu di London. Sebak!

Wajah Farida yang sejuk dan bersifat keibuan itu bukan sahaja menambat saya, malah watak-wataknya yang periang dan sentiasa gembira itu turut membuatkan saya terus terpaku menyaksikan setiap filem-filem yang dibintanginya.

Sekarang anda tahu, mengapa antara sebab saya gemarkan filem Hindi (selain faktor tarian dan lakonan hebat Aishwarya Rai.. hehehe...).

Di Malaysia juga saya punya pelakon/karakter yang saya suka tonton di filem. Lakonan yang berkesan (berkarakter), selain wajah garang dan suara lantang dan sedikit lucu kadang-kala (sesetengah filem) pilihan saya adalah adalah milik Siti Tanjong Perak.

Puas saya google info tentang pelakon ini, tak banyak yang saya ketahui. Sekadar nama penuh beliau, SITEE SOENDARI BINTI SAMAT (unik bukan?), berasal dari Sulawesi, dan berketurunan Bugis.

Mula bergiat di dalam teater dan bangsawan pada awal kemunculannya, beliau mendapat nama Siti Tanjong Perak hasil dari nyanyian (tajuk lagu) yang sama dengan gelarannya iaitu "Tanjong Perak" di dalam salah satu persembahannya.

Antara lakonannya yang paling mengesan saya (watak mak tiri garang) ialah di dalam filem Bawah Putih Bawang Merah, Rumah Itu Duniaku dan juga sebagai "pari-pari gempal" yang lucu dalam Anakku Sazali (muncul sebabak di pentas sewaktu mempersembahkan sketksa/nyanyian).

Mereka (Farida dan Siti Tanjong Perak) mungkin bukanlah jelita dan popular sebagaimana aktres-aktres sezaman yang lain, tapi kehadiran mereka cukup sebagai menyinari lagi bintang dan seni perfileman negara masing-masing.

Apa yang penting, saya masih (dan sentiasa akan) terhibur dan menggemari lakonan kedua-duannya. Babak-babak sedih, getir, tegang, gembira dan marah berjaya dihidupkan dengan baik oleh mereka.

Saya duduk. Tersenyum seketika di depan laptop (sekarang ini) sebaik teringat kembali filem-filem lakonan mereka.

Oh, dulu-dulu juga saya teringat satu cerita (dah masuk catatan kedua). Dah lama, hmm... zaman sekolah menengah tak silap. Satu perangai saya ialah suka merayap ke kelas-kelas orang di waktu petang (waktu semua pelajar dah balik).

Apa yang saya buat, melepak di meja guru, feeling-feeling jap dan cuba perhati mana-mana meja yang nampak cantik dan kemas berbalut dengan wrapping paper bunga-bunga. Macam-macam kaler ada (biasanya meja pelajar perempuan la kan).

Paling best bila saya selongkar di bawah meja (ruang penyimpanan alatan sekolah/buku), mesti terjumpa satu buku log yang berisi tulisan-tulisan jiwang dengan lirik-lirik yang best. Siap ada gambar lagi tau (samada senior yang diminati, pemain boleh sepak sekolah) berserta tulisan,

"Adam Jusoh, aku cinta padamu!". Hahaha!

Biasanya lagu-lagu popular semasa la. Ada lagu Azian Mazwan Sapuan (hahaha.. mati la ada yang tak ingat kan?), Wann, Fauziah Latiff, Kumpulan Gersang dan lain-lain.

Saya dan rakan-rakan biasanya akan pulun membaca sambil gelak-gelak (dan bernyanyi sekali). Memang best waktu tu. Tulisan bebudak perempuan ni plak lawa-lawa, siap berhias dan ada "awan larat" semua.

Hujung minggu sewaktu makan-makan dengan MB di Sri Idaman, Teluk Tempoyak...

Saya pasti anda juga mempunyai pengalaman yang sama.

Stabuxguy - Senyum sendiri bila ingat kisah dulu-dulu.

2 comments:

Salam. Wah! bila dengar perkataan 'gigih' tu betul2 mengimbau kenangan masa i kat Penang hari tu...hehehe. Sri Idaman? tempat kita makan seafood hari tu ekk? ermm! sedap & pedas giler...!

Banyak golong muda belia skrg x gemar sgt nak nonton filem2 lama ni, jauh sekali nak memuja pelakon2 'senior' ni. X ada yg lama, yg baru x akan wujud. X ada yg lama, yg baru x akan belajar...