Seram yang bisa menaikkan bulu roma anda!
Ini harus saya akui setelah menonton tiga episod marathon drama ini secara online malam tadi (saya sendiri di depan pc, mengocoh secawan milo panas dan berselendang di waktu malam- oh, pintu balkoni terbuka!).
Pernah mendengar war-war di blog budiey sebelumnya, namun dek kerana kurang minat dengan drama-drama melayu di TV3 (terlampau banyak iklan!) tambah pula saya memang kurang menonton tv. *wink wink*
Tulisan Fadz di blog filemnya [ klik di sini ] sedikit-sebanyak mengubah persepsi saya. Harus saya akui, saya adalah merupakan pencinta drama-drama dan filem seram. Anak Pontianak (yang telah dihentikan tayangannya sebelum penamat) pernah membuatkan saya obses seketika mengikutinya secara online di laman web TV3.
Begitupun, himpunan drama-drama seram selepas itu tidak berjaya menarik minat saya (Saka, Susuk - antara beberapa tajuk). Mungkin kerana masih kecewa dengan penamat tiba-tiba siri Anak Pontianak (?).
Kekasihku Seru ternyata berbeza. Selain dari faktor gergasi tulisan Mira Mustafa dan arahan Khabir Bhatia (Cinta, Love dan terkini, Sepi), sinematografi dan skrip yang kuat (selain palakon-pelakon yang hebat) adalah penyelamat kepada cerita ini; juga tajuknya sendiri pun berbunyi ala-ala lagu Misha- Ku Seru.
Sinopsis Kekasihku Seru
*kredit to Budiey
Emelda Rosmila memainkan peranan sebagai Marisa merupakan graduan dalam bidang sains dan ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Misteri bermula setelah Marisa mengetahui bahawa beliau adalah seorang anak angkat, keinginan untuk mengenali keluarga asal membawa Marisa ke alam penuh mistik dan pelik.
Marisa bertemu dengan pasangan adik beradik Mas Suri (Umi Aida), Mas Ayu (Kuza) dan Mas Lela (Rose Iskandar). Dia merasakan bahawa salah seorang daripada mereka merupakan ibunya.
Mas Suri seorang yang tegas dan jarang sekali berperasaan sensitif, bertanggungjawab untuk menjaga Mas Ayu daripada gangguan Waris.
Siapakah Waris? Jeng.. jeng.. jeng...
Di sini cerita bermula (dan turut menjadi teka-teki saya).
Tonton sendiri. Anda tahu bagaimana perasaan saya!
*klik untuk menonton online
Stabuxguy - Setuju dengan Fadz, harap pihak TV3 akan mengeluarkan set DVD box untuk drama ini. Tak sabar nak beli!
No comments:
Post a Comment